Panduan Melakukan Pembetulan Ejaan Pada Tiket Air Asia

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kerana singgah di laman blog saya iaitu sabreehussin dot com.

Pada catatan kali ini saya akan kongsikan tips dan cara tentang bagaimana dan apa yang boleh kita lakukan sekiranya terdapat kesalahan ejaan, susunan nama terbalik, atau tertinggal huruf pada  tiket penerbangan Air Asia yang telah kita beli.

Soalan yang seumpamanya kerap kali ditanyakan kepada saya, jadi untuk memudahkan pelawat-pelawat lain yang mungkin berdepan dengan isu dan persoalan yang sama, bolehlah ikuti tips yang saya bakal kongsikan ini.

Pertama sekali, saya sangat-sangat menggalakkan anda untuk dapatkan sebarang maklumat yang anda tercari-cari menerusi laman web rasmi Air Asia kerana maklumat yang paling tepat ada disiarkan dalam laman web syarikat penerbangan tersebut.

Ada masa-masa tertentu, Air Asia akan menyemak semula terma dan syarat mereka. Jika anda keliru dan tak pasti di bahagian mana untuk dapatkan jawapan untuk sebarang permasalahan berhubung tiket penerbangan Air Asia, anda boleh klik pada link berikut dan paparan seperti di bawah akan muncul.

http://www.airasia.com/ask/search-templates.do [sila klik link]

Air Asia Name Correction 1

Lepas tu anda hanya perlu masukkan je sebarang persoalan yang anda ada.

Baiklah, untuk kes-kes seperti terdapat kesalahan ejaan, tertinggal huruf dan sebagainya, pertama sekali sekiranya anda dah sampai ke halaman seperti di atas, klik pada e-form.

Atau anda boleh juga klik ada link berikut http://www.airasia.com/my/en/e-form.page

Paparan seperti di bawah akan kelihatan.

Air Asia Name Correction 2 e form

Bila dah sampai kat halaman ni, anda hanya perlu isikan maklumat-maklumat yang diperlukan.

Untuk case category dan type, jika anda kurang pasti nak letak apa, saya cadangkan anda letakkan
Case Category : Customer Request
Type : Modify Booking

Atau anda boleh lihat contoh seperti screenshot dibawah.

Air Asia Name Correction 2 e form 2

Sila pastikan anda attach bersama salinan dokumen asal sebagai rujukan.

Sebagai contoh, kalau nama tersalah eja, maka saya cadangkan anda attach sekali kad pengenalan sebagai rujukan. Klik pada attachment dan lampirkan dokumen berkaitan.

Boleh scan salinan kad pengenalan untuk penerbangan dalam negara atau passport sekiranya penerbangan tersebut keluar negara.

sample kad pengenalan

Di ruangan feedback, tulislah apa yang anda nak buat dan explain serba sedikit apa yang terjadi. Contoh

Dear Air Asia, I wish to do name correction on my ticket due to misspell. Attach herewith is a scan copy of my identification document for reference.

Kindly please assists accordingly.

Regards,

Rowan Sebastian Atkinson

Seterusnya klik pada submit.

Jika dah selesai buat ini semua, kembali ke link http://www.airasia.com/ask/search-templates.do [sila klik link], jika anda ada akaun twitter, klik pada twitter.com/airasia dan maklumkan bahawa anda telah menghantar request menerusi e-form.

Kalau tak ada akaun twitter, jangan risau sebab anda masih lagi ada alternatif lain iaitu Live Chat.

Sekian, harap penerangan ringkas ini dapat membantu pelawat-pelawat sekalian.

Rujukan : http://www.airasia.com/ask/template.do?id=217 [Can I change the name on my ticket]
********************************************************************
Bacaan Tambahan (Maklumat Eksklusif Di Dalam!)

1. Strategi & Panduan Buat Duit Sebagai Seorang Penulis
2. Buat Blog Yang Bagus Dalam Masa 31 Hari Sahaja
3. Buat Bisnes Ribuan Ringgit Dari Blog
4. 37 Teknik Hapuskan Masalah Kekeringan Idea Menulis Blog
********************************************************************

 

 

, , , ,

18 Responses to Panduan Melakukan Pembetulan Ejaan Pada Tiket Air Asia

  1. akuazmira February 11, 2013 at 10:17 pm #

    yup..betul2..tp kalau nama yg perlu diperbetulkn tu xlebih dr 3 huruf, xperlu attach pape document…dkt bahagian feedback tu, masukkn nama yg salah n nama yg betul..hehe..tp kalu more than 3 letters, kna la attach IC or passport…

  2. izzati March 14, 2013 at 10:16 am #

    ok, nama yg nak di edit tu kena bayar x? ade charge x? sebab salah eja nama. sepatutnya MUHAMAD tapi salah tukar MOHD

    • sabree hussin March 14, 2013 at 12:03 pm #

      setahu saya tak ada caj sebab tersalah ejaan

  3. fahmi March 27, 2013 at 11:23 am #

    salm. tumpang tnya.
    saya hadapi msalah yg sama.
    bukan Air Aisa, tetapi MAS

    nama betul saya ahmad khairil bin ahmad nazmi
    tapi tersilap dalam tiket jadi ahmad khairl bin ahmad nazmo

    i tersilap jadi o..
    mcne ea? xpasti sngt pasal ni..

    • sabree hussin March 27, 2013 at 12:41 pm #

      Wasalam saudara, maaf ye untuk MAS saya kurang pasti.

  4. naim April 9, 2013 at 6:50 pm #

    salam, kalau kite double letak last name n hari depature baru sedar,ticket tu still valid ke?

    • sabree hussin April 10, 2013 at 3:51 pm #

      tiket tak ada masalah asalkan ejaan tu masih lagi sama dengan nama dalam ic atau passport. Boleh explain dekat pegawai tu nanti yang ada kesalahan

      • nisyya April 13, 2013 at 12:08 am #

        salam saudara sabree..

        saya ada tempah tiket pada 4/5 ni

        masa isi maklumat diri tu tersilap eja alamat email..

        so,macam mana nak dapatkan tiket ya..

        • sabree hussin April 13, 2013 at 8:58 am #

          Wsalam Nisyya,

          Kalau nisyya tinggal berdekatan dengan sales office Air Asia, boleh mintak mereka buat pembetulan pada alamat emel nisyya.

          Ataupun hubungi Air Asia menerusi e form http://www.airasia.com/my/en/e-form.page

          Berikan booking number dan minta mereka bantu untuk forward tiket semula

          • nisyya April 13, 2013 at 10:01 pm #

            salam saudara sabree..

            terima kasih kerana balas komen saya..ianya dapat membantu saya…)

          • nisyya April 14, 2013 at 6:45 pm #

            salam saudara sabree..

            saya dah isi borang e-form dan memasukkan alamat email yang betul

            tetapi bila saya tekan butang submit keluar perkataan : please fill in carrier code

            apa yang harus saya buat ya..

            terima kasih.

          • sabree hussin April 14, 2013 at 7:15 pm #

            Flight tu pergi kemana?

            Carrier code tu code kapal terbang

            Kalau penerbangan Malaysia kod dia biasanya AK

            Kalau Indonesia QZ

            Thailand FD

  5. hana April 29, 2013 at 4:17 pm #

    saya ada buat tempahan kat airasia melalui online tapi nama dan nama dan nama ayah terbalik…boleh terima ke?

    • sabree hussin April 30, 2013 at 2:29 pm #

      Biasanya tak ada masalah

  6. atie May 3, 2013 at 4:13 pm #

    salam.. cik.. saya ade beli tiket untuk infant saya by online thru yg manage booking tu, tp bile air asia antar itenary dier tulis nama suami saya lak yg kat depan patut MUHAMMAD RIDZQI MOHD RIDHZUWAN tp air asia letak MOHD RIDHZUWAN MOHD RIDZQI.. macam mane yer… saya nak fly da on 10hb mei ni ke sabah

    • sabree hussin May 8, 2013 at 5:43 pm #

      Kalau nama terbalik, tak ada masalah.

      Bagi kesalahan ejaan, aturan nama atau nama yang berbeza daripada dokumen pengenalan/perjalanan (kad pengenalan atau pasport, cth.nya Lucy Loo semasa tempahan, Loo Liu Xi pada pasport), sila sediakan nombor rujukan tempahan anda, salinan dokumen pengenalan/perjalanan dengan nama yang betul padanya, kemudian:
      1. isikan Borang Maklum Balas Dalam Talian http://www.airasia.com/my/ms/e-form.page
      2. berbual dengan kami di Bual Langsung http://www.airasia.com/sso.php
      3. hantar tweet kepada kami di Twitter https://twitter.com/askairasia

  7. izzat May 9, 2013 at 12:57 pm #

    salam Sabree, saya nak tanya ttg salah ejaan pada tiket air asia saya.. pihak airasia salah type.. nama sepatutnya Nurin Haziqah binti Abdul Hafiz tapi salah taip jadi Nurin Hazirah binti Abdul Hafiz… Satu huruf yang salah… huruf R, sepatutnya Q.. xda masalah ke time penerbangan tu nnt?

Leave a Reply

CommentLuv badge