Nak Tempah Madu Sunnah? Penghantaran Ke Seluruh Malaysia

by sabree hussin on May 9, 2014

in Madu Sunnah

Beberapa hari yang lepas, saya terima satu sms dari nombor yang tak dikenali.

Soalan yang ditanyakan pada saya, “kat mana nak beli Madu Sunnah kalau di Kedah?”

Hmm… jawapan jujur dari saya… Saya pun tak tahu kedai mana di Kedah yang ada jual produk Madu Sunnah ni.

kat mana nak tempah madu sunnah

Sebagai orang berniaga, dah tentu saya ada counter offer untuk dia dapatkan madu sunnah dari saya. Asalkan si penanya tu masih lagi duduk di Malaysia, tak kira walau di mana ceruk perkampungan sekalipun, In Shaa Allah Abam Pos Laju akan tolong hantarkan. ๐Ÿ™‚

Tak ada respons…

Saya tunggu. Masih tak ada jawapan. Saya beri lagi masa.

Akhirnya 24 jam, 48 jam berlalu. Itu lah dia. Biasanya, bila 48jam dah berlalu, tanpa ada sebarang tindakan mahupun kata putus dari bakal pembeli, selepas 48 jam, semuanya akan berubah.

Dalam masa 48 jam, mereka akan mula lupa. Dalam masa 48 jam, minat mereka mula berubah ke arah lain, dan dalam masa 48 jam tu juga, semangat asal untuk dapatkan sesuatu produk yang pada mereka kalau ada bagus, kalau tak ada pun tak apa, akan mula luntur… pudar.

Walaupun saya dah cuba yakinkan dia yang produk Madu Sunnah ni boleh dapat dari saya… namun dia tetap tak yakin.

Ada banyak kemungkinan yang bermain dalam kepala saya.

Mungkin dia tak biasa beli barang secara online. Dia mungkin lebih selesa nak pegang-pegang dan belek-belek dulu barang yang dia nak beli sebelum nak terus hulur duit.

Atau mungkin juga sebab dia kurang percaya pada saya.

Almaklumlah… tak kenal. Tak kenal maka tak percaya. Kalau dah kenal, lain lah ceritanya.

Tak apalah, yang dah lepas tu biarkanlah berlalu. Mungkin bukan rezeki. Manalah tahu, satu masa nanti tiba-tiba Allah gerakkan hati dia untuk hubungi saya semula untuk buat tempahan madu sunnah dari saya… siapa tahu kan.

Maklumat lanjut tentang madu sunnah: Klik sini

 

 

Be Sociable, Share!

{ 5 comments… read them below or add one }

Manan Qayyim May 9, 2014 at 10:17 am

makan madu… memang amalan yg terbaik….

Reply

Hairul Azni May 11, 2014 at 9:17 pm

In Syaa Allah..kalau ada rezeki bro dengan buyer tu, akan jadi juga nanti…semuanya telah ditetapkan olehNya..
** Anak saya yang umur 5 tahun suka sangat makan madu..

Reply

sabree hussin May 13, 2014 at 3:32 pm

In Shaa Allah, kalau tak ada rezeki dengan buyer ni pun, moga-moga Allah gantikan dengan yang lebih baik

Reply

Hafizul May 13, 2014 at 12:58 pm

Minum madu setiap pagi merupakan antara perkara yang dilakukan sekarang ni..hehe

Reply

sabree hussin May 13, 2014 at 3:42 pm

Pasti bro sekarang ni sihat dan kuat ๐Ÿ™‚

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: