Nak jadi pelabur EMAS mesti kena beli emas

by sabree hussin on January 22, 2016

in Pelaburan Emas & Perak

Selesai baca dua buah buku tentang pelaburan emas, iaitu Masa untuk emas dan juga Magnet Emas Magnet Kekayaan. Apa yang dapat disimpulkan ialah, kalau kita betul-betul serius nak jadi pelabur emas, WAJIB beli emas.

 

Bila saya katakan wajib beli emas, saya maksudkan dengan emas fizikal. Formula mudahnya ialah, bila “Beli emas mesti wajib dapat emas.”

 

review_buku_masa_untuk_emasBukannya hanya dapat sijil emas, akaun emas, bayar dulu tapi emas dapat kemudian dan sebagainya. Semua ini adalah bentuk-bentuk pelaburan emas yang wujud, seperti yang dibincangkan oleh Azizi Ali dalam buku beliau berjudul Masa Untuk Emas.

 

Satu dunia mengiktiraf logam emas sebagai sejenis logam yang sangat berharga. Kita boleh beli emas di Kelantan dan menjualkannya semula di Johor. Malahan, kita juga boleh beli emas di Terengganu dan kemudian kita jualkan semula di negara luar seperti di India atau Sri Lanka misalnya.

 

Walaupun emas itu datangnya dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk jongkong, kepingan, syiling dan barangan kemas, namun selagi namanya emas, selagi itu ia diiktiraf di seluruh dunia dan diterima pakai di seluruh dunia.

 

Semasa era peperangan Vietnam satu masa dulu, rakyat Vietnam yang lari keluar dari negara tersebut keluar bersama-sama dengan emas. Mereka tahu, matawang mereka hampir tidak berguna dan langsung tak bernilai jika dibawa ke luar negara.

 

Sama ada mereka perlu ikut kadar tukaran matawang, yang mungkin tak berpihak pada mereka, ataupun mungkin matawang mereka akan langsung tak diterima pakai. Tetapi, dengan emas, satu dunia tahu apa nilainya dan berapa nilainya. Dengan syarat ianya adalah emas tulen.

 

Bagaimana buat duit dengan emas? Pelabur emas dapat buat duit dengan emas apabila mereka berjaya menjual emas yang mereka miliki dengan harga yang lebih tinggi berbanding harga yang mereka beli sebelum ini.

 

Emas dalam bentuk fizikalnya, ia tidak memberi sebarang faedah, bonus, interest mahupun sebarang pulangan. Lihatlah barang kemas yang anda miliki. Sejak anda beli hingga sekarang, adakah ia menghasilkan sebarang bonus, faedah, mahupun interest kepada anda sepanjang anda memilikinya?

 

Jawapannya dah tentulah TIDAK.

 

“Tetapi saya pernah jumpa pelan pelaburan emas yang menawarkan pulangan dalam bentuk bonus, hibah setiap bulan dalam jumlah peratusan tertentu. Macam mana tu?”

 

Ya. Saya pun pernah jumpa. Sekali pandang, nampak memang sungguh menarik, kan. Saya pasti, ramai yang akan terliur untuk sertai pelaburan sedemikian. Nampak senang betul nak buat duit dengan emas.

 

Saranan saya, sebelum anda sertai mana-mana pelaburan emas, anda rujuk dulu pelan pelaburan tersebut, adakah ianya menepati parameter pelaburan emas ini.

 

Kalau ianya menepati syarak dan masih lagi dalam landasan yang betul dalam parameter pelaburan emas, maka OK. Jika tidak, silalah lari jauh-jauh.

 

Pelaburan dalam emas adalah pelaburan yang mempunyai risiko yang rendah. Terutama sekali apabila anda beli emas, dan dapat emas. Anda yang simpan stok emas tersebut, bukannya bank mahupun pengendali program pelaburan terbabit.

 

Harga emas memang tak dinafikan ada naik dan ada turun, bergantung pada apa yang berlaku di US. Emas tak seperti pelaburan saham, yang mana jika harga jatuh, saham-saham yang kita pegang akan jadi tak bernilai langsung.

 

Sebaliknya, dengan emas, jika harga jatuh sekalipun, dan jadi lebih rendah berbanding harga beli sebelum ini, kerugian hanya akan dirasai apabila anda menjual emas tersebut. Selagi anda masih pegang emas tu, tak kisahlah harga turun atau jatuh banyak mana sekalipun, anda masih tak rugi apa-apa.

 

Walaupun harga emas akan jatuh, namun satu masa nanti ia juga akan naik kembali. Itulah untungnya mempunyai emas dalam bentuk fizikal buat para pelabur emas.

 

Saya difahamkan, bentuk pelaburan seperti akaun emas ataupun sijil emas, dari jenis yang kita tak pegang emas dalam tangan, ia akan ikut turun naik harga emas. Jika harga jatuh melepasi harga kita beli sebelum ini, kita akan alami kerugian pada waktu itu juga, dan tak mustahil sijil emas yang kita miliki tu akan hilang nilainya akibat kejatuhan nilai emas.

 

Maka, sebab itu, kalau nak jadi pelabur emas, kenalah pegang emas fizikal. Walaupun ia tak beri bonus, dividen, faedah dan sebagainya, ia lebih rendah risiko berbanding pelaburan keatas emas kertas.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 3 comments… read them below or add one }

hasrozi January 22, 2016 at 11:54 am

banyak buku yang bro baca..

tapi jie risau gak kot2 tersalah beli emas..

Reply

Jie Susanos January 22, 2016 at 11:55 am

minat dgn pelaburan emas..

wajib miliki buku2 ni..

Reply

zik January 23, 2016 at 9:29 am

beli2 jugak… simpan nak kena jaga betul2..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: