Bismillahir Rohmaanir Rohim.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog sabreehussin dot com.
Dalam catatan pada kali ini, insya Allah saya akan kongsikan serba sedikit maklumat dan pengetahuan yang saya ada mengenai riba, aktiviti-aktiviti dan juga transaksi-tansaksi yang melibatkan unsur-unsur riba didalamnya.
Riba ini adalah sesuatu yang merbahaya dan tergolong dalam salah satu daripada tujuh perkara yang membinasakan. Hal ini seperti yang pernah disebutkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud
Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Mereka bertanya: “Apa yang tujuh perkara itu ya Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w bersabda:
Menyekutukan Allah, mengerjakan sihir, menghilangkan nyawa orang lain yang diharamkan Allah kecuali yang layak dibunuh, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari peperangan dan menuduh wanita beriman yang baik dan terhormat.
Riba itu tergolong sebagai sesuatu yang jijik, merosakkan, dan membinasakan tetapi yang peliknya, pendedahan ataupun pengajaran dan pembelajaran mengenai riba masih lagi kurang. Produk-produk kewangan yang berlambak di pasaran jugak banyak yang dicemari oleh riba.
Kita ni nama je Islam, tetapi antara benda yang paling buruk yang wujud atas dunia ini iaitu riba, kita biarkan je dia wujud. Malahan, yang peliknya, orang Islam jugak yang saling tolong-menolong memastikan sistem ekonomi berteraskan riba ini berdiri dan tetap wujud sampai sekarang.
Walau macam manapun, tetap masih ada hati-hati manusia yang masih lagi menjaga dan seboleh-bolehnya tak nak ada kena-mengena dan tak nak sentuh langsung riba. Kalau yang memang ada knowledge pasal riba, maka selamatlah dia dengan izin tuhan.
Tetapi.. macam mana pulak untuk mereka-mereka yang tak berapa tahu sangat pasal riba? Dekat mana dia nak tahu? Dari mana dia nak belajar?
Baik, jadi artikel yang tidak seberapa ini saya tujukan untuk pelawat-pelawat blog ini yang ingin mengetahui asas-asas dan formula riba. Ha.. jangan tak tau, riba ini pun ada formula dia sendiri.
Orang asyik cakap yang pelaburan ini ada riba, pinjaman tu ada riba dan dalam akaun simpanan pun ada riba. Tetapi apa itu riba sebenarnya?
Let’s check it out! Lesson commence.
Definisi Riba
Dari segi bahasa, riba itu membawa maksud bertambah. Pertambahan secara berlebih-lebihan keatas barangan tersebut atau menghasilkan pertambahan dalam bentuk yang lain, sama ada bendanya sendiri yang bertambah atau benda lain yang bertambah.
Menurut Dr. Zaharuddin dalam bukunya yang berjudul, Wang, Anda dan Islam, riba bererti sebarang tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh.
Secara lazimnya, riba akan wujud dalam dua keadaan iaitu melalui aktiviti jual beli dan juga melalui aktiviti pinjaman dan memberi pinjam.
Dari Jabir, beliau berkata
Rasulullah s.a.w melaknat orang-orang yang memakan riba, orang yang mewakilkannya, juru tulisnya dan dua orang yang menjadi saksi. Dan baginda bersabda : “Mereka itu semua adalah sama”.
Riba ini sebenarnya telah wujud lama sebelum Islam itu berkembang lagi. Kedatangan Islam itu sendiri sebenarnya adalah satu rahmat yang mana ia membebaskan penganutnya daripada belenggu riba yang sememangnya menindas.
Sebelum Islam itu berkembang, orang-orang yahudi yang hidup sezaman dengan Rasulullah dan orang-orang jahiliah mereka mengamalkan riba. Bukan rasulullah yang amalkan riba, tetapi Rasulullah s.a.w lah orangnya yang membebaskan dan menghancurkan amalan riba sehingga riba itu susah berkembang.
Allah s.w.t mengharamkan riba secara berperingkat-peringkat. Pengharaman riba itu sendiri bukanlah turun serta merta. Tetapi pengharaman riba itu turun secara berhikmah satu tahap demi satu tahap agar umat Islam dapat adapt pada perubahan cara hidup sedikit demi sedikit. Kalau tiba-tiba Allah perintahkan untuk mengharamkan riba, mungkin agak sulit umat Islam untuk adjust cara hidup bagi mengikuti perintah dan larangan memakan riba tersebut.
Peringkat Pertama
Pada peringkat awal Allah s.w.t membandingkan antara amalan suka menambah-nambahkan harta dengan amalan bersedekah. Allah berfirman, bahawa setiap pemberian dalam bentuk sedekah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t adalah lebih baik daripada mengamalkan riba.
Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda. Surah Ar-Ruum ayat 39
Peringkat Kedua
Allah menyatakan bahawa pada satu masa dahulu orang-orang yahudi melakukan kezaliman yang besar atas muka bumi ini dan disebabkan oleh kezaliman mereka itu Allah telah haramkan makanan yang baik-baik ke atas mereka.
Antara kezaliman yang orang-orang yahudi lakukan ialah memakan riba. Sesiapa yang makan riba, maka samalah dia dengan orang-orang yahudi.
Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah.
Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya. surah an-nisa’ ayat 160- 161
Jadi kalau tak nak di golongkan dalam kelompok yang sama dengan orang Yahudi, maka jauhilah riba.
Peringkat Ketiga
Dalam peringkat ketiga, Allah menyeru orang-orang beriman supaya jangan makan riba dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. surah al-Imran ayat 130
Peringkat Keempat
Seterusnya pada peringkat keempat, Allah swt memerintahkan supaya orang-orang beriman meninggalkan terus secara total riba termasuk saki-baki riba yang masih lagi belum dikutip.
Dan sekiranya masih lagi nak amalkan riba, Allah s.w.t dan para rasulnya memberi ancaman akan mengisytiharkan peperangan kepada si pemakan riba. Subhanallah.. Mampukah kita nak berperang dengan Allah s.w.t?
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. [275]
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. [276]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. [277]
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. [278]
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. [279]
Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak). [280]
Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. [281]
****
pic : financialislam.com
Kategori Riba
Riba boleh dibahagikan kepada 4 jenis. Dua daripadanya dikategorikan dalam riba dalam pinjaman manakala bakinya lagi dua dikategorikan sebagai riba dalam jualan atau transaksi.
Riba Dalam Aktiviti Jual Beli
1. Riba Al-Fadl
Berjual-beli atau bertukar antara dua barangan ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat (jika dijual secara timbang) atau kuantitinya (jika dijual secara bilangan kuantiti)
2. Riba An-Nasiah
Berjual beli atau bertukar antara dua barangan ribawi yang sama jenis secara bertangguh iaitu tidak disempurnakan dalam satu masa.
Barangan Ribawi adalah barangan yang apabila berlaku pertukaran antara sesama barangan ribawi boleh menjadi riba sekiranya tidak mengikut peraturan yang digariskan dan yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Barangan Ribawi
Terdapat dua kategori dalam barangan ribawi
1. Matawang
a. Emas
b. Perak
c. Unit matawang
2. Barangan makanan
a. Gandum
b. Barli
c. Kurma atau tamar
d. Garam
Barangan di atas dikenali sebagai barangan ribawi menerusi hadis nabi
Dari Abi Said al-Khudri, Nabi Muhammad s.a.w bersabda bermaksud
Apabila ditukar emas dengan emas (ditukar atau diniagakan), perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus (pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana yang disukai. (riwayat muslim)
Riba Dalam Hutang
1. Riba al-Qardh
Merujuk kepada kadar atau sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan atas pemberian jumlah pinjaman pokok . Syarat ini dibuat di awal kontrak pinjaman (loan contract), dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam.
Sebagai contoh interest yang telah ditetapkan sejak awal-awal lagi sebelum pinjaman dibuat. Pinjaman RM100,000 dengan interest rate 10%.
2. Riba Jahiliyah
Iaitu kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih daripada jumlah pinjaman pokok yang dikenakan akibat si peminjam gagal membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan pada tempoh yang dipersetujui. Akibatnya pemberi pinjam akan mengenakan kadar denda ke atas si peminjam kerana minta tangguh pembayaran hutang atau gagal membayar hutang dalam waktu yang ditetapkan.
Peraturan Dalam Transaksi Yang Melibatkan barangan Ribawi
Formula Riba
Sekarang kita akan lihat formula yang boleh digunakan dalam menyelamatkan diri kita daripada riba.
1. Sama Kategori & Sama Jenis
Apabila pertukaran melibat barangan ribawi dari kategori dan jenis yang sama, (emas dengan emas, perak dengan perak atau tamar dengan tamar), pertukaran tersebut wajib dilakukan pada MASA YANG SAMA dan dalam KUANTITI (sukatan) yang SAMA BANYAK.
12 gram emas 750 mesti ditukarkan dengan 12 gram emas 916. Walaupun kualiti berlainan, tetapi apa yang kita titik beratkan ialah sukatan. Sukatan dalam unit timbangan gram dan pertukaran mesti dijalankan on the spot.
2. Sama Kategori Tetapi Berlainan Jenis
Apabila pertukaran melibatkan barangan ribawi dari kategori yang sama tetapi dari jenis yang berbeza, (emas dengan perak, beras dengan gandum atau garam dengan tamar), pertukaran tersebut wajib dilakukan pada MASA YANG SAMA tetapi kuantiti TAK PERLU sama banyak. Boleh berlainan dari segi kuantiti.
3. Berbeza Kategori dan Berbeza Jenis
Untuk pertukaran yang melibatkan barangan ribawi yang berbeza kategori dan berbeza jenisnya, (emas dengan gandum, RM dengan tamar, perak dengan barli) disini peraturan perlu dilakukan pada masa yang sama dan mesti dalam kuantiti yang sama SUDAH TIDAK TERPAKAI.
4. Barangan Ribawi Ditukar Dengan Barangan Bukan Ribawi
Dalam contoh ini ialah seperti menukar Ringgit Malaysia (barangan ribawi) dengan kereta (bukan barangan ribawi) atau emas (barangan ribawi) dengan perabot (bukan ribawi), atau pertukaran antara dua barangan yang bukan barangan ribawi seperti kereta dengan kasut, atau buku dengan pensel, maka tak perlu ikut peraturan pertukaran mesti dalam kuantiti yang sama banyak dan mesti dilakukan pada masa yang sama.
Baik, catatan mengenai riba akan saya tangguhkan buat seketika dan insya Allah akan saya sambung dilain masa. Saya akan sentuh hal-hal lain juga yang ada berkait rapat dengan isu riba.
Sekiranya anda rasakan artikel yang tak seberapa ini bermanfaat, sila share atau tweet artikel ini tapi tolong jangan copy paste.
Itu sahaja dari saya buat masa ini, semoga perkongsian ini beri manfaat buat para pengunjung blog sekalian.
Wallahua’lam
rujukan :
1. Principles of Fiqh Muamalat, Islamic Business Transaction (Faculty of Business Management, UiTM)
2. Wang, Anda dan Islam (Dr. Zaharuddin)
3. RIBA Kesan & Mudaratnya menurut Al-Quran & Sunnah
********************************************************************

********************************************************************



Banyak info yg berguna.. bgs2..
Terima kasih twozack
habis kalau mcm tu pinjaman utk beli kereta @ rumah itu jelas lagi terang ialah riba..
uihh byk yg tak tahu pasal riba ni..
tQ atas ilmu berguna ini..bru trdgr pasal topic riba dlm bicara muamalat radio ikim..^_^
akhil recently posted..Disebalik Tabir Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam
Assalamualaikum saudara akhil, zaman sekarang ni memang la.. susah nak cari yang bebas riba. Tapi insya allah kalau kita pilih kewangan atau bank islam, tak ada riba dalam tu.
jadi boleh la beli kereta @ rumah. Kita namakan ia sebagai pembiayaan, bukan pinjaman.
Insya Allah ada kesempatan nanti, saya akan kongsikan serba sedikit yang saya tahu mengenai kontrak pembiayaan secara islam yang di katakan bebas dari riba.
Baru-baru ini beberapa blog ada menulis keraguai skim yang kerajaan anjur perlu mendapatkan kelulusan syarak. Apa komen bro tentang hal ini kerana orang awam mungkin terlepas pandang.
akubiomed recently posted..Yang umur 21 liat daftar mengundi
sesungguhnya Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba
“wa halallah hulbai u’ waharrama riba’”
muss recently posted..Mutiara Kata – Prof. Dr Muhaya Mohamad
betul tu
Alhamdulillah..terima kasih unuk info ni ^_^
cik teddy recently posted..Free 18sx (bukan lucah ye)
sama-sama cik teddy
kena bijak memiih sebenarnya.. carilah bank yang berteraskan islam..
senang dunia akhirat…
nurmisnan recently posted..Cermin mata baru
betul tu nurmisnan.. ambillah yang halal
Salam bro,
terima kasih berkongsi info sebagai ingatan bersama.. memang agak sukar untuk mengelakkan riba ni, terutama yang kurang faham konsep riba..
kulanz recently posted..Ini Bukan Bola Sepak, Ini Perang!
mujur ada teman yang mengetengahkan hal ini serba skit kita tahu
wasalam,
pendidikan mengenai riba pun nampaknya masih kurang, mungkin ini antara salah satu sebabnya. Orang asyik bercerita pasal financial planning sahaja, tapi tak masukkan subjek mengenai riba
Assalamu`alaikum saudara,
saya pernah terbaca artikel daripada salah seorang usahawan internet yang mengatakan bahawa mengenakan keuntungan 100% pada harga barangan adalah tidak diharamkan kerana menurut beliau tiada jumlah keuntungan dihadkan dalam Islam. Kenyataan beliau itu turut disokong oleh screenshot soal jawab yang beliau hantar kepada UZAR berserta jawapannya sekali.
Persoalannya, betulkah kenyataan pemblog tersebut?
Mama Murai recently posted..Wordless Wednesday #11 | Bila si suami dengan rela hati memasak
kenyataan pemblog tersebut betul mama
riba tak sedap. pahit. sedap didunia. pahit diakhirat.
ohcikgu recently posted..Gambar K.Rajagopal bersama isteri tercinta.
setuju
Assalaamu’alaikum wr.wb,..
Posting menarik dengan usaha penjelasan sebaik mungkin untuk dapat difahami oleh para pembaca seperti saya yang tidak terdedah secara khusus dalam ekonomi riba ini. Tetapi sangat memahami akan pengharamannya di sisi Islam.
Oleh itu, jika formula yang menyelamatkan kita dari riba dapat diaplikasi dengan baik, tentu ini akan menjadikan kehidupan kita lebih harmoni dan selamat.
“mesti dalam kuantiti yang sama banyak dan mesti dilakukan pada masa yang sama” – ini berlaku kepada formula ke 4.
Berdasarkan itu, kita masa kini hampir semuanya terjebak dalam riba (jika betul kefahaman saya) dalam pembelian kereta dan rumah secara berhutang. Tetapi jika peratusan faedah yang dikenakan itu atas persetujuan bersama, difahami dan pembeli merasakan ia bukan satu penindasan ke atas dirinya, apakah ia masih juga dianggap riba ?
Informasi yang menarik dan terima kasih mengajak saya bersama mencari ilmu di sini.
Salam kenal dari Sarikei, Sarawak.
Siti Fatimah Ahmad recently posted..CT85. BUNGA GUBAHANKU (1)
waalaikumussalam Puan Siti,
terima kasih kerana berkunjung ke blog ini ya
Salam perkenalan juga dari saya
islam mmg membenci riba huhu makan minum pun tak halal bgni
kita yang islam ni memang patut benci riba, kan suri
zaman sekarang nie,,,banyak unsur-unsur riba tanpa disedari.mudah-mudahan saya dijauhkan….
hatiputera recently posted..Live streaming | siaran langsung EPL 2011/2012 4 Februari 2012, Arsenal vs Blackburn Rovers
riba ada yang jelas, dan ada yang tak jelas..
tapi insya allah kalau guna formula yang saya kongsikan ini kita boleh tahu mana satu yang ada riba dan mana satu yang tak ada riba