Komisyen Affiliate Sistem Autoresponder Emelmatik November 2015

by sabree hussin on November 30, 2015

in Komisyen Affiliate

Salah satu produk yang saya promosikan untuk memperolehi pendapatan menerusi program affiliate ialah produk sistem autoresponder emelmatik.

 

sistem_autoresponder_emelmatik

 

Untuk makluman anda, sistem autoresponder emelmatik adalah salah satu sistem autoresponder yang saya sendiri gunakan dalam kempen-kempen pemasaran yang saya jalankan. Walaupun ada ketikanya saya menggunakan medium percuma seperti FB Group untuk buat marketing secara online, namun saya juga turut gabungkan dengan sistem autoresponder.

 

Seperti mana-mana sistem autoresponder yang ada kat luar sana, sistem autoresponder emelmatik ini juga berupaya untuk menjalankan fungsi-fungsi berikut, iaitu

1. Fungsi Autoresponder

Menghantar emel follow up mengikut sela masa yang kita tetapkan secara automatik tak kira pada waktu bila prospek kita tu berikan nama dan alamat emel mereka

 

2. Fungsi Broadcast

Fungsi ini diperlukan untuk menghantar emel secara pukal pada bila-bila masa kepada prospek, sama ada untuk tujuan memberitahu terdapat promosi baru, ucap selamat sempena peristiwa tertentu dan sebagainya.

 

3. Fungsi Program Affiliate

Yesssza….

 

Sistem autoresponder emelmatik turut menawarkan program affiliate kepada para penggunanya. Justeru, anda tak perlu risau untuk jadi pengguna sistem autoresponder ini. Anda ada 4 pilihan untuk jadi pengguna sistem autoresponder ini.

 

Sama ada nak jadi pengguna Premium, Gold, Lite ataupun FREE User. Untuk akaun percuma, anda akan diberi akses selama 365 hari ataupun setahun untuk jadi pengguna percuma. Dalam masa setahun tu, anda boleh tentukan sama ada nak upgrade kemudian ataupun tidak. Saya jugak pada awal-awalnya cuma jadi pengguna percuma sahaja.

 

Tak lama lepas tu barulah saya upgrade kepada premium user. Kelebihan pakej premium user yang saya memang suka ialah, kita boleh guna sistem autoresponder ini sampai bila-bila atau life time. Selagi company ni masih beroperasi, selagi tu masih boleh pakai sistem autoresponder ni.

 

Baiklah, ini bayaran komisyen yang telah saya terima.

komisyen_emelmatik

Dah selamat masuk dalam akaun Maybank, dan dah selamat digunakan untuk bayar hutang pun ha ha. Dapatlah tampung sedikit sebanyak komitmen bulanan yang saya perlu bayar demi untuk kelangsungan hidup ni.

 

Benarlah… zaman ni ialah zaman survival. Setiap orang kena jadi lebih kreatif untuk meneruskan hidup yang serba mencabar ni. Ada ketikanya, kita kena cipta sendiri peluang-peluang pekerjaan supaya kita dapat teruskan kehidupan dengan lebih lancar.

 

Sebenarnya, kita bukannya nak sangat jadi kaya, atau nak hidup mewah. Cukup sekadar kita dapat hidup dengan lebih selesa dan dapat menyediakan keperluan asas demi insan yang tersayang. Kan?

 

Baiklah, kalau selama ni, dalam kempen pemasaran anda, anda tak pernah gunakan langsung sistem autoresponder, bolehlah mula daftarkan akaun di emelmatik. Klik sini untuk dapatkan akaun dengan pihak emelmatik.

 

Lepas dah dapat akaun tu, belajarlah cara gunakan sistem autoresponder ni dan integrasikan dengan kempen pemasaran anda tu nanti. Saya pun dalam proses nak bina kempen pemasaran yang menggunakan sistem autoresponder emelmatik untuk bisnes OneXOX saya ni. Belum ada kesempatan lagi ni.

 

Apa pun, pada saya, memang berbaloi-baloi guna sistem autoresponder emelmatik ni. Bukan sahaja sebab tempoh akaun percuma yang agak panjang (365 hari) malahan saya siap dapat bayaran lagi dari pihak emelmatik.

 

Ini adalah komisyen terakhir yang berjaya saya hasilkan untuk bulan November 2015 ni. Doakan saya akan dapat lagi banyak komisyen affiliate untuk bulan December 2015 nanti ya rakan-rakan pelawat dan pembaca sekalian!

 

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

Junaidy Jaimi December 9, 2015 at 10:05 pm

kalau tak silap saya owner emelmatik ni akan buat promosi hujung tahun ni…

Reply

sabree hussin December 10, 2015 at 2:46 am

Betul tu, akan ada year end sales. Siapa yang cepat boleh gunakan peluang ni dengan sebaik-baiknya

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: