Sambut Valentine’s Day Cara Islam

Valentine

Bismillahir Rohmaanir Rohim.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat pengunjung blog sabreehussin dot com sekalian.

Alhamdulilah, hari ini saya berkesempatan untuk menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur. Memandangkan ini adalah Masjid yang paling dekat dengan LRT, jadi saya pilih untuk solat disini sahaja.

valentine

Seingat saya tajuk khutbah pada hari ini ialah “Adakah Cinta Itu Buta”. Minta maaf andainya saya tersilap dengar, almaklumlah.. jemaah di Malaysia ini ramai yang tak tau adab mendengar khutbah. Kalau yang tau pun diorang buat-buat tak tau.

Khatib duk bagi khutbah, jemaah yang dekat bawah pun turut buat ceramah. Bila masing-masing nak bercakap… jadi berlagalah suara khatib dan jugak suara jemaah.

Isi khutbah jumaat pada hari lebih cenderung menekankan larangan untuk kita umat Islam dari merayakan atau menyambut Hari Valentine atau lebih dikenali sebagai Valentine’s Day. Almaklumlah, 14 Februari kan just around the corner.

Memandangkan beberapa hari lepas saya juga ada buat sedikit catatan mengenai valentine’s day yang diberi tajuk Orang Islam Jangan Mengada-ngada Sambut Valentine’s Day, jadi sedikit sebanyak saya dapat tangkap apa yang cuba disampaikan oleh khatib kita pada hari ini.

Dengan merujuk sumber fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dapatlah kita tahu bahawa merayakan atau menyambut valentine’s day hukumnya haram bagi umat Islam. sumber JAKIM

Kalau bagi bukan Islam, hukumnya? Hukumnya ikut suka hati diorang …

Ketetapan diputuskan setelah perbincangan dilakukan. Antara hujah yang melarang sambutan hari valentine ialah Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang. Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.” (riwayat Abu Daud)

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” (riwayat Bukhari & Muslim)

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, Hari Kekasih boleh disambut asalkan kita menurut syarat tertentu seperti
1) Pastikan tidak berdua-duaan, sebaliknya ditemani mahram
2) Tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi
3) Tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama

Bagaimanapun, fokus beliau yang sebenarnya adalah lebih kepada pasangan yang sudah berkeluarga ataupun yang sedang berada dalam ambang perkahwinan.

Sumber Pertama : http://www.eperjuangan.com/2012/02/sambutan-hari-kekasih.html
Sumber Kedua : http://www.eperjuangan.com/2012/02/sambutan-hari-kekasih-vol-2-pencerahan.html
Sumber Ketiga : http://www.malaysiakini.com/news/188626

Pada saya, apabila terdapat seseorang yang memiliki pendapat yang alternatif ia merupakan sesuatu yang menarik.

Sebabnya? Ia bakal membuka peluang dan minda untuk kita kaji balik… open book sikit dan tengok balik, adakah dakwaan tersebut boleh diikut ataupun tidak.

Sebelum tu, fatwa ni apa benda sebenarnya? Wajib ke kita nak kena follow fatwa? Kalau tak ikut fatwa tak boleh ke?

Definisi fatwa adalah menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan. Dan dari segi istilah, ianya adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.

Bacaan lanjut : Apa Itu Fatwa?

Jadi.. perlu ke kita nak ikut fatwa? Jawapan dia, kalau nak ikut bagus. Kalau tak nak ikut terpulang. Asalkan orang-orang yang tak nak ikut fatwa ini memang alim dalam hal ehwal agama. Kalau tak alim macam saya ini, lagi senang ikut je. Tak akan dikira jumud atau mundur, jangan risau.

Saya membaca sebuah buku karangan Prof. Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi bertajuk Fiqh Keutamaan (Fiqh Al-Awlawiyyat).

Pembacaan saya terhenti di muka surat yang ke 24, dibawah tajuk Pentingnya Ilmu Bagi Seorang Mufti.

Baik, apa peranan seorang Mufti? Mengeluarkan fatwa.

Menurut Al-Qardhawi, seseorang yang memegang jawatan fatwa ini mestilah seorang yang pakar dan menguasai betul seluk-beluk hukum dan shari’at Islam, disamping itu ianya juga mestilah seorang yang committed dan taat beragama. Kerana apabila syarat ini tidak dipenuhi, boleh jadi ia akan mengharamkan benda yang halal atau menghalalkan perkara yang haram; menggugurkan perintah yang wajib atau mewajibkan perkara yang tidak diperintah Allah; menyetujui perkara bid’ah ataupun mengingkari perkara yang dishari’atkan; mengkafirkan orang yang beriman ataupun setuju dengan orang-orang yang jelas-jelas kafir.

Menurutnya lagi, pada hari ini, perkara-perkara yang melibatkan bidang keagamaan seolah-olah sudah menjadi ibarat padang rumput. Sesiapa sahaja bebas melepaskan ternakannya disana. Ibaratnya, masa kini banyak orang berani bercakap dan menulis pasal agama, meskipun baru mulai mengenalnya hanya satu dua hari sahaja.

Itulah antara masalah umat Islam sekarang ini. Terlalu gopoh dalam berbicara dan dalam menulis, sampaikan selalu terlajak menyuarakan pendapat peribadi dalam membincangkan hal-hal berkaitan agama, akidah dan lain-lain.

Cuba renungkan dan tengok balik kata-kata Al-Qardhawi tersebut, betul ke tak? Berapa ramai orang Islam yang memusuhi dan memerangi saudara-saudara seagama dek kerana tak sependapat, tetapi menyokong tanpa belah bahagi orang-orang yang dah jelas kafir?

Ada ke tak ada? Kalau tak ada.. bagus.

Zaman sekarang ni semua orang nak jadi mufti, nak keluarkan fatwa sendiri especially mereka-mereka yang ada blog sendiri. Jadi berhati-hati, hal-hal yang berkaitan agama ini merbahaya. Kalau tak tau banyak tok sah cerita lebih-lebih dan tak payah nak ulas panjang-panjang. Sebab dalam bab-bab agama ini kita kena belajar, kena ada guru, kalau tak dapat cari guru at least kena rujuk kitab.

Dikhuatiri kita akan mengeluarkan hujah based on nafsu dan pertimbangan akal yang tak sihat. Akal yang tak sihat ialah akal yang dipandu oleh nafsu, manakala akal yang sihat ialah akal yang dipandu oleh ilmu.

Imam Ibn Sirin r.a. berkata : “Seseorang yang mati dalam keadaan jahil, masih lebih baik daripada orang yang berani mengeluarkan pendapatnya tanpa dasar ilmu pengetahuan.”

Kata-kata Imam Ibn Sirin itu sememangnya ditujukan kepada orang-orang yang suka gopoh dan berlagak alim sehingga sering mengeluarkan fatwa secara terburu-buru.

Kalau ada terbuat benda ni satu masa dulu, tak payah nak self defense, delete je mana-mana artikel yang berkaitan dan taubat. Jangan buat lagi. Ataupun, kalau tak nak delete sekalipun, edit balik catatan-catatan lama yang tak tentu sumber dan kesahihannya. Wallahua’lam. Kalau dalam blog ini pun ada artikel yang macam tu sifatnya, sila tegur. Mungkin saya tak perasan.

Sambung sikit lagi ye, penting ni.. kang kalau tak sampaikan, ada yang tak tau. Tak aci la kan.. you all pun mesti nak masuk syurga jugak kan. Jadi… sila teruskan pembacaan ya.

Sheikh Abu Husain al-Ash’ari berkata : “Ada seseorang yang berani berfatwa mengenai satu-satu masalah, apabila masalah tersebut ditanyakan kepada Umar Ibn al-Khattab pasti beliau akan menjemput seluruh ahli badar (orang-orang yang terlibat dengan perang badar) untuk dimintakan pendapatnya mengenai permasalahan yang diajukan itu.

Tengok.. Amirul Mukminin pun dia akan rujuk dan berbincang (syura) dengan orang lain terlebih dahulu sebelum nak jatuhkan satu-satu hukum.

Tapi pada zaman kita ini, orang yang tak layak bercakap dia pulak yang jerit paling kuat. Ish ish

Abdullah Ibn Mas’ud dan Abdullah Ibn Abbas r.a. keduanya pernah berkata : “Sesiapa yang sentiasa berani memberikan fatwa ke atas setiap pertanyaan adalah orang yang tidak waras akalnya”.

Kita renungkan juga kata-kata Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. dan juga Amirul Mukminin Ali Bin Abi Talib

Langit mana yang akan melindungiku dan bumi mana yang akan menjadi tempatku berpijak, apabila aku berani berpendapat (berfatwa) tanpa dasar ilmu pengetahuan..? (Khalifah Abu Bakar)

Satu perkara yang paling menyejukkan hatiku, apabila ada seseorang ditanya mengenai perkara yang tidak diketahuinya, kemudian dia menjawab : Allah A’lam (Allah lebih mengetahui). Perkara ini diucapkannya sebanyak 3 kali. (Khalifah Ali)

Okeh.. dah cukup la rasanya sampai sini dulu catatan saya untuk kali ini.

Dah cukup panjang rasanya.

Sesiapa yang baca insya Allah akan dapat manfaat, dan mudah-mudahan yang menulis juga beroleh manfaat.

Wallahua’lam

 

 

********************************************************************

********************************************************************

Valentine

8 Responses to Sambut Valentine’s Day Cara Islam

  1. Gaara February 11, 2012 at 2:20 am #

    nice bro…aku nak mintak pendapat ko sket la..adakah bgs utk yg mahir ilmu agama berdebat sesama mereka di public? aku bkn ape..cume aku ada tgk ada ustaz hentam ustaz azhar idrus kat fesbuk…bg aku la kan, kat situ akan timbul kekeliruan kepada mereka yg kurang ilmu agamanya…betul tak?kalau tak betul..harap dimaafkan :-)
    Gaara recently posted..Cara nak tidur paling mudah jika tak dapat tidur malam

  2. hafizmd February 11, 2012 at 8:19 am #

    Rate2 masjid semalam bicara pasal bulan kekasih ni.

    Yg dikesalkan ialah remaja2 kita masih lagi duk gatal gelenyar berkepit saban hari, apatah lagi pada 14 feb. wanau’zubillah

    Terima kasih berkongsi =)

    p/s-sama2 kita jaga diri dan keluarga kita…moga dlm rahmat Allah jua…ameen
    hafizmd recently posted..Benarkah cinta itu buta?

  3. Aina February 11, 2012 at 10:44 am #

    Ulamak dahulu berlapang dada dalam mengupas permasalahan agama. kita ada 4 mazhab dari imam2 besar dan boleh dipercayai. antara mrk juga saling menghormati.

    zaman sekarang, ramai pulak yg bertelagah dan menghentam pihak lain yg tak bersetuju dgnnya.malah, mengatakan org lain sesat/kafir, wahabi, syiah dll.golongan agama yg tak menjaga status ‘ustaz/ustazah’ mereka dengan baik, mengundang fitnah terhadap agama Islam/org Islam sendiri. Ada ustaz yg berceramah tanpa sebut rujukan/hadis benar-benar sahih. Menjadikannya kurang disegani, atau jika dia petah berkata2 dan ceramah yg diselang lawak jenaka maka menjadikan dia popular dan disukai.

    Apa pendapat awak?
    Aina recently posted..Cinta dalam botol kicap

  4. cik teddy February 11, 2012 at 2:31 pm #

    kite org Islam x perlulah sambut hari valentine sama mcm yg org bukan Islam buat..tiap2 hari kita berkasih syg kan?dgn keluarga,kwn2 etc..neway,good entry ^_^
    cik teddy recently posted..It’s Not A Price Tag~

  5. Mama Murai February 11, 2012 at 5:42 pm #

    Artikel yang betul-betul menarik dan memberi kesan kepada saya. Next time kena fikir 2 tiga kali sebelum menyelitkan apa-apa hujah yang menyentuh agama melainkan sesuatu yang betul-betul sahih dan pasti.

    Mengenai fatwa pulak, mungkin sebab itulah masih ramai yang merokok kan, sebab depa ni cukup tinggi ilmu di dadanya untuk menolak fatwa larangan merokok. :)
    Mama Murai recently posted..Segmen : Top Malaysian Blogger yang ingin saya jadikan BFF

  6. titan February 11, 2012 at 11:06 pm #

    aku tak sambut.
    titan recently posted..Lelaki kacak sedang demam selsema.

  7. kimmie February 11, 2012 at 11:16 pm #

    saya setuju, setiap hujah memang perlu diutarakan dengan ilmu dan dirujuk dari Al-Quran dan Hadis. Bila sesuatu fatwa itu telah dikeluarkan, mereka yang arif telah membuat rujukan dengan teliti.

Leave a Reply

CommentLuv badge