Macam Mana Cara Saya Promosi Bisnes Tone Excel

Soalan ini kerap jugak ditanya kepada saya.

Well…

Saya tak ada guna cara yang pelik-pelik mahupun senjata rahsia. Selalu saya bagitahu kat orang yang bertanya tu, apa yang anda lihat, itulah caranya yang saya gunakan untuk buat promosi bisnes Tone Excel ni.

Saya promosi guna FB. Lazimnya saya akan guna personal profile. Kemudian, ayat yang sama saya akan copy and paste ke FB Fanpage yang mewakili blog ni.

Mana ada guna cara yang pelik-pelik dan susah-susah.

Anda boleh lihat screenshot dibawah. Ini lah cara saya promosikan bisnes Tone Excel yang saya join awal tahun hari tu.

Macam_mana_cara_promosi_bisnes_tone_excel

Saya lebih selesa untuk bercerita mengenai peluang bisnes ni kepada orang yang saya kenal. Kadang-kadang saya akan tulis tentang bisnes ni di blog ni.

Sebabnya saya tahu, bila saya dah siap publish sesuatu cerita dalam blog ni, mereka yang pernah subscribe blog ni akan dapat email notification.

Mereka yang pernah langgan feeds blog ni akan dapat notification tentang entri terbaru yang saya hasilkan dalam blog ni.

Pendek kata, mereka-mereka yang akan terbaca ayat-ayat promosi saya juga adalah mereka-mereka yang kenal saya. Saya tak approach stranger ataupun orang yang saya tak kenal.

Lagi satu, saya tak ada gunakan teknik pemasaran yang susah-susah.

Dalam bisnes ni, saya lagi banyak bercerita dan kongsikan cerita-cerita yang related dengan bisnes ni. Itu sahaja. Sebabnya, untuk berjaya dalam bisnes ni, kita sama-sama kena faham konsep duplikasi.

Teknik yang saya gunakan mestilah boleh ditiru dan diikuti oleh orang lain yang nak sertai bisnes ni menerusi network saya.

Jika saya buat benda yang susah-susah, orang lain mungkin susah nak tiru dan buat benda yang sama.

Jadi, langkah yang mudah adalah buat perkongsian cerita menerusi wall FB, itu sahaja.

Saya pasti semua orang boleh buat.

Oh ya, saya hanya perlu karang ayat promosi sekali sahaja, kemudian saya akan copy paste di semua fan page saya yang sesuai. Sebabnya saya suka nak tengok berapa ramai yang akan nampak post tersebut.

Lihat screenshot atas tu, kan ada tulis “64 people saw this post”. Kalau guna profile page kan tak ada indicator tu.

 

 

Be Sociable, Share!

12 thoughts on “Macam Mana Cara Saya Promosi Bisnes Tone Excel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>