Blogging Untuk Belajar Dan Mengajar…

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sebagai seorang penulis blog, adakalanya kita perlu memperuntukkan masa untuk melawat blog-blog yang ditulis oleh lain-lain penulis. Setengah orang menggelarkan aktiviti ini sebagai blogwalking, malah ada juga yang namakan ia sebagai blog hopping atau blog jogging.

Memang macam-macam gelaran yang dibagi, after all sebenarnya semua refer kepada benda yang sama. We visit other people’s blog… sama ada secara sengaja ataupun secara tak sengaja.

Tujuannya? Ada banyak sebab… tetapi saya hanya akan highlight dua je dalam catatan pada kali ni.

Pertama, untuk belajar dan kedua untuk mengajar.

1. Belajar

Ini merupakan satu peluang yang sangat baik untuk kita belajar dari penulis-penulis blog lain tentang cara penyampaian dan penulisan yang terbaik dalam penulisan blog. Obviously, kita tak mampu mendengar sebarang ‘suara’ keluar dari blog penulis yang kita kunjungi, akan tetapi ada sesetengah blog yang bila kita baca… seolah-olah kita terdengar suara penulis blog tu sedang membisikkan sesuatu ke dalam hati kita.

Memang hebat blog yang macam ni.. bila kita baca seolah-olah penulis tu sendiri yang sedang bercerita dari hati ke hati kepada kita yang membaca. Hmm…

Seterusnya, ada jugak blog yang kita singgah sebab kita admire dengan pencapaian yang dia berjaya lakukan. Sebagai contoh kejayaan menghasilkan pendapatan yang agak lumayan… especially blog-blog yang ‘gemar’ memperagakan hasil pendapatan dari menulis blog.

Dalam kita rasa menyampah dan meluat sekalipun, tetap kita akan godek-godek blog tu sampai akhirnya kita dapat extract satu atau dua tips macam mana nak hasilkan pendapatan yang serupa atau at least lebih baik dari apa yang berjaya dilakukan oleh penulis blog tu.

So in this case, we visit other people’s blog to learn something beneficial… untuk belajar.

2. Mengajar

Setengah orang dia menulis bukan suka-suka. Ada personal motif, misi dan visi yang dia nak score.

Ada orang dia menulis sebab dia nak buka minda para pengguna internet tentang pentingnya mempunyai pelan perlindungan insurans ataupun takaful, bagusnya pelaburan emas dan perak, bagaimana untuk menghasilkan pendapatan pasif secara dalam talian dan macam-macam lagi.

Untuk orang seperti ini, tak salah rasanya kita katakan mereka menulis sebab ingin mengajar.

Jadi dalam catatan yang agak ringkas pada kali ini, saya rangkumkan bahawa orang menulis blog ini atas dua sebab iaitu sebab ingin belajar ataupun sebab ingin mengajar.

Manusia ini adalah makhluk yang cenderung untuk hidup dalam satu kumpulan, dan seterusya akan membentuk komuniti-komuniti mengikut skala yang mampu dicapai. Tak ada manusia yang mampu untuk hidup secara seorang diri.

Dalam menulis blog ni, kadang-kadang kita mudah untuk jatuh dalam perangkap ‘syok sendiri’ yang saya definisikan sebagai satu keadaan dimana penulis terlupa apa yang ditulis itu sebenarnya ada pengunjung blog yang datangnya entah dari mana membaca artikel yang dihasilkan.

Malahan, mereka bukan sekadar membaca tetapi turut menilai dan menghukum.

Kalaulah penulis blog tu sedar, bahawa apa yang dihasilkan dan dituliskan itu sebenarnya mampu menghasilkan impak yang pelbagai keatas pembaca dan pengunjung blog, dah pasti penulis blog ini akan sentiasa berhati-hati sebelum menekan buttonpublish‘ setiap kali artikel yang dihasilkan telah siap sedia untuk disiarkan…

Adakah kita sependapat dalam hal ni?

 

 

********************************************************************

********************************************************************

16 Responses to Blogging Untuk Belajar Dan Mengajar…

  1. Sya Isya February 24, 2012 at 12:43 am #

    ada banyak sebab orang blogging selain dari mengajar dan belajar. Yang buat macam diari harian pun ada. Macam2 lah. :D
    Sya Isya recently posted..GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN LISA SURIHANI DAN YUSRI KRU

  2. azmanisma February 24, 2012 at 1:14 am #

    Aku setuju dengan 2 point diatas.Personal Blog aku tak kisah sangat mereka nak tulis apa,sebab mereka bebas memberikan pendapat masing-masing.

    Tetapi kalau blog ber niche kan gadjet,tapi tulis pasal gossip artis mmg aku akan menghukum he3…

    Setiap blogger ada tujuan dia menulis ada yg menulis untuk 2 point diatas,ada yg menulis ikut trending.dan ada yang menulis untuk trafik.

    Errr lantaklah mereka nak tulis apa…aku jarang amik port sgt.Yang penting,kalau dia tulis tu berjaya memikat hati,aku akan komen,kalau tak berjaya…aku tak komen,jadi silent reader jer lah.
    azmanisma recently posted..Kawan Ku Janda Mu

  3. Tuan Tanah February 24, 2012 at 8:06 am #

    bergantung atas niat asal pada mula utk berblogging….ada setgh orag minat berblogging hanya suka-suka…dan memang ada yang memang score nak collect duit….yang penting happy blogging bro….;)
    Tuan Tanah recently posted..Video Model Baru Proton Tuah (Proton P3-21A)

  4. zareliqa afiqa February 24, 2012 at 5:41 pm #

    Apa2 pon janji jaga adab berblogging :) Tak kisah lar nak tulis apa pun asalkan bermanfaat. :)
    zareliqa afiqa recently posted..Giler Aku Layan Kau Nie

  5. akubiomed February 25, 2012 at 12:44 am #

    Blog juga boleh dijadikan platform untuk berdakwah.
    akubiomed recently posted..Hot dog sebagai santapan malam

  6. Mama Murai February 25, 2012 at 4:55 am #

    Assalamualaikum saudara,
    saya rasa tidak semua pemblog berniat seperti itu, ada juga yang lebih kepada perkongsian pendapat, hobi, traffik dan sekadar menulis untuk menunjukkan ekspresi diri, contohnya seperti saya. Isi pada artikel itu terpulang sebenarnya, kalau kita berkehendakkan respon atau input daripada pembaca, kita kena kreatif mengubah isi, lebih tepat lagi berani memberikan buah fikiran yang luar daripada kotak pemikiran. Dengan ini pembaca akan lebih tertarik memberikan komen pada setiap artikel.

    Tidak kisahlah walau kelihatan syok sendiri asalkan ada fakta di situ.

    Beri peluang kepada mereka untuk menunjukkan lompang pada artikel kita, jangan terlalu sempurna kerana ianya hanya akan membuatkan blog kita sunyi tanpa jejak.

    Sekadar pendapat, perbetulkan mana yang silap.
    Mama Murai recently posted..14 sikap suami yang tidak digemari oleh isteri

  7. titan February 25, 2012 at 7:27 pm #

    aku hentam aje tulis. ada orang suka, ada orang tak suka. biasalah tu. bab belajar tu..memang banyak kita boleh belajar dari tulisan orang lain.
    titan recently posted..Jujur itu lebih kacak

  8. cimot February 26, 2012 at 8:40 am #

    depends laaaa kan dekat seseorang tu..for me i’m blogging because i do love to write anything..and i wanna record all of that in my blog as i could read it when i’m old..and boleh laa jugak utk dijadikan tatapan utk anak cucu kelak..hehehe
    cimot recently posted..You Da Man!

  9. alieza dayasari February 26, 2012 at 5:42 pm #

    setuju,
    senang citer kan.. masa sy aktif blog, byk saya belajar..
    tp aspek sy mengajar org lain or tak.. not sure… huhuhuhu
    alieza dayasari recently posted..Kisah Benar : What’s Up Bro, Cikgu!

  10. APAN February 28, 2012 at 12:09 am #

    haha…kalau blog aku, entah ada pengajaran ke tak la…nak tulis ayat pun x berapa pandai…banyak belajar drpd mengajar…part last tu, kdg2 tu aku da tulis entri tapi tiba2 rasa mcm x bes lak nak publish.sebabnya lebih kurang mcm ko tulis tu la…komen2 sebelum ni mematangkan tindakan aku.haha…
    APAN recently posted..Buffered Earnings Nuffnang Paling Kool

  11. incik February 28, 2012 at 2:29 am #

    yang penting janganlah generate dosa daripada blog anda. takut dosanya berpanjangan.. hati2 semasa berblogging juga ya..
    incik recently posted..Lukisan untuk sebuah pemandangan

  12. zik March 4, 2012 at 8:01 pm #

    blogging juga boleh kepada satu kepuasan..
    zik recently posted..Ikan Sea lamprey, belut penghisap darah yang brutal!!

  13. sha myheart March 6, 2012 at 3:48 pm #

    Setuju.
    Kebanyakkan blogger akan belajar dan mengajar. Saya pun buat begitu tetapi tak adalah banyak sangat kerana masih mentah dalam dunia blogging.

    http://sha-myheart.blogspot.com/

    • sabree hussin March 7, 2012 at 4:49 pm #

      saya pun masih mentah jugak dan perlu banyak belajar lagi

Leave a Reply

CommentLuv badge