Salam hari Isnin. Entry ini saya taip dan hasilkan pada hari isnin jam 01:51 pagi. Niat hati memang nak tidur dah.. tapi tak apa, ingat nak spend sedikit masa untuk update satu entry dalam blog ni.
Hari Isnin… hmm aaaa eear oooo..

Mungkin macam tu la lebih kurang.. orang kata asal Isnin je mula lah nak jadi Monday Blues. Ahad dah cuti, dah bermalas-malasan.. tiba-tiba Isnin tiba dan harus kita kembali dengan rutin harian macam biasa.
Kalau ikut rasa memang tak akan ada sebarang usaha, dan kalau kita ikut emosi satu apa pun tak akan jadi..
Alhamdulilah.. hari Sabtu yang lepas saya sempat borong beberapa buah buku di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Dekat sini memang tempat favorite untuk shopping buku.
Ada satu tempat tu, nama dia Book Xcess.. dekat situ ada banyak buku-buku berkualiti tinggi di jual dengan harga murah. Saya bagi contoh ya.. ada satu buku tu harga dia 8.95 Pound Sterling. Harga ini adalah seperti yang dicetak di bahagian kulit belakang buku.
Kalau kita convert nilai tersebut kepada ringgit Malaysia, jumlah akan jadi RM43.40. Ini adalah berdasarkan nilai dan kadar pertukaran matawang semasa.
Tapi dekat Book Xcess itu tadi, saya hanya perlu bayar RM14.90 sahaja.
Murah kan?
Ada banyak lagi buku-buku menarik yang boleh didapati dekat tempat yang saya maksudkan itu tadi.
Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, kenapa buku-buku ni dijual dengan harga murah adalah sebab ia adalah buku-buku import, dan di negara asal tempat ia dijual, penjual perlu melakukan stock clearance.
Sudahnya buku-buku tersebut dijual secara pukal dan murah kepada pemilik kedai Book Xcess. Macam tu la jalan cerita dia, tapi story sebenar hanya pemilik perniagaan tu je yang tahu.
Oh ya saya dah berhenti baca buku-buku novel.. saya paksa diri untuk berhenti baca buku novel.
Dulu masa saya masih lagi berada dalam program My Career My Future (MCMF).. mentor saya pernah pesan, umur macam saya sekarang ni dah tak sesuai untuk baca novel.
Sila keluarkan diri dari alam khayalan dan fantasi. Berpijak di Bumi nyata. Dunia ini sangat kejam pada orang-orang yang masih belum bersedia dan masih belum bangun dari tidur yang lena.
Baca lah buku-buku motivasi, sebab dengan membaca buku-buku motivasi, awak akan sentiasa termotivasi!
Ha.. itu macam la.. Baca buku motivasi, lepas tu boleh share dengan orang lain macam mana nak kekal motivasi.
Baik.. lagi beberapa jam lagi saya akan mula bekerja. Nak rehat dulu.
Salam hari Isnin.
********************************************************************
Baca juga
- Panduan Buat Duit Sebagai Pengedar SIM KAD Tune Talk
- Strategi Jana RM1,000 – RM3,200 Secara Konsisten di Internet
- Rahsia FOREX TRADER Jana Wang 5 Angka Seminggu Secara Senyap-senyap
********************************************************************




Yup…aku tgk ramai yg suke baca novel ni mereka ada dunia khayalan sendiri..lebih bagus baca buku motivasi.
catzer recently posted..Tolonglah..Jangan Pergi..
baca novel tu dah jadi macam hobi. saja-saja nak penuhkan masa yang ada.. jangan sesat dalam alam khayalan sudah la