Perbezaan Mindset Antara Orang Kaya & Orang Miskin

Bismillahir Rohmaanir Rohim.

Saya ada menerima satu emel yang saya kira agak menarik untuk dikongsikan kepada para pelawat blog sabreehussin dot com sekalian. Memandangkan saya juga tak nak kehilangan perkongsian yang bernilai tu, jadi ada baiknya saya tuliskan dalam blog ni.

Mana tau akan ada yang baca dan pada masa sama dapat beri santapan minda buat mereka-mereka yang mahu berfikir.

Alkisah isi kandungan emel tersebut adalah mengenai Rahsia Minda Jutawan.

Dari pembacaan emel tersebut, saya boleh simpulkan bahawa apa yang membezakan antara orang yang kaya dan orang yang susah adalah dari segi pemikiran.

Kenapa ya?

Pada saya benda ni boleh dikatakan sebagai sesuatu yang logik.

Pada awalnya, bila kita dilahirkan atas dunia ni, kita tak tahu sama ada kita akan lahir dalam keluarga yang kaya raya mahupun dalam keluarga yang miskin papa kedana. Semua tu kita tak tahu.

Kemudian kita dibesarkan mengikut acuan ibubapa kita. Setelah masa berlalu, kita pun mempunyai kemahuan dan kehendak kita sendiri, kita develop kita punya style dan character. Tak kiralah walau keras macam mana didikan seorang ibu atau bapa, diakhirnya kita sendiri yang akan memilih sama ada untuk ikut kata mereka atau kita nak pilih haluan hidup kita sendiri.

brain-waves

Jadi, bila kita bicarakan tentang mindset orang yang kaya, dan mindset orang yang miskin, pun macam tu juga.

Seseorang tu tak akan selama-lamanya miskin dan tak akan selama-lamanya kaya. Asalkan dia sanggup nak ubah mindset, alahai si miskin juga berpeluang nak jadi kaya.

Jom kita lihat apa dia intipati dan perbezaan yang diketengahkan tersebut ya.

1. Orang Kaya percaya saya yang mencorakkan hidup saya, manakala Orang Susah percaya semuanya sudah nasib

2. Orang kaya berbisnes untuk menang, manakala Orang Susah berbisnes supaya tak rugi. 

3. Orang Kaya komited untuk jadi kaya, Orang Susah hanya nak jadi kaya. 

4. Orang Kaya berfikiran luas & jauh, Orang Susah berfikiran sempit. 

5. Orang Kaya lebih tumpukan kepada peluang, Orang susah lebih tumpukan kepada halangan. 

6. Orang Kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya dan kaya, Orang Susah benci dan dengki kepada orang berjaya dan kaya. 

7. Orang Kaya berkawan dengan orang dengan orang positif & berjaya, Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal. 

8. Orang Kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes, Orang Susah berfikiran negatif tentang jualan dan bisnes. 

9. Orang Kaya lebih kuat daripada masalah, Orang Susah lemah dan lembik dengan masalah. 

10. Orang Kaya bersedia belajar perkara baru, Orang Susah menganggap semuanya sudah tahu.

11. Orang Kaya memilih dibayar melalui hasil, Orang Susah memilih dibayar melalui masa. 

12. Orang Kaya buatkan duit bekerja kuat untuknya, Orang Susah kerja kuat untuk cari duit. 

13. Orang Kaya bertindak walaupun takut, Orang Susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak. 

14. Orang Kaya pandai uruskan kewangan, Orang Susah tidak tahu cara uruskan kewangan. 

****

Saya nak mintak maaf banyak-banyak kalau-kalau mata anda jadi berpinar-pinar atau rasa kurang selesa dengan penggunaan warna diatas. Saya harap ia tak jadi penghalang untuk mesej mengenai perlunya mempunyai mindset yang betul untuk jadi kaya raya sampai kepada anda.

Sekian.

 

********************************************************************
Baca juga

  1. Panduan Buat Duit Sebagai Pengedar SIM KAD Tune Talk
  2. Strategi Jana RM1,000 – RM3,200 Secara Konsisten di Internet
  3. Rahsia FOREX TRADER Jana Wang 5 Angka Seminggu Secara Senyap-senyap

********************************************************************


,

6 Responses to Perbezaan Mindset Antara Orang Kaya & Orang Miskin

  1. akubiomed February 7, 2013 at 12:46 am #

    Nampaknya yang baik-baik semua menang kepada orang kaya. Bagi saya orang kaya bukan sekadar diukur kepada berapa banyak harta yang diperolehi semata-mata. Orang kaya yang saya hormati adalah mempunyai sifat ikhsani berniat membantu orang lain turut berjaya sepertinya.
    akubiomed recently posted..Blogger perlu membaca ini semua poyo

  2. donnyien February 9, 2013 at 5:08 am #

    menarik bro!… untuk berjaya kita perlu ada mindset yang positif dalam segala hal.
    donnyien recently posted..Semarakkan nilai-nilai murni setiap masa

  3. mfadhlan February 13, 2013 at 1:01 am #

    Orang Kaya pandai uruskan kewangan, Orang Susah tidak tahu cara uruskan kewangan.

    Itulah sebab modul pendidikan perlu ditambah, how to manage your money sejak dari bangku sekolah lagi.

    Urus duit lebih penting dari buat duit semata-mata.
    mfadhlan recently posted..Jadilah Majikan Bertanggungjawab

  4. cik tom February 18, 2013 at 10:15 am #

    rsnya ada betulnya jgk….esp. dr segi pengurusan wang..tgk golongan yg susah ni kdg2 ada jgk gaji sm byk je dgn golongan yg sederhana..tp yg sederhana ni lebih pndi mengurus wang dan bijak cr peluang sehingga dpt keuntungan dr asal gaji yg sm byk dgn glgn ssh…so ada improvement dr glgn sederhana naik kpd org kaya..

    but yg susah terus susah sbb suka mindset dah nasib camni nak buat camane, ala xyah simpan2 duit nanti adalah tue rezeki lain tuhan nak bagi..tp xsemualah camtu…just sebilangan je.

    stuju dgn pndpt mfadlan :)
    cik tom recently posted..Seronoknya Bercuti

  5. Julyitsme! May 20, 2013 at 10:25 pm #

    sowe erk. . . bgi sya kn. . . orng kya xsmstiny tw urus kwangan. . . nak tw x. . . owg kya xkn tw brpa duit dowg dlm bank tpy owg mskin tw brpa duit dowg dlm bank sbb owg mskin dea tw mcm mna nk gna duit tuk sara hdup dowg. . . 2 bajet khdpan dowg. . . >.< thnxx 4 dis !
    Julyitsme! recently posted..Sumber Berita Dari Mana Yang Boleh Dipercayai Apabila Mengulas Isu Politik?

    • sabree hussin May 23, 2013 at 5:49 pm #

      Setidak-tidaknya orang kaya boleh upah orang untuk urus kewangan dia :-) tu bagus jadi orang kaya

Leave a Reply

CommentLuv badge