Apa Yang Saya Belajar Tentang Blogging Sepanjang Tahun 2011

Dalam masa beberapa jam lagi, tahun 2011 akan pergi meninggalkan kita. Perginya bukan untuk sementara, tetapi perginya ia buat selama-lamanya. Kita dah tak akan lagi jumpa tahun 2011.

Segala pahit manis, kenangan terindah, pencapaian, kegagalan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan dan seribu satu peristiwa yang pernah berlaku sekitar tahun 2011 semuanya bakal menjadi sejarah. Sama ada ia akan kekal dalam lipatan memori kita atau mungkin kita akan lupakan segalanya yang pernah tahun 2011 ajar pada kita, segalanya bergantung pada diri kita sendiri.

Belajar dari pengalaman, dan guru terbaik adalah pengalaman. Itu orang katalah.. bukan saya yang kata. Saya cuma dengar, fahami maksudnya, dan kemudian kongsikan pulak dalam blog ini. Manalah tau kot-kot ada yang dapat manfaat kemudian hari.

Catatan pertama yang pernah saya rekodkan dalam blog ini adalah pada tarikh 23 Januari 2011. Tajuk entry saya yang pertama bagi blog ini adalah Langkah Seribu Bermula Dari Satu.

Walaupun entry yang pertama adalah pada tanggal 23 Januari 2011, tetapi sebenarnya usia blog ini adalah lebih tua dari tu. Pada asalnya blog ini adalah ditulis dalam Bahasa Inggeris. Konon-kononnya nak jadikan blog ini sebagai blog rasmi, dan blog rasmi mestilah kena tulis dalam Bahasa Inggeris. Barulah orang kata Internationale!

Tak gitu?

……..

Wrong.

1. Tulislah Blog Kamu Dalam Bahasa Yang Paling Mudah

Pada pendapat saya, blog adalah salah satu daripada medium penyampaian maklumat dan penyebaran ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Ia bukan sekadar sebuah online diari yang merakamkan secebis kenangan yang dilalui oleh si penulis dalam melalui liku-liku kehidupan yang penuh dengan cubaan.

Fungsi blog ini sendiri telah saya transformasikan dan pelbagaikan kepada untuk menyebarkan maklumat dan bagi menyuburkan ilmu pengetahuan yang khusus dalam hal-hal yang berkaitan keagamaan dan juga keduniaan.

Jadi untuk mencapai motif dan tujuan ini amatlah mencabar apabila saya berangan-angan untuk gunakan bahasa asing. Sedangkan bahasa yang paling mudah bagi saya ialah Bahasa Melayu. Saya pasti, pengunjung yang singgah dalam blog ini pun rata-ratanya adalah orang Melayu Malaysia.

Buat apalah nak target pengunjung dari luar negara, sedangkan masyarakat sendiri masih belum cukup bakti yang diberi. Biarlah saya gunakan bahasa Malaysia yang diselang-selikan dengan Bahasa Inggeris asalkan niat untuk menyampaikan maklumat tercapai.

By the way, saya dah try dah guna Bahasa Inggeris sebelum ni. Kesannya, blog ini gagal di kemaskini dengan kerap. (haha) Akhirnya saya buat keputusan tulis dalam Bahasa Malaysia.

2. Kalau Tak Tahu, Belajarlah Dari Orang Yang Lebih Tahu

Terkadang kita fikir kita dah tahu semua tentang blogging. Kita rasa kita dah tak perlu nak dengar lagi dari orang lain apa-apa yang berkaitan dengan blogging. Semua skill tentang blogging kita dah biasa, tapi kenapa blog kita masih tak ke mana?

Kalau anda pun pernah berada dalam dilema yang sama, maka inilah tandanya yang anda perlu ketepikan ego yang bersarang didada tu.. dan belajarlah. Ilmu tak akan habis apabila dicari dan dikaji. Sepanjang tahun 2011 ini ada beberapa ebook yang pernah saya beli yang ada kaitan dengan blogging. Satu yang betul-betul membantu adalah ebook Bahasa Inggeris yang ditulis oleh Darren Rowse.

31 Days To Build Better Blog [klik untuk lihat produk]

3. Blog Sebagai Sumber Pendapatan

Tahun 2011 jugak industri penulisan blog dikejutkan dengan pencapaian blogger terkenal tanah air, Puan Mira Abu Bakar menerusi blognya Redmummy.com berjaya menghasilkan pendapatan sehingga hampir-hampir mencapai RM30,000. Boleh rujuk artikel beliau yang bertajuk Blogging moneyyyy – close to RM30k yeyy

Bawah ni pulak adalah bukti cek pembayaran yang diterima oleh beliau.

Itulah yang dinamakan rezeki. Lain orang lainlah bahagiannya. Urusan memberi rezeki kita serahkan kepada Tuhan. Kita hanya wajib berusaha, berapa banyak yang Allah nak bagi itu kita serahkan sepenuhnya kepada Dia. Yang penting kita Jangan Sesekali Berputus Asa Pada Rezeki Allah.

4. Jalinkan Hubungan Silaturrahim

Saya akui saya memang lemah dalam bab-bab memulakan hubungan silaturahim. Apatah lagi nak menjaga tali silaturrahim itu sendiri supaya tak terputus.

Setengah orang labih gemar gunakan istilah networking. Lagi luas networking kita, maka lagi ramailah orang yang akan kenal kita, seterusnya akan makin bertambahlah pelawat yang akan mampir ke blog kita. Hmm bunyinya macam tak ikhlas pulaklah kan?

Ada ke patut bina network semata-mata nak kan traffik masuk ke blog dia? Terpulanglah.. setiap amalan itu dinilai melalui apa yang diniatkan. Kalau niat nak dapatkan traffik, insya Allah traffiklah yang akan dia dapat. Tetapi andai kata niatnya adalah untuk menyambung silaturrahim dan untuk berkenal-kenalan seperti mana yang disarankan oleh Allah swt beserta inginkan keredhaanNya maka Insya Allah itulah yang bakal diperolehi.

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;  An-Nisa’ ayat 36

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” (al-Hujurat: 13)

5. Binalah Identiti

Setiap hari entah berapa ribu agaknya blog-blog baru dihasilkan.

Ada blog yang dihasilkan oleh blogger-blogger newbie, dan ada jugak blog yang ditulis oleh blogger berpengalaman, yang sememangnya dari segi pengalaman dah tak perlu lagi untuk dipersoalkan.

Bermacam-macam jenis, niche dan genre blog dihasilkan. Jadi apa yang buat blog kita berbeza dengan blog orang lain?

Patut ke kita mengadaptasi cara penyampaian yang ada di blog orang lain semata-mata sebab blognya ada ramai pengunjung dan lebih popular. Perlu ke kita jadikan ‘meniru’ sebagai salah satu blogging plan yang perlu kita follow?

Walau apa pun, itu adalah satu soalan terbuka. Bebas untuk anda jawab.

Jadi diri sendiri itu lagi bermakna berbanding kita cuba untuk jadi seseorang yang sebenarnya bukan diri kita. Penat.. daripada kita bazirkan energi kita untuk tiru macam dia, lebih baik kita fokus dan gali apa dia yang ada pada diri kita yang boleh kita manfaatkan dan boleh digilap.

6. Jangan Putus Asa

Ada masanya apa yang kita tulis, dan apa yang kita harapkan tak menjadi seperti yang dirancang. Malahan, ada masa-masa tertentu blog ini langsung tak ada pengunjung. Bergembiralah!

Sebabnya inilah masa yang paling sesuai untuk kita buat benda lain. Inilah masanya untuk kita rehatkan diri, dan muhasabah blog kita. Apa kekurangannya. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Tak akan sentiasa semuanya according to plan.

Ramai blogger diluar sana suka guna istilah nak jadi blogger kena kental. Betul lah tu.

7. Jangan Jadikan Blog Sebagai Sarang Dosa

Betul.. dosa dan pahala itu semua bukan saya, dan bukan siapa-siapa yang tentukan.Semuanya adalah urusan Allah s.w.t.

Tetapi berhati-hatilah dalam menulis. Jangan sampai nanti blog yang kita buat penuh dengan cerita-cerita fitnah. Kita jangan sampai jadi agen pemfitnah. Kalau kita dengar berita tentang seorang hamba Allah ini buat kemungkaran, cukuplah sekadar kita yang tau.

Tak perlulah sampai kita jadi penyebar fitnah dan buka keaiban dia.

Nasihat saya pada diri sendiri, jangan sesekali tulis pasal artis dan sebarang artikel yang berbentuk gosip. Bila kita kata gosip nampak macam tak ada pape kan? Cuba kalau kita sebut fitnah. Sedar tak kita sebenarnya gosip dan fitnah itu adalah benda yang sama. Cuma sekadar rebranding tak bermakna ia menjadi sesuatu yang baik.

8. Bersyukur

Bersyukurlah sebab saya, awak, dan kalian semua ada blog sendiri.

Sebabnya sesetengah orang masih lagi belum ada blog. Malahan yang nak ada blog tapi sampai sekarang masih lagi tak tau nak buat blog pun ramai. Jadi kalau bilangan pelawat yang datang ke blog kita sedikit, kita bersyukur. Kalau earning nuffnang kita sedikit, kita bersyukur. Kalau follower blog kita sedikit, kita bersyukur.

Saya pegang pada firman Allah s.w.t. dalam surah Ibrahim ayat 7

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Sebenarnya ada banyak lagi yang saya dapat belajar sepanjang setahun, iaitu sepanjang tahun 2011 menulis dalam blog sabreehussin dot com. Tapi rasanya cukup setakat ini yang saya kongsikan.

Saya kongsikan mana-mana yang saya rasa penting-penting je la.

Apa pun Selamat Tahun Baru 2012.

Selamat jalan Tahun 2011 dan Selamat Datang Tahun 2012. Semoga Allah s.w.t sentiasa mempermudahkan urusan dunia dan akhirat kita disepanjang tahun 2012 yang bakal mendatang dan tahun-tahun seterusnya. Amin.

 

 

********************************************************************
Baca juga

  1. Panduan Buat Duit Sebagai Pengedar SIM KAD Tune Talk
  2. Strategi Jana RM1,000 – RM3,200 Secara Konsisten di Internet
  3. Rahsia FOREX TRADER Jana Wang 5 Angka Seminggu Secara Senyap-senyap

********************************************************************


45 Responses to Apa Yang Saya Belajar Tentang Blogging Sepanjang Tahun 2011

  1. tehr December 31, 2011 at 11:55 pm #

    selamat tahun baru, bro
    moga2 blog memberi munafaat kepada kita dunia dan akhirat
    tehr recently posted..Preach Khan Reach FC Pencabar Piala FA

    • sabree hussin January 1, 2012 at 1:06 am #

      Selamat tahun baru jugak, insya Allah blog boleh manfaat.

  2. b3njy January 1, 2012 at 12:15 am #

    Benjy masih baru lagi dalam penulisan blog rasanya start bulan Feb 2011 … namun dengan menulis blog banyak yang benjy pelajari secara tidak sengaja … Benjy juga setuju dengan sabree …
    b3njy recently posted..DUNIA PERLU BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI TAHUN 2012

  3. b3njy January 1, 2012 at 12:17 am #

    Kini menulis blog adalah hobi benjy 2011 dan ia akan diteruskan untuk tahun 2012 jika tiada halangan dan jika dipanjangkan umur … :)
    b3njy recently posted..DUNIA PERLU BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI TAHUN 2012

  4. b3njy January 1, 2012 at 12:20 am #

    Perkara ke-3 yang sabree katakan tu mungkin mustahil bagi benjy … belum ada target ke arah itu cuma perkara ke-4 yang menjadi target benjy dalam hobi ini … trafik dan jalinan hubungan sesama blogger.
    b3njy recently posted..DUNIA PERLU BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI TAHUN 2012

  5. b3njy January 1, 2012 at 12:22 am #

    Benjy memang tidak pernah terlintas untuk membuat perkara ke-7 tu … memang tak der faedahnya … tetapi ramai blogger yang pilih benda tu supaya cepat popular …
    b3njy recently posted..DUNIA PERLU BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI TAHUN 2012

  6. b3njy January 1, 2012 at 12:23 am #

    Bagi perkara ke-6 … benjy rasa benjy dah jumpa identiti benjy sendiri tak perlu meniru orang lain …
    b3njy recently posted..DUNIA PERLU BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI TAHUN 2012

  7. b3njy January 1, 2012 at 12:25 am #

    Walaupun benjy berpendapat English sangat penting … tetapi benjy amat percaya perkara pertama … itulah identiti masyarakat Malaysia yang benjy suka …
    b3njy recently posted..DUNIA PERLU BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI TAHUN 2012

  8. b3njy January 1, 2012 at 12:28 am #

    Terima kasih juga kepada sabree kerana coretan perkara ke – 2, ke-6 dan ke-8 kerana, ia bukan sahaja boleh dijadikan amalam semasa ber blog tetapi ia boleh digunakan sebagai panduan kita semasa bekerja dan kehidupan kita seharian.

    Selamat tahun baru 2012 kepada sabree dan keluarga daripada “Benjy – Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza”. Terima kasih.
    b3njy recently posted..DUNIA PERLU BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI TAHUN 2012

    • sabree hussin January 1, 2012 at 1:05 am #

      Selamat tahun baru jugak Benjy. semoga aktiviti penulisan blog benjy untuk tahun 2012 jadi semakin rancak

  9. anif January 1, 2012 at 1:41 am #

    Semoga blog ini bertambah maju pada tahun 2012. Lebih hebat dan penuh pengisian. Amin.
    anif recently posted..Selamat Menyambut Kedatangan 2012

    • sabree hussin January 1, 2012 at 2:34 am #

      terima kasih doakan kemajuan blog ni

  10. Amry January 1, 2012 at 12:20 pm #

    selamat tahun baru bro….moga jadi lebih baik pada hari-hari yang mendatang……
    setiap orang yang ada blog,pasti akan ada impian untuk menjadi blogger yang berjaya….cuma caranya sahaja yang berbeza….bro dengan perjalanan bro…saya pula ada perjalana saya sendiri sehingga blog saya jadi pada hari ini…semuanya memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi walaupun hanya mengadap komputer atau lappy…..

    agak terpaku pada point no.7.takut juga dalam tak sedar terbuat dosa tu…

    aku percaya bro…dengan cara ko berblogging ni,dengan pengisian entry-entry yang bernas, blog ko ni akan pergi lebih jauh dalam masa terdekat.
    Amry recently posted..Selamat Tahun Baru 2012

    • sabree hussin January 1, 2012 at 1:54 pm #

      selamat tahun baru jugak Amry. Jalan kita mungkin tak sama, tapi tujuan kita pasti tak jauh beza. Selamat menghadapi cabaran blogging bagi tahun 2012 pulak

  11. titan January 1, 2012 at 3:54 pm #

    cabaran blogging 2012, pasti tidak mudah seperti tahun-tahun sebelumnya. hehe..
    titan recently posted..Komisen ke 30 dari Paid-to-Promote.net

    • sabree hussin January 1, 2012 at 11:39 pm #

      tahun-tahun sebelumnya mudah eh titan hhe

  12. bardboo January 1, 2012 at 8:18 pm #

    saya juga pernanh cuba untuk berblog dengan menggunakan bahasa inggeris…tapi tak best, tak ada feel…jadi saya balik semula ke bahasa kebangsaan kita.. saya sangat suka point no.7 tu..peringatan untuk diri sendiri…
    bardboo recently posted..Prestasi Blog Bardboo Untuk Tahun 2011

    • sabree hussin January 1, 2012 at 11:40 pm #

      Blog yang tulis dalam bahasa Inggeris tu apa jadi sekarang? Artikel-artikelnya masih wujud lagi ke tak? ke dah delete je blog tu

  13. kimmie January 1, 2012 at 11:23 pm #

    berblog tak semudah yg disangka, dulu masa mula-mula berblog, ingatkan tugas seorang blogger hanya perlu menaip entri, lepas tu post..then tunggu orang datang baca. Mula – mula rasa kosong, tak de feedback. Itulah buat sesuatu tanpa ilmu, mmg tak akan jadi. Saya berhenti agak lama juga, sebab tak de idea untuk tulis post, lepas tu bosan sbb tak de kawan2.

    Kemudian, bila mula kembali menulis blog, mula membaca macam2 tips yg diberikan oleh blogger2 berpengalaman, alhamdulilah sudah nampak perubahannya. Perlu terus mendaki untuk mengecapi kejayaan

    semoga tahun 2012 membawa lebih sinar dan kejayaan dalam dunia blog. Selamat Tahun Baru 2012.
    kimmie recently posted..5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

    • sabree hussin January 1, 2012 at 11:44 pm #

      Story kita macam lebih kurang sama la Kimmie.. cuma saya punya kisah nostalgia sikit.

      Dulu saya anggap tulis blog, publish, tunggu, lepas tu check earning adsense. Tapi tak jalan pun earning dia pfft..

      Selamat tahun baru 2012 jugak, dan semoga kimmie jugak akan lebih berjaya dalam penulisan blog. Amin

  14. ohcikgu January 2, 2012 at 12:59 am #

    masih baru lagi. masih lagi banyak kena saya belajar. Masih jauh lagi perjalanannya..
    ohcikgu recently posted..Mykad Baru dikeluarkan secara berperingkat selepas 15 Feb ini.

    • sabree hussin January 2, 2012 at 10:56 am #

      Sama-sama lah kita belajar ya

  15. nuruddinazrizulkifli January 3, 2012 at 1:09 pm #

    salam.boleh kongsikan tutorial n cara2 nak letak nuffnangs n sewaktu dgnnya tak kat blog saya?

    sebelum ni dah pernah cuba, tp xdpt.mungkin sbb saya space utk tulis nama penerima akaun tu tak muat.camne yek?camne kalau kotak nama penerima akaun tu memang tak muat?nak buat ape?

    harap kongsikan tutorial tu sekali pd blog saya.=)
    nuruddinazrizulkifli recently posted..Kajian bacaan 2011

    • sabree hussin January 3, 2012 at 3:59 pm #

      boleh, tapi mungkin bukan dalam masa terdekat ni, ada masalah apa ye? kenape tak boleh? first and foremost, dah register dengan nuffnang dan blog tu dah tambah dalam list ke belum

  16. nuriz January 3, 2012 at 3:13 pm #

    Selamat tahun baru 2012, banyak kenangan pahit manis, saya setuju pengalaman tu ialah guru yang baik..banyak telah dipelajari , kalau tersilap langkah kali pertama tak mahu lagi silap kali kedua..cuba dan cuba lagi
    nuriz recently posted..Sinopsis Pelangi Kasih -Slot Samarinda TV3

    • sabree hussin January 3, 2012 at 4:02 pm #

      selamat tahun baru jugak nuriz, kalau boleh pasti tak akan buat kesilapan yang sama berulang kali. Kalau buat kesilapan lain tak apa

  17. nur January 7, 2012 at 5:27 am #

    nice sharing…thankz :)
    nur recently posted..they call she’s a woman..

    • sabree hussin January 7, 2012 at 5:59 pm #

      sama-sama nur

  18. shaharil January 16, 2012 at 2:23 am #

    Rasa sempat lagi aku nak ucap selamat tahun baru 2012 walaupun sudah berada di pertengahan bulan Januari 2012. BTW, Selamat Tahun Baru 2012. Semoga Sukses.
    shaharil recently posted..Buffered Earning SHAHARIL.com #2

    • sabree hussin January 16, 2012 at 11:56 am #

      terima kasih, selamat tahun baru 2012 jugak

  19. Mama Murai January 27, 2012 at 10:51 pm #

    Satu je yang saya boleh kata melalui artikel ini, terbaik dan ikhlas pernah saya baca terutamanya di perenggan paling bawah.
    Mama Murai recently posted..Cara mendapatkan traffik

    • sabree hussin January 28, 2012 at 12:18 am #

      Terima kasih mama :-)

  20. zhazmi February 11, 2012 at 2:01 pm #

    Ya, betul.. setuju sangat dengan point di atas..
    macam-macam ilmu boleh dapat walau hanya dengan blog.
    zhazmi recently posted..Akar Pokok Tumbuh di dalam Daun

  21. Sya Isya February 24, 2012 at 1:02 am #

    Sya tak pernah sangka yang dengan berblog boleh tahu dan belajar macam2 perkara. Bukan setakat boleh dapat ilmu je, malah dapat memahami apa yang orang Malaysia suka dan minat. Boleh juga belajar karakter rakyat Malaysia :D
    Sya Isya recently posted..i-CITY SHAH ALAM – APA YANG MENARIK?

  22. segalabenda March 3, 2012 at 5:48 pm #

    bro, aku bersetuju dengan kesemua 8 point tu..blogging ni pun macam memibna satu brand juga agar dikenali
    segalabenda recently posted..Cara Simple Aku Mendapatkan Traffik

    • sabree hussin March 5, 2012 at 9:56 pm #

      Terima kasih sudi baca artikel ni

  23. sha myheart March 4, 2012 at 4:59 pm #

    nice entry =)

    paling suka, bersyukur.. =)

    • sabree hussin March 5, 2012 at 10:07 pm #

      syukur kena perbanyakkan. Kita orang Islam ni beruntung sebab Allah dah janjikan, kalau kita bersyukut Allah akan tambahkan nikmatNya

  24. cik tom May 2, 2012 at 8:42 pm #

    pengalaman adalah cikgu yg terbaik..masih belajar n belajar dunia blogging..syukur masih berpeluang utk terus berblog..

    rsnye 1st time singgah blog ni arini..terus tertarik utk bc entry2 lain..menarik gaya tulisan blog ni..ni pujian ikhlas bukan kipas2 :)
    cik tom recently posted..Projek 100 Bloggers oleh Bro Framestone

    • sabree hussin May 4, 2012 at 12:38 am #

      Alamak cik tom, jangan lah puji gitu :p

      Nanti saya akan jadi makin bersemngat nak terus berblogging dan terlalu fokus pulak.

      Apa pun, terima kasih sudi nak singgah ke blog ni ye cik tom

  25. donnyien May 22, 2012 at 2:14 pm #

    Banyak yang kita belajar dari post ini.. terima kasih x lokek berkongsi ilmu
    donnyien recently posted..Handphone hilang

  26. TiranaAduka April 19, 2013 at 6:19 pm #

    godek-godek post lama bro kat sini sambil mengingatkan ttg diri TiranaAduka

Trackbacks/Pingbacks

  1. Diari Seorang Penulis Blog 3 : Pengembaraan Membina "High Income Blog" | sabreehussin dot com - March 5, 2012

    [...] catatan saya yang lepas, saya ada menulis mengenai 8 Perkara Yang Saya Belajar Tentang Blogging, dan pada perkara yang ketiga saya ada menyentuh serba sedikit mengenai seorang penulis blog wanita [...]

  2. Apa Yang Saya Belajar Tentang Blogging Sepanjang Tahun 2012 | sabreehussin dot com - January 12, 2013

    [...] Bagi membuka tirai baru 2013, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menghasilkan satu artikel kompilasi mengenai perkara-perkara yang telah saya belajar mengenai blogging sepanjang tahun 2012 yang lalu. Kalau tahun 2011, saya ada buat satu artikel berjudul Apa Yang Saya Belajar Tentang Blogging Sepanjang Tahun 2011. [...]

  3. Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blog | sabreehussin dot com - March 27, 2013

    [...] Apa yang saya belajar tentang blogging sepanjang tahun 2011 [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge