Tips Berkahwin Dalam Usia Muda Keempat : Dia Miskin… Tapi Dia Berakhlak Mulia & Kuat Agama

Bismillahir Rohmaanir Rohim.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Petang ni bila saya log in facebook, ternampak pulak satu gambar yang di share oleh pengguna-pengguna facebook. Memandangkan gambar tu betul-betul menarik perhatian, dan bagus jadi saya kongsikanlah dalam blog ini.

Just in case pengunjung blog ini belum pernah tengok lagi gambar yang saya maksudkan.

Jom tengok gambarnya,

Andai kata dah ada RM6,000 bersih, maka dah terlebih daripada cukuplah untuk buat majlis walimatul urus. Hantaran bukan satu kewajipan nak bagi mahal-mahal.

Dalam catatan saya yang lepas dalam segmen tips kahwin muda, bertajuk Tips Berkahwin Dalam Usia Muda Ketiga : Baik Agamanya & Baik Pula Perangainya, ada saya sertakan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu ‘Isa At-Tirmidzi.

Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi s.a.w yang masyhur dengan panggilan Abi Hatim Al-Muzani Radhiyallahu ‘anhu, katanya:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang akan seorang daripada sekalian kamu oleh orang yang meminang kerana seorang yang kamu sukakan ia berkahwin dengan anak perempuan kamu, sukamu itu akan agamanya dan perangainya, maka nikahkanlah olehmu sekalian akan orang yang kamu perkenan agamanya dan perangainya itu dengan anak perempuan bagimu itu.

Kalau kurang faham dengan susunan bahasa dalam hadis diatas, biar saya tuliskan semula dengan bahasa yang lebih mudah difahami maknanya ya.

Rasulullah s.a.w bersabda, sekiranya datang seorang pemuda ingin meminang anak perempuan kalian, dan kalian suka akan perangai dan agamanya, serta kalian suka pemuda tersebut menikahi anak perempuan kalian, maka terimalah pinangan tersebut.

Tatkala mendengar kata-kata rasulullah tersebut, ada daripada kalangan para sahabat yang menanyakan Rasulullah soalan-soalan atas sebab inginkan kepastian. Itulah untungnya hidup di zaman rasulullah masih ada lagi, kalau ada yang tak paham, boleh straight tanya pada rasulullah.

Kalau kita faham sejarah nabi dan kisah hidupnya, akan jelas bahawa orang-orang yang terbaik adalah orang-orang yang hidup sezaman dengan Nabi s.a.w. Mereka mendapat pendidikan secara langsung dari Rasulullah s.a.w. Orang-orang yang kedua baik pulak adalah orang-orang yang hidup sezaman dengan para sahabat.

Tiba-tiba pada hari ini kita kata para sahabat tu tak betul.

Jadi siapa yang betul?

Tu.. para orientalis barat pulak tiba-tiba yang kita jadikan contoh ikutan. Ada yang terpesona dengan ideologi komunisme Karl Marx dan tangkap cintan pulak dengan idea-idea kapitalis Donald Trump and the geng.

Bila kita terlalu asyik nak memandang tinggi dengan dunia ciptaan para kapitalis yang segalanya memerlukan wang.. ni la antara sebabnya belanja kahwin jadi mahal, dan orang jadi susah nak kahwin. Padahal dalam Islam, kahwin tu tak susah.

Sekarang ni kalau nak buang air, kalau tak ada duit pun susah.

Betul tak betul, wallahua’lam.

Kembali kepada cerita asal, seorang sahabat bertanya kepada rasulullah. “Andai kata akhlak dan agamanya kami dah suka, tiba-tiba ada pulak kekurangannya, iaitu pemuda yang datang meminang itu pulak faqir miskin, tak ada nama, kedudukan ataupun pangkat, adakah nak dikahwinkan jugak dengan anak perempuan kami?”

Setelah mendengar pertanyaan daripada sahabat, Rasulullah s.a.w bersabda yang mana maksudnya,

Apabila datang kepada seorang daripada kamu oleh orang yang mahu berkahwin yang kamu sekalian sukakan agamanya dan perangainya, maka nikahkan olehmu anak perempuan kamu yang dipinangnya itu dengan dia. Sampai tiga kali diulang oleh Nabi akan sabdanya yang ini kerana menunjukkan jangan siapa bantah lagi apa suruhnya itu. Maka siapa-siapa bantah akan sabdanya itu, nescaya berjumpalah ia dengan balas bantah itu.

Boleh dapat?

Maknanya, siapa-siapa yang bantah hadis Nabi yang ini, iaitu walaupun dah jumpa calon pemuda yang baik untuk anak perempuan kita, dan pemuda itu baik akhlak dan kuat pegangan agamanya, lepas tu kita saja-saja tolak pinangan pemuda tersebut disebabkan dia miskin, tak berharta atau tidak ternama, maka Nabi kata kamu tunggulah akibat daripada tindakan kamu itu.

Kenapa macam tu? Part yang ini kita kena perhalusi. Boleh jadi salah, dan boleh jadi ada betulnya.

1. Orang yang kaya, boleh jadi pada masa yang sama ada tabiat yang tak elok bersamanya. Suka berjudi, peminum arak, kaki perempuan (penzina), tak kenal mana satu yang halal dan mana satu haram.

Allah dia tak kenal, Nabi pun dia tak kenal.

Asal couple je mesti nak ajak masuk hotel buat hubungan seks. Orang banyak duit, setakat nak sewa hotel.. apa ada hal? Halal ke, haram ke.. semua dia langgar. Apa dia kisah?

2. Orang yang berdarjat, berpangkat dan berkedudukan tinggi. Boleh jadi dia menyandang posisi yang sedemikian disebabkan oleh karekternya yang diktator, bengis dan pemarah.

Lalu, bila berkahwin nanti jadilah isterinya itu mangsa lepas geram, dan adakalanya jadi punching bag akibat si suami ini tadi tak dapat menahan marah.

3. Ataupun boleh jadi pemuda tersebut tidak tergolongan dalam kelompok nombor (1) ataupun nombor (2), akan tetapi apabila datang cabaran menimpa, mungkin akibat tak dapat menahan sabar, diceraikan isterinya itu dengan sewenang-wenang.

Ini amat berbeza sekali dengan orang-orang yang faham dan kuat agamanya serta baik akhlaknya.

1. Apabila miskin dia akan bekerja dengan sedaya upaya, kerana dia tahu menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab untuk menyara keluarga.

Memang dia miskin, tapi jangan risau sebab dia tau mana satu yang nak diutamakan, dan salah satu daripadanya adalah untuk mencari dan beri nafkah pada keluarga.

2. Sekiranya marah, dia akan tahu macam mana nak mengawalnya. Andai kata tak dapat lagi nak hidup bersama, nescaya tidak akan diceraikan dengan sewenang-wenangnya, dan andaikata talak merupakan satu-satunya jalan keluar, sudah pasti akan dijaga betul-betul tempoh ‘idah bekas isterinya dan akan memenuhi tanggungjawab semasa tempoh tersebut.

Walaupun tak ada perintah dari mahkamah sekalipun, insya Allah pemuda itu tadi tetap akan memenuhi tanggungjawabnya.

3. Sekiranya dia mengasihi akan isterinya, maka akan lebih dia berusaha untuk membahagiakan isterinya. Akan berlebih-lebih kasihnya akan isterinya.

Kebahagiaan bukan hanya boleh dicapai dengan wang ringgit.

Dan kalau ada yang masih beranggapan duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit, cuba semak balik… mana tahu fahaman kapitalis dah banyak sangat meresap dalam minda kamu.

Baiklah, ini sahaja yang ingin saya kongsikan setakat waktu ini.

Semoga beri manfaat kepada yang menulis dan juga kepada yang membaca.

Salah dan silap mohon ditegur.

Wallahua’lam

rujuk :
Bahru Al-Madzi

********************************************************************

********************************************************************

2 Responses to Tips Berkahwin Dalam Usia Muda Keempat : Dia Miskin… Tapi Dia Berakhlak Mulia & Kuat Agama

  1. akubiomed February 10, 2012 at 9:52 pm #

    Zaman sekarang cara melaksana majlis bertunang mengalahkan majlis langsung perkahwinan,
    akubiomed recently posted..Gaji pegawai kerajaan wajib serah kepada isteri

  2. zhazmi February 11, 2012 at 2:07 pm #

    duit bukan segalanya dalam dunia ini..
    zhazmi recently posted..Akar Pokok Tumbuh di dalam Daun

Leave a Reply

CommentLuv badge