Bismillahir Rohmaanir Rohim.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Pada catatan kali ini, saya akan sambung perbincangan mengenai tanda-tanda kiamat yang pernah terjadi atas muka bumi ini. Bagi para pengunjung blog ini yang terlepas catatan-catatan lepas mengenai tanda-tanda kiamat, boleh klik pada segmen petanda kecil kiamat untuk melihat artikel-artikel yang lepas.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya,
Apabila engkau melihat para rakyat jelata yang miskin, tuli dan bisu menjadi raja di bumi, maka itulah diantara tanda-tanda kiamat
Apa yang dimaksudkan dengan tuli dan bisu adalah para pemimpin yang dipilih itu, mereka tidak memanfaatkan anggota pancaindera mereka, maka seakan-akan mereka telah membuang, atau kehilangan panca indera mereka.
Tanda ini sudah mulai terjadi pada masa awal generasi tabi’in, kemudian gejala ini tersebar pada masa-masa terakhir. Bermakna, generasi seterusnya mengulangi perkara sama yang dilakukan oleh generasi sebelumnya.
Terdapat suatu riwayat yang menunjukkan bahawa kepimpinan orang bodoh telah mulai terjadi pada awal abad tabi’in adalah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab sahihnya (sahih bukhari), dari Abu Hurairah, dia berkata bahawa telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda
Kehancuran umatku adalah ditangan seorang anak dari suku Quraisy
Cuba kita perhatikan situasi semasa..

Dengan keadaan tingginya kadar jenayah… sana-sini kedengaran berita orang buang anak, orang perempuan kena rogol, ragut, curi, samun, kes bunuh dan macam-macam lagi kes-kes jenayah… Semua ini terus berleluasa dan kelihatan seolah-olah tak ada penghujungnya.
Pemimpin yang sedia ada gagal menangani masalah ini.
Itu belum lagi di lihat bab ekonomi. Penguasaan ekonomi yang tak seimbang. Pendapatan per kapita atau pendapatan isi rumah yang menunjukkan terdapatnya jurang perbezaan yang sangat-sangat ketara. Orang Islam lagi ramai yang miskin berbanding orang bukan Islam walhal pemimpin tertinggi adalah orang Islam.
Begitu juga dalam sektor pekerjaan, jawatan-jawatan tinggi dan professional dikuasai oleh bukan Islam. Begitu juga pemilikan perniagaan-perniagaan, semuanya dimonopoli oleh taikun bukan Islam. Orang-orang Islam susah mendapat peluang untuk menjadi salah seorang yang berstatus high profile dalam mana-mana company besar.
Jika ada sekalipun, rata-rata keislaman mereka boleh dipertikaikan. Dengan cara hidupnya yang tak mencerminkan keislaman, minum arak, ada simpan perempuan… bila ada sifat-sifat sedemikian barulah boleh berdiri sama level dengan yang bukan Islam.
Tengok pula suasana politik, dengan adanya fenomena sesama agama bergaduh sesama sendiri. Kedua-dua belah pihak saling menyalahkan satu sama lain dan saling ingin menjatuhkan antara satu sama lain. Walhal, yang satu itu bukanlah lagi baik dari yang satu lagi, begitu juga sebaliknya.
Masing-masing sibuk mengatakan yang dia lebih Islam berbanding yang satu lagi.
Talk is cheap.
Siapa yang memegang kuasa, maka tunjukkanlah ‘keislaman’ itu. Bukan hanya bercakap.
Dalam bidang pendidikan, apa yang diajar di institusi-institusi pengajian hanya sekadar memenuhi tuntutan silibus semata-mata. Peranan pusat-pusat pengajian terhad menjadi tempat masyarakat mengaji kitab dan menghafal buku semata-mata, dan fungsinya gagal berkembang menjadi wadah untuk warganya membina karekter.
Malahan, yang jadi semakin rosak teruk setelah mengunjungi pusat pengajian juga semakin bertambah. Dulu tak pandai nak bercouple, dan ada pakwe makwe, tapi lepas masuk ke sekolah dah pandai dah buat ni semua.
Bukan sedikit jumlahnya yang terperosok ke lembah zina disebabkan oleh kegagalan institusi pendidikan.
Kesemua ini adalah suatu musibah apabila amanah rakyat diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, yang tidak memiliki kelayakkan untuk memimpin.
Sedangkan diantara syarat-syarat menjadi pemimpin umum kaum muslimin adalah memiliki kelayakkan dan kemampuan dalam bidang ilmu syariat yang akan membolehkan seorang pemimpin itu untuk dapat berjihad atau mengambil kebijaksanaan fikah yang meliputi segala aspek kehidupan kaum Muslimin dan juga disyaratkan sifat adil.
Konsep adil dalam Islam adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Namun begitu, apabila kita meneliti sejarah, berapa kali kita diberitakan pemimpin kita sendiri yang menyalahgunakan duit rakyat? Pecah amanah? Rasuah? Fikir-fikirkan…
Apabila rosak yang diatas, maka sudah pasti akan membusuk apa-apa yang ada dibawahnya.
Nabi Muhammad s.a.w telah menerangkan bahawa penyerahan suatu amanat, urusan atau tugas kepada orang-orang yang tidak layak untuk menjawatnya adalah merupakan salah satu daripada tanda-tanda kiamat.
Seorang lelaki Arab telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “bilakah akan terjadi kiamat?”
Baginda menjawab
“… apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kiamat”. Dia bertanya lagi: “Bagaimana amanah itu disia-siakan?”, Baginda menjawab: “Apabila suatu urusan diserahkan kepada orang yang tidak layak untuk memangkunya maka tunggulah kiamat”
Wallahua’lam
********************************************************************

********************************************************************


Ini yang kita bimbang mendapat pemimpin yang tidak peka.
akubiomed recently posted..Gaji pegawai kerajaan wajib serah kepada isteri
bila lali dngn apa yang ada takut kita lupa.apatah lagi pemimpin..
bila jiwa kosong akan mudah pagut oleh hati yg hitam..harap2 iman dan akal kita sllu selari dg islam dan pesanan Nabi2 yang terhahulu.jgn kita leka walau sekali huu…
aku memang pernah jumpa lelaki bodoh yang dilantik sebagai pemimpin..huhu..tapi tak semua lelaki bodoh ni kacak belaka..
titan recently posted..Lelaki kacak sedang demam selsema.
terima kasih di atas perkongsian ini.
P/s: wow, banyaknya entri dalam satu hari.
Terima kasih kerana sudi singgah blog saya dan tinggalkan komen yang banyak.
terima kasih singgah sini,
kalau ada lebih daripada satu entry dalam satu hari tu, maknanya tengah cuti la tu, kalau tengah tak cuti.. memang tak ada entry baru
Tanda2 tu dah ada dalam negara kita
Azman recently posted..Kawan Ku Janda Mu