Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Rupa-rupanya hampir 3 hari jugak blog ni tak menyiarkan artikel-artikel mahupun update yang terbaru.
Jadi, first thing first, Saya mintak maaf. Ada sesuatu yang tak dapat nak dielakkan dah berlaku, jadi blog ni pun terpaksa dicutikan dari menyiarkan catatan yang baru.
Buat sesiapa yang berkunjung ke blog ni dalam masa 2-3 hari lepas and still nampak tak ada artikel yang baru… saya mintak maaf sebab tak larat nak update blog ni.
Isnin 13 Februari 2012
Hari tu saya datang ke tempat kerja macam biasa. Tapi badan rasa tak berapa sihat. Tekak ada rasa sakit dan apa yang saya perasaan gusi dekat bahagian gigi geraham ada sedikit bengkak. Nak kunyah makanan punyalah seksa.
Semangat nak kerja punya pasal, just ignore all the details dan kerja macam biasa. Sempat telan panadol dua biji konon-kononnya biar lega sikit.
Selasa 14 Februari 2012
Masih sama macam semalam. Tekak still rasa sakit, dan tanda-tanda nak demam macam semalam tetap ada. Terpaksa telan panadol lagi 2 biji hari ni.
Bila sampai dekat ofis, kawan-kawan non-muslim ramai yang tanya, “Sabree, how’s today? You tak celebrate valentine’s day dengan you punya girlfriend?”
Saya senyum dulu, then baru jawab… nope… We are Muslim can not celebrate valentine’s day… maka keluarlah segala penerangan dan hujah-hujah kenapa kita orang Islam tak boleh nak sambut valentine’s day.
Luckily, yang bertanya tu faham or at least try to understand. Tak boleh tu tak bolehlah. Setidak-tidaknya dia tak macam setengah orang Islam tu, dah kata tak boleh sambut, masih lagi nak menegakkan kebenaran yang palsu, sambut valentine day tu boleh… terpulanglah… Mungkin orang macam ini solat pun biasa tinggal, sebab tu benda-benda macam valentine’s day dia ambik ringan. Dosa paling besar pun biasa buat (meninggalkan solat), inikan pulak sambut hari valentine.
****
Petang tu dalam pukul 2, seorang agent datang dekat saya dan bagitahu ada customer complaint agent bagi wrong information. Customer dah marah-marah dan insists nak cakap dengan manager. Jadi nak tak nak, saya terpaksa investigate dulu dakwaan customer tu, betul ke agent ada bagi wrong information dekat customer tu.
Saya jalankan normal procedure, retrieve voice log dan cari balik perbualan yang dah berlaku antara agent dengan customer masa awal-awal dulu customer tu call ke pusat panggilan.
Hasilnya, memang sah agent dah buat salah.
****
Dulu saya pun pernah jadi agent jugak. Jawab call macam orang-orang lain yang kerja dekat call centre. Saya pun pernah buat salah. Besar punya kesalahan.
Seorang customer ni dia call, dia mintak supaya saya tukar tarikh penerbangan dia. Kesilapan saya masa tu, saya tak nampak yang flight asal dia adalah dibawah tiket premium seat class… dan saya pulak tak perasan pergi tukar kepada economy seat biasa.
Selang beberapa minit, customer yang sama call balik dan tanya kenapa seat dia jadi economy seat?
Call tu dapat dekat agent lain, tak pasal-pasal agent tu terpaksa mintak maaf bagi pihak saya dan tolong tukarkan balik seat tu kepada premium class.
Customer tu tak marah pun. Maybe sebab dia suka cara saya layan dia sebelum ni. Lepas kejadian tu, saya kena panggil dan ‘ditegur’ sebab buat kesilapan macam ni. Waktu tu saya memang betul-betul tak perasan, dan saya mintak nombor telefon customer tu untuk saya hubungi dia semula sebagai corrective measurement.
Memandangkan agent sebelum ni dah tolong settlekan semua salah faham, jadi case closed. Saya dah tak perlu nak buat apa-apa, cuma saya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati. Tu je. Tak ada kena denda, tak ada kena counseling form, atau kena disciplinary action. Mungkin sebab saya admit itu memang kecuaian saya dan saya offered my self untuk perbetulkan balik mana-mana yang saya dah tersilap buat.
****
Hari ni seorang agent dah buat satu kesalahan.
Bila bekerja dalam call centre, adalah sangat penting kita beri maklumat yang tepat kepada customer. Kalau maklumat tu salah, ha.. siap… Nanti dia call balik marah-marah, complaint dan case kecik tak pasal-pasal jadi besar.
Mengikut prosedur serta terma dan syarat, sebarang pertukaran masa penerbangan hanya boleh dilakukan 48 jam sebelum waktu penerbangan.
Tetapi, agent ni bagitahu customer ni masih lagi boleh buat pertukaran masa penerbangan di airport, walaupun penerbangan tu kurang daripada 48 jam. Ini kesalahan agent tu.
Memang ada kes-kes terpencil yang penumpang dibenarkan buat pertukaran masa penerbangan dan pertukaran ini dibenarkan oleh pegawai yang bertugas di Airport, tetapi ini bukannya prosedur yang tepat. Case to case basis.
Agent tu umurnya adalah dalam lingkungan awal 40an. Boleh jadi 20 tahun lagi tua dari saya. Saya tanya dia, kenapa bagi maklumat yang salah kepada customer? Dari mana dia dapat sumber maklumat yang mengatakan penumpang masih boleh buat pertukaran waktu penerbangan walaupun kurang daripada 48jam?
Dah menjadi tanggungjawab saya untuk tegur mana-mana agent yang buat salah. Saya kena dapatkan maklumat kenapa dia bagi info yang tak betul. Kalau tak ditegur, alamatnya kalau ada customer lain call nak buat pertukaran masa penerbangan yang kurang dari 48 jam, semuanya disuruh pergi dekat airport.
Saya terdiam sekejap bila dengar jawapan dia…
“Come on la.. bukan I seorang je yang buat salah dalam floor ni, semua orang pun ada buat salah. Itu orang lain yang banyak buat salah u tak check pun?”
Macam tu pulak jawapan dia…
Macam la saya suka sangat nak check kerja dia, nak saja-saja cari kesalahan dia.
Yes… orang lain pun ada buat salah, memang ada banyak. Tetapi kesalahan yang orang lain buat tu tak datang semula ke pusat panggilan, dan customer tak complaint. Jadi tak ada case. Buat apa nak investigate. Macam polis jugak, kalau tak ada report, buat apa nak investigate.
Saya menulis melalui sudut pandang seorang manager, apabila staff buat salah dan dipanggil untuk menjelaskan kenapa kesalahan itu dibuat, tak bermaksud kami benci dengan staff tersebut.
Yes.. kami benci dengan kesalahan yang dilakukan, sebab kesalahan itu adalah sesuatu yang tak sepatutnya dilakukan. Sebab, dalam ofis tempat saya berkhidmat, kalau ada mana-mana staff yang tak sure akan maklumat yang nak diberi kepada pelanggan yang membuat panggilan, mereka boleh rujuk terlebih dahulu dengan mana-mana senior agent.
Bukannya memandai-mandai bagi wrong information.
Saya cuma nak dia admit kesalahan dia, dan mintak maaf. Itu je…
Alhamdulilah, case tu dapat diselesaikan. Bukan senang nak bagi nasihat dekat orang tua, tapi nak buat macam mana… dah namanya tugas, kenalah jalankan…
Rabu 15 Februari 2012
Hari ni saya off day.
Sah, saya demam.
Bila bangun dari tidur saya perasan ada banyak ruam keluar satu badan.
Pagi tu bila saya ke klinik, doktor kata saya kena demam campak!
Kena demam campak pada usia 24 tahun macam ni… doktor kata mungkin sebab saya selalu stress, sebab tu antibodi jadi lemah sampai boleh kena demam campak…
Itulah kisah dia, kenapa blog ini dah lama tak di update…
Alhamdulilah, sekarang dah mula sembuh macam biasa, dan insya Allah saya akan update blog ni macam biasa lepas ni.
Sabtu, 18 Februari 2012
Blog berjaya di kemaskini macam biasa dan mood nak menulis pun dah kembali.
********************************************************************
Baca juga
- Panduan Buat Duit Sebagai Pengedar SIM KAD Tune Talk
- Strategi Jana RM1,000 – RM3,200 Secara Konsisten di Internet
- Rahsia FOREX TRADER Jana Wang 5 Angka Seminggu Secara Senyap-senyap
********************************************************************





Kalau saya sebagai customer sekalipun,bila org dah mintak maaf,automatik hati jadi sejuk.Tapi yang tak bestnya,kalau org mengaku dan berdalih macam2.
Bukan susah pun nak kata “maaf saya tersalah” betuk tak?
Azman recently posted..Ragam Kaki Nombor
Senang je nak ucapkan kata-kata tu, yang susahnya nak turunkan ego kita ni je
Memaafkan menjadikan kita lebih mulia…
Jom join Giveaway Sulung Miecyber’s Blog
http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html
Miecyber recently posted..Urusniaga Forex Di Internet Haram
Kes melakukan kesilapan boleh berlaku kepada sesiapa walaupun hari-hari si pelaku melakukan kerja yang sama berulang kali tidak lari dari melakukan kesilapan. Cuma apabila berlaku kesilapan seseorang itu agak sukar terima jadi tidak mustahil si pelaku boleh melakukan kesilapan dan juga orang ke-2 memeriksa kerja si pelaku pun boleh melakukan kesilapan.
Bayangkan kalau dihospital kalau tersilap menulis angka dos ubat rawatan pesakit dengan hanya tersilap menulis kedudukan titik pepuluhan. Sudah tentu boleh meragut nyawa pesakit kerana menerima dos ubatan secara berlebihan. Kesilapan ini boleh berlaku kepada siapa sahaja termasuk yang teliti dan cekap membuat tugasan.
Jadi tidak salah untuk minta maaf cuma situasi zaman sekarang adalah mudah untuk menunding jari dari melakukan siasatan supaya kesilapan tersebut tidak berulang dan langkah-langkah “prevention” diambil.
Ada pengajian Master dan PhD mengaji “Human behaviour” tetapi belum dapat mengenal pasti bagaimana manusia boleh melakukan kesilapan dan menghalang daripada ia berlaku kerana sifat manusia sangat unik. Saya pernah menghadiri seminar bertajuk “human error” yang disampaiakan oleh pakar daripada negara Kanada yang membentang kertas kerja mengenainya.
Contoh terbaik adalah mesin deposit duit dan mesin ATM dimana paparan skrin membolehkan kita memasukkan duit dan mengeluarkan duit dengan memilih arahan skrin. Sifat manusia telah dikaji supaya ciri-ciri dapat diterapkan. Kita tidak perlu kelas khas untuk belajar memasukkan duit dan mengeluarkan wang.
Kalau bro berminat mengkaji “human behaviour” boleh lawat laman ini http://youtu.be/2pK0BQ9CUHk dan http://www.theinvisiblegorilla.com/
akubiomed recently posted..Jururawat terjun dressing merawat luka
salam…. saya setuju.
maaf itu menjadikan kita lbh dipandang tinggi.
biarlah org rasa mrk dah menang dgn kata2 maaf kita pd mrk, tp sekurang-kurangnya kita cuba menjernihkan keadaan.
alieza dayasari recently posted..Pertandingan Tarian dan Karaoke (SK Tmn Midah 2)
orang kita ni memang susah sikit bab-bab minta maaf ni..
titan recently posted..Komisen ke 8 dari Triond
setuju…maaf tak menjadikan kita hina, tp banyak orang yang tak sedar perkara ini. Pernah terjadi kepada saya, seorang marah tak tentu pasal tentang satu report yang dikatakan tidak ada. Marah dalam email, tapi bahasanya memang agak kasar, dan email itu di cc kpd semua org bos2 yang berkaitan. Masa baca email tu memang secara tak langsung saya pun jadi marah,, sebab bila diperiksa, report itu ada, saya tak tahu kenapa dia cakap tak ada. Kawan – kawan sekerja dah mula bising – bising suruh saya marah orang tu semula. Macam – macam ayat mereka bagi untuk saya balas email tu. Masa kita marah memang fikiran kita jadi negatif, semua nak hentam orang sahaja, tp nasib baik saya tidak buat keputusan melulu untuk meneruskan perang email itu. Si penghantar telah perasan kesilapannya dan menghantar email semula untuk meminta maaf. Seriusly memang terus sejuk hati ni, tak jadi nak marah, walaupun mereka disekeliling masih lagi menyuruh saya membalas sesuatu kepada si penghantar. Bila orang dah minta maaf, kita maafkan saja, tak perlu dipanjangkan lagi sengketa itu.
kimmie recently posted..Copy paste dan menang USD5
tuan punya blog sakit rupanya, patut lah lama blog tidak berupdate, semoga cepat sembuh dan kembali aktif berblog ye.
kimmie recently posted..Santai: Hadiah dari CahayaCinta.com
semoga cepat sembuh
Juan recently posted..The Sketchbook Project | I try to sketch again
Assalamu`alaikum,
Demam campak rupanya, patutlah 3 hari blog tak bersapu…:)
Kesilapan memang akan selalu berlaku tapi kalau boleh, kurangkanlah apa lagi bila kita berkerja dalam bidang yang kritikal kerana kesilapan dan kecuaian bererti membunuh.
Apa pun bersetuju dengan dengan pendapat awak, kesilapan tak akan menjadikan martabat kita lebih rendah daripada orang yang kita minta maaf.
Mama Murai recently posted..cerita motivasi hari minggu
Ramai orang macam tu sdr sabree. Bukannya susah sangat pun nak mintak maaf,.. masih jugak nak tegakkan benang yang basah.. banyak situasi dpt di settlekan dengan cukup mudah dengan hanya sebut “maaf”… tengah marah pun boleh jadi menurun dengan mendadak je rasa geram tu…
shraqs recently posted..Download OSX Mountain Lion Wallpaper Free
yup setuju sangat.. tak salah kalau kita minta maaf, walaupun dlm keadaan kita tak bersalah. kadang2 perkataan maaf tu, boleh melembutkan hati org yg mendengarnya. masalah akan lebih mudah diselesaikan kalau kita menghadapinya dengan tenangkn???
ct recently posted..Transfer Factor Advance
huh……..kena demam campak?mesti seksa..huhu
setuju maaf tu tak merendahkan nilai diri kita atau menunjukkan kita ni hina ke apa..
malahan akan dipandang mulia
saya kena dmam campak pd usia 22 tahun dulu hehehe
nuriz recently posted..Siapa Bobok Dalam Pelarian di TV3 Semalam?
demam campak untuk kali yang ke berapa tu nuriz?