Bismillahir Rohmaanir Rohim.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Imran yang bermaksud
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. Surah al-Imran ayat 104
Pengunjung dan pelawat blog sabreehussin dot com sekalian, dalam ayat yang saya kongsikan diatas, Allah s.w.t telah menyatakan kepada kita bahawa dengan kita menyeru kepada kebaikkan (berdakwah) dan menyuruh kepada perkara yang baik dan melarang kepada segala perilaku dan perbuatan yang keji, orang-orang yang melakukan perkara sedemikian adalah orang-orang yang berjaya.
Menarik kan?
Ini bukan saya yang kata ya tuan-tuan dan puan-puan, itu merupakan kata-kata Allah s.w.t yang termaktub dalam al-Quran. Jadi apa lagi? Apa tunggu lagi? Kalau nak jadi orang-orang yang berjaya, maka ikutlah apa yang di suruh oleh Allah s.w.t ini.
Kalau kata-kata ini adalah kata-kata yang keluar dari mulut manusia, bila-bila masa kita boleh sangkal dan kita boleh tak percaya.. sebab manusia ini cenderung untuk mungkir janji. Tapi ini merupakan kalam Allah! Itu merupakan janji tuhan semesta alam.
Salah satu blog yang saya suka baca adalah blog cahaya mukmin. Saya percaya blog ini ditulis oleh penulis blog dari Indonesia, sebabnya dari segi gaya bahasa ia lebih kepada gaya bahasa penulis dari Indonesia.
Salah satu artikel yang saya kira sangat menarik adalah artikel yang ditulis mengenai konsep tawakal umat manusia di akhir zaman.
Apa dia maksud tawakal?
Tawakal ini bermaksud penyerahan atau memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Allah s.w.t. (al-Islam, Julai 2009)
Dari segi bahasa, tawakal ini berasal daripada kata ‘wakalah’. Wakalah ini pula bermaksud wakil, iaitu kita mewakilkan segala urusan kepada pihak lain untuk bertindak bagi pihak kita.
Manakala dari segi syarak, ia bermaksud Kepercayaan hati kepada wakil satu-satunya, iaitu Allah SWT.

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. surah at-talaq ayat 2-3
Berserah diri bulat-bulat kepada Allah itu sebenarnya membawa maksud bertawakal.

image : 4datwoman.org
Umat pada akhir zaman, (zaman kita lah ni) memiliki sekurang-kurangnya 4 kategori tawakal.
1. Tawakal kepada makhluk.
2. Tawakal kepada makhluk campur tawakal pada Tuhan
3. Tidak tawakal pada Tuhan; tidak tawakal pada makhluk
4. Tawakal kepada Tuhan, ini yang sebenarnya.
Kupasan penuh anda boleh baca di blog cahaya mukmin. Dalam catatan pada kali ini, saya hanya nak ulas serba sedikit mengenai kategori tawakal yang pertama iaitu tawakal kepada makhluk.
Dalam kategori tawakal kepada makhluk ini, manusia tidak meletakkan Allah sebagai tempat bergantung tetapi menggantikan Allah kepada sesuatu yang lain. Jom kita lihat contoh-contohnya yang biasa berlaku di sekeliling kita.
1. Tawakal Kepada Diri Sendiri
Dalam konteks tawakal kepada diri sendiri, seseorang itu akan mengatakan selagi tubuh badan masih sihat, selagi mampu untuk bekerja, selagi itulah dia mampu untuk meneruskan hidup.
Dia merasakan yang dia tak ada masalah untuk mencari makan, untuk berkahwin, dan untuk bergerak ke sana dan ke mari. Sebabnya dia yakin pada dirinya sendiri bahawa semua itu tidak mustahil selagi mana dia masih lagi sihat.
2. Tawakal Kepada Harta
Manusia yang bertawakal kepada hartanya akan berasa ‘selamat’ apabila duit dalam akaun simpanan, akaun pelaburan, dan mana-mana lagi tempat yang boleh menyimpan kekayaannya masih lagi ada.
Orang seperti ini akan mengatakan yang dia boleh hidup senang sampai bila-bila dan tiada siapa yang mampu untuk menggugat kebahagiaan dirinya.
Kalau dia inginkan sesuatu, dia hanya perlu beri arahan, sebab baginya dengan memiliki harta kekayaan, dia bebas untuk melakukan apa sahaja. Sebenarnya, bukanlah dia yang mengawal hartanya, tetapi yang sebenarnya, hartanya yang telah mengawal kehidupannya.
Dia tulah bertuhankan harta yang dikumpul dan dimiliki.
3. Tawakal Dengan Gaji
Bagi orang kebanyakkan yang masih lagi kerja makan gaji, mereka cenderung untuk jatuh kedalam tawakal dalam jenis ini.
Selagi mana dia masih bekerja, selagi itu lah dia yakin yang kehidupannya tidak akan sekali dilanda masalah.. dan sekiranya ada masalah sekalipun, dia tidak perlu risau sebabnya dia ada kerja dan ada duit gaji yang boleh selamatkan dirinya.
Cuba kita tengok orang-orang yang beli kereta, apa dia akan kata? “Selagi aku masih kerja selagi tu tak ada masalah bagi aku untuk bayar hutang kereta.” Apa salahnya kalau kata .. “Insya Allah, Allah akan beri jalan untuk aku langsaikan hutang”
Namun apabila ada tanda-tanda syarikat tempat dia bekerja bakal ditutup, dia mula berasa cemas..panik.. seolah-olah Allah tidak ada bersamanya untuk menjadi pembantu.
Ada juga manusia yang hanya akan menghormati seseorang yang memiliki pendapatan tetap dari kerja yang tetap. Baginya kerja-kerja lain itu tak bagus, padahal yang memberi rezeki itu adalah Allah s.w.t. bukannya kerja yang dilakukannya. Kerja itu hanya wasilah atau jalan yang menjadi sebab bagaimana rezeki Allah itu sampai kepada kita.
4. Tawakal Dengan Orang
Seseorang yang bertawakal dengan orang akan merasa aman, tenteram, dan tenang apabila orang yang dijadikan tempat bergantung masih lagi ada.
Selagi si fulan itu masih berjalan atas muka bumi ini, maka hidupnya terasa seperti sangat senang dan terjamin.
Sama juga halnya dengan pemerintah. Apabila kita menjadikan seseorang pemerintah itu tempat kita bergantung sepenuhnya, maka kita telah pun bertawakal kepada orang. Selagi mana si pemerintah itu masih lagi berkuasa, selagi itu kita rasa selamat.
Dan apabila ada tanda-tanda kuasa bakal bertukar tangan, dia sanggup untuk buat apa sahaja untuk memastikan pemerintah itu tadi masih lagi tetap berkuasa.
5. Tawakal Dengan Ilmu
Ada orang dia sangat-sangat taksub dengan ilmu yang dia miliki.
Dia merasakan dengan ilmu yang dia miliki, setiap apa yang dia mahukan mesti dia akan dapat tanpa ada sebarang halangan.
Ini paling jelas bila kita lihat senario orang nak minta kerja. Dia merasakan dengan memiliki ijazah maka akan mudahlah baginya untuk mendapat apa kerja sekalipun yang diidamkan.
Begitu jugak halnya dengan pengalaman. Apabila pengalaman dah makin banyak, dia boleh pulak lupa pada tuhan.. tanpa disedari dia dah rasa dirinya sama hebat dengan tuhan
Aku berpengalaman luas dalam bidang sekian dan sekian, tak ada siapa pun yang boleh ganti tempat aku.
Aku lagi lama berblogging, pengalaman aku lagi luas, blogger-blogger baru semua kena hormat dekat aku.
Riak lah tu jadinya. Padahal semuanya yang ada pada kita hanyalah pinjaman semata-mata.
Ilmu yang kita ada kalau kita tak amalkan, kita tak ajarkan kepada orang lain semuanya akan hilang macam tu je.
Jadi, sebagai penutup, marilah kita sama-sama perbetulkan niat tawakal kita kepada hanya semata-mata kepada Allah s.w.t. dan jangan sesekali membelakangkan Allah s.w.t dalam setiap tindak tanduk kita, hatta nak menulis blog sekalipun.
Semoga artikel ini ada manfaatnya buat pembaca blog dan pelawat sekalian.
Wallahua’lam.
********************************************************************
Baca juga
- Panduan Buat Duit Sebagai Pengedar SIM KAD Tune Talk
- Strategi Jana RM1,000 – RM3,200 Secara Konsisten di Internet
- Rahsia FOREX TRADER Jana Wang 5 Angka Seminggu Secara Senyap-senyap
********************************************************************




Sebaik2 manusia adalah bertawakkal kepada Allah SWT..
Nice sharing here brother…
nurmisnan recently posted..Cerita di patuk ular dengan Rasulullah SAW
Thank you for visiting
Hehehe…ader juga bro sentuh pasal blogging ehh…betul sesangat tu…jgn terlalu riak,sombong sangat…kalau Allah s.w.t nak tunjuk…kejap jerr…soal blogger baru lama tak perlu la nak dipertikaikan…sama juga dalam hal2 ilmu tu…bahkan lebih baik dan berkat jika kita berkongsi…insyaallah.
yas recently posted..Keputusan Malaysia vs Bahrain – Kelayakan Olimpik London 2012 [05/02/2012]
lagi dikongsi lagi berkat.. tak akan habis pun kalau ilmu tu dikongsikan..
A’a ter’touch n go’ pasal blogging pulak.. tiba2 je
Tawakal hanya kepada Allah setelah kita berusaha sebaik mungkin.
anif recently posted..Bila Cuti Panjang, Penulis Blog Perlu…
betul
memang tawakkal kepada allah adalah sebaik-baik tawakkal…
hatiputera recently posted..Hidupan aneh di laut dalam
itulah yang paling tepat
tawakkal.. konsep mudah tapi org susah nak amalkan.
#pe hal iklan ni terbang.. annoying betul la!
muazfaris recently posted..Suburkanlah ukhuwah | Sertai Pertandingan Brotherhood Design T-Shirt
Iklan ape yang terbang2 tu hhi
tawakal dengan gaji.. hurmm.. bagus tu..
madammondoq recently posted..MAULIDUR RASUL – Setakat Ingat Je Cukup Ke?
tawakal dengan gaji… hhe
sentiasalah bertawakal..
ohcikgu recently posted..Isu Video Pekerja KFC kurang ajar di Youtube
betul tu