Bismillahir Rohmaanir Rohim.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Ada satu hadis ni, ianya diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Sahl bin Sa’ad Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Ada seorang menghampiri Rasulullah s.a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah, tunjukilah kepadaku suatu amalan (ibadah) kalau saya melakukannya, Allah akan mencintaiku dan saya juga dicintai oleh segenap manusia?”
Maka Rasulullah s.a.w bersabda,
Bersikap zuhudlah kamu terhadap kehidupan dunia ini, nescaya Allah akan mencintaimu dan bersikap zuhudlah kamu terhadap sesuatu yang dimiliki oleh manusia, maka manusia akan mencintaimu.
(ibnu majah, no. 1302; al-hakim no.7945 dan Asy-Syihab dalam Musnadnya, no.643)
Hadis ini mengisyaratkan kepada kita agar bersikap zuhud, kerana dengan mengamalkan sikap zuhud ini, mudah-mudahan kita akan dicintai oleh Allah s.w.t dan pada masa yang sama kita juga akan disukai oleh manusia.
Zuhud ini kita boleh ertikan dengan tidak terlalu berkeinginan terhadap kehidupan dunia dan sentiasa meninggalkan kesenangan duniawi.
Untuk kita dapat meraih cinta ilahi, kita mestilah dengan sebenar-benarnya menjadi hamba kepada Allah s.w.t. Penghambaan itu ertinya kita tunduk, patuh, merendah, dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t.
Bagaimana agaknya kita nak mencapai tahap tersebut sekiranya dalam hati kita masih lagi ada kecintaan kepada kesenangan hidup di dunia, ketundukkan kepada harta, kepatuhan kepada kuasa dan pangkat?
Rasulullah s.a.w bersabda,
Celakalah orang yang menjadi penghamba dinar, celakalah orang yang menjadi penghamba kemewahan dan celakalah orang yang menjadi penghamba kemegahan, celaka dan binasalah mereka semua, kalau dia sudah jatuh tersungkur, maka dia tidak akan boleh untuk bangkit kembali.
(Al-Bukhari No. 2887)
Memang ada benarnya hadis dari Nabi ini dan kalau kita perhatikan keadaan dan fenomena yang terjadi disekeliling kita, pasti kita akan bersetuju tanpa ada sebarang syak dan ragu.

Nabi kata, kalau kita bersikap zuhud dengan apa yang ada pada manusia, maka manusia akan mencintai kita. Cuba kita tanya pada diri kita sendiri, apa yang ada pada manusia?
Mungkin jawapan kita tak jauh beza, manusia ada harta, ada wang ringgit, ada pangkat, isteri yang cantik, anak-anak yang baik dan lain-lain lagi.
Apabila kita tidak bersikap zuhud, kita mula akan rasa apa yang orang lain ada, kita pun nak jugak. Orang lain ada harta yang banyak, kita pun nak sebahagian daripada harta yang dimiliki oleh orang tu. Orang tu ada kemewahan, kita pun nak jugak sebahagian daripada kemewahan yang dimiliki oleh orang tu.
Secara tak langsung, kita asyik nak bersaing-saing dengan orang lain. Sebagai manusia biasa, saya sendiri akan rasa kurang senang apabila apa yang saya ada, orang lain pun sibuk nak dapatkan sebahagian daripadanya.
Akan tetapi, kalau apa yang saya ada, tapi orang lain tak mintak pun daripada apa yang saya ada, selalunya saya sendiri yang akan offer pada dia. Kalau dia tak nak ambik, saya akan paksa jugak untuk dia ambik.
Kadang-kadang tu, orang yang tak mintak tu lah yang kita beriya-iya nak bagi, akan tetapi orang yang beriya-iya meminta, dia tu lah yang paling liat kita nak bagi. Kalau bagi pun dengan hati yang tak berapa nak ikhlas.
Memang istimewa dan penuh dengan rahsia rupanya konsep zuhud ini rupanya.
Wallahua’lam
rujuk
1. Ihfazhillah Yahfazhka (Jagalah Allah… Allah Menjagamu)
********************************************************************
Baca juga
- Panduan Buat Duit Sebagai Pengedar SIM KAD Tune Talk
- Ini bukan ZALORA mahupun LAZADA, Tak percaya?
- Rahsia FOREX TRADER Jana Wang 5 Angka Seminggu Secara Senyap-senyap
- Bosan kerja? Kerja dari rumah pun boleh…
********************************************************************




Salam..
Terima kasih kerana mengingatkan pengertian Zuhud.
Pernyataan yang paling terkesan di jiwa :
“Zuhud ini kita boleh ertikan dengan tidak terlalu berkeinginan terhadap kehidupan dunia dan sentiasa meninggalkan kesenangan duniawi”.
Saya akan semadikan dikepala ini selalu.
nizamghazi recently posted..Angel Dreams : Cita-Cita Yang Pasti
Tangan yang memberi lebih nikmat dari yang menerima…
nurmisnan recently posted..Sekadar renungan bersama
tq.nice sharing dude
agak sukar sebenarnya mengamalkan sikap yang satu ini kerana sudah menjadi fitrah manusia untuk tergoda kepada harta benda,pangkat, wang ringgit dan kecantikan. Entahlah saya tak berani kata dan jamin boleh berbuat demikian, tapi sekurang-kurangnya niat ke arah itu sedikit demi sedikit dicambah. Semoga mendapat hasil tuaiannya kelak.
Satu peringatan yang cukup baik. Terima kasih.
Mama Murai recently posted..cerita motivasi hari minggu