Diari Seorang Penulis Blog 1 : Semuanya Terasa Bagai Baru Semalam Ia Berlaku

Rasanya hari ni merupakan salah satu hari yang terasa panjang dalam hidup ini. Tak banyak pengisian yang sempat saya rekodkan dalam blog ini. Walaupun ada terasa sedikit menyesal sebab biarkan masa yang berharga berlalu macam tu je, tapi itulah hakikat yang terpaksa saya terima..

Waktu ini terasa agak stuck untuk mengeluarkan idea-idea baru untuk mengemaskini blog ini dengan catatan-catatan yang baru.

Adalah terasa sedikit perit bila kita cuba nak paksa minda kita untuk mengarang artikel-artikel yang baru. Jadi bila berhadapan dengan situasi macam ni, kaedah paksaan memang tak akan beri sebarang kebaikkan. Oh.. ia hanya akan menambahkan tekanan perasaan.

Jadi langkah terbaik adalah jangan memaksa diri dan jangan bunuh kreativiti. Biarkan minda berfungsi dalam keadaan yang paling selesa..

Diari Seorang Penulis Blog

Boleh juga kalau nak kata ini sebagai salah satu on going projek yang akan saya jalankan bagi mengisi artikel-artikel dalam blog ini. Nampak gayanya, blog ini wajib memuatkan artikel-artikel yang berbentuk santai jugak buat satu-satu masa. Barulah ia boleh cater keperluan individu-individu yang ada kemahuan yang pelbagai.

Kalau dah nama pun diari, maka dalam slot ini saya akan muatkan insiden-insiden, tragedi-tragedi, dan juga memoir yang pernah berlaku, dan yang pernah terjadi kepada saya sama ada secara langsung atau secara tak langsung sepanjang menjadi penulis blog.

Pengumuman : Saya Bukan Seorang Blogger

Saya dah try dah banyak kali.. tapi saya tetap belum berjaya.

Saya masih lagi belum berjaya untuk mengaku dan buat deklarasi yang saya adalah seorang blogger. Amatlah tak sesuai nampaknya untuk saya sandang gelaran seorang blogger tu. Kalau nak kata title itu terlalu besar keramatnya untuk saya guna pakai pun boleh jugak.

Saya Cuma Seorang Penulis…

Yep.. gelaran ini lagi sesuai untuk saya pakai. Try check balik entry-entry saya yang lepas. Rasanya tak pernah saya bahasakan diri saya ni sebagai seorang blogger. Sebagai penulis blog tu banyak kali. Well apa pun ni hanyalah persoalan persepsi. Bagaimana anda memandang diri anda sendiri?

Saya memandang diri saya sebagai seorang penulis.. dan medium yang saya gunakan adalah blog. Bukan buku, bukan papan hitam, bukan risalah, bukan, bukan dan bukan. Saya menulis dalam blog .. dan buat masa ini saya hanya menulis dalam blog. Tunggulah lain masa, ada rezeki insya Allah jadi penulis dekat lain tempat pulak.

Rasa Macam Baru Semalam..

Seriously, rasa memang macam baru semalam saya beli pakej kit blogger dari saudara SmartZul untuk belajar cara-cara nak install blog wordpress self hosted.

Rasa macam baru malam tadi.. saya terkial-kial, sekejap-sekejap tengok manual, ada masalah sikit tengok manual untuk pasang blog wordpress self-hosted ini. Siapa yang orang lama pakai blog wordpress ni tau lah.. macam mana peritnya nak pasang blog guna wordpress.org ini.

Masa tu mana ada automatic install ini. Semua kena buat secara manual. Kena download satu-satu, lepas dah download dari sumber kena upload pulak satu-satu. Jadi nak tak nak, terpaksalah belajar jugak macam mana nak guna FTP software.

Sekarang kalau nak buat blog pakai wordpress self hosted dah senang dah. Boleh install pakai softaculous je. Main klik-klik je dah jadi, blog dah siap dah. Tak sampai pun 5 minit. Kalau internet laju, lagi cepat dari tu pun boleh jadi.

.. dan rasa macam baru semalam jugak saya berkenalan dengan syarikat penyedia hosting netkl network.

Last time saya check, kupon diskaun 10% masih lagi berfungsi untuk pengguna baru. Bila sampai dekat ruangan coupon code nanti, boleh masukkan je perkataan ‘DISKAUN‘ kemudian klik validate code. Jadi pengguna baru dapatlah langgan perkhidmatan domain dan hosting dengan diskaun 10%. Tak tau sampai bila offer ini akan ada.

Feel Just Like Yesterday..

One thing for sure, kenangan-kenangan yang terasa macam baru semalam ia berlaku rupa-rupanya dah agak lama ia berlalu.

Dah nak masuk tiga tahun berlalu rupenya.. and to be exact benda ni semua berlaku masa tahun 2009.

It’s all began on this date, 07 of September 2009 and it will still remain in memory.. as this is the day I learn how to be a writer in a blog :-)

isk.. isk

 

 

********************************************************************
Baca juga

  1. Panduan Buat Duit Sebagai Pengedar SIM KAD Tune Talk
  2. Ini bukan ZALORA mahupun LAZADA, Tak percaya?
  3. Rahsia FOREX TRADER Jana Wang 5 Angka Seminggu Secara Senyap-senyap
  4. Bosan kerja? Kerja dari rumah pun boleh

********************************************************************


25 Responses to Diari Seorang Penulis Blog 1 : Semuanya Terasa Bagai Baru Semalam Ia Berlaku

  1. kimmie January 17, 2012 at 12:03 am #

    wah…dah lama berlaku, tp rasa baru semalam yek. Perkara mcm ni mmg akan berlaku kpd kita.
    kimmie recently posted..Harvard Business School dan GSB UKM

    • sabree hussin January 17, 2012 at 11:46 pm #

      tiba-tiba mengimbau kenangan silam pulak

  2. titan January 17, 2012 at 1:29 am #

    penulis dekat blog = blogger.

    simple aje. bagi aku, ko adalah seorang blogger atau penulis blog.

    Sama aje. hehe..
    titan recently posted..Bila Alexa dah jadi kacak..

    • sabree hussin January 17, 2012 at 11:47 pm #

      Ha’a jugak, lebih kurang je

  3. APAN January 17, 2012 at 1:30 am #

    aku senang je, kalau dah ada blog tu, x salah kot nak jadi blogger. bukan besar mana pun title tuh…blogger je.huhu…
    APAN recently posted..Serangan Harimau Bintang Di India

    • sabree hussin January 17, 2012 at 11:47 pm #

      macam kurang cocok haha

  4. shaharil January 17, 2012 at 5:28 am #

    Kalau tak dipanggil blogger, boleh gelaran ni. Iaitu Pengendali blog. Ok jugak.
    shaharil recently posted..Jumlah Komen dan Entri Blog Baik Punya!

    • sabree hussin January 17, 2012 at 11:48 pm #

      ha’a jugak, itu pun nampak molek

  5. shafaric January 17, 2012 at 4:53 pm #

    Blogger ni kira macam penulis cerita jugak la kan? Tapi tak dibayar gaji … Betul tak?
    shafaric recently posted..Koleksi Maira Tudung Corak Terbaru (Saiz L) – (12.1.2012)

    • sabree hussin January 17, 2012 at 11:49 pm #

      betul. lebih kurang je, cuma cara penulisan tu je yag akan membezakan antara satu sama lain.. bab bayar gaji tu, kalau jadi blogger untuk mana-mana company atau organization, ada dapat gaji la kot

  6. tehr January 17, 2012 at 11:05 pm #

    ada blogger yang jarang sekali menulis
    hanya tepek gambar dengan video je
    tehr recently posted..Pantun Hari Selasa

    • sabree hussin January 17, 2012 at 11:50 pm #

      Itu pun satu cara yang brilliant. Most of the traffic akan datang dari laman sosial video sharing. Tapi nampak macam susah sikit nak manfaatkan seo sebab kalau tak ada banyak perkataan.. kuasa keyword tu tak dapatlah nak dinikmati

  7. KiD January 18, 2012 at 12:26 am #

    sudah tentu bro blogger yang hebat!!
    pakai WP.. memang mencabar mula2 lagi2 dengan hosting.. dapat yang stabil.. ok laaaa
    KiD recently posted..Sponsored Post dan BE Nuffnang 2012

    • sabree hussin January 18, 2012 at 12:30 am #

      memang mencabar.. so far netkl tak pernah bagi masalah lagi.. harap-harap sampai bila dia kekalkan servis yang tip top macam ni

  8. shraqs January 18, 2012 at 3:12 pm #

    Teknologi ni macam nilah, non stop. Makin banyak kita rasa kita dah tau,.. makin banyak pulak yang kita tak tahu.. sentiasa berkembang ke hadapan. Apa-apapun, tiga tahun dah cukup lama dan layak utk digelar “blogger”. Dr segi gaya penulisan, itu terpulang kepada individu. IMHO
    shraqs recently posted..Jadikan Email Anda Menarik Dengan BrandMyMail

    • sabree hussin January 20, 2012 at 7:29 pm #

      WordPress ni pun sama, makin lama makin kerap pulak dia update keluarkan yang new version.. tu la shraqs, teknologi makin berkembang, tapi orang yang menggunakan teknologi ni.. makin berkembang entah tak

  9. Juan January 19, 2012 at 4:06 am #

    sama la kita, netkl juga
    Juan recently posted..Side Income 2012 | Passive Income – Perlu atau Tidak

    • sabree hussin January 20, 2012 at 7:31 pm #

      Yes! NetKl rocks

  10. ohcikgu January 21, 2012 at 12:24 am #

    saya tulis sahaja apa yang berkenan dihati. hehe..
    ohcikgu recently posted..Raja Lawak 6 – Minggu Kedua atau Kedah vs Kelantan?

    • sabree hussin January 23, 2012 at 11:28 pm #

      itu pun satu strategi yang baik. Tak perlu nak ikut sangat dengan mana-mana jadual

  11. Mama Murai January 27, 2012 at 11:00 pm #

    Syahdunya kenangan dalam diari saudara…. mengingatkan kembali titik mula saya berblog. Kalau difikirkan kembali seronok rasanya, kerana dengan berblog, kita belajar banyak perkara yang tak pernah kita ketahui dalam hidup ini.
    Mama Murai recently posted..Cara mendapatkan traffik

    • sabree hussin January 28, 2012 at 12:18 am #

      syahdu ke? alamak haha sepatutnya entry ini mood dia gembira hhe

  12. Mama Murai January 28, 2012 at 12:37 am #

    Syahdu yang mendalam tu….. hehe

Trackbacks/Pingbacks

  1. Aktiviti Blogging Yang Membuang Masa & Sia-sia | sabreehussin dot com - February 9, 2012

    [...] Personally, saya dah mula menulis dalam blog sejak tahun 2009 lagi, tetapi saya rasa macam semuanya baru semalam ia berlaku. [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge