Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Komisen Nuffnang May 2016

May 13, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Dalam banyak-banyak program pengiklanan yang saya pernah cuba, saya rasa Nuffnang ni la yang paling berjaya dan yang setia membayar kepada saya. Walaupun saya sendiri agak jarang-jarang menerima bayaran dari program pengiklanan ini, berbanding dengan Jobdirumah ataupun Lazada, namun setidak-tidaknya ia masih lagi memberikan hasil.

 

Jadi, bolehlah saya katakan, keputusan untuk “bekerjasama” dengan Nuffnang, adalah salah satu keputusan yang tepat dan terbukti membuahkan hasil. Ini bayaran yang saya terima pada bulan May 2016 ni.

bukti-duit-nuffnang

 

Buat masa ni, saya tak fikir lagi untuk bertukar kepada program pengiklanan yang lain. Saya masih lagi akan stay dengan Nuffnang, dan salah satu sebab kenapa saya akan stay ialah kerana pihak Nuffnang masih lagi memberi kempen iklan yang agak banyak setiap bulan… walaupun dari segi jumlah earning untuk setiap kempen yang saya perolehi masih lagi tak begitu banyak.

 

Tak apa.

 

Small matter. Lagipun saya tak menaruh harapan yang terlalu tinggi dengan program pengiklanan. Apa yang saya perhatikan, blog ni lebih banyak mencipta kejayaan dengan program affiliate dan sesekali dengan servis advertorial.

 

Proses dan strategi untuk buat duit dengan Nuffnang. Setiap bulan, ataupun mungkin setiap minggu, pihak Nuffnang akan menghantar emel jemputan untuk menghadiri event yang dianjurkan oleh pihak Nuffnang. Biasanya dalam event tersebut, kita akan berpeluang untuk berinteraksi secara terus dengan para advertiser atau pengiklan.

 

Setiap minggu, pengiklan yang berbeza akan diperkenalkan. Ada dari syarikat yang menjalankan perniagaan penjagaan rambut, penjagaan kulit kepala, permainan kanak-kanak dan macam-macam lagi. Jika anda adalah jenis yang suka datang event, dan suka menulis tentang event, saya rasa individu seperti anda ada peluang yang sangat cerah untuk buat lebih banyak duit dengan Nuffnang.

 

Saya pula? Terus terang saya kata, saya tak minat nak datang event. Lebih-lebih lagi event yang ada ramai blogger, pengamal media, media social influencer dalam satu bumbung. Serius tak berapa minat. Maka disebabkan tak minat tu la, pendapatan yang saya perolehi dari Nuffnang ni pun tidaklah sebanyak mana. Memang padan la kan.

 

Beberapa perubahan pada Nuffnang pada tahun 2016. Ini yang saya perasan. Saya perhatikan sekarang ni Nuffnang dah tak ada status gliterrati kepada ahlinya. Semua orang akan dapat status yang sama, dan MUNGKIN bila dah tak ada status-status ni, semua orang akan dapat peluang yang SAMA.

 

Akan TETAPI…

 

Saya suka pada status Glitterati, seperti yang digunakan dulu sebab MASA. Apa kena mengena faktor masa dengan status gliterrati Nuffnang?

 

Begini… sebelum ni, untuk yang mempunyai status glitterati, masa yang diperlukan untuk proses menerima cek bayaran, bermula dari cash out, hinggalah cek sampai ke tangan ialah lebih kurang 30 hari sahaja. Tetapi, sekarang ni, bila status glitterati dah tak ada, masa untuk menerima cek dah jadi lebih panjang. Lebih kurang 60 hari. Lagi lama nak terima bayaran, kan lagi tak best.

 

Apa pun, sepanjang saya berkecimpung dalam bidang penulisan dan pengiklanan secara online ni, saya dah lihat banyak juga syarikat-syarikat pengiklanan yang bungkus dan gulung tikar. Saya harap, Nuffnang dapat terus sukses dan mereka akan terus menjadi pilihan para penulis blog yang berminat nak tambah pendapatan menerusi blog mereka.

 

Jika anda masih mencari sumber pendapatan tambahan secara online, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk menjadi penyiar iklan (publisher) Nuffnang.

 

Rupanya saya agak jarang menulis pasal Nuffnang dalam blog ni. Hmm apa tak nya, saya agak jarang dapat duit dengan program ni. Mungkin, kalau saya kerap dapat bayaran, bolehlah saya update selalu pasal Nuffnang dalam blog ni.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Bagaimana cara jana pendapatan secara pasif dengan Nuffnang
  2. Wow! Ada 8 Kempen CPUV Nuffnang Serentak!
  3. Cek dari Nuffnang Februari 2014: Ada sesiapa yang nak buat duit dengan Nuffnang tak?
  4. Dua Kempen CPUV Nuffnang Dah Melekat

Filed Under: Blogging Tagged With: buat duit Nuffnang, bukti pendapatan nuffnang, cek dari nuffnang, nuffnang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • 18 Kelebihan Bisnes Online
  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in