Aktiviti Blogging Yang Membuang Masa & Sia-sia

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Moga-moga semuanya sihat-sihat belaka.

Dah berapa lama agaknya anda menulis blog? Setahun? Dua tahun? Tiga tahun? Atau lebih daripada tu?

Personally, saya dah mula menulis dalam blog sejak tahun 2009 lagi, tetapi saya rasa macam semuanya baru semalam ia berlaku.

Kalian tak rasa ke apa yang kalian buat ni semua sia-sia, tak ada faedah, tak ada manfaat. Buang masa pun ye jugak. Orang yang menulis masanya terbuang, dan orang yang membaca pun masanya terbazir.

Baiklah, gerak hati saya mengatakan ada orang yang tak setuju dengan statement yang saya beri. Antara sebab-sebabnya;

Duit

Dengan blogging pun boleh dapat duit apa. Jadi siapa kata blogging tu perkara yang sia-sia? Daripada duduk tak buat apa-apa, lebih baik tulis blog, tarik trafik masuk ke dalam blog. Lagi banyak trafik masuk ke dalam blog, maka lagi banyaklah duit yang kita boleh dapat.

“Cuba tengok orang lain yang tak buat apa-apa langsung tu, bila online je masuk facebook, twitter, dan apa-apa lagilah website yang ditengoknya. Berjam-jam masa habis macam tu je. Aku ni kira okay, aku tak layan sangat benda-benda yang buang masa tu semua” – Hamba Allah

Hmm asal cakap je nak compare diri sendiri dengan orang lain. Asal berhujah je nak banding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain yang lagi teruk sikit dari dirinya.

Adakah blogging itu tidak membuang masa, tidak sia-sia, disebabkan kita boleh buat duit dengan blogging?

Senang banyak la kalau macam ni. Asalkan sesuatu benda tu boleh hasilkan duit, maka ia tak buang masa dan tak sia-sia. Macam tu ke?

Untung RM1,000 Hutang RM10,000

Dalam perjalanan seorang blogger itu untuk mendapatkan RM1,000 agak-agak berapa banyak hutang yang dia dah buat? hanya kerana RM1,000 tu..

Hutang apa benda pulak ni.. jangan macam-macam lah. Cakap belit-belit, buat orang susah nak faham.

Bila masa pulak seorang blogger ini berhutang? Hosting dengan domain? Dah bayar.

Sewa tapak pengiklanan? Pun dah bayar jugak. Apa lagi yang nak kata blogger tu berhutang.

****

Apabila saya bukak balik buku yang pernah saya dapat sebelum ini yang berjudul, Asas-asas Islam : Modul Pembangunan Insan, di muka surat yang ke 75, saya temui sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim

Pada suatu hari, Nabi s.a.w bertanyakan kepada para sahabatnya

“Adakah kamu tahu siapa yang muflis?” Jawab mereka: “Muflis kalangan kami ialah orang yang tidak memiliki dirham dan harta.” Sabda Nabi s.a.w: “Muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan sembahyang, zakat dan puasa. Dia datang sedangkan dia telah mencerca orang ini. Dia menuduh orang itu melakukan zina. Dia makan harta orang lain secara haram. Dia menumpahkan darah orang itu. Dia memukul orang ini. Maka kebaikkannya diberikan kepada orang ini dan orang itu. Jika habis kebaikkannya sebelum dia melunaskan (kesalahan itu), diambil pula kesalahan-kesalahan mereka dan dicampakkan kepadanya. Kemudian dia dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim)

Baca juga : Maksud Orang Yang Muflis

****

Saya tertarik dengan blog-blog para penulis blog yang beragama Islam dan berbangsa Melayu yang dah berjaya membuktikan mereka mampu meraih pendapatan yang baik hanya melalui medium blog.

Ada antaranya yang boleh maintain sehingga RM5,000 keatas setiap bulan. Ini bermakna, secara purata blognya berjaya menghasilkan pendapatan RM167 sehari.

Lalu saya pun cuba cari apa sebenarnya teknik yang digunapakai sampaikan pendapatan yang berjaya diraih sedemikian rupa. Saya perhatikan satu persatu arkib blog tersebut. Saya nak tau artikel bagaimana yang boleh menyumbangkan kepada pendapatan yang tinggi bagi seseorang blogger tu.

Antaranya

Gambar panas artis XXX sedang berjemur di tengah panas

Kekasih XXX mengaku ada hubungan sulit

Oo macam ni ke caranya. Mesti kena tulis hal orang lain. Mesti nak kena buka keaiban orang baru boleh dapat income macam dia ni.

Kalau yang menulis tu bukan Islam, bolehlah saya faham kenapa dia buat macam tu. Mungkin agama mereka tak larang mereka jadi penyebar fitnah dan bukak keaiban orang. Apa yang diajar dalam agama lain, itu saya kurang pasti. Lagipun saya tak berapa minat nak ambik tahu sangat mengenai agama lain. Belajar agama sendiri lagi bagus.

****

Teringat pula pada zaman-zaman sekolah dulu. Antara subjek yang paling saya minat adalah subjek sejarah.

Dizaman sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, aktiviti-aktiviti penulisan berkembang dengan hebat. Masing-masing menulis dan menyeru kearah nasionalisme dan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan.

Sampai ada satu tahap, beberapa akhbar terpaksa diharamkan sebabnya berkemungkinan mencetuskan satu revolusi dan semangat patriotisme untuk bangkit memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

Don’t worry, saya tak akan cerita panjang mengenai sejarah dalam catatan pada kali ini.

Mungkin dah tiba masanya.. kita tanyakan balik pada diri kita sendiri..

“Aku ni bertahun-tahun menulis blog, apa benda sebenarnya yang aku nak perjuangkan?”

“Ataupun kita muhasabah diri kita balik, aku ini bertahun-tahun menulis benda-benda yang mengaibkan orang, yang memfitnah orang lain sana situ, sampai bila aku nak jadi macam ni?”

Saya terbaca satu petikan daripada kata Yusuf al-Qardhawi bahawa zaman ini manusia sudah mula kembali kepada agama.

****

Mungkin saya dah tersilap masuk blog.

Yang saya pergi ke blog umpat artis tu buat apa. Kan banyak lagi blog yang tak umpat artis tapi income mereka pun lebat jugak.

Betul. Memang ada, tetapi blog yang macam tu pengikut dia kurang.. blog yang umpat artis ni pulak pengikut dia ramai.

Jadi macam tu lah halnya dan persoalan yang bermain dalam fikiran saya tadi bila saya melawat blog-blog rakan penulis sekalian.

Andai kata apa yang saya kata ini betul, sila ambil dan praktikkan. Kalau salah janganlah ikut.

********************************************************************
Baca juga

  1. Panduan Buat Duit Sebagai Pengedar SIM KAD Tune Talk
  2. Strategi Jana RM1,000 – RM3,200 Secara Konsisten di Internet
  3. Rahsia FOREX TRADER Jana Wang 5 Angka Seminggu Secara Senyap-senyap

********************************************************************


27 Responses to Aktiviti Blogging Yang Membuang Masa & Sia-sia

  1. m@w@r Q@SeH February 9, 2012 at 4:06 pm #

    insyaAllah…akn menulis perkara2 yg berfaedah sahaja di dlm blog…
    m@w@r Q@SeH recently posted..3 Bulan Berblog ~ Inilah Hasilnya ^_^

    • sabree hussin February 9, 2012 at 9:52 pm #

      tu lagi baik, boleh menambahkan saham akhirat

  2. spudin February 9, 2012 at 4:56 pm #

    tak boleh disangkal lagi.memang statement ni bagus skali dan juga membantu ..terima kasih ye ..dan juga, informasi yang diberikan cukup membangun ..apa-apa pun tahniah kepada anda :D

    nak usaha lebih lagi..
    spudin recently posted..ABOUT : KOREAN DRAMA WAS SUCK!!

    • sabree hussin February 9, 2012 at 9:50 pm #

      usaha sama-sama la, tak payah bikin kontroversi pun boleh berjaya jugak.. tak caya? Tungguuuuuuuuu..

  3. akubiomed February 9, 2012 at 5:07 pm #

    Saya sudah hampir 3 blogging belum lagi meraih apa pendapatan daripadanya tetapi tidaklah ambil hati. Bagi saya menulis blogging ada terapi kepada diri saya kalau tersenyum membaca blog sahabat adalah bonus bagi saya. :-)

    • sabree hussin February 9, 2012 at 9:50 pm #

      bagus jugak tu, saya suka konsep blog sebagai terapi tu

  4. klcitizen February 9, 2012 at 5:44 pm #

    semuanya bergantung pada niat. kadang2 awal niat lain, di tengah jadi lain dan pengakhiran jadi lain. mana blog yang tak sesuai dan tak berkenan dek mata, kita tegur, doakan dan kita elak. banyak juga blog yang pengisiannya baik dan boleh disebar2 kan :)
    klcitizen recently posted..kepala hotak di mana?

    • sabree hussin February 9, 2012 at 9:45 pm #

      Itu pun betul jugak, sebab ada orang yang kenal blog sebab dia dengar berita ada yang raih pendapatan yang baik hanya melalui blog.. dan bila menulis sebab nak cari makan, di tengah-tengah tu nanti mesti akan exhausted dan berubah angin..

      Blog-blog macam iluvislam dll itu pun bagus :-)

  5. kimmie February 9, 2012 at 5:59 pm #

    perlu lihat kepada apa tujuan menulis blog, kalau memang untuk mencari pendapatan mungkin perlu berusaha keras untuk mendapatkan trafik, kalau untuk berkongsi ilmu, mungkin tidak akan menulis sesuatu yang tidak berfaedah semata-mata untuk mendapatkan pembaca. ikut tujuan masing-masing, saya masih baru dalam berblog, jadi tidak dapat menjawab dengan tepat sama ada ianya membuang masa atau tidak.
    kimmie recently posted..Segmen Review Blog Kami

    • sabree hussin February 9, 2012 at 6:19 pm #

      Wa,, kimmie dah balik dari Sabah eh? Welcome home.. Best kat sana?

      • kimmie February 9, 2012 at 8:43 pm #

        a’a..dah balik, baru berpeluang melawat blog2 kawan2 :) . Memang seronok, nnt saya ceritakan di blog :D
        kimmie recently posted..Segmen Review Blog Kami

    • sabree hussin February 9, 2012 at 9:44 pm #

      Betul, segalanya bergantung pada niat. Niat yang baik maka tak ada lah menulis dalam blog ini jadi sesuatu yang membuang masa

  6. Mama Murai February 9, 2012 at 6:17 pm #

    Assalamu`alaikum saudara,
    ini betul-betul kritikan yang cukup pedas dan membina. Saya akui ianya cukup terkesan pada jiwa saya. Dan jawapan saya untuk isu ini, ianya memang betul dan terperinci. Serius saya katakan, kalau bukan kerana saya telah membuang lebih 2k entri yang menyentuh aib orang, artis, mengutuk, kata kunci panas, dan gambar berbau lucah, blog saya adalah di antara blog Top Malaysian Blogger yang duduk sebaris dengan Beautifulnara.

    Tapi syukurlah kesedaran itu datang menjengah, walau pun sukar untuk mengubah 100% tapi at least saya belajar sedikit demi sedikit macam mana untuk menulis dengan lebih baik.
    Mama Murai recently posted..Wordless Wednesday versi gedik | minyak sawit malaysia ke pasaran antarabangsa

    • sabree hussin February 9, 2012 at 9:49 pm #

      Waalaikumussalam mama,

      Pedas ke mama? :-)

      Sebenarnya kritikan ini saya tujukan kepada diri saya yang paling utama, sebelum saya jadi macam penulis-penulis blog yang menulis ikut suka, saya kritik dan tegur diri sendiri dulu.

      Sekiranya turut memberi kesan kepada rakan-rakan penulis yang lain, alhamdulilah.. moga-moga kita sama-sama diberi petunjuk. Tak akan saya seorang je kan yang nak dapat kebaikkan, tak aci la macam ni.

      Mama delete lebih daripada 2k entry?

      Pengorbanan yang sangat besar tu. Bukan calang-calang orang sanggup ambik keputusan yang nekad dan drastik macam tu.. Tapi insya Allah, gantinya mesti lagi baik daripada apa yang pernah Mama dapat dulu

  7. zhazmi February 9, 2012 at 11:57 pm #

    kalau boleh, kita cuba elakkan.. kita buka aib orang, mungkin nanti aib kita pula yang dibuka..
    mungkin bukan sekarang, tetapi akhirat tetap ada.. sekadar peringatan buat diri sendiri..
    zhazmi recently posted..Kenapa pilih .net?

  8. tehr February 10, 2012 at 1:05 am #

    peringatan dan teguran untuk semua
    termasuk aku juga
    tehr recently posted..Pantun 10 Kerat | Kering

  9. shraqs February 10, 2012 at 9:34 am #

    Rasa2nya takat ni belum lagi buat post aibkan org lain. Lagipun tak minat sangat dunia hiburan ni, hipokrit je lebih :)
    shraqs recently posted..WordPress Untuk Android Update v.2.0.5

    • suri February 10, 2012 at 12:09 pm #

      ttp mata klu nk komen pun rasa agak2 komen tu tok muhasabah jer huuu

  10. ken February 10, 2012 at 10:38 am #

    well, everyone blogs because everyone blogs..
    the content varies depending on the writer..
    so if they wanna write about celebs, it’s up to them.. the quality does matter, but it doesnt matter much when it comes to gaining more traffic.. the hotter the topic, the more traffic, the more money right?
    that’s the mentality these days :)
    ken recently posted..No iPhone for iPhone Leather Case

    • sabree hussin February 10, 2012 at 10:49 am #

      Hi Ken,

      It’s been a while I didn’t see you here. I’m agree with you. The hotter the topic, will result in more traffic and it will impact their ads performance.

      However, this short article is actually for my fella Muslim friends, I see that some of them had went to far when writing a blogpost, and even doing something that is prohibited in our teaching.

      By the way dude, hope that you are doing well. Thanks for visiting ya

  11. suri February 10, 2012 at 12:08 pm #

    dari awal nak bina blog kita kena pikir sblum nak dirikan blog..

    dari nama kita tahu apa tujuan dan niat kita nak berblog..

    hentikan klu blh sb dosa updte entri dosa org lihat,,baca Allah byk sungguh tu..

    pesanan utk dri sndri..

  12. Kujie February 15, 2012 at 6:58 pm #

    entri yang sangat bagus – kita hidup entah bila akhirnya
    apa yang kita lakukan sekarang, mampukah untuk dipikul di sana nanti
    kesan bkn pada diri sendiri sebenarnya ttp kepada keturunan , generasi kita sendiri, anak cucu kita sendiri.
    Kujie recently posted..Satu Dari Lima Perkara Sebelum Lima Perkara

  13. sjiehan February 15, 2012 at 7:19 pm #

    itu yang cuba aku buat…

    seboleh2nya mengelak dari menulis cerita hal artis dan mendedahkan aurat orang lain =)
    sjiehan recently posted..Mengenali Barangan Diperbuat Dari Kulit Babi.

  14. NorHafiz December 3, 2012 at 2:22 pm #

    Tak berbaloi langsung RM5000 Sebulan untuk masuk neraka.
    Apa-apapun kita harus berbaik sangka sesama muslim.
    Mungkin tuan punya blog fitnah tu banyak pahala dari kita.
    Bole la orang yang kena fitnah tu claim kat akhirat

    • sabree hussin December 4, 2012 at 2:49 am #

      Boleh jadi jugak memang macam tu.. kita sangka baik je la ye

  15. hafiznisa January 9, 2013 at 8:12 am #

    Good article Mr.Sabree. What goes around comes around. What you give, you get back. Dalam erti kata lain, hukum alam @ karma. Hari ini kita membuang masa dengan menyalurkan unsur-unsur nagatif dalam kehidupan kita samada melalui percakapan, perbuatan mahupun penulisan blog. Tak akan kemana pekara nagatif ini kalau bukan kembali kepada anak cucu kita.
    Generasi akan datang akan membaca apa yang pernah kita tulis pada hari ini, jika positif, anak cucu kita juga yg positif, Jika negatif, anak cucu kita yang terima kesan dari perbuatan negatif kita.

Trackbacks/Pingbacks

  1. Hell Yeah ! MovGrab Dev Sudah Aku Contact. - #CodeBase - February 17, 2012

    [...] dah cakap dulu-dulu, blogging itu ada part sia-sia. Nak tau lebih lanjut, visit sama ini entri. Sekarang ni, aku cuma blogging sebagai scratchpad ataupun notepad. Orang nak baca atau tak nak, [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge