Bagaimana Caranya Mendapatkan Rezeki Yang Tak Disangka-sangka?

Terdapat dua jalan bagaimana Allah swt mengurniakan rezeki kepada hamba-hambaNya. Satu jalan dikenali sebagai jalan yang disangka, manakala satu lagi cara melalui jalan yang tak disangka-sangka.

Menerusi jalan yang disangka, Allah swt menurunkan rezeki bersesuaian dengan apa yang diusahakan oleh seseorang hamba itu. Sebagai contoh, andai kata pekerjaan seseorang itu adalah sebagai pegawai khidmat pelanggan yang menerima bayaran dalam bentuk upah sebanyak RM2000 sebulan, maka menerusi jalan yang disangka setiap kali berakhirnya sesuatu bulan, orang tersebut bakal menerima upah seperti yang dijanjikan.

Itu jalan yang disangka.

Selain daripada keadaan tersebut, Allah swt turut menganugerahkan manusia dengan suatu rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka atau jalan yang tak terlintas dihati seseorang hamba tersebut. Ini bersesuai dengan makna ayat dari surah at-talaaq ayat 3 iaitu

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Rezeki dari jalan yang tak terlintas di hatinya.. itulah yang dimaksudkan dengan rezeki yang tak disangka-sangka.

Apabila kita membincangkan perihal rezeki, suka untuk saya ingatkan bahawa kita tak sepatutnya memandang rezeki itu semata-mata dalam bentuk wang ringgit. Rezeki itu bentuknya pelbagai.

Masa lapang, kawan-kawan yang baik, anak-anak yang soleh dan soleha, kesihatan, keselamatan, kepandaian, kebijaksanaan, kesenangan, kegembiraan, ketenangan dan lain-lain lagi. Itu semua merupakan suatu rezeki kurniaan tuhan. Sekiranya kita hanya memandang rezeki dalam bentuk wang ringgit semata-mata, maka kita telah menyempitkan pemahaman kita berkaitan isu dan perihal rezeki.

Dalam perbincangan kali ini, saya ingin membawa anda semua untuk melihat dan mengenal pasti perkaitan antara rezeki yang disangka-sangka dan rezeki yang tak disangka.

Sebenarnya, kedua-duanya adalah saling berkaitan. Hal ini turut dibincangkan oleh Muhammad Muhyidin dalam bukunya yang berjudul 17 Rukun Berbisnes Dengan Allah.

Ayat dua dan tiga dari surah at-talaaq sebenarnya lebih popular dengan nama ayat Seribu Dinar. Berikut merupakan ayat tersebut. Ayat ini sangat baik untuk diamalkan bagi menjemput rezeki datang kepada kita.

Makna bagi ayat tersebut adalah seperti berikut

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Ayat ini secara jelas mengajar kita bahawa sesiapa yang bertaqwa, iaitu mereka yang mengerjakan suruhan Allah swt dan meninggalkan laranganNya, dan selepas itu mereka bertawakal hanya pada Allah swt nescaya akan dikurniai rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka.

Kalau kita perasan, ayat seribu dinar ini biasa kita jumpa di premis-premis perniagaan seperti di kedai-kedai makan, kedai runcit dan ruang-ruang pejabat. Sama ada pemilik premis perniagaan tersebut faham atau tidak maksud sebenar ayat seribu dinar tersebut.. itu Allah je yang tahu.

Cara mendatangkan rezeki yang tak disangka-sangka ini sebenarnya berkait rapat dengan cara yang kita amalkan dalam menjemput rezeki dari jalan yang di sangka-sangka.

Rezeki dalam bentuk yang tak disangka-sangka ini, ia tak akan datang sendiri umpama dengan tiba-tiba kita terjumpa satu beg besar yang penuh dalamnya duit kertas RM100. Tak .. bukan macam tu. Malahan cara ia datang adalah sangat berkait rapat dengan cara bagaimana kita cari rezeki selama ini. Bermakna ia bukan datang melalui proses kebetulan.

Sebenarnya rezeki yang tak disangka-sangka ini kita boleh usahakan untuk kita dapatkannya.

 

Sebagai contoh, kita sebagai pekerja. Selama ini kita bekerja dengan penuh disiplin dan pada masa yang sama kita bekerja dengan penuh ketaqwaan terhadap Allah swt. Bila mana saya katakan penuh rasa taqwa, maknanya faham-fahamlah macam mana kualiti dan mutu kerja yang dipersembahkan ye.

Seterusnya, performance kita dihargai oleh pihak syarikat lalu kita ditawarkan untuk dinaikkan pangkat dan dinaikkan gaji. Cuba kalau kita buat kerja pun ala kadar je. Tak maunya nak naik pangkat. Bertahun-tahun la duduk dekat tahap tu je.

Selain itu, untuk mendapatkan rezeki yang tak disangka-sangka kita perlulah bekerja. Tak bolehlah hanya duduk diam lepas tu tak buat apa kemudian hanya berdoa, menjerit, merintih kepada Allah swt supaya dikurniakan rezeki. Salah macam tu. Pucuk pangkalnya kita kena berusaha untuk mendapatkan rezeki.

Personally, saya sendiri pernah merasai rezeki yang tak disangka-sangka. Kalau nak dihitung memang sangat banyak. Tapi cukuplah sekadar saya kongsikan satu yang pernah saya dapat.

Saya ambil contoh dalam blog ini. Sememangnya saya tak terlalu mengharap agar blog ini berupaya untuk menghasilkan pendapatan yang baik. Namun demikian, pada satu masa saya pernah memperoleh sehingga RM200 dalam mempromosikan satu produk ebook secara sambilan.

Apa yang saya buat, saya hanyalah menulis beberapa artikel berkaitan produk tersebut, dan hasilnya alhamdulilah ada orang yang berminat untuk beli. Print screen diatas merupakan bukti pembayaran yang pernah saya terima.

Dibawah ni pulak adalah entry yang pernah saya tulis berkaitan dengan produk yang saya promosikan tersebut.

Panduan Mudah Menghasilkan Pendapatan di Mudah.my

Teknik Jualan Tanpa Modal & Tanpa Produk di Mudah.my

Bagi saya ianya jelas, Allah swt memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dengan syarat, orang yang sepatutnya menerima rezeki tersebut pun haruslah berusaha untuk mendapatkannya.

Tak bolehlah hanya duduk menunggu dan berdoa semata-mata. Walhal.. Nabi pun penah pesan dah sebelum ni..

Bekerjalah untuk duniamu, seakan-akan kamu hidup selama-lamanya. Beribadahlah untuk akhiratmu seakan-akan kamu mati esok hari.

Jadi kalau kita nak kan rezeki yang banyak.. bekerjalah!


 

********************************************************************
Baca juga

  1. Panduan Buat Duit Sebagai Pengedar SIM KAD Tune Talk
  2. Strategi Jana RM1,000 – RM3,200 Secara Konsisten di Internet
  3. Rahsia FOREX TRADER Jana Wang 5 Angka Seminggu Secara Senyap-senyap

********************************************************************


,

4 Responses to Bagaimana Caranya Mendapatkan Rezeki Yang Tak Disangka-sangka?

  1. levelsatu December 7, 2011 at 7:54 pm #

    tahniah. rezeki tak disangka ni, kalau dapat..memang bersyukur sangat-sangat..

Trackbacks/Pingbacks

  1. Duit Dari Internet. Siapa Tak Pernah Rasa Lagi? | sabreehussin dot com - February 28, 2012

    [...] Income yang saya terima ini bolehlah dikelaskan sebagai rezeki yang tak disangka-sangka. Sila baca mengenai Bagaimana Caranya Mendapatkan Rezeki Yang Tak Disangka-sangka. [...]

  2. Bisnes Kedai Runcit Pembuka Pintu Rezeki Yang Tak Disangka-Sangka | sabreehussin dot com - March 9, 2012

    [...] Boleh baca disini, tajuk : Bagaimana Caranya Mendapatkan Rezeki Yang Tak Disangka-sangka [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge