Komisyen Affiliate Jobdirumah Februari 2016

by sabree hussin on February 10, 2016

in Jobdirumah, Komisyen Affiliate

“Tahu tak apa beza antara seorang scammer dengan seorang usahawan online yang sebenar?”

 

Tak apa. Tak payah jawab. Sebab saya sendiri yang akan berikan jawapan mengikut konteks yang sesuai dan relevan dengan penulisan artikel ni. Jawapan dia ini…

 

Seorang usahawan, apabila dia berkata sesuatu dan menawarkan sesuatu produk mahupun servis, dia berbuat demikian kerana dia benar-benar yakin bahawa produk tersebut pasti sangat berguna dan ia dapat bantu selesaikan masalah bakal penggunanya.

 

Bagaimana pula dengan scammer? Simple. Dia cuma berminat dengan duit sahaja.

jobdirumah

 

Asalkan boleh jadi duit, seorang scammer ni tak kisah dan tak peduli pun apa bendanya, apa produknya dan apa servisnya, sebab apa yang penting bagi dirinya ialah, ia boleh jadi duit.

 

Nah… kita kembali kepada topik perbincangan kali ini. Ia berkisar mengenai program latihan Jobdirumah yang sungguh Legend! Ia dah wujud sejak dari tahun 2011 lagi, dan kini dah pun masuk tahun 2016! Pada pendapat saya secara peribadi, 5 tahun adalah terlalu lama untuk sesebuah program yang dituduh sebagai menipu dan scam untuk terus wujud hingga ke saat ini.

 

Dari pemerhatian saya, program Jobdirumah ni memang sangat special. Mungkin, ini merupakan satu-satunya program yang mendapat liputan yang cukup meluas di Internet. Taip sahaja kata kunci jobdirumah di laman web google, dan anda akan dapat melihat sendiri terdapat pelbagai perkongsian dari para penulis mengenai program ini.

 

Ya… anda boleh baca sendiri apa kata peserta-peserta terdahulu mengenai program ini. Anda boleh baca sendiri pengalaman ahli-ahli jobdirumah yang berjaya buat duit dengan bantuan jobdirumah, sama ada menerusi kerja-kerja freelancing, ataupun menerusi program affiliate yang turut ditawarkan oleh pihak Jobdirumah sebagai alternatif untuk buat duit di rumah.

 

Anda baca… kemudian anda FAHAMKAN. Jika anda tak suka dengan apa yang anda baca dan apa yang anda bakal temui, pergi lari jauh-jauh. As simple as that. Mungkin anda memang tak sesuai untuk bekerja dari rumah, dan mungkin ada tempat lain yang anda patut berada.

 

Kalau masih belum puas hati, anda boleh baca review yang saya pernah tulis mengenai Jobdirumah disini. Kemudian, kalau anda masih tetap tak puas hati, anda bacalah laman web jobdirumah berulang-ulang kali. Tak ada siapa yang akan kata, apa yang anda buat tu silap. Anda lebih tau, apa yang terbaik untuk anda.

 

Namun yang pasti, sepanjang saya bersama dengan Jobdirumah, saya telah melalui pengalaman yang tak kurang menariknya, dengan hampir setiap bulan, saya menerima bayaran dari pihak Kliks Solution selaku pengendali program ini… saya tak ada sebarang complain lagi.

 

Ini bayaran komisyen yang saya terima bagi bulan Februari 2016.

bukti_komisyen_jobdirumah

Alhamdulillah, kali ini jumlah yang saya terima adalah sebanyak RM200. Ianya menunjukkan peningkatan sebanyak RM75 berbanding bulan yang lepas.

 

Baca: Komisyen Affiliate Jobdirumah Januari 2016

 

“Adakah semua orang yang menjadi peserta program Jobdirumah akan BERJAYA buat duit?”

Ah… Soalan ini. (senyum)

 

I doubt it. Saya percaya, bukan semua orang akan berjaya buat duit dengan program ini. Saya juga begitu. Pada awal-awal penyertaan saya ke dalam program ini, saya juga bukannya termasuk dalam kategori mereka yang “join-join terus buat duit walaupun tak buat apa-apa.”

 

Perkara seumpamanya tak wujud dalam program ini. Dalam program jobdirumah ni, KITA WAJIB BEKERJA. Instead of kita bekerja di ofis, kita bekerja hanya dari rumah. Ia masih memerlukan kita untuk memerah idea, tenaga dan melaburkan usaha untuk dapat lihat hasilnya.

 

Akan tetapi, once kita dah dapat rentaknya, perjalanan untuk buat duit dengan Jobdirumah bukan lagi satu perkara yang mustahil.

 

Dari masa ke masa, kita akan mula berkembang. Kalau sebelum ni, kita tertanya-tanya, betul ke boleh buat duit hanya dengan bekerja dari rumah? As you all maybe can see, kali ini soalan kita mula berubah. Kita nak tau, macam mana nak buat lebih banyak duit dengan bekerja dari rumah?

 

Situasi saya? Ia bermula dengan saya melaburkan sejumlah wang untuk BELAJAR dan mendalami ilmu bekerja dari rumah menerusi Panduan Jobdirumah ni.

 

Walaupun saya bukanlah contoh kejayaan terbaik menerusi program ni, namun saya melihat diri saya bukanlah sebagai seorang yang gagal. Setidak-tidaknya, saya berjaya buat duit dari program ni. Saya akui, masih ada banyak lagi peluang-peluang untuk memperbaiki mana-mana yang kurang, dan saya sedia untuk berbuat demikian. In Shaa Allah.

 

Baiklah, cerita ini cerita saya. Saya nak baca cerita anda pula… Cerita anda bermula disini. Dapatkan panduan ni, baca dan fahamkan. Semua orang boleh hidup dengan lebih gembira lepas ni.

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 5 comments… read them below or add one }

Raihanah Ahmad February 11, 2016 at 10:22 am

wah banyak tu rm200. kena cuba baru tahu berkesan atau tak, betul tak

Reply

sabree hussin February 11, 2016 at 2:07 pm

Betul tu, cuba dulu dengan sehabis baik. Kalau cuma cuba acuh tak acuh pun nanti tak menjadi jugak

Reply

onlajer February 11, 2016 at 5:59 pm

lama juga tak buat jobdirumah ini, kawan buat yang senang – senang je

Reply

sabree hussin February 11, 2016 at 6:25 pm

Yang senang-senang tu apa benda bro onlajer, share la sikit ๐Ÿ˜€

Reply

titan February 12, 2016 at 12:53 am

banyak gak hang dapat.

hoho..

tahniah beb.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: