Kursus Pra Perkahwinan sekitar Lembah Klang untuk pasangan yang ingin berkahwin

by sabree hussin on September 6, 2015

in Advertorial

Sudahkah anda bersedia untuk menamatkan zaman bujang anda dan melangkah ke alam perkahwinan bersama dengan pasangan pilihan hati anda? Jika jawapan anda ialah YA, pastinya anda telah pun sedia maklum bahawa salah satu syarat untuk anda melangkah ke gerbang perkahwinan adalah untuk menghadirkan diri ke kursus Pra Perkahwinan.

 

Jika anda tinggal di sekitar lembah Klang, atau lebih spesifik lagi tinggal dikawasan-kawasan berikut iaitu Danau Kota, Bangsar, Wangsa Maju, Dato Keramat, dan Gombak, info tentang lokasi kursus pra perkahwinan ini pasti berguna untuk anda.

 

Tahukah anda, apakah kesilapan lazim yang biasa dilakukan oleh bakal-bakal pengantin di luar sana? Suatu kesilapan yang nampak mudah, namun akhirnya memakan diri dan menjadikan diri semakin stress apabila makin tiba hari bahagian? Anda nak tahu apa dia?

kursus_pra_perkahwinan

 

Suka buat kerja disaat-saat akhir.

Ini tabiat kurang sihat yang banyak berlaku dalam kalangan pasangan bakal pengantin. Tahukah anda, sikap suka bertangguh ini akan menyukarkan pihak pengantin perempuan untuk mendapatkan surat kebenaran berkahwin dan cuba anda bayangkan, jika tarikh pernikahan makin dekat, tetapi anda masih belum ada Surat Kebenaran Berkahwin (3A/3B) lagi. Apa akan jadi pada tarikh yang sepatutnya anda bernikah? Adakah anda boleh berkahwin tanpa masalah pada hari yang dirancangkan?

 

Oh kejap… Adakah anda lost dan kurang jelas apa yang saya maksudkan dengan Surat Kebenaran Berkahwin, apa fungsinya serta apa kepentingannya?

 

Inilah sebabnya anda diwajibkan untuk menduduki Kursus Pra Perkahwinan.

 

Ramai sebenarnya, pasangan yang ingin berkahwin terlalu fokus pada persiapan perkahwinan, seperti persiapan untuk barangan hantaran, tempah khemah, katering dan sebagainya. Sebenarnya, apa yang lebih penting daripada itu adalah untuk melengkapkan dokumen yang diperlukan untuk dapatkan surat kebenaran berkahwin. Jangan risau jika anda masih kurang jelas tentang tatacara melengkapkan dokumen, kerana ia akan diajarkan satu per satu semasa kursus kahwin dijalankan.

 

Jika anda masih belum buat keputusan lagi, dimana anda nak pergi untuk kursus kahwin, ada beberapa lokasi yang anda boleh pilih. Ini antara senarai pusat kursus perkahwinan yang anda boleh kunjungi. 

 

Danau Kota (setiap minggu)

kursus_perkahwinan_danau+kota

Sabtu: Pendaftaran 8.30 pagi – 9.30 pagi

Kursus kahwin mula 9.30 pagi – 6.30 petang

Ahad: Kursus kahwin mula 9 pagi – 1.30 tengahari

Dijalankan juga pada hari bekerja, Rabu & Khamis setiap 2 minggu – minggu 1 dan minggu 4 setiap bulan

Alamat:

33-1 (Tingkat 1) Medan Selera Danau Kota
Jalan 3A/6 Taman Setapak Indah
53300 Kuala Lumpur

 

Bangsar

kursus_kahwin_area_bangsar

Sabtu: Pendaftaran 8.30 pagi – 9.30 pagi

Kursus kahwin mula 9.30 pagi – 6.30 petang

Ahad: Kursus kahwin mula 9 pagi – 1.30 tengahari

Dijalankan 2 kali sebulan – kursus akan bermula pada setiap Sabtu & Ahad pada minggu ke 2 dan minggu ke 4 setiap bulan.

Alamat:

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar
Jalan Ara, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur

 

Wangsa Maju (Setiap minggu sesi petang)

kursus_pra_perkahwinan_wangsa_maju

Sabtu : Pendaftaran 1-2 petang

Kursus mula 2 petang – 7 petang (minum petang percuma disediakan pukul 4.30 petang)

Ahad : Kursus mula 9 pagi – 6.30 petang (makan pagi pukul 11 pagi dan lunch percuma disediakan)

Alamat:
No 7-1 Jalan Wangsa Delima 1A, Seksyen 5, Wangsa Maju,Kuala Lumpur.

 

Dato Keramat (setiap minggu)

kursus_kahwin_area_dato_keramat

Sabtu: Pendaftaran 8.30 pagi – 9.30 pagi

Kursus kahwin mula 9.30 pagi – 6.30 petang

Ahad: Kursus kahwin mula 9 pagi – 1.30 tengahari

Alamat:

Masjid Al Akram Datuk Keramat,

Jalan Datuk Keramat, Kg Datu Keramat, 54000 Kuala Lumpur

 

Gombak

Sabtu: Pendaftaran 8.30 pagi – 9.30 pagi

Kursus kahwin mula 9.30 pagi – 6.30 petang

Ahad: Kursus kahwin mula 9 pagi – 1.30 tengahari

Alamat:

No. 49B, Jalan Jernai 2, Kompleks Idaman Off Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur

 

Apa yang bakal anda pelajari dalam kursus Pra Perkahwinan?

Peserta kursus kahwin akan mengikuti modul-modul berikut apabila menghadiri kursus kahwin. Kesemua modul ini penting bagi bakal pengantin dan sarat dengan ilmu, pengalaman serta kejadian sebenar yang boleh dijadikan iktibar.

 

sijil_kursus_kahwin Bagi melayakkan diri anda untuk mendapatkan sijil kursus Pra Perkahwinan, anda hanya perlu pastikan yang anda telah pun hadir ke kursus dan ikuti kesemua modul yang disediakan. Kursus lazimnya dijalankan dalam tempoh masa sehari setengah sahaja.

 

Kesemua modul ini disampaikan oleh penceramah yang bertauliah dan anda tak perlu risau, kerana kebanyakkan penceramah semuanya berpengalaman dan pandai untuk menarik perhatian para peserta.

1. Pengurusan kesihatan dan stres

2. Akidah dan ibadah

3. Perkahwinan dan prosedur

4. Pengurusan sumber keluarga, kewangan dan masa komunikasi suami isteri

5. Akhlak hubungan dalam keluarga

6. Perkhidmatan runding cara dan pembubaran perkahwinan

 

Untuk pengetahuan anda, sijil kursus kahwin ini tiada tarikh luput dan ianya diterima pakai di semua Jabatan Agama Negeri dan seluruh Malaysia. Jadi, anda tak perlu bersusah payah untuk pulang ke kampung halaman semata-mata nak hadiri kursus kahwin. Jika anda berada di sekitar lembah klang, anda boleh pilih sahaja mana-mana satu pusat kursus kahwin ini untuk jalani kursus.

 

Bagaimana cara nak buat tempahan untuk slot kursus pra perkahwinan?

Ini bahagian yang PENTING. Sekarang ni masa untuk anda buat tempahan seat anda dan pasangan serta untuk sahkan kehadiran. Tidak seperti kebanyakkan pusat kursus perkahwinan yang lain, sekiranya anda ingin berurusan dengan pengendali kursus, iaitu An Naim Training (002262053-X), anda hanya perlu berhubung dengan mereka sama ada menerusi sms/whatsapp sahaja.

“Pendaftaran dan tempahan yang mudah hanya melalui sms/whatsapp ke no hp 0197617861, tanpa perlu pergi ke pusat kursus kahwin”

 

Syarikat An Naim Training mempunyai pengalaman lebih tiga tahun dalam mengendalikan kursus Pra Perkahwinan. Peserta yang datang menghadiri kursus akan diberikan buku Gerbang perkahwinan, file dan juga alat tulis. Anda juga boleh ikuti perkembangan terbaru dengan mengikuti FB Kursus Bakal Pengantin dan Perkahwinan.

 

Apa kata peserta-peserta kursus terdahulu?

kursus_pra_perkahwinan_testimoni3

kursus_pra_perkahwinan_testimoni4

kursus_pra_perkahwinan_testimoni2

Selain tempahan menerusi SMS/ Whatsapp anda juga boleh walk in ke mana-mana pust kursus perkahwinan diadakan untuk mendaftar.

 

Info tambahan mengenai kursus kahwin yang dijalankan

1. Masa untuk peserta jalani kursus hanyalah sehari setengah sahaja.

2. Sijil kursus kahwin yang bakal diperolehi tiada tarikh luput dan ia boleh digunakan dan diterima pakai oleh semua Jabatan Agama Negeri di seluruh Malaysia

3. Peserta akan dapat 3 kali makan secara percuma

4. Tiada sebarang caj dan kos tersembunyi

5. Sijil kursus kahwin dikeluarkan oleh JAWI dalam masa 3-4 hari sahaja.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 22 comments… read them below or add one }

Adzrif Sidek September 6, 2015 at 8:09 am

Kalau saya nak join kursus pra perkahwinan ni
tapi masih belum ada calon, boleh tak? Hehehe

Nak lagi seronok, cari calon time join kursus ini.

Reply

sabree hussin September 6, 2015 at 2:30 pm

Boleh je kalau belum ada calon tapi dah pernah pergi kursus. Kalau cari calon masa kat kursus kena pastikan calon tu bukan tunangan orang la ye haha

Reply

Manan Qayyim September 6, 2015 at 11:48 pm

pernah join kursus pra perkahwinan masa study…. tak pasti masih valid atau tak…

Reply

sabree hussin September 7, 2015 at 1:22 am

Ada dapat sijil tak? Sijil yang dikeluarkan tu tak ada tarikh luput. Tapi kena tengok jugak la, siapa yang keluarkan sijil tu

Reply

Noriza Rahman September 7, 2015 at 8:19 am

Banyak tempat boleh pergi kursus ni..

Siapa yang memang planning nak berkahwin tahun ni kena cari tempat cepat la..

Reply

sabree hussin September 7, 2015 at 12:39 pm

Betul tu, kalau nak kawin lagi dua tiga tahun pun dah boleh pegi kursus sekarang

Reply

Raihanah Ahmad September 7, 2015 at 11:03 am

dulu-dulu saya dah siap2 pegi kursus masa sedang belajar di uni. nak kawin lepas kerja tu senang je. jangan last minit adik2 semua

Reply

Dunia Farisya September 7, 2015 at 11:05 am

Alhamdulillah.Macam kena tajuk dengan pencarian saya sekarang.Tq atas infonya sabree 🙂

Reply

zik September 7, 2015 at 5:49 pm

ada expired date kalau tak silap untuk johor la negeri lain tak tahu. sebolehnya masa dah nak kahwin baru pergi kursus kahwin..

Reply

mrhanafi September 7, 2015 at 10:13 pm

Saya pernah melalui kursus pra perkahwinan dan ia wajib untuk diikuti

Reply

Ibu Zarith September 8, 2015 at 12:29 am

Teringat zaman pergi kursus kahwin 6 tahun lepas ehehe

Reply

Hajar Shikin September 8, 2015 at 1:40 am

Nak kawin nanti kena betul-betul alert dengan kursus ni

Reply

aimannajmy September 8, 2015 at 7:46 am

Lama tak singgah sini hehe… baru ada mood blogwalking.. dah join dah kursus masa 2012 huhu.. kawinnye belum.. kursus dah pegi haha

Reply

ajumohit September 8, 2015 at 9:36 am

teringat 10 tahun lepas, bagunan mara tu mmg femeslah kalau nk g kursus kawin ni, skrg ni banyak tempat yg menyediakan kemudahan ni

Reply

Mus September 8, 2015 at 11:26 am

kena buat perancangan rapi menjelang hari bahagia..

Reply

Belang tarung September 8, 2015 at 12:41 pm

kursus kawen ni kalau dapat penceramah yg lawak baru syok..dari jenis yang asyik baca slaid

Reply

Arif Luqman September 8, 2015 at 2:36 pm

Dulu pergi kursus pra perkhawinan di bangunan Mara KL.

Reply

Tehr September 8, 2015 at 4:42 pm

aku saja je nak tanya
orang yang dah kahwin masih boleh ikuti kursus tak?

Reply

sabree hussin September 8, 2015 at 6:29 pm

Mestilah boleh 😀

Tuan nak refresh ilmu ke hhe atau berminat nak jadi penceramah ya

Reply

nila anggraini September 9, 2015 at 5:26 pm

Ramai orang yang tak menitik berat kan pasal kursus perkawinan ini, hanya pergi shaja dan buat kursus tapi di realita kehidupan banyak pasangan yang tak apply apa yang di pelajari semasa kursus.

Reply

kak yatiadam September 11, 2015 at 2:49 pm

info yang sangat bagus.. ar..yg nk kahwin tu.. g kursus cepat2 yr.. jangan tunggu lama2

Reply

Sani September 13, 2015 at 10:13 am

Memang cantik sangatlah buat pasangan yang ingin membina istana bahagia, kalau nak tambah cawangan pun kena pergi kursus juga ya…heh..heh

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: