Bismillahir Rohmaanir Rohim.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulilah syukur ke hadrat IlahiĀ kerana masih diberikan kesempatan untuk saya menghasilkan catatan dalam blog ini.
Ya… ini merupakan catatan yang pertama bagi tahun 2013. Bermula 21 December yang lepas, blog ini dah stop menghasilkan catatan-catatan yang baru atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan. Oh saya pun tak cadang nak kongsikan apa sebabnya
Bagi membuka tirai baru 2013, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menghasilkan satu artikel kompilasi mengenai perkara-perkara yang telah saya belajar mengenai blogging sepanjang tahun 2012 yang lalu. Kalau tahun 2011, saya ada buat satu artikel berjudul Apa Yang Saya Belajar Tentang Blogging Sepanjang Tahun 2011.
Jadi untuk tahun 2012, rasa tak lengkap pulak kalau saya tak buat artikel yang seumpama dengannya. Just for the purpose of review.
****
1. Berhenti Menulis Blog
Saya akui sepanjang tahun 2012 yang lepas, dah banyak kali saya rasa macam nak berhenti tulis blog. Rasa macam dah tak nak update blog, dah tak nak renew pakej domain dan hosting. Saya rasa seolah-olah nak lupakan terus aktiviti menulis blog.
Guess what… It is actually the easiest thing to do when everything seems not working.

Almaklumlah, menulis blog merupakan aktiviti sampingan pada masa tu. Bila saya ada masalah di pejabat mulalah mood swing. Hilang terus nawaitu nak tulis blog. Apa pun hidup ini memang tak akan terlepas dari dilanda masalah. Tak kiralah sama ada pada waktu tu kita bekerja dengan orang lain atau pun kita bekerja sendiri.
Tak bererti yang satu itu lebih baik dari yang satu lagi. Apa yang membezakannya ialah macam mana kita beri reaksi dan bertindak apabila kita diuji dengan cabaran dan isu yang timbul yang biasanya kurang menggembirakan hati kita.
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan – lelaki dan perempuan, -
Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati);
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) “Bintang Syikra;
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum “Aad” yang pertama (kaum Nabi Hud), -
Dan kaum “Thamud” (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup.
Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.
Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dia lah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi;
Lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?
(Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu! [An-Najm ayat 43-56]
Berhenti menulis samalah macam dah give up dengan blogging. Surrender… menyerah kalah. Atas kesedaran ini dan saya pasti ada ramai lagi penulis blog separuh masa yang turut mengalami gejala rasa ingin berhenti menulis, maka lahirlah Blueprint Blogger Baru. Dengan harapan serba sedikit ia dapat mengembalikan semula semangat penulis-penulis blog lain untuk kembali menulis.
Cheers
2. Copycat & Artikel Copy Paste
Pada pendapat saya, masalah ini bukan masalah saya seorang. Malahan ia merupakan masalah global. In fact, tak kira walau dimana asal usul penulis blog tersebut, mereka tetap berdepan dengan masalah copy paste. Sama ada mereka jadi sebahagian dari mereka yang dilanda masalah atau mereka menjadi sebahagian daripada punca masalah.
Kadang-kadang orang yang marah sangat-sangat dengan copy cat ni pun bukannya sebab apa… semua ni sebab dia jugak biasa buat kerja-kerja copy paste ni. At least orang tu mesti ada satu blog yang artikelnya diambil, di ceduk dan diolah dari mana-mana sumber di internet.
So bila orang ambik sumber artikel dari blog dia, kenapa nak marah pulak? Tak kan dia boleh buat macam tu kat orang, orang lain tak boleh nak buat benda yang sama pada dia. Tak betul ni.
Sebuah blogpost tak sama macam sebotol air minuman di sebuah kedai runcit. Apabila ada orang lain yang mengambil air minuman tu tanpa meminta izin, maka that’s it. It is gone forever!
Sebuah blogpost tak ubah hanyalah sebuah data dan susunan-susunan perkataan yang diatur dengan kreatif sehingga ia memberi maksud yang signifikan terhadap pembacanya. Pembaca sendiri yang akan menilaikan sama ada artikel tersebut baik, bagus, sederhana atau lemah menurut pertimbangan yang subjektif dan berdasarkan pengalaman peribadi pembaca.
Bagaimana pembaca menilai hasil kerja kita bakal merubah cara bagaimana kita menghasilkan kerja-kerja kita. Dengan melayan pembaca kita umpama pencuri adalah sesuatu yang tak masuk akal. Sesiapa sahaja yang memilih untuk membaca artikel dan catatan kita patut dilayan sebagai collaborator.
Seandainya kita takut sangat artikel kita jadi mangsa copy paste, jangan siarkan blogpost. Set blog kepada private maka tak ada siapa yang boleh akses blog kita selain diri kita sendiri. Kita dah sedia nak beri kebenaran supaya satu dunia boleh akses blog kita, maka nak tak nak kenalah kita terima walau siapa sahaja pembaca blog kita, tak kiralah dia tu penjenayah siber, pencurik, hackers atau sesiapa sahaja.
3. Personalize Setiap Entri
Orang putih kata… “Put a lot of you in your blog”.
Setiap artikel yang kita catatkan kita personalize kan ia mengikut acuan kita sendiri. Masukkan style kita sendiri, bahasa komunikasi kita dan juga serba sedikit pengalaman yang kita ada dalam catatan entri kita. Secara tak langsung pembaca bukan sekadar dapat mengetahui mengenai topik yang kita bincangkan malahan mereka juga berpeluang untuk mengenali diri kita dengan lebih dekat lagi.
Orang lain boleh tiru apa yang kita hasilkan. Mereka juga boleh menyalin bulat-bulat, setiap perkataan demi perkataan yang kita tuliskan menerusi blog kita, namun mereka tetap tak boleh jadi diri anda.
Sama jugak halnya dengan kita. Kita boleh tiru orang, especially mereka-mereka yang menjadi idola kita, tapi tetap kita adalah diri kita sendiri dan tak akan boleh kita jadi orang lain.

4. Money Making Process
Asal cakap pasal buat blog memang tak akan lari daripada topik makes money blogging. Terasa seolah-olah topik ini begitu dekat di hati.
Boleh jadi majoriti sebenarnya orang yang buat blog adalah sebab nak buat duit sampingan.
Sepanjang tahun 2012 ni jugak saya belajar satu pengajaran yang sangat berguna. Untuk jana pendapatan secara online menerusi blog, kita perlu jadi lebih kreatif kerana ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk buat duit sampingan dengan blogging.
Of course ada cara yang berhasil dan ada juga yang tak beri sebarang pulangan. Semua ini kita patut serahkan semula kepada ketentuan Allah SWT kerana Dia yang berkuasa menetapkan rezeki seseorang. Jadi jangan terkejutlah bila kita dah buat segala-galanya yang kita tahu tentang buat duit dengan blog tapi masih lagi tak beri sebarang hasil… maknanya bukan rezeki kita. Tak payah lah nak frust sangat atau kita membelok ke jalan yang salah semata-mata duit punya pasal.
Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.
Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), -
Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,
Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).
Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, -
Serta ia mendustakan perkara yang baik,
Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;
Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabiha ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?
Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah).[Al-Lail ayat 4-13]
Adakah penulisan-penulisan yang kita hasilkan selama ini memberi sebarang nilai kepada masyarakat? Mungkin kita tak mampu nak beri manfaat kepada semua orang, tapi janganlah sampai seorang pun tak mendapat manfaat daripada apa yang kita nukilkan. Jom kita sama-sama check and balance arkib blog kita.
5. Tulis Sesuatu yang Kita Tahu
Formula ini mudah sahaja, terutama sekali buat mereka-mereka yang selalu menghadapi masalah produktiviti.
Tulis je hal-hal yang kita memang tahu dan arif tentangnya. Bila kita menulis hal-hal atau topik-topik yang kita tahu, tak sampai satu jam kita dah boleh siapkan satu artikel.
Tak perlu lagi kita nak bersusah payah dan struggling untuk hasilkan satu artikel yang hebat, tetapi untuk sediakan artikel tu mengambil masa yang terlalu lama. Berjam-jam lamanya, untuk kita buat kajian dan penyelidikan bagi memastikan ketepatan fakta-fakta yang kita persembahkan dalam blog kita.
6. Strategi Pantas Tarik Trafik
Semua orang nak kan formula berkesan bagaimana mendapatkan lebih ramai trafik ke dalam blog kita. Tapi tak ramai yang berjaya. Sadly.
Bagi orang-orang yang berpengalaman, mereka ni faham benar bahawa bidang penulisan blog bukan semata-mata menulis tentang apa yang kita minat dan yang betul-betul kita sukakan semata-mata.
Kalau kita nak kan flow traffic secara berterusan dan konsisten, kita perlulah fikirkan topik apa yang orang lain cari dan tuliskan dalam blog kita. Sebaik-baiknya kita dapatkan satu atau dua topik yang orang sanggup keluar duit untuk dapatkan maklumat tersebut.
Kalau nampak macam susah sangat, carilah satu topik yang orang lain minat nak tahu dan pada masa yang sama kita mampu nak sediakan maklumat tersebut.
7. Pengalaman Kita Adalah Sesuatu Yang Berharga
Betullah kata orang, pengalaman adalah sebaik-baik guru.
Masukkan pengalaman-pengalaman kita dalam blog, dah tentu akan ada orang nak baca lebih-lebih lagi kalau pengalaman kita tu bakal dilalui oleh orang lain juga. Contoh macam pengalaman persediaan sebelum berkahwin, proses akad nikah dan sebagainya.
Tak semestinya bila kita menulis blog, cuma pengalaman sebagai blogger je yang kita masukkan dalam blog. Pengalaman dalam bidang lain pun berguna jugak untuk kita ceritakan.
8. Pemilihan Topik
Buat sedikit kajian dan lihat, adakah pemilihan topik yang ingin kita bawakan dalam blog kita tu ada pasaran dan permintaannya yang tersendiri.
Jika topik yang kita tulis ada market yang tersendiri, boleh katakan kita dah selamat dan tak perlu nak susah payah nak cari pembaca. Kalau tak susahlah.
9. I am an Expert!
Kita adalah seorang pakar. Kita pakar dalam hal-hal yang kita tahu.
Pembaca membaca blog kita kerana mereka inginkan jawapan untuk persoalan yang mereka cari-cari. Mereka inginkan jawapan. Dan adakalanya jawapan yang mereka nak memang ada dalam blog kita.
Kita adalah seorang pakar manakala pembaca kita tak berapa pakar
Sebabnya kalau mereka juga adalah seorang pakar, mereka tak akan hiraukan apa yang kita catatkan dalam blog kita. Betul tak?
They will go somewhere else.
10. Syukur
Saya bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan peluang untuk terus menulis dalam blog sabreehussin dot com.
Saya bersyukur kerana blog ini masih lagi mempunyai pelawat setia yang tak jemu-jemu melawat blog ini dan memberikan kata-kata semangat yang membina.
Tanpa kehadiran kalian, blog ini tak akan bertahan hingga ke hari ini.
****
Perjalanan dan cabaran sebagai penulis blog diteruskan lagi buat tahun 2013 dan pastinya akan ada banyak lagi benda-benda baru yang dapat dipelajari sepanjang tahun 2013 ini.
In Shaa Allah, apabila diberi kesempatan dan kelapangan oleh Allah SWT saya akan terus menulis dalam blog ini.
Sekian. Semoga apa yang telah saya pelajari sepanjang tahun 2012 ini dapat beri manfaat kepada anda juga.
********************************************************************
Baca juga
- Panduan Buat Duit Sebagai Pengedar SIM KAD Tune Talk
- Strategi Jana RM1,000 – RM3,200 Secara Konsisten di Internet
- Rahsia FOREX TRADER Jana Wang 5 Angka Seminggu Secara Senyap-senyap
********************************************************************




diharap kau dapat teruskan menulis..aku suka dengan blog ni..by the way, aku banyak belajar benda baru kat blog ko..terutama tentang dunia blogging…keep it up bro!
Gaara Kazekage recently posted..Hebat Menghafal
orang kita makin bijak. sekali baca, dia tahu..orang tu pakar atau tidak.
titan recently posted..Buat duit dengan bakar lemak pantas
Salam
Terima kasih di atas entri ini. Entri ini memberi kefahaman dan nilai kepada seorang blogger.
faizal recently posted..Kerana Kasut Yang HIlang
Wsalam Faizal,
Terima kasih kerana singgaah sini dan baca artikel yang tak seberapa ni
waalaikumsalam
Personalize setiap entry. saya suka idea ni. Ini membuatkan sesuatu entry tu lebih hidup. Semoga penulis diberi kekuatan untuk terus menulis
In Shaa Allah akan terus menulis terutama sekali bila ada kesempatan dan ada kekuatan
bro ni kalau tulis x tulis panjang panjang memang bukan sabreehussin lah, ehhehe
Juan recently posted..Durian Crepe di Pulau Pinang (Pancake or Bantal)
Ha.. sebab dah agak lama tak tulis, tu yang jadi panjang tu Juan
Menulis ini perlu passion dan secara tidak langsung tidaklah hilang begitu sahaja.
akubiomed recently posted..Introduction to Mobile Web Technologies oleh tim Amanz EDU
Betul tu bro Biomed … passion tu sngt2 la penting
kalau dah sampai orang copy-paste maknanya dah famous la tu.hehe
ada orang nak ukur pengalaman blogging ni sama ada dengan populariti atau kepuasan sendiri. masing2 ada matlamat masing2 dan go for it!
Izwan recently posted..Sepatutnya Berapa Kali Kena Update Blog?
Populariti
Popular dalam kalangan penulis blog kot
I quit ? Suspen jgk mula2 baca… Cabaran dlm dunia blogging mmg banyak. Nak2 lg jika tak ada perancangan. Waktu mula2 nak bertapak, kadang kita buat sebab ikut-ikutan. Orang tulis bab buat duit, kita pun tulis tentang itu juga. Blogging is about sharing. So lebih baik tulis sesuatu yg benar2 kita tahu
dja@sishaza recently posted..MURID TAHUN1 DIGONCANG GURU BAHASA INGGERIS ?
In Shaa Allah tak akan quit lagi buat masa ni.. cuma agak busy. Tak ada la sampai nak kena quit
InsyaAllah, kita sama2 berusaha.
yang penting, jangan mudah mengalah.
albaihaqie recently posted..Review Buku : Eat That Frog!
Aku setiap kali hujung tahun, aku pun rasa nak stop.
Tapi kita niat semula, sebab apa nak berblog.
Adakah untuk duit semata-mata?
Jadi, niatlah berblog untuk bantu orang, tak semua orang tahu apa yang kita tahu dan kita pun tak tahu semua yang orang lain tahu.
We need each other.
Semua orang ada kepakaran masing-masing, jadi apa salahnya kita berkongsi apa yang boleh bantu orang lain.
Semoga tuan sentiasa istiqamah dlm berblog ini.
mfadhlan recently posted..Berbaloi ke kedekut demi anak?