Bermadu Atau Andartu

Bismillahir Rohmaanir Rohim.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog sabreehussin dot com.

Semenjak dua menjak ni, nampak gayanya blog ni dah mula kurang menyiarkan artikel-artikel yang baru.. especially selepas cuti Tahun Baru Cina.. memang bercuti betul lah. Kalau ikutkan perancangan, sepatutnya masa cuti ni lah saya nak gunakan untuk update blog ni kaw-kaw, rupa-rupanya tak kesampaian.

Manusia ni kan cuma merancang.. Allah juga yang menentukan. Baik atau buruk, semuanya dibawah kekuasaanNya. Dia yang menentukan perjalanan hidup kita ini. Sebagai hambaNya, tugas kita adalah menuruti segala suruhanNya dan menjauhi laranganNya tanpa perlu ada rasa berbelah bahagi.

Namun demikian, apabila kita ‘setuju’ bahawa perancangan Allah s.w.t sesungguhnya adalah lebih sempurna berbanding perancangan kita, maka tak boleh tidak.. kita wajib menerima segala ketentuanNya, yakni qada’ dan qadar.

Pada minggu ini, Semanis Kurma yang di keudarakan pada 26hb Januari 2012, membawakan topik perbincangan yang berjudul Bermadu atau Andartu.

Tersenyum sejenak bila topik seumpama ini dibincangkan.

Topik ini nampaknya lebih berat kepada kaum hawa. Mana satu jalan yang sanggup ditempuh oleh kaum wanita. Adakah mereka memilih untuk berkahwin, tetapi terpaksa hidup bermadu, ataupun lebih cenderung untuk memilih hidup sendiri sehingga lanjut usia, yakni andartu (anak dara tua).

Namun demikian, di akhir siaran, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ada memberikan satu gelaran baru bagi mereka-mereka yang sebelum ni menyandang gelaran andartu (anak dara tua), iaitu andarlia ataupun anak dara mulia.

Betul lah, walaupun usia semakin meningkat, namun mereka masih lagi menjaga harga diri dan mempertahankan kemuliaan dan maruah peribadi mereka. Jadi memang kenalah gelaran andarlia itu berbanding andartu.

Bagaimana kalau jodoh suami orang? Sanggupkah bermadu andai diberi pilihan… yang mana satukah idaman kalbu? Bermadu.. atau andartu. Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Apabila kita sebut sahaja mengenai bermadu, maka perbincangan ini tidak dapat lari daripada menyentuh perihal poligami. Dalam Islam, poligami ini adalah sesuatu yang diharuskan. Islam kata boleh, Allah swt pun kata poligami itu boleh, tetapi malangnya terdapat pulak sebahagian kaum wanita yang mengatakan poligami itu tak boleh.

Memanglah dia tak kata straight to the point, yang mereka menentang poligami.. tapi bila dah sampai bagi kata dua, sama ada nak nikah lain atau ceraikan diri dia, maka tak ke tindakan seumpama ini sama serupa sebenarnya dengan menentang poligami?

…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Surah An-Nisaa’ ayat 3

Islam bukan saja-saja nak bagi penganutnya kebenaran berpoligami. Ada syarat-syarat yang ketat yang perlu dipatuhi. Mesti kena ikut. Kalau tak boleh nak ikut, ha.. jangan sekali-sekali sibuk nak sebut perkataan poligami.

Lelaki yang ingin berpoligami wajib berlaku adil. Adil ini bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Lawan bagi adil ialah zalim.

Adil dalam Islam tidak bermakna sama rata, tetapi adil dalam konsep Islam adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Antara aspek yang perlukan keadilan adalah seperti pembahagian giliran, pembahagian nafkah dan sebagainya. Pendek kata, setiap apa pun perkara yang si suami nak lakukan, perkara utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu ialah sama ada mampu atau tak dia untuk berlaku adil.

Namun demikian, soal hati dan kasih sayang, itu tak wajib untuk adil.. sebab ia memang mustahil untuk berlaku adil. Tetapi bab-bab zahir itu kena adil.

Sebab sebenar kenapa dibolehkan poligami, pengetahuan tersebut hanya ada pada Allah s.w.t. Tetapi, apabila sesuatu ketetapan itu telah termaktub dalam al-quran, bermakna ianya akan sentiasa relevan dan ada hikmah tersembunyi disebaliknya. Kita kena cari lah kalau nak tau.

Al-quran itu merupakan rujukan kita dan merupakan kitab yang relevan sepanjang zaman. Maka apabila pada kira-kira 1400 tahun yang lalu, apabila alquran itu lengkap diwahyukan kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w dan salah satu ketetapan yang termaktub ialah bab poligami, bermakna ada lah sesuatu yang baik untuk kita semua.

Seharusnya ia dilihat sebagai salah satu jalan keluar, apabila berdepan dengan masalah-masalah tertentu, seperti permasalahan jodoh seumpamanya.

Kalau memang betul dah tak ada jalan lain, dah tak ada calon lain, dah memang sekarang ni susah sangat nak cari lelaki yang baik.. jadi apa salahnya memilih untuk berpoligami atau bermadu?

Sebenarnya memang tak salah pun kalau memilih untuk jadi andarlia. Itu pun pilihan hidup masing-masing.

Malahan, jika kita sememangnya tiada keinginan untuk berkahwin, walaupun sudah ada kemampuan, hanya keinginan untuk berumah tangga itu sahaja yang tiada, maka tak salah untuk kita meninggalkan perkahwinan kerana ketiadaan syahwat, maka lagi afdal kita fokuskan untuk beribadat kepada Allah s.w.t sahaja.

Oh ya, saya sangat-sangat berminat nak tau pandangan pengunjung sekalian, jadi apa kata tinggalkan komen dibawah untuk saya baca pulak respons dari kalian.

Wallahua’lam

 

 

********************************************************************

********************************************************************

22 Responses to Bermadu Atau Andartu

  1. rahman January 27, 2012 at 11:07 am #

    perkataan andarlia tu lagi tak sedap .. nanti di salah tafsir , mungkin boleh pikirkan gelaran lain :)

    • sabree hussin January 27, 2012 at 11:35 am #

      oo ye ke? ye la tu

    • fikhri January 27, 2012 at 12:33 pm #

      kan..patut gune andamulia,baru orang tak kompius.kalo andalia tu mcm anda liar je..haha
      fikhri recently posted..Akhbar dan Website Lucah Malaysia

      • sabree hussin January 28, 2012 at 12:10 am #

        dah dekat lah tu bunyinya.. hmm mungkin ustazah tu dapat idea secara spontan je kot masa dia bagi gelaran baru tu

  2. shraqs January 27, 2012 at 11:18 am #

    Aku tak jumpa org yang berpoligami benar2 berlaku adil terhadap isteri2 diorang. Kebanyakan yang aku kenal bpoligami hanya kerana nafsu & ambil kesempatan semata2. Ada yg kahwin 3, laki x kerja, isteri2 yang sara keluarga. Banyak sangat nak cerita. Kalau dengar cerita dari orang memang seronok, tapi hakikatnya tidak seperti yg diceritakan. Personally, poligami tak salah (sunah Nabi), tapi tak cukup sekadar alasan tersebut digunapakai semata2 nak poligami. Wpun aku sendiri lelaki, aku kurang respect pada org yg berpoligami sebab mustahil utk manusia berlaku adil,.. dan kebanyaknnya hanya mementingkan diri sendiri.
    shraqs recently posted..Panel Komik Terbesar Di Dunia Menggunakan Galaxy Note

  3. suri January 27, 2012 at 3:06 pm #

    kawin lagi baik dr hdupn sndri kalo skit ada gak org yg tolog jagakan makan minum kita heee

    • sabree hussin January 28, 2012 at 12:11 am #

      itu pun salah satu nikmatnya kahwin, siapa yang dah kahwin tahu la kan :-)

  4. kimmie January 27, 2012 at 8:28 pm #

    isu yg sgt berat sebenarnya. Pada saya manusia memang tidak dpt nak adil 100%, mesti ada kelemahan. Sangat setuju, jika nak berpoligami / bermadu kena cukup syarat, kalau tak, tak payahlah. Lagi satu, kebanyakkan (bukan semua), org tidak mahu berbincang secara rasional dan ada juga yg menipu isterinya (kes ni jadi kat kwn). Bagi seorang yg bergelar isteri mmg perit klu suaminya kawin lagi, bertambah-tambah perit dan sakit hati bila tidak diberitahu dan ditipu. Kira mcm sudah jatuh ditimpa tangga. Kalau boleh berbincanglah sampai kedua-dua pihak setuju. Tp kalau tanya saya, mungkin lebih rela hidup sorang dr ambil atau kongsi hak org lain.
    kimmie recently posted..BBQ sempena cuti Tahun Baru Cina

    • sabree hussin January 28, 2012 at 12:14 am #

      hmm kalau dah sampai melibatkan bab tipu-menipu ni, nampak sangatlah si suami tu kahwin lain @ berpoligami sebabkan nafsu je. Poligami macam inilah sebenarnya yang tak boleh dibuat. Walaupun memang betul lelaki boleh kahwin sampai 4, tapi bab poligami tu sendiri ada banyak sangat perkara yang suami kena tahu, dan isteri pun kena tahu jugak.

      Kiranya dua-dua belah pihak kena sama-sama ada pengetahuan.

      Andai kata masing-masing tak cukup lagi pengetahuan pasal poligami ini, jadinya serupa macam yang kimmie cakap tu la.. sanggup menipu. Sebab wujud golongan macam ni lah yang jadikan imej poligami itu sebagai satu benda yang buruk dan busuk. Wallahua’lam

  5. Mama Murai January 27, 2012 at 10:46 pm #

    Assalaamu`alaikum saudara,
    mungkin saya tak kisah bermadu kalau itu yang terbaik buat saya, tapi bagaimana dengan wanita yang bakal menjadi madu saya nanti, bolehkah ia menerima saya sebagai sebahagian keluarganya? Jarang sebenarnya wanita yang menjadi isteri pertama rela bermadu kasih dengan wanita lain.

    Kalau berhadapan dengan senario macam ni, rasanya lebih baik saya menjadi Andartu daripada menjadi perosak rumahtangga orang lain.
    Mama Murai recently posted..Cara mendapatkan traffik

    • sabree hussin January 28, 2012 at 12:18 am #

      waalaikumussalam mama,

      betul kata mama, apabila suami dan isteri setuju untuk bermadu, ia akan melibat bukan satu, tetapi lebih dari tu. Ada banyak pihak yang akan terlibat yang mana kita tak tahu hati budinya. Baik kah, atau cuma nampak baik semata-mata.

      Apa pun, bersangka baiklah. Itu je yang boleh saya katakan, sebabnya saya sendiri pun tak berada dalam situasi sedemikian untuk beri pendapat yang sewajarnya.

  6. hatiputera January 27, 2012 at 11:38 pm #

    takkan ada orang berpoligami dapat berlaku adil 100%…kalau cakap adil tu ada la tapi kalau perbuatan memang tak kan jumpa yang betul-betul adil,,,
    hatiputera recently posted..Hantar kokain ke Ibu Pejabat PBB

    • sabree hussin January 28, 2012 at 12:21 am #

      Memang susah nak berlaku adil. Sebab tu syarat nak berpoligami itu sendiri sebenarnya sangat ketat kalau diperhalusi, bukan semua orang boleh suka-suka nak poligami

  7. titan January 27, 2012 at 11:46 pm #

    bab madu-madu ni..payah nak ceritalah.
    hehe..

    • sabree hussin January 28, 2012 at 12:22 am #

      Betul-betul.. Berkerut-kerut jugak kepala den ni story bab ni

  8. Pejuang Kesenian Extreme January 28, 2012 at 4:20 am #

    Topik semanis kurma itu sememangnya membuka minda para penontonnya.Kalau topik ini tidak dibuka,mungkin ianya tidak disedari oleh masyarakat diluar sana.

    Bagi pendapat saya,kalau segalanya berjalan dengan baik,bermadu pun tidak apa rasanya.Jika berasakan lebih banyak kebaikan daripada keburukan (tiada tentangan dari bini pertama dan masalah2 yang lain).Ialah,siapalah didunia ini ingin menjadi seorang andartu..Mereka juga ingin disayangi dan menyayangi.Ingin juga berkeluarga dan menimang cahaya mata.Andaikata mereka memilih menjadi andartu,itu adalah pilihan terakhir mereka..=)
    Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Set Catur Alien Vs Predator

    • sabree hussin January 29, 2012 at 1:09 am #

      Semanis kurma ni yang aku perasan memang kerap jugak ketengahkan topik-topik yang jarang orang nak bincangkan. Ada baiknya, dan ada buruknya.

      Selalunya dari tetamu undangan tu yang saya kurang gemar.. cakap laju bukan main. Cakap macam tau bebenor bab agama, tapi berterabur.. tak percaya, tengoklah rancangan ni.. tetamu undangan tu mesti spoil.

      Bukanlah nak kata setiap kali rancangan tetamu tak bagus.. cuma ada masa-masanya. Ini pun cuma pandangan peribadi. Tak semestinya betul.

  9. ummi halaqah January 31, 2012 at 4:46 pm #

    Saya dan suami sedang mencari calon isteri ke dua untuk suami saya. Saya redha menerima madu dan suami saya sememangnya layak untuk berpoligami,berpendapatan, handsome, penyayang, amanah dan saya berbangga memiliki suami sepertinya.Bagaimana cik mama murai juga yang lain2? Adakah ingin menjadi andarlia atau bermadu.

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tips Berkahwin Dalam Usia Muda Ketiga : Baik Agama & Baik Pula Perangainya | sabreehussin dot com - January 31, 2012

    [...] Baca juga : Bermadu atau andartu? [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge