Konsep pay per click, pay per view dan pay per sales dalam program buat duit

by sabree hussin on September 27, 2016

in Pemasaran Affiliate

Satu masa dulu, ketika saya baru nak bermula buat duit secara online, iaitu sekitar tahun 2009 – 2010, formula kejayaan pada ketika itu adalah program pengiklanan. Program pengiklanan seperti Google Adsense, Nuffnang, Innity, dan sebagainya adalah program yang wajib disertai, jika serius nak buat duit online.

 

Kemudian, tak lama lepas tu, muncul pula konsep baru iaitu konsep affiliate. Ini memberi semangat dan peluang baru buat mereka yang nak buat duit, tetapi telah disenaraihitamkan oleh program-program pengiklanan, terutamanya Google Adsense.

 

Program Google Adsense ni memang banyak kerenahnya. Kalau tak berhati-hati, memang risikonya ialah akaun kita kena banned selama-lamanya.

buat-carian-di-google

Konsep Pay Per Click

Program-program pengiklanan ini kebiasaannya menggunakan kaedah Pay Per Click. Dalam konsep Pay Per Click, kita sebagai penyiar iklan (publisher) akan menerima bayaran upah bagi setiap klik yang terhasil pada iklan yang disiarkan di laman web milik kita.

 

Ini bermakna, lagi banyak bilangan klik yang terhasil, maka lagi besarlah potensi pendapatan yang boleh dihasilkan.

 

Walaubagaimanapun, lama kelamaan, pengguna internet mula menjadi imun terhadap iklan. Konsep imun terhadap iklan ini juga ada dimuatkan dalam buku berjudul Tolonglah Jual Kepada Saya karangan Seth Godin yang telah di alih bahasa. Apabila pengguna internet mulai imun terhadap iklan, maka lama kelamaan iklan-iklan yang terpapar dihadapan skrin tidak lagi menerima klik, terutama sekali iklan jenis banner advertising.

 

Kemudian, tak lama lepas tu, syarikat yang menawarkan program pengiklanan memperkenalkan satu lagi bentuk pembayaran kepada para publisher yang masih setia menyiarkan iklan-iklan mereka di laman web masing-masing, iaitu konsep Pay Per View. Bagi konsep Pay per view ni, publisher akan dibayar upah mengikut jumlah view yang diperolehi ataupun jumlah trafik yang masuk ke laman web dimana iklan milik syarikat pengiklanan di siarkan.

 

Biasanya, pay per view ini akan dikira berdasar 1,000 views. Ini juga bermakna, kita perlukan sejumlah trafik yang sangat tinggi, jika ingin buat duit menerusi kaedah ini, iaitu pay per click dan juga pay per view.

 

Namun, tak salah untuk mencuba. Salah satu program pay per click yang anda patut cuba ialah program pengiklanan dari Trivago. Komisen per click yang ditawarkan juga agak tinggi, iaitu 60 sen per click.

 

Konsep Pay Per Sales

Dari konsep ini, anda hanya akan menerima bayaran komisen sekiranya usaha anda mempromosikan sesuatu produk atau servis itu berjaya menghasilkan jualan. Pada saya, ini adalah salah satu konsep yang bagus, dimana ia berdasarkan kepada konsep profit sharing.

 

Saya menjangkakan, dalam masa terdekat atau mungkin dalam masa beberapa tahun lagi, akan ada banyak program-program yang berdasarkan kepada konsep profit sharing akan diperkenalkan.

 

Syarikat ecommerce terkemuka Lazada telah pun memperkenalkan program affiliate mereka. Menerusi program affiliate yang mereka jalankan, individu biasa seperti saya dan sesiapa sahaja yang mempunyai komputer dan sambungan internet boleh menyertai program ini dan menjana komisen tambahan setiap bulan, hasil daripada mempromosikan produk-produk yang dijual di laman web mereka.

 

Selain dari itu, syarikat buku PTS Bookcafe juga ada melancarkan program affiliate mereka sendiri. Jika sebelum ini, kita hanya beli buku di kedai-kedai buku sahaja, namun pada hari ini kita boleh beli buku dengan selamat secara dalam talian. Bukan itu sahaja, kita juga boleh menyertai program affiliate yang dijalankan oleh pihak Bookcafe dan bantu mereka mendapatkan jualan. Sebagai balasan, kita juga akan diberi komisen untuk setiap jualan yang berjaya kita hasilkan.

 

PTPTN juga menawarkan program affiliate mereka sendiri. Ianya terbuka kepada semua orang, dan sebenarnya para peminjam PTPTN juga sangat digalakkan untuk menyertai program affiliate ini. Manalah tahu anda berjaya dapat sales dan daripada komisen tu nanti, boleh pula digunakan untuk buat bayaran balik pinjaman. Dalam program affiliate ini, anda akan memasar dan mempromosikan skim simpanan SSPN-i Plus.

 

Bagaimana pula dengan syarikat luar negara? Ya, syarikat luar negara yang beroperasi di negara kita juga ada yang menawarkan program affiliate mereka tersendiri. Pernah dengar Uber? Saya percaya, jika anda juga adalah salah seorang pendengar siaran radio Sinar.FM anda pasti biasa dengar iklan daripada Uber.

 

Uber juga membuka program program affiliate dan menawarkan struktur komisen yang agak lumayan. Anda boleh ketahui dengan lebih mendalam tentang program affiliate Uber di laman web ini.

 

Saya sempat menonton sesi debat antara Hillary Clinton dengan Donald Trump. Salah satu poin yang menarik minat saya adalah poin yang dibawa oleh Hillary dimana beliau berhasrat untuk memperkasakan dan memperkuatkan ekonomi golongan pertengahan dengan memberikan peluang-peluang penjanaan pendapatan kepada mereka. Bagi memastikan kejayaan kepada rancangan ini, Hillary ingin melihat syarikat-syarikat besar terutamanya memperkenalkan lebih banyak program yang berbentuk profit sharing kepada masyarakat.

 

Masyarakat telah memberi sokongan kepada sesebuah syarikat dan juga jenama tertentu sehingga syarikat tersebut mampu menjadi syarikat gergasi. Kini giliran syarikat pula untuk berkongsi keuntungan kepada masyarakat, menerusi program profit sharing. Dengan ini, kekayaan dan keuntungan tidak lagi hanya berlegar kepada sesetengah golongan executive dan top level management sahaja.

 

Jadi persoalannya, bagaimana program profit sharing ini dapat dilakukan? Salah satu yang terlintas difikiran saya ialah, kaedah pemasaran affiliate. Mungkin di masa akan datang, akan ada banyak lagi inovasi program-program yang dilancarkan oleh syarikat besar yang mana tujuannya adalah supaya keuntungan syarikat dapat dikongsikan semula kepada masyarakat. Mungkin konsep bisnes Tone Excel dan juga ONEXOX dapat dijadikan salah satu contoh model bisnes yang dapat diikuti.

 

Apapun, kesemua program-program buat duit yang dirangka ini tidak akan memberi kita sebarang kebaikkan jika tiada sebarang tindakan dari pihak kita. Apabila peluang dah terhidang didepan mata, maka terpulang pada kita sama ada nak menyambutnya, ataupun nak terus mencari dan terus mencari.

 

Saya dah penat mencari. Jadi saya akan fokus pada apa yang dah ada dalam tangan dan fokus untuk lipatgandakan lagi pendapatan yang pernah dihasilkan. Dengan ini, In Shaa Allah, saya boleh gunakan pendapatan tersebut untuk bayar hutang-hutang yang pernah saya buat sebelum ini. Wallahua’lam

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: