Komen Saya Tentang Program jobdirumah

by sabree hussin on September 29, 2014

in Review

Kali pertama saya bertentang mata dan berkenal-kenalan dengan laman web jobdirumah adalah sekitar pertengahan bulan Februari tahun 2013.

Perasaan pada ketika itu?

Cukup teruja.

Akhirnya… peluang seumpama ini, untuk bekerja hanya dari rumah berbekalkan sambungan internet dan komputer atau laptop, dibuka untuk rakyat Malaysia seperti saya!

buat_duit_dengan_jobdirumah

Konsep pekerjaan sebagai seorang freelancer bukanlah suatu konsep yang asing jika di luar negara. Tetapi, kalau di Malaysia, ia masih lagi boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang baru.

Kalau ada orang Malaysia yang nak bekerja dari rumah sebagai Freelancer, nak tak nak mereka terpaksa mendaftar dengan platform yang memang dah sedia terkenal dan kukuh diluar negara seperti di UK, dan US.

Memang tak syok.

Sebabnya kita terpaksa berurusan dengan client dan juga bakal client yang tak reti cakap Melayu.

Kemudian, ada sesetengah keadaan, kita tak boleh dedahkan pada mereka yang sebenarnya kita bukan orang tempatan (UK atau US). Ada juga antara mereka yang cukup pantang kalau tahu yang selama ni mereka berurusan dengan seseorang yang non US citizen.

So… memang banyak kerenah.

Terbaru, pemilik platform laman web jobdirumah juga telah melancarkan satu lagi platform baru untuk membantu para penulis blog untuk dapat job penulisan berbayar dikenali sebagai advertorial. Boleh lihat post saya sebelum ini berjudul review laman web Advertorial.MY

Kenapa saya sanggup join program Jobdirumah?

Why?

Yuran pendaftaran… RM50. Bukan satu angka yang kecil. Akan tetapi, inilah yang perlu saya BAYAR untuk sertai program jobdirumah.

Mungkin, ini semua terjadi dek kerana muncul kesedaran dalam diri. Saya sedar yang sebenarnya

SAYA TAK TAHU MACAM MANA NAK BUAT DUIT DAN BEKERJA HANYA DARI RUMAH!

Tiba-tiba, pada satu hari saya ditemukan dengan sebuah laman web yang mengajar macam mana nak buat duit dari rumah.

Perfect timing!

Selama ini saya hanya tertanya-tanya… macam mana brader ni boleh survive hanya dengan jadi freelancer. Macam mana cara dia buat duit?

Laman web mana yang dia join untuk buat duit?

Apa sebenarnya step-step yang diperlukan untuk buat duit online sebagai seorang freelancer?

Laman web yang mana satu yang sebenarnya betul-betul membayar ahlinya? Macam mana kita nak kenal, mana satu laman web yang betul-betul serius membayar ahlinya dan mana satu laman web yang menipu?

Kesemua persoalan yang berada dalam minda saya terjawab apabila saya join program Jobdirumah.

pendaftaran_jobdirumah

Saya untung besar!

Ya. Saya rasa saya untung. Sebabnya saya dapat pelbagai info yang tepat dan saya boleh perolehinya dengan cepat.

Kerana dari sini saya tahu macam mana tips dan teknik nak buat duit dengan laman web freelancing popular iaitu freelancer.com

review_jobdirumah_buat_duit

Pilihan nak buat duit yang cukup pelbagai

Bukan laman web freelancer.com sahaja yang anda boleh jadikan lubuk buat duit untuk kerja-kerja freelancing, malahan anda boleh juga menjadi ahli di laman web seperti fiverr.

Ini satu lagi tempat yang amat terkenal untuk dapatkan servis yang berkualiti dengan kos serendah USD5

Sebenarnya ada trik macam mana nak dapatkan lebih banyak untung berbanding hanya dengan USD5

review_jobdirumah_review_artikel

Selepas lebih setahun menyertai jobdirumah…

Hingga ke saat ini, saya masih lagi menerima emel pemberitahuan daripada pihak jobdirumah mengenai kerja kosong yang masih available untuk saya lakukan.

Contohnya macam hari ini, ada banyak kerja kosong yang boleh saya pilih dan buat on the spot.

panduan_jobdirumah

Saya dah tengok job yang berlabel “online survey takers from Malaysia needed” tu. Memang mudah. Hanya perlu isi form, jawab survey kemudian klik submit.

Bila dalam akaun ewallet kita dah cukup, baru boleh cash out duit tu.

Konsep dia tak jauh beza dengan 8share. Bila dah cukup duit dalam baki akaun, pada bila-bila masa baru kita boleh request untuk keluarkan duit kita tu.

Cara paling SENANG nak buat duit dengan jobdirumah?

Pada saya, cara paling senang nak buat duit dengan jobdirumah adalah dengan menjadi agen pemasaran untuk produk-produk mereka.

Salah satunya adalah untuk produk program latihan jobdirumah ini sendiri.

buat_duit_jobdirumah_komisyen

Alhamdulilah, masih ada rezeki untuk saya merasa komisyen daripada program ini.

Moga-moga komisyen seumpama ini berterusan hendaknya.

Jika anda masih lagi tak tau, dan berminat nak tahu macam mana sebenarnya proses buat duit sebagai seorang freelancer, anda memang patut join laman web jobdirumah.

Dapatkan ilmu buat duit dari rumah ini.

Sebabnya kita sendiri tak tahu, sampai bila kita akan terus bekerja di luar sana.

Kan lagi elok, kita sentiasa bersedia untuk hadapi kemungkinan. Bila kita dah tak kerja nanti, at least kita ada ilmu untuk terus mencari rezeki, walaupun hanya dari rumah.

Klik sini untuk membaca review penuh mengenai program bekerja dari rumah oleh jobdirumah.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 12 comments… read them below or add one }

Abdfatah September 30, 2014 at 9:01 am

Ooo.. Advertorial jobdirumah punya rupanya. Menarik. Mahsyuk. Pasnih mohon review ilancee dlm ashadee pastu jgn lupa review mb2000 pulok. Hehee

Reply

Hafizul September 30, 2014 at 1:19 pm

Huhu..tahniah bro..memang seronok la dapat komisen JDR ni..hehe

Reply

Rokiah Abdul Hamid October 1, 2014 at 3:50 pm

menarik..peluang jana pendapatan di rumah ni.boleh dikongsi2kan

Reply

encikarman October 1, 2014 at 7:02 pm

dah lama tak merasa komisen jdr nih.. kena usaha lebih nih..

Reply

blogger lelaki October 1, 2014 at 8:50 pm

siap ada tips tu..terbaik la bro

Reply

onlajer October 2, 2014 at 6:49 pm

nampak nak up kan lagi lah entri ini kasi ingat kat dia orang dah daftar sila buat kerja

Reply

suri October 3, 2014 at 10:09 am

kita buat ada sahaja habuan jaganlah bagi alasan ๐Ÿ™‚

Reply

sabree hussin October 3, 2014 at 7:08 pm

Ha’a buat je. In Shaa Allah ada habuan nya. Yang penting sanggup nak buat kerja

Reply

Aisyah October 13, 2014 at 2:36 am

pernah try fiver.. kalau rajin.. income boleh tahan laa jugak.. hihihi

Reply

sabree hussin October 13, 2014 at 4:42 pm

Tahniah. Fiver ni saya lagi banyak beli servis berbanding jual servis.

Reply

Miracle Vitamins October 23, 2014 at 9:13 am

Tahniah sebab berjaya buat job hanya dari rumah sahaja.

Reply

sabree hussin October 23, 2014 at 9:16 pm

Terima kasih. Saya pasti semua orang boleh jika sanggup mencuba

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: