Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Komisen Mobicow Februari 2017

February 20, 2017 by sabree hussin 18 Comments

Beberapa hari lepas, saya telah pun menerima bayaran komisen dari program pengiklanan Mobicow yang saya sertai sebelum ni. Bayaran pada kali ni, merupakan bayaran kedua yang saya terima sepanjang saya menyertai program pengiklanan mereka.

duit-dari-mobicow

Apa yang best dengan Mobicow ni ialah, mereka membayar dalam matawang USD. Kalau pada hari ini, kita bimbang kalau-kalau nilai matawang kita makin lemah berbanding USD, maka apa kata kita alihkan fokus kita daripada terus bimbang kepada buat sesuatu yang boleh mendatangkan income dalam USD.

 

Kalau RM terus jatuh berbanding USD, kita cari sumber pendapatan dalam USD. At least, kita akan dapat lagi banyak RM apabila nilai RM makin lemah nanti.

 

Tak tau macam mana nak dapatkan pendapatan dalam matawang USD? Boleh ikut apa yang saya dan ramai lagi penulis blog di Malaysia lakukan. Sertai program pengiklanan dan jana pendapatan dalam matawang USD. Salah satu program pengiklanan yang patut dicuba ialah program pengiklanan Mobicow ini.

 

Memandangkan ini adalah kali kedua saya terima bayaran dari Mobicow, jadi rasa lebih yakin nak recommend kepada para pelawat dan pembaca blog ini untuk sertai program pengiklanan ni.

Klik untuk baca: Komisen dari Mobicow Januari 2017

 

Bila saya sendiri dah pernah dapat bayaran dari program ini, at least saya boleh cerita dengan lebih confident dekat orang lain.

 

Nak buat duit dengan Mobicow ni pun rupa-rupanya tidaklah sesukar mana. Saya ringkaskan caranya dibawah.

(1) Mula-mula sekali, anda perlu layari laman web Mobicow dan buat pendaftaran. Boleh daftar dengan menekan klik pada pautan ini.

(2) Apabila pendaftaran anda telahpun diterima, dapatkan kod iklan dan pasangkan kod iklan tersebut di laman blog milik anda.

(3) Biarkan.

(4) Apabila pendapatan anda mencecah jumlah USD5, pihak Mobicow akan buat bayaran secara automatik ke akaun Paypal anda.

 

Senang, kan? Jadi apa yang menghalang anda untuk daftar dan join program ni sekarang?

 

Apa dia? Nak tau berapa yang saya dapat untuk bulan Februari 2017 ni? Ok… berikut adalah jumlah yang berjaya saya perolehi.

bayaran-dari-Mobicow

Ya, ada sedikit peningkatan berbanding bulan yang sebelum ini.

Januari 2017 dapat USD13.12

Bulan ni, Februari 2017 dapat USD20.45Β 

 

Alhamdulillah. Apa pun saya nak ucapkan terima kasih buat para pembaca dan pelawat blog ini yang sudi untuk singgah ke blog ini. Tanpa kehadiran kalian dalam blog ini, memang mustahil untuk blog ini menjana sebarang pendapatan.

 

Betul. Saya ada beberapa lagi blog yang trafiknya tidak sebanyak trafik blog ini. Blog tu pun saya ada pasangkan dengan iklan Mobicow, tapi sayangnya incomenya tak berapa jalan.

 

Nampak sangat, ada banyak lagi yang kena buat untuk bagi performance blog tu boleh kalahkan atau at least boleh setara dengan performance blog ini.

 

Apa pun, terima kasih sekali lagi saya nak ucapkan. Saya harap anda semua tidak jemu-jemu untuk berkunjung lagi ke blog ini.

Pada asasnya, naik dan turunnya pendapatan yang boleh dihasilkan menerusi program pengiklanan Mobicow ini, sangat berkait rapat dengan jumlah trafik yang diterima. Kalau pada bulan tersebut, blog anda menerima kunjungan trafik yang sangat banyak, saya pasti pendapatan anda juga akan merekodkan peningkatan.

 

Jika sebaliknya, maka pendapatan juga akan turun. Jadi, walaupun pada bulan tertentu pendapatan anda agak tinggi, tetap tak boleh nak rasa selesa sangat. Anything can happen dan selera dan kemahuan pembaca boleh berubah sekejap sahaja.

 

Khusus untuk jana pendapatan dengan program pengiklanan Mobicow ini, anda perlukan trafik yang datangnya daripada peranti mobile. Ataupun smartphone. Kalau pembaca dan pelawat blog anda kebanyakkannya adalah pengguna smartphone, maka kebarangkalian untuk anda dapat pendapatan yang tinggi dari program pengiklanan ini memang sangat tinggi.

 

Walaubagaimanapun, jika kebanyakkan pelawat yang melayari laman blog anda adalah pengguna laptop ataupun desktop, maka ia tidak akan beri sebarang peningkatan kepada pendapatan anda.

 

Selain faktor trafik, kena juga ambil kira faktor lain seperti berapa ramai jumlah advertiser yang mengiklankan perniagaan mereka menggunakan platform Mobicow. Ini juga akan beri kesan kepada pendapatan yang bakal dihasilkan.

 

Apa pun, saya berpendapat kita cuba sahaja dulu. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk menyertai program pengiklanan ini. Anda boleh sertainya secara percuma sahaja. Daftar secara percuma sahaja disini.

 

Sekiranya selepas sebulan anda siarkan iklan Mobicow, dan anda merasakan ianya kurang berbaloi atau anda rasa kurang gembira, boleh buang sahaja kod iklan Mobicow dari blog anda.

 

Selamat mencuba dan semoga anda juga berjaya buat duit dengan Mobicow.

Baca juga: Jana Pendapatan Sampingan dan Pasif dengan Mobicow

 

Memang tak sia-sia belajar buat blog. Masa yang digunakan untuk pelajari setiap satu fungsi blog, beza antara blog wordpress dengan blogspot, belajar tentang SEO lagi, semua ini akhirnya mendatangkan hasil.

 

Program pengiklanan seperti ini adalah salah satu kaedah bagaimana blog boleh menghasilkan pendapatan.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Komisen Mobicow Januari 2017
  2. Cek dari Nuffnang Februari 2014: Ada sesiapa yang nak buat duit dengan Nuffnang tak?
  3. Jana Pendapatan Sampingan dan Pasif dengan Mobicow
  4. Bayaran komisen Pay Per Click Bidvertiser April 2016

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: belajar buat blog, buat duit dengan Mobicow, cara buat duit dengan mobicow, jana pendapatan dengan mobicow, program pengiklanan Mobicow, tips mobicow

Comments

  1. Anuar says

    February 20, 2017 at 10:29 am

    Tahniah!!!
    Dapat banyak gak tu..
    Kalau convert kepada nilai RM, boleh dapat lebi RM100..

    Reply
    • sabree hussin says

      February 20, 2017 at 11:12 am

      Tak sampai RM100. Kalau ikut kadar tukaran matawang semasa, baru lebih kurang RM91 je ni πŸ˜€

      Reply
      • dedauncomel.com says

        February 20, 2017 at 2:04 pm

        Duit juga tu. Yang menarik pasal buat duit online ni, kita tak dapat jangka sangat income tapi itu yang membuatkan adanya suprise element.

        Tapi sekiranya kita konsisten buat content dan promote suda pasti income tu boleh meningkat tanpa kita sedari.

        Artikel yang menarik ! πŸ™‚

        Reply
        • sabree hussin says

          February 20, 2017 at 10:59 pm

          In Shaa Allah akan cuba yang terbaik untuk hasilkan lebih banyak konten. Mudah-mudahan dengan bertambahnya konten dalam blog ni, akan bertambah jugak incomenya

          Reply
          • dedauncomel.com says

            February 25, 2017 at 12:09 am

            Saya doakan kejayaan anda. Semoga sukses selalu πŸ™‚

            Reply
            • sabree hussin says

              February 25, 2017 at 12:14 am

              Amiin. Terima kasih!

              Reply
  2. Calrase Patrick says

    February 22, 2017 at 5:00 pm

    Tahniah tuan.Memang lumayan main mobicow ni, kalau tetiba ada entri viral confirm mencanak naik earningnya… Pernah sekali dapat 8 USD sehari sebab ada entri viral… Apatah lagi kalau musim ecpm nya tinggi confirm lagi masyuk..

    Ini dibayar pada februari untuk earning januari kan tuan πŸ™‚

    Reply
    • sabree hussin says

      February 22, 2017 at 6:02 pm

      Betul tu, ini earning untuk bulan lepas punya. Biasalah program-program iklan macam ni. Pendapatan pada bulan ini akan dibayar pada bulan hadapan. Terbaiklah sebab pernah dapat sampai USD8 sehari.

      Reply
  3. AmerJaya says

    February 23, 2017 at 10:32 am

    Bro rupanya. Ingatkan sis. haha.. Maaf lah Bro Sabree. Mata ni tak berapa nak elok baca url domain orang.. Btw. Link referral yang bro share tu dia cakap Page Not Found. lepas tu nak tanya, berapa amount boleh cash out untuk mobicow ni?

    Bro tak apply adsense dalam blog ke?

    Reply
    • sabree hussin says

      February 23, 2017 at 1:08 pm

      Oh tu nampaknya masalah kat pihak Mobicow. Saya pun tak boleh nak buat apa-apa sangat. Tapi kalau nak register boleh terus ke web Mobicow. Minimum cash out ialah USD5 sahaja. Secara automatik akan dibayar terus ke akaun Paypal pada 15 – 17hb setiap bulan.

      Reply
  4. Alwi says

    February 23, 2017 at 5:51 pm

    Bandingan pendapatan dari Mobicow ngan Google adsense atau Lazada affiliate, mana satu yg lbh untung?

    Reply
    • sabree hussin says

      February 24, 2017 at 12:00 am

      Kalau nak buat perbandingan, sebaik-baiknya buat perbandingan yang setara dan adil.

      Mobicow untuk segmen pembaca yang datangnya dari peranti mobile.
      Google Adsense adalah program PPC biasa yang memang popular.
      Lazada adalah program affiliate yang membayar apabila berlaku jualan.

      Kan tak sama ketiga-tiga ni.

      Reply
  5. thehaikal says

    March 24, 2017 at 1:02 am

    Wah kene cuba mobicow ni πŸ™‚ Harapnya boleh la tambah sikit pendapatan dari blog hehe

    Reply
  6. Duit Banyak says

    November 11, 2017 at 10:21 pm

    Macam menarik jek program ni. Memang skrg ni kalau boleh memang saya nak bergaji dalam USD ni. Kos hidup di Malaysia semakin membebankan, duit masuk nilainya makin jatuh. Jadi nak tak nak memang kena cari cara dapatkan duit tambahan.

    Reply
    • sabree hussin says

      November 13, 2017 at 9:49 am

      Ya, carilah duit tambahan sebanyak-banyaknya.

      Reply
  7. Ahmad salman says

    September 30, 2018 at 12:13 pm

    Pada mulanya, saya diterima google adsense ne. Tetapi dalam masa yang singkat sahaja. PADAHAL dha berkurun lama aku tunggu keputusan diluluskan oleh google adsense. Benci!!!

    Ditolak alasan melanggar dasar kelayakan. Terlampau ketat sangat undang-undang pun susah juga kan. So, saya try la Mobicow ne dan baru ja mendaftar. HARAPΒ² ini dapat membantu saya untuk menghilangkan dendam dari google adsense.wkwkwkw

    Reply
    • sabree hussin says

      October 5, 2018 at 10:10 am

      Ya Adsense memang ketat peraturannya.

      Reply

Trackbacks

  1. Program Pengiklanan Mobicow ada potensi jadi sumber pendapatan pasif - Sabree Hussin Dot Biz says:
    February 21, 2017 at 5:19 pm

    […] (2) Komisen Mobicow Februari 2017 […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 Β· News Pro Theme on Genesis Framework Β· WordPress Β· Log in