Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera buat para pengunjung blog sabreehussin dot com sekalian.
Catatan pada kali ini saya ingin menerangkan serba sedikit yang saya tahu tentang peraturan check in baggage sekiranya kita menggunakan perkhidmatan penerbangan bersama Air Asia.
Baru-baru ini saya telah menerima satu pertanyaan yang berbunyi seperti berikut
sye nak tnye lgi ni…makin keliru pulak dgn airasia nii…
pasal beg….mmg kene ke ambik 15kilo tu…klu berat beg sye x melebihi 15 kilo mcm ne….??
n..bagpack boleh bwk naik cabin ke?? berat max utk begpack bape…
n last…kalau sy book utk 3 org dlm 1 no daftar…kre ny 15 kilo tu total semua beg sy n kwn2 ke…????
tlg jwb ea…keliru sgt…tnye airasia lgg la tmbah2 kliru..
Kalau mengikut kefahaman saya, ada beberapa persoalan sebenarnya yang ditanyakan.
1. Check in baggage 15KG. Adakah wajib kita ambil atau ianya sekadar optional (pilihan)?
2. Adakah beg galas boleh kita bawa naik ke cabin, free of charge?
3. Konsep Pool Baggage. Apa maksud dia?
Seperti kebiasaan, saya amat-amat menggalakkan anda rujuk website rasmi Air Asia jika terdapat sebarang kekeliruan dan inginkan maklumat yang tepat. Jawapan yang bakal saya kongsikan adalah benar pada waktu ia ditulis dan disiarkan dalam blog sabreehussin dot com ini.
Walaubagaimanapun saya amat menyarankan anda buat cross check dengan website rasmi Air Asia juga untuk lebih kepastian. Manalah tau kalau-kalau ada perubahan pada terma dan syarat sewaktu anda baca catatan dalam blog saya ini.
Sekiranya terdapat perbezaan antara maklumat yang anda baca dalam blog ni kalau dibandingkan dengan maklumat yang anda dapat di laman web Air Asia, sila abaikan maklumat yang anda baca dalam blog ni ya.
Ok jom teruskan dengan agenda utama kita.

****
Perlu ke kita beli check in baggage yang 15 kilogram tu?
Jawapannya adalah bergantung kepada berapa banyak bagasi yang bakal anda bawa.
Dalam kes Air Asia ini, ia bergantung kepada berapa berat bagasi yang anda nak bawa.
Bagaimana kalau anda tak nak prebook check in baggage dan nak bawa naik beg yang anda bawak ke dalam kabin secara percuma? Ada tak caranya?
Jawapannya memang ada cara dan memang boleh buat macam tu. Namun ada syarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.
Untuk itu kita namakan ia sebagai hand carrier.
Boleh rujuk halaman berikut untuk maklumat yang lebih terperinci : http://www.airasia.com/ask/template.do?id=61
You are allowed one piece of baggage onboard and/or 1 laptop bag or 1 handbag on-board, each of which should not exceed the size dimensions and do not weigh more than 7kg when combined with the cabin baggage. Our overhead compartments in the aircraft cabin are built to hold a certain size and weight of baggage. Anything exceeding these dimensions put our guests at risk of injury from falling objects should there be turbulence mid-air.
Size Dimensions: Hand-carried baggage should not exceed dimensions of 56cm X 36cm X 23cm.
Weight: All items must be placed inside your main hand-carry baggage and NOT weigh more than 7kg COMBINED.Such baggage should also fit under the seat in front of you or in the overhead compartment in the cabin. The approved cabin baggage must be tagged with a cabin bag tag.
You are also allowed to bring along your musical instrument which is packed properly and must not exceed the approved weight and size as stated above so that it can fit within the overhead compartment. Combined with your main hand-carry baggage, all items should NOT weigh more than 7kg.
If your musical instrument is larger than the stated dimensions we would advise you to buy another seat to safeguard against potential damage in the cargo hold.
Boleh faham kan?
Ringkasannya adalah seperti berikut
1. Penumpang dibenarkan untuk membawa satu bagasi keatas kabin dan/atau satu beg laptop atau satu handbag.
Kalau macam pening-pening lagi, maksud dia macam ni.
Kalau penumpang tu seorang lelaki, dia dibenarkan untuk bawa satu beg bagasi dan satu beg laptop.
Kalau penumpang tu seorang wanita, dia dibenarkan untuk bawa satu beg bagasi, satu beg laptop, dan satu handbag.
Dengan syarat berat ketiga-tiga beg tersebut apabila digabungkan mestilah tidak melebihi 7kg. Manakala dimensi yang dibenarkan adalah 56cm X 36cm X 23cm. Sila pastikan anda buat ukuran dengan tepat untuk elakkan sebarang permasalahan semasa check in baggage anda tu ye.
Tetapi zaman sekarang ni, orang laki pun ada yang pakai handbag, ye tak? Pelik-pelik. Citarasa lelaki zaman sekarang ni semakin menakutkan
Settle ya tentang ni? Kalau masih tak faham lagi, sila baca sekurang-kurangnya tiga kali. Kalau masih tak faham jugak, barulah tinggalkan komen dalam kotak komen dibawah ni ya.
****
Kita beralih pulak pada soalan ketiga, kalau kita travel dengan kawan-kawan dalam satu booking number.
Katakan ada tiga orang dalam kumpulan anda. Penumpang A pre book check in baggage 15kg, penumpang B (20KG) dan penumpang C (15KG).
Dalam hal ini bermakna total check in baggage untuk kumpulan ini adalah 15kg + 20kg + 15kg = 50kg.
Katakanlah penumpang A secara tak sengaja terbawa lebih barang, sebagai contoh 17kg padahal dia cuma beli untuk 15kg sahaja. Penumpang B pulak check in 18 Kg, manakala penumpang C cuma check in 10Kg.
Jumlah jadi 17 Kg + 18 Kg + 10 Kg = 45 Kg
Persoalannya, adakah penumpang A akan ada masalah dan perlu bayar yang terlebih tu?
Ada dua jawapan.
Jawapan 1 : Tak perlu bayar
Penumpang A perlu pastikan semasa berada di check in counter untuk check in baggage, ketiga-tiga penumpang perlu ada sama. Jadi, keseluruhan berat bagasi selagi tak melebihi 50kg, maka ia tak menjadi masalah dan tiada caj tambahan akan dikenakan.
Jawapan 2 : Perlu bayar caj tambahan
Dalam kes ni, jika waktu tu penumpang B dan Penumpang C tidak check in sekali, atau tak jadi naik flight yang sama, maka sebarang berat yang terlebih, perlu dibayar oleh penumpang A.
Konsep yang saya sedang terangkan ini adalah konsep pool baggage.
Bacaan dan rujukan lanjut : http://www.airasia.com/ask/template.do?id=170
Can I combine my checked baggage with my travelling companion?
Yes, you can combine the baggage if you are travelling with the same PNR booking number and present yourselves together at the check-in counter.
Sekiranya penumpang B dan C tak jadi naik flight, penumpang A sama sekali tak boleh guna portion prebook check in baggage yang dah dibeli oleh penumpang B dan C.
*** Maklumat tambahan
1. Andai kata anda prebook check in baggage 40 kg, sila pastikan sekurang-kurangnya anda bawa dua beg.
Berat bagi satu-satu bagasi tidak dibenarkan melebihi 32kg. Kalau lebih daripada 32kg akan di reject oleh pihak pengurusan.
2. Anda dibolehkan untuk bawa dua, tiga, empat atau berapa-berapa pun bagasi yang anda nak bawa, asalkan berat keseluruhan bagasi tak lebih daripada jumlah yang anda dah pre book.
Rujuk : http://www.airasia.com/ask/template.do?id=169
What is the maximum amount of checked baggage allowance that I can pre-book online?
You can pre-book up to 40 kgs per guest. Please be advised that there is no limit of number of baggage to be checked in as long as the total weight does not exceed the prebooked weight and if it exceeds the prebooked baggage weight, every kilo after will be charged an Excess Baggage Fee .
Please see the rates for excess baggage here – http://www.airasia.com/my/en/our-fares/fees-and-charges.page?
Please be informed that every check in baggage should not exceed 32 kgs.
Kalau terlebih pun tak ada masalah. Anda hanya perlu bayar berat yang terlebih tu sebagai excess baggage. Itu sahaja.
Sekian, saya harap penerangan yang tak seberapa ini membantu kefahaman dan memudahkan perjalanan anda untuk terbang bersama Air Asia.
Artikel ini adalah merupakan kesinambungan bagi artikel sebelum ini yang berjudul Panduan & Tips Membeli Tiket Kapal Terbang Air Asia.
********************************************************************
Baca juga
- Panduan Buat Duit Sebagai Pengedar SIM KAD Tune Talk
- Ini bukan ZALORA mahupun LAZADA, Tak percaya?
- Rahsia FOREX TRADER Jana Wang 5 Angka Seminggu Secara Senyap-senyap
- Bosan kerja? Kerja dari rumah pun boleh…
********************************************************************





kadang2 pening juga isu beg ni…
nasib baik ada penjelasan..
ehehehe
mie recently posted..Saya Sudah Satu Tahun
saya nak tanya, smlm saya ada booking flight utk bulan 5 nnt utk 3 org.. skrg kalau untuk bawa bagasi kena bayar ye? dlu free je kan utk 15kg.. jd sy hanya beli utk 1 org sahaja 20kg. kalau yg lagi 2 org tu bawa juga bagasi dan check in sekali kna byr tak utk bagasi die?
ataupun boleh utk 3 org tu total 20 lkg je? klu lebih camne?
Saya dah terangkan dalam blogpost. Harap dapat baca.
3 Orang boleh share 20kg jika mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan
flight tiket kami 2 org dewasa dan 2 org kanak (umur 2& 1 tahun)….adakah airasia akan mengenakan caj sekiranya ibu dah bapa membawa (tlg pegang) beg anak2 untuk beg (hand carry) below 7kg?
contohnya:-
beg ibu – 1beg berat dlm 6kg & 1beg utk anak berat 6kg
beg ayah – 1beg berat dlm 6kg & 1beg utk anak berat 6kg
Hi Heme,
Kalau tiket kanak2 yg umur 2thn tu dibeli atas tiket dewasa, then, memang dpt 7kg hand carry tu..tp..kalau anak2 heme dibeli ats tiket infant (sit on lap), then xdapat la..cuma ibu dan bapa je boleh bawa 7kg.:)
salam..thanx for the good info bout luggage..jus 2 confirm:
sy plan travel dgn family(2dwsa+3kids)..tp mmg kn book utk 5seat dwsa.ok soalan sy setiap org dwsa mmg ad diperuntukkan 7kg free luggag? Or hanye dpt 7kg free je(use same PNR?..TQ
Waalaikumussalam Nurul,
Kalau nurul book 5 seat dewasa, setiap orang akan dapat 7kg free hand carry. Walaupun semuanya travel dalam satu PNR.
Klu kita pergi 5 org, Bolehkah setiap orang hand carry 7 kg tu dicampur jd 35?
Setiap orang hanya 7kg. Tak ada campur2