Komisen ToneXpress September 2016

by sabree hussin on September 15, 2016

in Komisyen Affiliate

Sebelum saya mula menulis artikel ni, saya sempat log in ke member area akaun Tone Excel saya. Saya lihat angka-angka yang terdapat disitu. Kemudian saya terfikir untuk lihat, bilakah sebenarnya tarikh mula-mula saya join Tone Excel?

 

24 March 2013. Bermakna tahun 2016 ini adalah tahun ketiga saya bersama Tone Excel! Boleh dikatakan agak lama saya menjadi pengguna dan juga promoter simkad ini.

 

Dulu saya pernah dengar, dari seseorang yang berpengaruh, yang juga ahli lama dalam Tone Excel, kata beliau

“Bila kita buat Tone Excel ni, income kita akan makin naik, makin naik, makin naik…” 

 

Serius memang teruja bila dengar dia kata macam tu. Jadi saya pun nak buktikan, apa yang dia katakan tu adalah sesuatu yang betul dan bukannya auta. Sebelum nak terima bulat-bulat apa yang diperkatakan, saya buat kajian dan pembacaan beberapa buah buku yang berkisarkan tentang perniagaan berbentuk multi level marketing dan network marketing.

laman-web-toneexcel-2016

Apa yang dia katakan memang ada asasnya. Ia memang boleh berlaku. Apabila kita buat bisnes ni, kita betul-betul komited memperkenal dan memasarkan simkad ini, dan seterusnya kita berjaya mendapatkan pelanggan (boleh juga dipanggil downline), lalu rangkaian kita mula berkembang, memang apa yang dikatakan income makin meningkat dan terus meningkat akan berlaku.

 

Walaubagaimanapun, untuk mencapai tahap tersebut, ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Kita perlu sentiasa tambahkan bilangan pengguna baru untuk menjadi pelanggan kita. Bukan itu sahaja, jika kita mahu rangkaian kita berkembang dengan ganasnya, maka kita perlu sediakan modul-modul latihan atau sekurang-kurangnya kena sentiasa berkongsi teknik-teknik pemasaran dengan rangkaian kita, tak kiralah mereka berada di level yang ke berapa.

 

Bagaimana kaedah promosi yang saya gunakan untuk memasarkan simkad Tone Excel?

Saya menggunakan kaedah pemasaran secara offline dan juga secara online. Serentak. Ringkasnya, kaedah online adalah untuk mendapatkan prospek yang berminat untuk mengetahui dengan lebih details bagaimana nak menjalankan bisnes simkad Tone Excel ini. Seterusnya, apabila dia dah berminat saya akan ofer dia untuk dengar taklimat sama ada di HQ atau di mana-mana branch berhampiran.

 

Pada waktu tu, branch terdekat dengan saya adalah branch Shah Alam, yang dulu lebih dikenali dengan nama TESA.

 

Selepas dengar taklimat, kalau masih ada beberapa perkara yang masih tak berapa jelas, kurang yakin dan sebagainya, saya akan terangkan. Pada masa yang sama juga, saya akan tunjukkan beberapa kaedah pemasaran yang mudah yang terbukti berkesan untuk memperolehi prospek.

 

Apabila prospek tersebut dah mula yakin, barulah dia akan join Tone Excel.

 

Walaubagaimanapun, cara ini ada sedikit kelemahan. Flow untuk dapatkan seorang pelanggan menjadi lebih panjang. Bermula dengan online marketing, dibawa ke offline marketing, kemudian sesi table talk, barulah close deal. Walaupun cara ini mempunyai kadar kejayaan yang tinggi, namun pada saya ia amat memakan masa.

 

Modal untuk menjadi ahli Tone Excel bukannya mahal sangat. Sekitar RM90 – RM100 sahaja. Jika prospek kita tu setuju untuk join sebagai ahli, barulah kita akan dapat komisen. Komisen kita pula adalah RM20 untuk Fast Track komisen kerana membawa masuk ahli baru. RM20 bukannya besar mana pun. Lepas tolak duit tol, duit petrol, silap-silap dari RM20 tu, cuma berbaki RM2 sahaja komisen bersih yang saya perolehi.

 

Prospek ni pula mengada-ngada bukan main lagi. Nak buat bisnes, nak buat duit, buatlah cara nak buat duit. SERIUS la sikit. Ini tidak, nak kena yakinkan, nak kena terangkan benda yang sama dah diterangkan berulang-ulang kali. Nak keluar modal RM100 dia punya menggigil macam lepas ni dia akan jatuh miskin terus.

 

Ok… itu pengalaman lepas-lepas.

 

Sekarang saya dah tak masukkan kaedah offline dalam flow pemasaran yang saya buat. Sekarang ni saya lebih cenderung untuk buat marketing secara online sahaja. Lagipun sekarang ni dah banyak branch yang memperkenalkan sistem autodownline bagi membantu mengembangkan perniagaan ini tanpa perlu susah payah nak bertentang empat mata dengan prospek.

 

Jadi saya gunalah cara ini sahaja. Jimat masa dan saya boleh buat kerja lain, sambil-sambil promosikan simkad Tone Excel. At least dengan adanya sistem autodownline, saya boleh fokus pada kerja-kerja yang saya suka buat. Apa yang saya suka buat? Saya suka menulis. Saya menulis dalam blog ini misalnya. Sambil-sambil saya menulis, saya boleh buat duit dengan program affiliate dan dapat komisen setiap bulan.

 

Bagaimana cara buat promosi Tone Excel secara online?

Pertama sekali, anda perlu ada website. Website ini pula perlu mempunyai isi kandungan yang lengkap dan mampu untuk menerangkan secara ringkas tetapi padat, apa yang dimaksudkan dengan bisnes Tone Excel, bagaimana cara nak jalankan bisnes ni dan sebagainya.

 

Jika rangkaian anda memang ada menyediakan laman web untuk anda, bagus. Anda boleh gunakan sahaja laman web tersebut.

 

Akan tetapi, jika anda inginkan kelainan, ataupun jika anda inginkan kepelbagaian laman web ketika mempromosikan simkad Tone Excel ini, maka anda bolehlah menggunakan laman web ToneXpress ini.

review_laman_tonexpress

Setiap kali anda bercerita tentang kelebihan menjadi ahli Tone Excel, anda hanya perlu sertakan link url ke laman web ToneXpress.

 

Kemudian galakkan prospek itu tadi untuk membuka akaun secara percuma.

 

Di member area, prospek anda tu akan mengetahui bahawa dia perlu melakukan upgrade dan membuat bayaran sebanyak RM10 jika dia ingin menggunakan laman web ToneXpress ini dalam kerja-kerja promosi. Semua orang boleh jadi ahli ToneXpress, tak kiralah sama ada dah jadi ahli Tone Excel atau belum.

 

Baiklah, saya tak nak cerita panjang-panjang tentang latar belakang ToneXpress ni sebabnya saya dah pernah cerita banyak kali dalam blog ini. Jadi apa kata anda baca sahaja perkongsian saya yang lepas-lepas yang dah saya siarkan dalam blog ni.

 

Untuk bulan September 2016, ini adalah bayaran komisen yang saya perolehi dari ToneXpress.

buat-duit-dengan-tonexpress

Bayaran komisen yang saya terima adalah sebanyak RM68. Disamping menerima bayaran dari Tone Excel, saya juga berpeluang untuk menerima komisen tambahan dari ToneXpress.

 

Sambil saya mempromosikan simkad Tone Excel menggunakan laman web Tone Express, sambil tu saya juga berpeluang untuk buat duit dengan ToneXpress. Jadi tak adalah usaha pemasaran yang saya buat ni terasa sia-sia dan membuang masa.

 

Untuk pengetahuan anda, laman web ToneXpress ni juga dilengkapi dengan sistem autodownline. Jika ada prospek anda yang mendaftar melalui ToneXpress, dan beliau masih belum menjadi ahli Tone Excel, pihak admin akan daftarkan prospek anda tu tadi menggunakan IDP anda.

Baca juga: Bagaimana sistem AutoDownline mampu memudahkan kerja-kerja pemasaran Tone Excel anda?

 

Ok la… jika anda minat nak sertai ToneXpress, anda boleh klik sini dan daftar dulu secara percuma. Bila dah faham, barulah upgrade sebagai VIP member.

Baca juga: Jana pendapatan sebanyak RM700 dengan program ToneXpress secara part time

 

Selamat mencuba, dan saya doakan semoga anda juga berjaya buat duit dengan program ini.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: