Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Komisen Affiliate Lazada May 2016

May 27, 2016 by sabree hussin 1 Comment

Komisen affiliate dari Lazada untuk bulan May 2016. Telah selamat saya terima dengan penuh rasa syukur. Ini adalah bayaran komisen ketiga yang saya terima dari pihak Lazada.

 

Tak sangka, percubaan untuk buat duit dengan Lazada rupanya membuahkan hasil jugak. Saya pun sebenarnya kurang yakin untuk buat sebarang duit dari program affiliate ni pada mulanya. Rupa-rupanya bukan senang nak dapatkan jualan, lebih-lebih lagi untuk produk-produk harian yang dijual di laman web lazada.

 

Ini bayaran yang saya terima untuk bulan May 2016 ni.

komisen-lazada

 

Memandangkan platform pemasaran yang saya gunakan adalah blog, dan saya lebih banyak menggunakan kaedah advertorial, pada awalnya saya juga tidak meletakkan harapan yang begitu tinggi. Bukannya saya tak yakin dengan teknik advertorial, namun saya buat keputusan untuk berfikiran lebih realistik.

 

Teknik advertorial ni, walaupun memang berkesan untuk bantu kita buat duit online, namun ia perlukan masa untuk kita nampak hasilnya. Ia bukanlah teknik yang kita guna malam ni, dalam masa 24 jam kita dah boleh nampak hasilnya. Bukan begitu.

 

Perlukan masa.

 

Akan tetapi, bila sampai masanya, tak mustahil untuk berjaya buat duit berterusan. Buktinya saya sendiri. Dengan teknik advertorial ini, saya dapat buat komisen dari Lazada untuk tiga bulan berturut-turut.

Baca juga:

(1) Komisen Affiliate Lazada April 2016

(2) Komisen Affiliate Lazada March 2016

 

Kalau orang tanya, “betul ke boleh buat duit dengan Lazada?” jawapannya memang MUKTAMAD, memang boleh. Nak buat dengan tak nak buat je. Pada masa yang sama, kena usaha. Usaha kena gigih dan kuat. Tak boleh malas.

 

Kalau anda nak gunakan kaedah yang sama yang saya gunakan, iaitu menggunakan platform blog dan menggunakan teknik advertorial, saya beri amaran siap-siap, kaedah saya ni SUSAH. Bukan sahaja SUSAH, malahan anda mungkin akan dapati hasilnya tak seberapa.

 

Iye la… seperti yang anda boleh lihat, kebanyakkan komisen yang saya perolehi dari Lazada adalah sekitar RM100 – RM150 sahaja. Tak banyak. Tak sampai 4 angka pun. Mungkin di masa akan datang, boleh dapat lagi tinggi. Saya pun tak tau.

 

Berbaloi ke join program affiliate Lazada? Memandangkan program affiliate Lazada ni PERCUMA sahaja untuk disertai, dan ada beribu-ribu produk yang boleh kita promosikan di sana, saya rasa ianya berbaloi. Lagipun, program affiliate ni tidaklah sesukar mana.

 

Kalau nak bandingkan antara program affiliate dengan bisnes dropship, saya lebih suka untuk fokus pada program affiliate. Walaupun dari segi pendapatan, mungkin peratus komisen yang boleh kita perolehi sebagai upah adalah sedikit lebih rendah berbanding dropship, namun dari segi komitmen kerja, kerja mempromosikan produk affiliate lebih mudah.

 

Untuk orang yang baru nak belajar-belajar macam mana nak buat duit secara online, amatlah digalakkan untuk sertai program affiliate seperti ini. Dalam program affiliate, kita dapat belajar dan mahirkan diri kita macam mana nak buat pemasaran yang berkesan.

 

Sebaliknya, kalau anda terus mula dengan menjual produk sendiri, atau menjual produk dropship, fokus anda mungkin akan terganggu, sebabnya anda kena uruskan juga bab penghantaran produk dan juga bab customer support. Berbeza dengan program affiliate, kita hanya fokus pada kerja-kerja promosi. Bila dah pandai buat promosi secara online, In Shaa Allah, nak jual produk apa pun senang lepas ni.

 

Baiklah, kalau anda juga berminat nak sertai program affiliate Lazada ni, boleh baca artikel saya sebelum ini. Saya ada terangkan macam mana nak join program affiliate ini.

Klik untuk baca: Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?

 

Ok…

 

Selamat menjana komisen dari Lazada.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Komisen Affiliate Lazada Oktober 2016
  2. Komisen Affiliate Lazada Julai 2016
  3. Komisen Affiliate Lazada September 2016
  4. Komisen Affiliate Lazada November 2016

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: boleh ke buat duit dengan lazada, buat duit dengan lazada, buat duit online lazada, bukti pendapatan dari lazada, cek lazada, komisen lazada, macam mana buat duit dengan lazada, program affiliate lazada

Comments

  1. Elih Japahar says

    August 31, 2016 at 8:53 am

    Tiap2 bulan ada komisen..hebatlah tuan, share sikit skill tu hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay
  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in