Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Waktu catatan ini mula dibuat adalah pada jam 1234 pagi, bersamaan dengan hari Isnin 13 Februari 2012.
Pada waktu yang sama ni jugak sebenarnya saya dah mula bersiap-siap nak tidur. Awal pagi esok masih lagi perlu bekerja, jadi memang haruslah saya peruntukkan masa untuk berehat supaya prestasi kerja tak terganggu.
Dalam masa beberapa minit sebelum tidur macam sekarang ini, kita digalakkan untuk muhasabah diri. Antara sebabnya adalah supaya kita boleh flashback perkara-perkara yang kita dah lalui hari ini.
Cuba kita bermonolog dengan diri kita sendiri, dari siang tadi sampai membawak ke malam ni… dengan siapa kita dah buat salah?
Ada tak siapa-siapa yang buat salah dekat kita, yang sampai waktu sekarang ini kita masih lagi belum maafkan kesalahan dia?
Waktu-waktu macam ni, tak perlu nak fikir banyak-banyak… dapat fikir dua benda je pun dah cukup baik, iaitu kesalahan yang kita dah buat pada orang lain, dan ada atau tidak orang lain yang buat salah dekat kita tetapi kita masih lagi belum maafkan.
Berat jugak nak buat ni.. bukan senang. Cakap senang, nak tulis, laaaaaaaaaaaagilah senang. Bila sampai bab praktikal, insya Allah siapa yang cuba praktikkan dua benda ini akan tahu lah macam mana susah atau senangnya.
Jadi kalau nak tau, cubalah buat wahai kawan…
****
Saya teringat pada satu masa dulu waktu saya masih lagi mengikuti kursus My Career My Future (MCMF) yang diadakan pada tahun 2010 yang lalu. Sedar tak sedar rupa-rupanya masa dah berjalan dengan sangat cepat.
Mentor kami ialah seorang wanita punjabi. Madam Sheila Kaur nama diberi. Ada satu ketika tu, kami tak buat apa-apa sementara nak beralih ke next module. Jadi sebagai selingan, Madam Sheila pun buat sedikit talk mengenai membaca. Nak kata tazkirah pun boleh jugak.
Madam Sheila ni sebenarnya adalah seorang guru sastera Bahasa Inggeris, dan dia memang minat bahan-bahan sastera terutama sekali dalam bahasa Inggeris.
Tiba-tiba ada satu masa tu, dia tanya..
Guys, can I know whether did you read some books during your past time?
Dalam program My Career My Future, kami memang di’wajib’kan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris setiap masa. Jadi tak kiralah, kamu pandai cakap ke, tak pandai cakap ke, lancar atau tak lancar, ada bunyi slang ala-ala kecek kelate atau ghoyak ghanu ko, hatta bunyi macam Sabah sekalipun… peraturan dalam kelas ialah mesti kena cakap bahasa Inggeris. No compromise!
Punyalah kami ni taat dengan peraturan tu, sampaikan hasilnya mereka-mereka yang dulunya malu-malu dan tak pandai nak cakap Bahasa Inggeris, sekarang ni dah pandai dah pun nak speaking English. Saya pun tak terkecuali.
Jadi untuk menjawab soalan sama ada kami ada membaca buku ataupun tidak, kami pun jawab dengan sejujurnya. Nak tipu pun apa guna. Kalau kita kata kita memang selalu baca novel English, bila bercakap mesti bagus dan at least bunyinya mesti teratur.
Kalau dulu saya suka baca novel penulis Dan Brown. Antara buku-buku yang saya sempat baca The Da Vinci Code, Angels & Demons dan juga Digital Fortress.
Konon-konon nak mantapkan penguasaan Bahasa Inggeris, tu yang bantai buku novel Bahasa Inggeris je tu.
Pendekkan sikit cerita,

Then she told us that it is good to read a novel. It may help us to improve our vocabulary and if we select a correct book, we may find it enjoyable and exciting.
However, please consider one thing. Look at your age now. Are you sure that it is still suitable for you to read novel at this age. You are not a teenager anymore.
Ok ok… sebelum catatan ni bertukar kepada bahasa yang tak sepatutnya, jadi lagi baik saya cerita je apa yang Madam Sheila bagitahu dekat kami semua waktu tu.
Kata dia, baca novel ini dah tak sesuai untuk peringkat umur macam kami. Kebanyakkan dari kami berusia 22 tahun keatas. Pada pendapat dan pemerhatian dia, novel banyak ditulis based on fiksyen dan bukan benda betul.
Dunia sebenar adalah jauh berbeza dengan apa yang ditulis oleh novel. Untuk berhadapan dengan dunia sebenar yang sememangnya tersangat-sangat lah mencabar, adalah lagi baik kita isikan waktu kita yang terluang dengan membaca satu bahan bacaan yang boleh bertindak sebagai catalyzer atau sebagai fuel setiap kali kita kehabisan energi untuk berdepan dengan realiti.
Betul ke tak… entahlah. Lain orang, lain citarasa.
Tapi saya sedikit sebanyak membenarkan apa yang dia kata, dan bermulalah saat itu saya pun merajinkan diri untuk beli buku-buku yang lebih bersifat motivasi. Saya beli buku-buku seperti Think & Grow Rich by Napoleon Hill, Rich Dad Poor Dad by Robert T. Kiyosaki dan ramai lagi penulis yang hebat-hebat.
Adakah saya menyesal selepas saya tukar jenis dan bahan bacaan saya?
Jawapannya, Ya menyesal dan tidak menyesal.
Saya rasa saya tak menyesal, sebabnya macam yang saya dah beritahu tadi tu la, some of the book it help to give some motivation to move forward even though when challenge and problem come. Masalah dan cabaran memang tak akan hilang, selesai satu, datang lagi satu… dan kadang-kadang tu, masalah yang baru sampai tu dia datang secara berangkai pulak.
Tak lama lepas tu saya tukar lagi sekali bahan bacaan. Saya rasa all this motivation stuff is not for me.
Benda yang ditulis dalam buku tu semua bagus, bukannya tak bagus.. malah penulis-penulis tu semua ada nama sendiri dan ada jenama. Tetapi saya tetap rasa it is not for me.. lalu apa yang saya buat, saya tukar lagi sekali bahan-bahan bacaan yang saya beli dan yang saya baca.
Sebabnya, penulis-penulis yang hebat-hebat ni… apa yang saya nampak, mereka ini adalah orang-orang yang kuat agama… dan kalau tak kuat agama sekalipun, mereka ini adalah golongan yang percaya pada agama. Cuma yang saya tak berapa gemar, mereka akan cerita mereka pergi sunday services, pergi ke gereja, baptist, dan sesetengah wisdom atau kata-kata semangat adalah dipetik daripada sumber bible. Apa hal?!
So now, bahan-bahan bacaan yang masih lagi setia bersama saya adalah buku-buku mengenai bidang keagamaan. Personally, saya rasakan lebih tenang bila baca buku-buku keagamaan. Agama Islam okay, bukan mengenai agama lain.
Kerana Allah telah menjanjikan, bahawasanya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang.
Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)
Kenapa agaknya penulis-penulis seperti Napolean Hills, Robert, dan Dale Carnegie misalnya cenderung untuk menggunakan pendekatan agama dalam penulisannya?
Pada pendapat saya, sebab agama adalah sesuatu yang baik. Fitrah manusia adalah inginkan sesuatu yang baik-baik, dan ajaran yang baik adalah apa yang terkandung dalam ajaran agama.
Apabila saya sedar, saya memiliki ajaran dan agama yang terbaik, yang mana agama tersebut adalah satu-satunya agama yang diterima oleh Allah s.w.t lalu saya cepat-cepat menukar bahan bacaan saya selagi masih sempat, selagi nyawa dikandung badan.
Kalian pulak macam mana? Bila lagi nak tukar bahan-bahan bacaan kepada yang lebih Islamic? Jarum jam akan selalu bergerak ke depan dan tak pernah dengar lagi masa itu mengundur ke belakang.
Hmm… get what I mean?
credit pic : ekaanyah93.blogspot.com
********************************************************************

********************************************************************


No wonder la akak tak minat baca novel. Sbb dah lebih 22 thn. Saya rasa tak ada salahnya baca tulisan2 mereka yang mempromosikan agama mereka. Asalkan jangan kita terpengaruh cukup la. Kan bagus boleh tau tentang banyak cara hidup mereka.
Lydi recently posted..Contoh Kraf Felt Haiwan Rusa, Lembu dan Panda
yup betul, novel byk yg membawa kita ke awang-awangan. Dulu memang sgt minat baca novel, kadang2 satu hari pun boleh habiskan satu novel, tp skrg dah kurang. Untuk berdepan realiti hidup, perlu baca lebih banyak buku yang membuka minda. Mula-mula serius memang bosan, tp kena cuba. Kalau tidak, tetap ditakuk lama, takde perubahan. Weekend hari tu baru beli satu buku tentang bagaimana untuk membuang fikiran negatif. Tp belum start baca lagi, hopefully boleh habis baca dan mengubah pemikiran yang kadang2 terlalu negatif ni.
kimmie recently posted..Santai: Percutian di Kota Kinabalu – 3
faham sangat apa yang nak disampaikan
berubah masa, meningkat umur maka berubahlah juga keperluan manusia
thanks
tehr recently posted..Blogger Perasan
suri byk genera yg d beli. dulu suka bahan2 bacaan majalah wanita byk menyusur hal2 kewanitaan..bila kwin lebih topup ilmu keibu bapaan hee..ada saban bulan majalah pa ma atau bacaan buku2 cara didik ank..
byk juga..solunsi..fardu ain..keagamaan..bab novel ada gak tapi tak sllu beli sesekli ok hee..
buku utk anak2 ada walau usia dia 3 tahun suri dah siap buku2 utk dia mjlh kuntum, upin disney ada heee..
masa belaja rsuka baca novel..sb bosan hadap assignment hee,,tapu tak best bila org dh pinjam nak pulang bt tak reti…
Tak tahu nak kata apa, tapi saya bersetuju sangat dengan pendapat saudara. Anda adalah apa yang anda baca. Walau pun mungkin hanya sekadar hiburan, tapi saya pasti ianya sedikit sebanyak akan mempengaruhi kehidupan masing-masing. 4 bintang untuk artikel ini.
Mama Murai recently posted..Buat duit daripada blog? Kenapa tidak…
aku kurang setuju. aku still boleh repeat baca detective conan, kreko, penyiasat remaja, pendekar laut..ombak rindu, novel cinta..novel berat-berat..salina, konserta terakhir..takde masalah..pendek kata..macam mana kita berfikir, macam mana kita split masa,.dan macam mana kita gunakan dalam kehidupan kita..dalam sudut dan situasi yang berbeza.
tapi aku setuju satu. rajin-rajinlah membaca setiap hari.
titan recently posted..Ya. Gua Tahu..
Saya memahirkan diri berbahasa Inggeris dengan minat iaitu saya minat komputer dan elektronik jadi bahan bacaan kebanyakkan didalam bahasa Inggeris dari situ saya tambat vocab.
Ketika saya bekerja di Sarawak, rakan sekerja adalah expatriate jadi perlu berkomunikasi didalam bahasa Inggeris. Syarikat pula ada juga menghantar tugasan ke luar negara jadi mahu tidak mahu perlu berkomunikasi didalam bahasa Inggeris.
Apa bila sudah berkeluarga bahan bacaan saya banyak ke arah motivasi dan tidak ketinggalan pembacaan teknikal.
akubiomed recently posted..Macaron cinta manjanya kamu
Saya sebenarnya memang tidak berminat untuk membaca novel.Bagi saya novel itu tidak membawa apa-apa yang memberi kebaikan kepada saya di dunia sebenar.Saya lebih suka membaca buku-buku motivasi kerana ia memberi semangat kepada saya untuk menjalani kehidupan seharian.
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Yuna – Terukir Di Bintang