Bismillahir Rohmaanir Rohim.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Terima kasih diucapkan sebab masih lagi sudi nak singgah ke blog sabreehussin dot com ni. Sebenarnya waktu catatan ini saya buat, badan ni masih terasa agak letih, dan mata pun agak-agak kelabu. Baru balik dari kerja sebenarnya.
Sepanjang saya menulis dalam blog ini, dan kalau ikut pengalaman saya yang lepas-lepas, agak jarang saya sediakan satu plan atau senarai perancangan nak terbitkan artikel apa dalam blog ini. Selalunya, idea dan ilham nak tulis artikel apa dalam blog ini akan datang sendiri. Hari ini, lain sikit.. punyalah lama saya tunggu… tunggu… dan tunggu lagi, pembayang tu tetap tak datang.
Heran pun ada… selalu senang nak dapat idea. Bila fikir-fikir balik… Ya Allah, baru perasan, sejak akhir-akhir ni dah jarang sangat buat solat sunat istikharah dengan solat sunat dhuha.
Ini rupanya antara kesan-kesannya.
Jadi rakan-rakan penulis blog sekalian, kalau rasa agak-agak macam liat, susah nak dapat idea nak tulis apa, nak update blog dengan entry apa, cuba lazimkan buat solat sunat Istikharah.
Insya Allah lepas ni idea dan ilham akan datang mencurah-curah.. dan idea yang datang tu pun insya Allah idea yang baik-baik je.. sebab bila kita buat istikharah, umpamanya kita telah menyerahkan urusan dan perjalanan hidup kita kepada tuhan.
Setiap pembayang yang disampaikan dan diilhamkan kepada kita nanti tu, kita terima dan kita redha bahawa itu semua ketentuan dari Allah dan itulah yang terbaik.
Bagi yang tak tau macam mana buat solat istikharah atau nak luaskan lagi pembacaan mengenai solat Istikharah bolehlah dapatkan sebuah buku karangan Imam Musbikin yang berjudul Hebatnya Kuasa Istikharah.

Baiklah, tadi tu cuma introduction, tak sangka pulak walaupun cuma intro, panjang dah ye.
Sebelum saya menulis lebih jauh (seperti kebiasaan), boleh saya tanya anda semua satu soalan? Anda masih lagi baca surat khabar tak? Saya dah jarang baca… dan personally saya mengaku memang agak banyak perkembangan terbaru dan peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam dan luar negara saya tak tau.
Tapi kalau isu pekerja kfc pukul pelanggan di i-city tu saya tau lah. Kesian customer tu, niat asal nak makan Kentucky, tak pasal-pasal lepas terpaksa tunggu hampir sejam, kentucky tak dapat, kaki yang datang.
Kalau kita baca newspaper, boleh dikatakan dalam sehari, without missed, mesti akan ada kisah dan laporan mengenai si fulan ini kena bunuh, si fulan itu cedera dan hal-hal yang berkaitan.
Itu belum lagi kisah-kisah bayi-bayi yang dibuang, ditinggalkan di tempat-tempat tertentu sampai akhirnya jadi makanan anjing. Kejam kejam… Nyawa manusia ini makin lama makin tak bernilai.
Dengan senang-senang je darah ditumpahkan, nyawa ditamatkan. Manusia nak ambik alih tugas Malaikat Maut ke apa ni?
Gejala berbunuh-bunuhan ni pulak bukannya hanya berlaku pada orang-orang bukan Islam, malahan orang Islam jugak tak terkecuali. Orang bukan Islam bunuh orang bukan Islam. Orang bukan Islam bunuh orang Islam. Orang Islam bunuh orang bukan Islam, dan orang Islam bunuh orang Islam.
Jadi dalam catatan kali ini, apa yang saya akan sentuh adalah mengenai Orang Islam bunuh Orang Islam.
Tahu tak sebenarnya hanya ada tiga keadaan atau sebab yang menghalalkan darah seseorang Muslim itu ditumpahkan atau dengan kata lainnya tak salah kalau dibunuh. Malahan ianya bukan menjadi suatu dosa apabila dilakukan kerana ingin menegakkan hukum Allah.
Pertama
Seseorang yang berzina dengan sengaja walaupun sudah bernikah dan memiliki pasangan yang sah untuk disetubuhi atau nama lainnya penzina Muhshan.
Orang yang dalam kategori ini, iaitu penzina yang telah berkahwin, hukumnya ialah direjam sampai mati.
Orang macam ni memang jenis yang tak tau bersyukur, dah ada pasangan yang halal, tetapi masih lagi nak mencari yang haram. Memang halal kena bunuh.

Zalim ke undang-undang Islam?
Hukuman ini hanya dijatuhkan kepada individu-individu yang melakukan kesalahan. Adakah manusia itu dipaksa untuk melakukan kesalahan? Ada sesiapa yang ugut, kalau tak buat dosa, tak buat maksiat maka dia akan dibunuh?
Saya percaya manusia buat semua ini atas kerelaan diri mereka sendiri. Tiada yang memaksa… dan sebenarnya merekalah yang telah menzalimi diri mereka sendiri. Mereka merelakan diri mereka untuk dijatuhi hukuman yang sedemikian.
Macam kita jugak, kita dah tau neraka itu benar. Seksaan neraka itu benar. Seksaan kubur pun benar, tapi masih lagi rileks je tak mau solat. Time tak nak solat tu, tak tau apa benda yang difikirkan sebenarnya… lupa dah pasal neraka, seksaan kubur dan lain-lain ni semua?
Orang-orang yang masih lagi belum bersolat, jawab sendiri-sendiri ya.
Kedua
Orang Islam yang Murtad.
Asalnya dia ni Islam. Lahir sebagai orang Islam, membesar pun sebagai orang Islam. Tiba-tiba sampai satu tahap dia rasa Islam tu tak best, mungkin dia rasa ada agama lain yang lagi thrill dan lagi happening berbanding Islam.
Lalu dengan rela hati, dia pun memilih untuk keluar dari agama Islam. Almaklumlah dalam perlembagaan persekutuan, perkara 11(1) telah memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, termasuk untuk menukar agamanya (kecuali bagi penganut agama Islam yang hendak tertakluk kepada undang-undang dan Syariat Islam). Dengan syarat pemohon itu mestilah berusia 18 tahun.
Dekat Malaysia ini, kalau orang Islam nak convert ke agama lain pun boleh jadi. Tak ada masalah.. memang boleh lepas dari segi undang-undang.
Kalau tak, masakan adanya kes-kes murtad di Malaysia ni?
Orang-orang yang keluar dari Agama, kalau nak dibunuh memang tak salah. Boleh dibunuh sebab darah mereka adalah antara darah orang-orang yang halal untuk dibunuh.
Cuma ironinya, melalui pembacaan yang saya buat, ada banyak kes-kes murtad di Malaysia ini berlaku disebabkan oleh individu tersebut jahil tentang agama. Bila dah jahil, datang pulak orang kafir ni pergi soal dia macam-macam sampai keliru saudara kita tu. Bila dah keliru, maka dengan mudahnya mereka mudah ditarik untuk keluar dari agama Islam.
Betul tak betul… wallahua’lam.
Ketiga
Orang yang dengan sengaja membunuh orang lain.
Dalam Islam, orang yang bunuh orang lain tanpa ada sebab yang dihalalkan oleh shara’, tetapi dia dengan sengaja menumpahkan darah saudara seagamanya, maka orang macam ni memang layak untuk dibunuh.
Kita namakan ia sebagai bunuh balas bunuh.(Qisas)
Sahabat-sahabat pengunjung sekalian,
Andai kata kalian perasan, ketiga-tiga sebab yang dihalalkan darahnya untuk dibunuh ini dikategorikan sebagai mereka-mereka yang melakukan kesalahan yang berat.
Kesemua ini adalah berpandukan kepada sebuah hadis
Daripada Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif, bahawasanya Uthman bin Affan menjenguk ia pada hari di rumahnya, maka berkata ia: “Aku tanya sekalian kamu dengan nama Allah, adakah tahu sekalian kamu bahawasanya Rasulullah s.a.w, bersabda ia:
“Tiada halal darah seorang Islam melainkan dengan salah satu dari tiga: berzina kemudian daripada muhshan, atau murtad kemudian Islam, atau membunuh orang dengan tiada sebenar, maka dibunuh dengan sebabnya.”
Maka, demi Allah, tiada aku berzina dalam masa jahilliyah dan tiada dalam Islam, dan tiada aku murtad semenjak aku mengaku Islam akan Rasulullah s.a.w, dan tiada membunuh aku akan seorang yang diharamkan Allah maka dengan apa sekalian kamu mahu bunuh aku.”
Status hadis diatas adalah hasan.
Ucapan Amirul Mukminin Usman itu dilafazkan ketika sekumpulan lelaki datang mengepung rumah beliau dengan niat ingin membunuh beliau.
Hari ini, manusia berani untuk berzina sesuka hati, keluar dari agama sesuka hati, dan membunuh orang ramai sesuka hati… salah satu sebabnya, mereka dah tahu sebab mereka tak akan kena rejam sampai mati, dan mereka tak akan dibalas bunuh.
Mereka tak akan dibicarakan dan dijatuhkan hukuman mengikut ketetapan dan undang-undang Allah, tuhan yang menciptakan manusia, yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik perlaksanaan hukum hudud.
Hukuman yang bakal menunggu mereka pun selalunya adalah hukuman yang tak setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.
Sebab tu ada antara penjenayah-penjenayah ini masih ada lagi yang akan tersenyum mengejek serta ada juga yang ketawa terbahak-bahak tatkala hukuman dijatuhkan kepada mereka.
Jadi tak perlu nak hairan apabila jenayah berleluasa, sebabnya jawapannya semua ada pada kita.
Cuma kita je yang masih lagi cuba nak menafikan sampai sekarang.
Wallahua’lam
rujuk:
Bahru Al-Madzi Juzu’ 15 bab1
********************************************************************

********************************************************************



setuju, memang betul, 3 sebab yg menghalalkan seseorang itu dibunuh
Juan recently posted..October Sky 1999
Assalaamu’alaikum wr.,wb, Sabree..
Jika kita selidiki diri kita semula yang lahir muslim secara keturunan sepatutnya boleh digelar sebagai MUSLIM PROFESIONAL. Sudah mendalami agama yang dipegang dan kemudian kita didedahkan dengan ilmu berhubung akidah, syariat dan akhlak secara informal dan formal sejak kecil hingga dewasa memungkinkan kita sudah mengetahui hukum hakam syariat yang menjadi sumber tamadun Islam.
Sayangnya, nafsu dan emosi selalu mengawali akal sehingga mengakibat berlakunya pengkhianatan dalam prinsip yang dipegang dalam Islam seperti memelihara nyawa dan jiwa, memelihara akal dan fikiran, memelihara maruah dan keturunan, memelihara harta benda dan memelihara hak-hak kebebasan.
Halalnya nyawa ke atas ketiga-tiga pesalah agama di atas menunjukkan Islam agama yang memelihara jati dirinya sebagai agama samawi yang diwahyukan. Nyawa adalah milik Allah dan tiada sesiapa yang berhak mengambilnya kecuali atas landasan undang-undang yang dibenarkan. Dan boleh dimaafkan untuk dijatuhkan hukuman atasnya (dalam kes qiasa) jika keluarga yang dibunuh memaaf dan melepaskannya selain adanya diyat yang mesti dilunaskan. wallahu’alaam.
Perkongsian ilmu yang mencerahkan. Terima kasih, Sabree.
Saya biasanya sebelum menulis akan mengambil wuduk, membaca al-Quran atau solat sunat agar Allah memudahkan usaha penulisan yang bermanfaat.
Salam ceria di penghujung minggu dari Sarikei, Sarawak.
Siti Fatimah Ahmad recently posted..CT87. KEPADAMU KEKASIH
Saya ada terbaca mengenai kes “tebus maruah” berlaku dimana suatu pasangan islam mengambil tindakan sendiri dengan membunuh bekas isteri dan anak-anak beliau.
Bunuh atas sebb apa pulak tu?
Pembunuhan itu dilakukan kerana bekas isteri dan anak-anak perempuannya meninggalakan gaya hidup muslim kepada barat.