Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat pengunjung blog sekalian,
Hari ni saya hanya nak kongsikan tips dan panduan bagaimana membuat tempahan tiket bagi syarikat penerbangan AirAsia.
1. Log in Sebagai Ahli
Bagi memudahkan urusan semakan ataupun sebarang pindaan terhadap booking yang dilakukan, adalah sangat-sangat digalakkan untuk anda log in sebagai ahli terlebih dahulu.
Sekiranya anda masih belum lagi mendaftar sebagai member Air Asia, anda digalakkan untuk register sebagai member terlebih dahulu. Hanya perlu klik pada daftar atau sign up. Kemudian isikan sahaja borang yang bakal keluar di paparan skrin anda.
Pastikan anda mengisikan nama mengikut ejaan yang tertera pada kad pengenalan ataupun passport semasa mendaftar sebagai ahli AirAsia.
Jika anda memang dah pernah register sebagai member sebelum ni, anda boleh teruskan membuat tempahan dimulai dengan log in menggunakan alamat email yang pernah anda daftarkan sebelum ini.
Jangan lupa masukkan password sekali. Password adalah gabungan antara huruf dan juga nombor.

2. Paparan Selepas Log in
Untuk mengetahui sama ada anda dah log in ataupun belum, sila lihat di bahagian sebelah kiri. Akan tertera perkataan selamat datang.
Anda boleh juga klik profil saya/my profile jika nak buat sebarang pindaan.
3. Bagaimana Mencari Flight Air Asia Yang Ada
Mudah je sebenarnya nak pilih penerbangan. Isikan maklumat perjalanan anda diruangan yang disediakan. Origin bermaksud dari mana anda ingin berlepas, manakala destination pula ialah tempat yang anda ingin tuju.
Jangan tak percaya, ada ramai orang yang selalu terbalik bila buat tempahan.. ha.. kalau dah terbalik habis lah. Tiket tu tak boleh nak buat apa dah.. sebabnya menurut terma dan syarat Air Asia, booking yang dah berjaya dibuat tak boleh di batalkan (cancellation) dan tidak boleh dituntut ganti rugi (refund). (artikel 5.1)
Walaubagaimanapun, sekiranya penerbangan anda masih lagi mempunyai tempoh masa lebih daripada 48 jam, anda masih lagi dibenarkan untuk membuat pertukaran tarikh. (artikel 5.3)
Jadi.. macam mana pun anda wajib buat betul-betul dan pastikan semua maklumat yang anda isikan itu lengkap dan betul. Kalau tak masalah nanti jadinya.
Baik, dalam contoh kali ini saya akan tunjukkan macam mana step untuk buat booking dengan Air Asia. Dalam contoh ini, saya akan buat booking untuk penerbangan ke Sydney, Australia.
Untuk origin saya masukkan Kuala Lumpur, sebabnya saya akan berlepas dari Kuala Lumpur di LCC Terminal, Sepang. Manakala destination dia ialah Sidney.
Sekiranya anda perasan, kod bagi lapangan terbang di Kuala Lumpur ialah KUL manakala Sydney pula ialah SYD.
4. Travel Document (Dokumen Perjalanan)
Air Asia sama sekali tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda ada sebarang isu dengan dokumen perjalanan milik anda. Ini adalah kerana Air Asia hanyalah menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara sahaja, dan menjadi kewajipan pelanggan macam kita ini untuk mengenal pasti apa dia dokumen yang diperlukan untuk memasuki mana-mana negara.
Bagi penerbangan international, kita perlu memegang dokumen perjalanan ataupun passport yang memiliki tempoh sah laku (validity) sekurang-kurangnya 6 bulan lebih daripada waktu perjalanan. Ini adalah requirement yang ditetapkan oleh pihak imigresen.
Dalam kes saya ini, untuk masuk ke Australia, saya perlukan ETA. ETA ini adalah singkatan bagi Electronic Travel Authority. Ini merupakan salah satu keperluan tambahan bagi penduduk selain daripada warganegara Australia yang ingin memasuki Australia.
Maklumat mengenai ETA dan cara untuk mendapatkannya boleh didapati di http://www.immi.gov.au
5. Pemilihan Jadual Penerbangan
Dalam kes saya ni, untuk tempahan ke Australia, jumlah penerbangan yang terdapat dalam sehari ialah satu penerbangan sahaja. Secara automatik (default) sistem akan memilih untuk kita harga yang paling rendah yang masih lagi dijual.
Kalau kita beli secara online, kita boleh dapat harga tiket promosi.
Tetapi, kalau kita beli melalui telefon ataupun melalui kaunter jualan, harga yang ada hanyalah harga regular dan premium sahaja. Mungkin ini adalah salah satu usaha Air Asia untuk menggalakkan orang ramai melayari laman web mereka dan buat tempahan secara dalam talian (online).
Kalau anda ada duit lebih, bolehlah memilih untuk membeli premium seat, untuk perjalanan yang lebih selesa dan berpeluang menikmati kelebihan-kelebihan yang tidak terdapat pada tempat duduk kelas ekonomi.
Antara kelebihan premium seat adalah kita boleh dapat peruntukkan bagasi (baggage allowances) sebanyak 20KG percuma dan juga makanan percuma.
Setiap harga yang dipaparkan dalam laman sesawang Air Asia adalah benar pada waktu ia dipaparkan. (artikel 4.5).
Harga yang ditunjukkan tidak termasuk cukai dan juga lain-lain yuran. Tiket yang dijual juga memiliki kelas-kelas tertentu, sebab tu adakalanya kawan kita dapat harga yang murah, kita pulak dapat harga yang mahal. Ini sebab kawan kita dapat tiket dalam kelas harga yang lagi murah berbanding apa yang kita beli.
Selepas anda dah pasti nak pilih flight yang mana satu, anda hanya perlu klik pada continue.
Anda perlu pastikan yang anda dah baca Terma & Syarat Air Asia (terms & condition) dan bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syaratnya.
Dengan anda tick pada box yang disediakan, ini menunjukkan bahawa anda telah baca, faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang disediakan.
Katalah anda saja-saja tak nak setuju dengan Terma dan Syarat Air Asia, tapi masih lagi nak teruskan buat tempahan, ha.. paparan macam dekat atas ni akan tertera. Akan keluar error dekat situ. Kena klik yang anda setuju terlebih dahulu ye.
Pada waktu catatan ini dibuat, seandainya anda perlukan perkhidmatan seperti kerusi roda, atau ambulift, anda perlu hubungi Air Asia Call Centre sekurang-kurangnya 48 jam sebelum masa penerbangan dan tanda ‘Yes’ pada soalan do you have any special needs?
Boleh klik sini untuk maklumat lanjut.
Dibahagian kanan, anda boleh nampak jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.
Buat masa ni, total cost adalah sebanyak RM1,421. Jumlah ini termasuk Airport Tax, Fees, Fuel Surcharge dan juga harga tiket penerbangan.
6. Maklumat Perhubungan (Contact Details)
Ini merupakan salah satu bahagian yang penting. Nama individu untuk dihubungi. Untuk apa isi bahagian ini?
Sekiranya terdapat perubahan pada jadual penerbangan kita, maklumat yang kita isikan dalam ni lah yang akan digunakan oleh staff Air Asia untuk hubungi kita dan beritahu perubahan yang bagaimana yang telah dilakukan pada jadual penerbangan kita.
Boleh gunakan maklumat yang sama dengan maklumat penumpang, dan boleh juga kalau nak guna nama orang lain. Tak ada masalah.
7. Nama Penumpang (Guest Details)
Dekat sini kena letak nama penumpang. Ejaan nama penumpang mesti kena sama dengan nama yang tertera dalam kad pengenalan ataupun dalam passport.
Tak boleh ada salah eja walaupun satu huruf.
8. Flight Option
Dekat bahagian ini kita boleh tetapkan apa yang kita nak ada dalam penerbangan kita dan apa yang kita tak nak ada. Air Asia ni kan budget Air Line, jadi kita boleh budget apa yang kita perlu dan apa yang kita tak perlu.
Sebagai contoh, bagasi (baggage allowance), makanan (meals), peralatan sukan (sport equipment) dan lain-lain.
Secara default, sistem akan beri anda bagasi sebanyak 20kg. Sekiranya anda tak bercadang nak bawak sebarang bagasi, boleh tukarkan ia kepada ‘No Checked Baggage’.
Tak perlu risau, sebab kita masih lagi boleh bawak 7kg hand carrier yang boleh dibawa naik ke dalam kabin kapal.
Untuk sektor SYD-KUL pun sama juga dengan penerangan yang diatas.
9. Pilih Tempat Duduk (Pick a Seat)
Kalau anda tak kisah kena duduk jauh-jauh, maka bolehlah continue without picking a seat.
Kalau anda travel bersama kawan, dan memang nak duduk sebelah-sebelah, maka untuk secure seat, kenalah pilih seat assignment. Kena bayar lah tapi..
Bagi yang tak nak bayar, bila buat check in nanti, sistem komputer akan pilihkan tempat duduk kita mengikut lokasi mana yang masih lagi ada. Kalau dapat dekat nasiblah.. kalau tak dapat duduk sama-sama, pun nasiblah..
10. Beli Perlindungan Insurans Menerusi Air Asia Insure?
Sekiranya tak nak beli insurance, boleh klik pada cancel. Lihat gambar yang saya gariskan dengan warna hitam tu.
Setengah orang memang dah ada personal travel protection, jadi memang tak perlu ada insurans tambahan pun.
Lepas dah klik cancel, satu pop up akan keluar. Pada step ini klik cancel lagi sekali sekiranya memang betul-betul tak nak ambik insurans.
Biarkan pada ‘no thank you‘, kemudian klik sahaja pada continue.
11. Perkhidmatan Skybus
Kalau rasa perlukan transport untuk bawak anda dari KL Sentral atau dari 1Utama ke LCC Terminal, bolehlah beli tiket dekat step ini. Kalau dah ada pengangkutan sendiri, tak nak beli pun tak ada masalah.
Tiket bas akan disertakan sekali bersama itinerary flight. Kod bagi Skybus akan tertera pada itinerary anda nanti dengan kod SKYB. SKYB ni maksudnya skybus.
Jadi bila dah beli skybus ni, tak perlu nak gelabah mana nak ambik tiket bas. Hanya perlu tunjukkan flight itinerary pada kaunter skybus itu dah cukup memadai dah.
12. Membuat Pembayaran untuk Tiket Penerbangan Air Asia
Setakat masa catatan ini dibuat, kita ada pilihan untuk buat pembayaran melalui tiga kaedah iaitu kad kredit, e-gift voucher ataupun melalui direct debit
Sebelum membuat sebarang pembayaran, kita perlu confirmkan semula sama ada jadual perjalanan dan item yang kita beli itu betul ataupun tak.
Janganlah pulak nanti, bila kita dah bayar, masa tu baru kita sibuk nak kata kita tak ada nak beli insurans, bagasi ataupun meals.
Sebabnya walaupun kita buat kecoh macam mana sekalipun, memang kita tak akan dapat balik refund.
Ruangan ini dipanggil Review & Pay sebab kita kena check dulu atau review dulu sebelum buat pembayaran.
Sebaik-baiknya bayar menggunakan kad kredit.
Tetapi andai kata anda tiada kad kredit, bolehlah buat pembayaran melalui direct debit.
Pembayaran melalui direct debit untuk membeli tiket Air Asia hanya disediakan sekiranya matawang yang digunakan adalah dalam Ringgit Malaysia.
Selain daripada itu, untuk penerbangan yang masanya kurang daripada 48 jam, option direct debit tak akan disediakan. Kena bayar pakai kad kredit. Sebabnya, pembayaran menerusi direct debit bukanlah serta merta.
Ada masanya, walaupun duit dalam akaun bank kita dah kena tolak, tetapi selagi Air Asia masih belum terima pembayaran dari pihak kita, selagi itu pembayaran dan status tempahan masih lagi belum confirm.. iaitu ‘Need Payment‘.
Booking kita hanya akan confirm setelah kita terima itinerary ataupun setelah pembayaran penuh telah kita buat.
Baiklah, saya rasa macam dah cukup panjang tips dan panduan untuk membeli tiket kapal terbang Air Asia ini.
Jumpa lagi dalam tips yang akan datang.
Semoga pengunjung blog sekalian beroleh manfaat.
********************************************************************
Baca juga
- Panduan Buat Duit Sebagai Pengedar SIM KAD Tune Talk
- Strategi Jana RM1,000 – RM3,200 Secara Konsisten di Internet
- Rahsia FOREX TRADER Jana Wang 5 Angka Seminggu Secara Senyap-senyap
********************************************************************






















Belum pernah menaiki AirAsia mungkin 1 hari nanti berpeluang.
akubiomed recently posted..Melayan karenah anak dengan membina model 3D
panduan yang complete.. nak terbang ke Australia ke? Macam best je kalau dapat pergi ke sana.
kimmie recently posted..Wordless Wednesday 15 – Apakah nama ikan ini ?
Assalamualaikum wrt wbt. Bagus artikel ini, tahniah. Membeli tiket kapal terbang Air Asia secara online kadang kala membuatkan kita berpeluh-peluh dibuatnya. macam-macam borang yang perlu diisi. Kalau tidak jadi beli, esok tenguk semula. harga sudah berubah pula…………
tak pernah book online lagi. nice sharing.
Khidhir recently posted..5 Antivirus Terbaik
siap ada panduan tuh, terbaik lah, hehee
Juan recently posted..GTmetrix Comparison Report
rajin nye buat entri panjang2 camni.
erkk mr sabree, email kat atas tu betol ke?kang tak pasal2 kne hack nanti.haha..
fikhri recently posted..Budak sekolah dan klip 3gp
dah jadi ahli. lama dahh..hehe..
ohcikgu recently posted..Gambar K.Rajagopal bersama isteri tercinta.
kalau dah jadi ahli, senang sikit nak “manage my booking”
Kalau tak jadi ahli susah nak manage my booking
Lawrence Vision recently posted..Ada apa dengan Samsung Galaxy S Plus
memang tak boleh nak akses manage my booking pun. thanks for visiting my blog lawrence
salam.. Kalau lupa nak mskkan no kad pengenalan kat pasport detail utk penerbangan dlm negara je, tp i dah buat byran direct debit kad..dah comfirm dah. Mcm mn erk? Risau la..
Waalaikumussalam, small matter je tu cik elly.
1. Kalau elly sebelum ni pernah register sebagai member airasia, boleh akses manage my booking kemudian klik cari passengger’s detail. Boleh update dekat situ.
2. Cara lain, boleh call dekat call centre mintak diorang tolong updatekan. Tapi bayaran dia RM1.95 per minit la
3. Boleh datang ke mana-mana sales counter yang paling dekat untuk update.
4. Datang awal sikit ke airport masa hari penerbangan, boleh update masa dekat airport je nanti masa document check.
So fly ke mana tu? bercuti ke?
Tq atas info nya.. I book tiket utk aunty i balik kelantan.
Tips bagus, sebagai penambahan, kunjungilah laman http://fleapy.com/airasia
Bagi saya, banyak bantu utk cari tiket murah… buat carian tiket murah senang gilerrr!
satu tips yang lengkap, terima kasih kerana berkongsi bro.. jalan2 kat google tadi, singah jap kat sini hehe
donnyien recently posted..Handphone hilang
Salam..
2 bln lepas saya book tiket ulang alik p kch-kl-langkawi utk tarikh 26/05/12 & 29/05/12..utk sy n adik. Mslh nya..kt org xdpt nak pegi coz da hal yg xdpt nak d elakkan.. Nak tya dpt x klu nak tkr ke date yg lain?
Bergantung pada keadaan jugak.
elly boleh tukar kepada tarikh lain dengan syarat
1. Belum pernah buat web/mobile/counter check in.
2. Masa buat pertukaran itu mestilah 48 jam lebih daripada masa penerbangan.
3. Buat bayaran untuk flight change fee (yuran pertukaran masa) dan fare difference (perbezaan harga tiket lama dan tiket baru, jika ada)
Kalau tarikh 26 May masih sempat lagi ni.
Awal thn ni saya ada beli tiket ke Krabi dgn Airasia utk flight Julai ni….masa tu passport saya dah tamat tempoh, jd saya hanya isi no I/C pd ruangan no I/C/no passport…adakah mrk akn terima no i/c masa check in nnti, sedangkn keluar negara mesti pakai no passport?…boleh ke saya tukar no i/c tu ke no passport pd ‘manage my booking’ n ada kena fee ke?
Untuk tujuan buat booking, letak no ic tak ada masalah. In fact, kalau nak biarkan bahagian tu kosong je pun tak ada masalah Leena.
Masa nak check in nanti, Leena kena pastikan maklumat IC tu dah tukar kepada maklumat passort.
Pertukaran tu boleh buat menerusi
1. Manage my booking. Make sure dah register jadi AirAsia member dan perlu link booking pada member id. Kalau tak link member id, masalah nanti
2. Boleh buat web check in, nanti masa tu pun boleh buat pertukaran
3. Boleh pergi mana-mana sales counter dan mintak mereka tolong update
4. Tak perlu buat apa-apa, masa nak fly nanti tunjuk je ic dan passport.
So mana-mana satu daripada cara niboleh diguna pakai.
Ok…thanks 4 the info….
salam…pelajar senior saya akan membuat lawatan ke sabah…tetapi 2 orang daripada mereka tak jadi pergi tetapi tiket dah beli…masalahnya di sini boleh tak kalau saya gantikan tempat mereka, maksudnya tiket tu ubah atas nama saya ataupun kalau tak boleh ubah nama, bagaimana caranya agar saya dapat menggunakan tiket mereka untuk flight ke sabah dan agar tiket tersebut tidak ‘ burn’ macam tu saja… mohon balas segera sebab 12 haribulan ni mereka akan bertolak….sekian terima,kasih
saya nak tanya .kalau la .semasa tempahan saya tidak ada number pasport ,masih boleh booking ke ? saya letak no pasport tetamu tu kepada no ic saya .please jelaskan .
bahagian passport tu, kalau tak tulis pape lagi pun tak ada masalah. Kalau dah tulis nanti update je menerusi manage my booking
sedikit tambahan .saya punya kes sama macam cik leena tadi .
‘Masa nak check in nanti, Leena kena pastikan maklumat IC tu dah tukar kepada maklumat passort.
Pertukaran tu boleh buat menerusi
1. Manage my booking. Make sure dah register jadi AirAsia member dan perlu link booking pada member id. Kalau tak link member id, masalah nanti
2. Boleh buat web check in, nanti masa tu pun boleh buat pertukaran
3. Boleh pergi mana-mana sales counter dan mintak mereka tolong update
4. Tak perlu buat apa-apa, masa nak fly nanti tunjuk je ic dan passport.
So mana-mana satu daripada cara niboleh diguna pakai.
*tapi masalah saya sekarang ,saya dah buat check in tapi saya tak tukar no i/c tu kepada no passport ,harap2 boleh tak ? kalau tak boleh rugilah saya ,
Kemudian nanti boleh tukar
Alhamdulillah .bila boleh tukarnya tu ? saya risau sebenarnya nanti bila nak masuk flight tak boleh scan plak pasal tiada no passport .
bila2 masa boleh tukar, ada member id? boleh tukar maklumat tu pakai manage my booking je.
perkongsian yang bagus…ini pun saya jumpa dekat pakcik google….kalau ada tips lagi…teruskan update ya.
ainun recently posted..Tips Pelajar Cemerlang dari Tips Peperiksaan
insya Allah. Ada kelapangan akan share lagi banyak-banyak
sy da buat pembayaran direct debit thru maybank. tp sy xterima confirmation dan itinerary dari air asia. Duit dlm accout dah kena tolak. Bila tgk status tempahan still kosong. Mcm kite xde booking ape2
Nampak gaya Cik Dina kena semak dengan AIr Asia sendiri atau dengan pihak bank untuk lihat sama ada terdapat sebarang masalah semasa proses transaksi sedang dijalankan
Tips yang sangat membantu, thanks.
Kes saya pula macam ni.
Saya minta tolong abang saya tempah iket sebab dia ada akaun online pastu lepas confirm baru dia bagitau yg dia tersalah eja dan letak kedudukan nama saya. Ada la perbezaan dengan ic saya tapi no. ic dan yg lain2 betul.
Patutnya nama cuma Mustakimbillah Ismail tetapi dah jadi Mustakimbillah B ismail, Mus (sebab salah letak bahagian first name dengan last name tu)
Risau juga tapi dah call air asia. Dia cakap hanya boles uruskan di kaunter nanti.
Agak2nya masalah besar ke ni ya kalau nak diurus di kaunter nanti atau just diaorg akan tolong betulkan balik nama kita tu? Ada cas tambahan ka?
Thanks in advance : )
Hi Mus,
Boleh sy tlg jwb? Untuk kes ni, Mus boleh terus ke kaunter utntuk buat pembetulan nama. Atau kalau boleh, trus ke http://www.airasia.com/my/en/faqdetailsform.page , isikan form tu, attach skali dgn IC. Tiada cas tambahan untuk pembetulan nama. Cuma perlu diingatkan, Mus dinasihatkan untuk tidak melakukan self check in selagi nama tidak diperbetulkan. =)
Tq buat Azmira.
Actually saya dah dapat selesaikan kes saya ni.
Baru ni saya ke kaunter (sehari sebelum penerbangan saya tu) dan tanya isu ni.
Rupanya, staf di kaunter cakap nama saya tu masih sama dengan IC (tak ketara sangat) dan maklumat yg lain pun betul dan saya boleh check-in tanpa masalah.
Jadi saya tak perlu ubah apa2 & boleh naik flight dengan lancar time penerbangan : )
salam….nak tnye jugak…kalu salah eja name guest mcm mne???
Wsalam, kalau tersalah eja hubungi AAsia menerusi e-form dan sertakan sekali salinan IC @ passport sebagai rujukan ejaan sebenar
info yg bagus ni
cikgu azim recently posted..Eeee Anak Patung Paling Seram
jikalau tukar penerbangan hendak turun ke kuantan boleh ke?sepatut nya dari sabah ke kL,tapi nak turun di kuantan
setahu saya kuantan tak ada airport. Macam mana nak turun kat sana?
nk tanya, air asia ada booking fee tak?kalau ada berapa ek?
Ada dua keadaan, kalau booking dekat kaunter akan dikenakan booking fee.
Jika booking online, tak akan kena booking service fee, tapi akan dikenakan processing fee jika bayar guna kad kredit/debit.
Tapi kalau bayar guna direct debit, tak kena fee. Boleh faham ke?
fahm2. kalau prosesing fee tu berapa percent selalunya?
tadi dh selamat pon booking aisasia guna direct bank. lepas tu terus confirm and dpt iternary melalui email. itenary tu dlm bentuk pdf. yg tu ke kita kn print and bwk masa nak check in kat airport nanti?sebab dia tak tunjuk ic or pasport pon kat nama tu. just ada booking number je
Flight tu bila?
Kalau maklumat semua dah tepat dan memang confirm nak fly sama waktu macam dalam itinerary, saya cadangkan Nur buat online check in, kemudian print boarding pass. Boarding pass tu yang nak kena bawa masa kat airport.
Ataupun, kalau nak buat check in dekat kaunter pun boleh. Tapi akan dikenakan ‘counter check in’ fee sebanyak RM10.
Ikutlah mana-mana satu yang mudah. Kalau nak jimat belanja… hmmm buat online check in je la
sy nk fly 18 jan tahun depan. kira 14 hari sebelum tu boleh buat check in ya? bila dh check in baru akan dpt boarding pass ke? kira yg itenarary yg sy dpt skg ni buknlah yg kn print and bwk gi airport?
Lepas check in baru boleh dapat boarding pass. Boarding pass tu yang kena bawa ke airport. Itu yang penting. Itinerary tak penting sangat.
Kalau nak check in sekarang pun dah boleh
yeke? sebab semalam sy try check in lepas bayaran confirm tu dia tak bg lagi sebab dia ckp kena at least 14 hari sebelum traikh flight. maybe awl sgt kot sebab ada dua bulan lg b4 flight. so sy kn reminder guna hp takut tak ingt nk check in..
Salam, terima kasih sbb bg complete tutorial. Saya nak tanya kalau En. Sabree boleh buat tutorial bg Firefly pula.
In Shaa Allah jika ada kesempatan.
Saya kurang familiar dengan Firefly, tetapi kalau Air Asia saya boleh
Salam En Sabree.. Saya nak tanya, saya dah booking tiket ke Hong Kong. Pada mulanya saya buka website air asia guna Goodle chrome tapi lambat. so, saya buka wesite air asia yang kedua guna Internet Explorer tapi Google Chrome tak ditutup. Saya pun buat payment pada Internet Explorer manakal google Chrome tak confirm lagi . Bila saya tengok dekat manage my booking di wesite Air Asia, saya nampak ada 2 booking ke HK. Satu yg dah confirm dan satu lagi belum confirm (need payment). Apa yg perlu saya buat utk delete booking yang belum confirm tu? Adakah kesalahan membooking / booking yang belum confirm itu akan menjejaskan perjalanan saya nanti walaupun saya ada satu lagi booking ke HK yang dah bayar dan dah booking?
Harao En sabree dapat memberi penjelasan. terima kasih..
Salam Ifah,
Pertama sekali jangan risau, untuk booking yang tak confirm tu nanti dia akan expired sendiri dan ia tak akan menjejaskan perjalanan Ifah ke Hong Kong.
Status booking yang dah bayar akan jadi confirm, manakala yang masih lagi belum bayar (yg buka pakai google chrome) akan jadi ‘need payment’. Selepas 2-3 jam macam tu dia akan expired.
Selepas 24 jam macam tu yang status need payment tu akan hilang dari manage my booking Ifah
Tq en Sabree atas penerangan =)
mcm mane dengan name terlebih panjang mase isi kt guest details tu?? maknanya ejaan nma xlengkap…mcm mane penyelesaian tu?? thankz ye..
Saya cadangkan aizat hubungi air asia untuk maklumkan
kebiasaannye utk kes ni ada ape2 masalah x mse chek in??
Biasanya untuk check in tak ada masalah. Namun masa check dekat imegresen kena explain jika di tanya, sebab mungkin nama tak sama macam dalam passprt atau ic.
Memang panjang sangat ke nama?
owh..flight sye domestik je..ke sabah..mmg panjang..MUHAMMAD AIZAT BIN MOHAMMAD FADZIR DAN
MUHAMMAD ASHRAF BIN MOHAMMAD FADZIR..ape2 pun trima kasih bnyk2 kt en Sabree atas perkongsian ilmu ini..terima kasih skali lgi..
salam..boleh ke kite ubah name dlm list booking tu utk perbetulkan ejaannya
terima kasih
salam.. saya nak tanya yang kat bahagian guest details tu kan kena isi nama mcm dlm passport.. persoalannya.. perlu ke BIN atau BINTI ditulis sekali? kalau perlu, kat mana nak tulis? selepas nama kita atau kat bawah surname sebelum nama bapa? mohon bantuan. terima kasih
BIN dengan BINTI tak perlu tulis. Contoh kalau nama Shahila Binti Aziz
First Name : Shahila
Last Name : Aziz
Itu sahaja
saya nk tny..kalau saya tersilap eja nama pada tiket airasia.mcm ner saya buat
Saya cadangkan saudara hubungi AirAsia menerusi link http://www.airasia.com/my/en/e-form.page untuk maklumkan ada kesalahan ejaan tu
kalau ic salah mcm mane ek…buat tempahan secara online..
IC salah boleh buat correction @ pembetulan menerusi manage my booking
salaam. tak ape ke kalau kita ‘pick a seat’ tanpa kawan atau pasangan time booking tu? sy ingatkan ‘pick a seat’ tu perlu juga.
Pick a seat tak buat pun tak apa. Kalau buat nanti kena bayar.
Walaubagaimanapun kalau tak pick a seat, boleh jadi nanti sistem akan bagi seat yang berjauhan antara satu sama lain
sye pun dah buat tempahan dan bayaran dah dijelaskan…tp secara kebetulan plak ic salah begitu juga ngan nama bapa tu tersalah jg..
Salam,..saya nak travel ke bandung , masalahnya masa pergi sudah pilih seat, sebab masa online yg singkat ttergesa2..utk balik tak la pulak pilih seat. Baru terperasan… Risau juga pasal anak2 saya kecik2 ni mana boleh duduk jauh dgn ibu ayahnya.. camana eh?
Wsalam En Ishak, small matter je tu. Untuk penerbangan balik En Ishak pun boleh book seat (pick a seat).
Caranya :
1. Log in dalam sistem manage my booking
2. Pilih pick a seat
3. Pilih nak duduk kat seat mana
4. Buat pembayaran
5. selesai
assalam, sabree.
cikgu nak tanya.saya da sukses beli online Aasia dan ahli la.sy dah tsalah beli waktu balik(return).pergi 3/2/13 dan balik 5/3/13.sepatutnya balik 5/2/13! hu hu hu…jadi sy perlu bantuanmu,sabree.ttg online checkIN pergi belum wat lagi.apa bole sy ubah tarikh balik via online shj, or call or kena g kaunter LCCT.tolong,bro.TQ
Wasalam Cikgu Roy, memandangkan masih belum online check in jadi masih lagi boleh buat perubahan tarikh untuk penerbangan balik.
Boleh buat sama ada di sales kaunter terdekat, airport dan juga secara online menerusi manage my booking. pastikan buat 48 jam sebelum waktu penerbangan.
sye nak tnye lgi ni…makin keliru pulak dgn airasia nii…
pasal beg….mmg kene ke ambik 15kilo tu…klu berat beg sye x melebihi 15 kilo mcm ne….??
n..bagpack boleh bwk naik cabin ke?? berat max utk begpack bape…
n last…kalau sy book utk 3 org dlm 1 no daftar…kre ny 15 kilo tu total semua beg sy n kwn2 ke…????
tlg jwb ea…keliru sgt…tnye airasia lgg la tmbah2 kliru..
Salam Qila, saya ada buat satu entri bagi menjawab pertanyaan Qila. Sila klik link http://www.sabreehussin.com/motivasi/peraturan-check-in-baggage-bagi-penerbangan-air-asia/
Harap artikel tersebut dapat membantu
salam. ape nombor untuk contact air asia ye?
Wsalam saudara Hamdan, kalau tidak silap ada tertulis dekat website Air Asia nombor yang saudara Hamdan cari
Salam..sy nk tnye klu tiket yg promo tu leh tukatarikh x?
dan bpe kene cas?
Tiket promo boleh tukar tarikh. Akan kena caj flight change fee dengan fare difference
sy nk tukar tarikh penerbangan, krn ada urusakn yg tidak dpt dielakkan.. bayaran dh dibuat, sy dh cuba utk tukar tarikh booking.. tapi tak boleh.. terus keluar need payment .. macam mna nk tukar tarikh?
kalau nak tukar tarikh, klik pada flight change, kemudian pilih tarikh penerbangan yg baru. Lepas tu buat bayaran. Selagi tak buat bayaran status akan tulis need payment. Bayar dulu, baru penukaran akan berkuat kuasa
Assalam..nak tanya..mcmne nak cari tiket yang dah di book bagi ahli yang belum berdaftar? tQ
Wasalam, option tu ada dekta bahagian manage my booking. Cari dekat find booking
Tak jumpe ke.. hmm tu la, complicated sikit nak cari dia sebenarnya
upenye2..mse sy wat payment sistem CIMB nga down..so Air Asia xtrime my payment..baru je report..xsmpai dua hari..da settle…thanks to Air Asia n CIMB n tQ too to sabree hussin (^_^)v…
ooo..da cari..tpi still xjupe tiket yg sy da book tu..xpe..da wat report..tQ (^_^)
sy nk tnye laa..saya da terslh letak title MS kata adk lelaki sy..sepatutnya saya letak MR..mcm mane ye?lagi satu…sy da bookim tiket untk awl taon dpn..tp sy rase sy nk tmbh largage mcm mane yerk?pls hep….
nurul recently posted..Diajar & Belajar Tentang Bisnes
Kalau nak tambah luggage boleh buat online je. Akses ke bahagian manage my booking, kat situ boleh buat macam2
saya nk tanye..kalo sy dh booking tiket air asia dari sydney ke malaysia..tp dia tak mintak butiran passport pun..saya dh booked baru perasan..ke waktu kt airport nnti baru kene tunjukkan passport kt kaunter?atau perlu ker update dgn air asia benda ni?thank you
En saiful boleh akses ke bahagian manage my booking, kat situ boleh update nombor passport