Bismillahir Rohmaanir Rohim.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat para pengunjung blog sabreehussin dot com sekalian.
Hari ini kita masih lagi berada di bulan kedua dalam kalendar masihi. Bulan Februari. Dalam bulan ini ada beberapa hari yang di anggap istimewa dan antaranya ialah Hari Wilayah yang disambut pada 1 Februari 2012.
Seterusnya, Hari Sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung pada 05 Februari 2012 yang lepas. Tema sambutan yang dipilih pada kali ini ialah Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Kena sebut ulang-ulang kali, kalau tak nanti lupa pulak.
Seterusnya pada 07 Februari, iaitu semalam berlaku pula perayaan Thaipusam. Jadi warga kota yang bercuti dari hari Sabtu yang lepas akan kembali bekerja pada hari ini. (malasnya)
Kalau kita perasan, pada bulan ini jugak iaitu pada tanggal 14 Februari 2012, ada satu lagi hari yang konon-kononnya istimewa buat para muda-mudi, para remaja yang baru nak menginjak ke alam dewasa… iaitu Hari Memperingati Kekasih.
Perayaan Valentine’s Day.
Pada hari tersebut, para kekasih akan saling memberi bunga, coklat atau pun kad dan pada masa yang sama juga akan mengucapkan Happy Valentine’s Day kepada pasangan masing-masing. (Selamat Hari Valentine/Selamat Hari Kekasih)

Valentine ada sejarahnya yang tersendiri. Nama tersebut adalah milik seorang lelaki Kristian bernama Saint Valentine yang meninggal dunia. Tarikh 14 Februari itu pulak dipilih sebagai memperingati hari kematian Saint Valentine itu tadi.
Saint Valentine ini pulak dijadikan sebagai satu simbolik orang berkasih-kasihan. Pelik betul ajaran mereka ini, ada pulak tarikh orang mati dijadikan tarikh hari memperingati kekasih. Apa-apa je la.. lagi baik kita mengikut apa yang disarankan oleh Allah s.w.t dalam surah al-kafirun iaitu
..Bagi kamu Agama kamu, dan bagiku agamaku. surah al-kafirun ayat ke 6
Apa benda yang mereka nak buat, nak sambut, itu hal mereka. Kita sama sekali TIDAK BOLEH untuk turut serta dan masuk campur dalam hal-hal mereka, terutama sekali yang melibatkan urusan keagamaan.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.” (riwayat Abu Daud)
Jadi kawan-kawan sekalian, sekiranya kawan-kawan semua tak nak jadi sebahagian daripada mereka maka jauhi diri dari menyambut hari memperingati kekasih. Nak sebut pada kekasih ucapan “selamat hari kekasih” pada hari tersebut pun tak perlu.
Perayaan ini walaupun kelihatan macam tak ada apa-apa, setakat beri bunga, tapi sebenarnya ia beri impak yang buruk pada akidah kita, umat Islam. Selaras dengan apa yang nabi dah kata, kita sambut, atau kita tiru apa-apa yang dibuat oleh satu kaum, maka kita dah jadi sama dengan kaum tersebut.
Kalau kaum tu kafir, maknanya kita pun dah ikut kafir la.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. sumber
Hari memperingati kekasih tidak perlu disambut oleh umat Islam… sebabnya dalam ajaran Islam itu sendiri kita memang dianjurkan untuk saling berkasih-kasihan. Kita disuruh untuk menyambung silaturrahim dan dilarang sama sekali memutuskan silaturrahim.
Kita disuruh untuk mengasihi yang lemah, kanak-kanak… pendek kata kasih-mengasih is something that is already embedded in our DNA as a muslim.
Bila dah macam tu, tiba-tiba pulak kita nak cari sesuatu yang lain, yang tak ada dalam Islam, yang tak disuruh untuk sambut pun… buang masa semua ni.
Jadi para pengunjung blog sekalian, jangan nak mengada-ngada sambut hari valentine’s pada 14 Februari ni nanti okay.
Wallahua’lam
********************************************************************

********************************************************************


Betultuh tidak perlu mengada-ngada untuk sambut hari Kekasih.
akubiomed recently posted..Cucur Kodok pengikat kasih
musim maksiat…nanti lepas ni byk la baby kat tong sampah…
dan semuanya melayu…
yang suker meniru budaya org lain…
orang lain pun tiru jugakk…
tapi x la buang baby dari flat..
campak sungai/loongkang
malu aku jadi melayu camni
x lupa dot com recently posted..Perbezaan Arab Dan Malaysia Yang Buat Anda Melopong
Yang pihak media laporkan semua perihal orang-orang melayu.. haish.. sedih bangsa aku sendiri jadi macam tu.. lagi sedih sebab depa ni sama-sama Islam macam aku jugak
siapa yang sambut tu memang mengada-ngada sebenarnya hhe
bulan february setiap tahun yg selalu buat akk sibuk.nnn hxxxxxxa .tapi bukan sambut velentine..
kakyon recently posted..kod baru kain potong
kak yon jual bunga ke hhe
Walaupun dah berkali2 diingatkan masih ada lagi yg org islam yang sambut.
Azman recently posted..Wordless Wednesday # Good Morning!
jenis yang tak makan saman kot tu
jangan buang masa! saya tak suka.huuu
ada yang suka
macam la tak ada benda lain lagi nak dibuat
hari ibu tak pernah sambut
tetiba je nak sambut hari kekasih yang baru dikenali
pelik
tehr recently posted..Bila Aku Terima Nikahnya
Orng kita en tehr, memang pelik2
say no to valentine,but say yes to my besday..nak hadiahhh jugak..hehe ^^
princess nusy recently posted..Mood: JiWaNg… (^_^)v
Nak hadiah apa tahun ni?
dengar tu, jangan mengada-ngada nak sambut Valentines Day, alah kalau kita duk canang-canangkan pun saya percaya, bebudak melayu kat luar sana tu still sambut hari kekasih. Nak buat macam mana, sistem kehidupan sekluar telah lama diterapkan dalam diri masing-masing. Mungkin ada yang tak sambut, tapi percayalah, bagi-bagi hadiah memang ada punya.
Mama Murai recently posted..Wordless Wednesday versi gedik | minyak sawit malaysia ke pasaran antarabangsa
nak buat macam mana, nafsu tengah berkobar-kobar, entah-entah sekarang ni pun ada yang tengah bizi duk pilih hadiah
VAlnetin itu OK, cuma tengokla cara kita celebrate macam mana http://chomeini.blogspot.com/2012/02/valentines-day-itu-ok.html
Ariffin Khomeini recently posted..Valentine’s Day itu OK
Assalamualaikum saudara Ariffin Khomeini, maaf sekiranya teguran saya ini agak mengguris perasaan,
Berkenaan dengan sambutan hari valentine atau hari kekasih, apa yang dapat saya katakan,kalau sayang sangat dengan hari valentine’s day, and masih nak jugak sambut terpulanglah. Apa yang penting bukan sekadar ia ada ruh kristian seperti yang difatwakan, ataupun kita tinggal di persekitaran globalisasi atau tidak.
Nabi dah kata, “siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
Kalau tak kisah, dan masih nak ambik mudah.. sila lakukan. Silakan sambut valentine’s day.
Jalan yang selamat ialah tak payah sambut terus, atau padamkan valentine’s day itu dari kalendar peribadi kita.
Sumber rujukan umat Islam tu apa dia? biar saya beritahu
1. Alquran
2. Sunah dan hadis Nabi Muhammad s.a.w
3. Ijma’(persepakatan antara ulama dalam mengeluarkan hukum)
4. Qiyas (beri analogi terhadap satu hukum yg baru kepada hukum yg sedia ada dgn mncri persamaan sifat)
Apabila ada sebarang permasalahan yang melibatkan hal-hal akidah umpamanya dan ada perbezaan pendapat, kita kembali kepada al-quran. Tengok.. ada tak sumber dari quran yang menerangkan secara jelas boleh atau tak boleh sambut valentine’s day.
Andai kata tak jumpa status boleh atau tak boleh sambut valentine’s day dalam alquran. kita perlu semak pulak hadis nabi sebagai sumber kedua. Ada ataupun tidak dinyatakan statusnya.
Dalam sejarah Nabi, birthday sendiri pun baginda tak sambut. Inikan pulak valentine’s day. Lagi tak ada buat. Malahan Nabi berpesan, kalau kamu buat apa yang dibuat oleh kaum lain (yang mana ajaran tu tak ada dalam agama Islam) maka kamu dah jadi sama dengan kaum itu. Bermakna, kalau kita sambut apa yang orang KAFIR sambut, maka samalah kita dengan orang kafir.
Jadi dekat sini, tak perlulah kita teruskan mencari rujukan sama ada ok ataupun tidak sambut valentine’s day itu dengan melakukan ijma’ atau qiyas.
Bila kita samakan valentine’s day dengan sambutan hari guru, hari bapa, hari ibu, hari buruh, dll dengan alasan ia istimewa maka dekat sini kita telah melakukan qiyas. Adakah sambutan-sambutan ini semua asalnya daripada ajaran Islam? Adakah kita disuruh untuk sambut hari-hari istimewa dalam kelendar masihi ini menurut sumber dalam alquran? Nabi menganjurkan kita untuk sambut tak? Kalau ada dari dua sumber itu, silakan sambut.
Dan kalau tak ada dinyatakan secara jelas, maka ia akan jadi bid’ah. Bid’ah ada yang baik dan ada yang buruk. Pilih bid’ah yang baik.
Saya lebih berminat nak tengok isu ini melalui perspektif agama, bukan logik akal semata-mata. Kalau kita lebih suka lihat dari sudut logik akal, ada ramai lagi para ulama, ustaz-ustaz, kiyai-kiyai yang lebih arif ilmu agamanya daripada saya, dan mereka boleh keluarkan pendapat yang menyokong sambutan hari valentine’s ini. Tapi mereka tak terlalu ikut perasaan dan tak gelojoh untuk katakan sambut valentine’s day ini okay.
Agak-agak apa sebabnya? Wallahua’lam. Saya percaya mereka lebih sayangkan akidah mereka.
Jadi tak perlulah isu ini nak dipanjang-panjangkan sampai nak bergaduh antara dua orang Islam, sebab tak sependapat. Kalau saudara rasa saudara betul, teruskan lah dengan ‘perjuangan’ saudara nak sambut valentine’s day itu.
Assalamualaikum
Manusia sekarang semua nak pakai logik bila rasa diri dah pandai dan bijak. Setiap perkara yang berkaitan dengan agama tidak boleh dijelaskan dengan logik akal semata2, silap2 boleh terpesong akidah. Sebab itulah agama kita menekankan “iman”, kepercayaan dan keyakinan yang ada dalam diri individu itu sendiri.
shraqs recently posted..WordPress Untuk Android Update v.2.0.5
tiap2 tahun jelaskan makna sebenarnya valentine’s day ni tapi masih ada yang sambut tanpa langsung fikirkan soal akidah
Amirez recently posted..Teknik Menghasilkan Bokeh Dengan DSLR
tiap-tiap tahun orang yang nak sambut ni duk perah otak memikirkan hujah macam mana nak bagi sambutan valentine’s day ni halal
Saya ambik sudut positifnya sahaja,.. bagi bunga kat isteri sendiri la bukan ngan kekasih.
… bukan slalu beli bunga kat isteri ni kan. At least tunjukkan kasih sayang kita pd pasangan, tapi bukan niat sambut @ sokong Valentine.
shraqs recently posted..Menangani Masalah Content Theft Dengan Berkesan
oo bagi bunga dekat Isteri tak ada masalah.. dah memang hak bro shraqs kan, ni yang kepohnya budak-budak muda yang belum nikah lagi ni..
untuk isteri, hari-hari bagi bunga pun takpe…mesti beliau suka
kimmie recently posted..Santai: Percutian di Kota Kinabalu – 1
Kalau hari2 tak bleh kimmie,.. nanti takde rasa speselnya tu..
shraqs recently posted..WordPress Untuk Android Update v.2.0.5
a’a kan….:)
kimmie recently posted..Santai: Percutian di Kota Kinabalu – 1
tak yah la sambut …. banyak lagi hari lain yang boleh di sambut dan diingati.
saya tiap2 14 hari bulan, cuma ingat bill gen je.
kimmie recently posted..Segmen Review Blog Kami
Kimmie, bill gen je tu makhluk apa?
hahaha…bil gen tu singkatan untuk bill generation. setiap 14 hari bulan, system akan generate bil untuk customer.
kimmie recently posted..Santai: Percutian di Kota Kinabalu – 1
memang tak payah nak ikut, kalau nak buat sesuatu sbg tanda penghargaan pada org tersayang, byk lagi hari lain kenapa nak tunggu 14hb 2
nuriz recently posted..Video Kanak-kanak 4 tahun dipaksa lari dalam kesejukan