Pendapatan Hasil Daripada Sumber Menulis Blog. Halal Ke?

Bismillahir Rohmaanir Rohim.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat pengunjung blog sabreehussin dot com sekalian.

Nampak gayanya mood pada hari ini masih lagi dalam suasana cuti. Malaysia ini nampaknya makin banyak pulak hari cutinya.

Hari Ahad lepas, 05 Februari 2012 merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Memandangkan sambutan tersebut jatuh pada hari Ahad, maka hari ini, Isnin diumumkan cuti peristiwa.

Hari esok pulak, Selasa, 07 Februari 2012 merupakan tarikh bagi perayaan Thaipusam. Cuti lagi..

Jadi siapa-siapa yang bertuah tu, dapatlah bercuti dari hari Sabtu sampailah hari Selasa. Dekat 4 hari jugak tu. Dalam masa 4 hari ini macam-macam aktiviti boleh dibuat.

Hari ini saya telah luangkan masa untuk belajar sesuatu yang baru dari Ustaz Zaharuddin menerusi laman webnya zaharuddin.net

Satu artikel yang menarik minat saya adalah artikel mengenai harta bathil. Tajuk penuh artikel tersebut ialah Kemaruk Harta Bathil.

Apakah yang dimaksudkan dengan harta bathil?

Menurut Ibn Al-Arabi, beliau mendefinisikan al-bathil sebagai

Apa sahaja yang tidak halal menurut syarak seperti riba, gharar dan seumpamanya yang tiada satu faedah dan manfaat ( buat Islam)

Imam al-Qurtubi memperluaskan definisi harta bathil dengan memasukkan sekali pendapatan yang terhasil daripada hal-hal seperti perjudian, pertaruhan, penipuan, rampasan, khianat, mengingkari hak orang lain, mengambil hak orang lain tanpa restui, upah pelacuran, upah tukang tilik, bomoh, harga dan untung jualan arak, babi dan banyak lagi, semua ini tergolong dalam makan harta secara bathil.

Ini juga bererti

Sesiapa yang memakan harta orang lain tidak di atas landasan izin syarak, maka dia telah makan secara bathil.

Secara tak langsung saya mula terfikir, apa agaknya status pendapatan yang di raih oleh penulis-penulis blog seperti saya ini. Adakah ianya halal, haram, atau harus hukumnya.

Seperti yang sebahagian daripada kita sudah sedia maklum, hukum dan ketetapan boleh berubah mengikut keadaan. Islam bukanlah agama yang rigid. Ada masanya hukum boleh berubah daripada harus kepada haram.

Setakat waktu artikel ini ditulis, penulis blog boleh menjana pendapatan melalui beberapa medium dan antaranya adalah menerusi program pengiklanan (blog advertising), mempromosikan produk milik pihak ketiga (affiliate), menjual produk sendiri, sponsored post, dan juga menyewakan tapak pengiklanan di blog kita.

Hmm banyak jugak sebenarnya cara nak buat duit dengan blog ni sebenarnya. Semuanya bergantung pada kreativiti kita..

Now.. the core part untuk catatan pada kali ini.. Pendapatan dari seorang penulis blog itu.. adakah ianya halal atau haram?

Menurut al-Qurtubi

Barangsiapa yang memakan secara bathil, walaupun jika seorang qadhi (hakim) memutuskan kemenangan kepadamu, sedang kamu sesungguhnya tahu kamu  (hakikatnya) bersalah (menipu), maka yang haram tidak akan sesekali menjadi halal dengan keputusan hakim itu, dia hanya memberikan hukum berdasarkan zahir dan bukti sahaja, dan inilah (hukum yang) ijma’  dalam bab harta (Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, 2/338)

Pandangan ini adalah berdasarkan satu hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud,

Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar,  8/632, no 3920 )

Blog Advertising

Majoriti penulis blog seperti saya akan menjadikan medium pengiklanan sebagai salah satu cara untuk buat duit dengan blog.

Antara program-program yang popular adalah seperti Nuffnang, innity, advertlet, 701 panduan, google adsense, bidvertiser dan lain-lain lagi. Walaupun ada pelbagai method dan pelbagai program, namun demikian modus operandinya adalah hampir sama.

Penulis blog dibayar berdasarkan klik ataupun impression pada iklan yang disiarkan. Impression ini bermakna berapa ramai yang melihat iklan yang dipaparkan dalam blog kita pada satu-satu masa.

Pada asalnya hukum buat duit melalui medium blog adalah harus, namun demikian ia boleh jadi haram sekiranya berlaku hal-hal seperti berikut

1. Penulis blog tidak mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat pengiklan. Dalam perjanjian antara blogger dan juga syarikat pengiklan, penulis blog dilarang sama sekali untuk memaksa, menyuruh atau meminta pelawat klik pada iklan yang disiarkan.

2. Penulis blog, juga dilarang sama sekali untuk klik sendiri pada iklan yang disiarkan dalam blognya. Program seperti Nuffnang, memberi kelonggaran kepada kita untuk klik sendiri asalkan tujuan klik sendiri tersebut adalah genuine semata-mata untuk mengetahui kandungan iklan tersebut. Sekiranya klik pada iklan yang disiarkan dalam blog sendiri disebabkan sengaja nak tambahkan pendapatan, maka pertambahan pendapatan itu jatuh haram.

3. Kandungan iklan mestilah tidak ada kena mengena dengan produk-produk yang diharamkan dalam syara’, sebagai contoh iklan mengenai arak, judi, pornografi, produk-produk berasaskan riba, kegiatan pelacuran dan lain-lain perkara yang secara jelas dilarang oleh syara’ dan berat kearah kemaksiatan.

4. Artikel yang disiarkan mestilah artikel yang original hasil daripada penulisan penulis blog itu sendiri. Kalau penulis blog itu menyiarkan artikel yang bukan hasil kerja-kerja penulisannya, maka dia perlu minta kebenaran untuk menyiarkan artikel tersebut daripada penulis asalnya. Sekiranya tidak ada kebenaran daripada penulis asal, yang inilah kita katakan sebagai mengambil hak orang lain.

Tak kiralah ada beri kredit dengan beri backlink ataupun tidak. Syarat dia ialah minta izin, dapatkan kebenaran. Bukan beri backlink. Setakat bagi backlink, setara ke dengan usaha dan penat lelah penulis asal hasilkan artikel yang kita tiru bulat-bulat tu?

Begitu jugak dengan penggunaan gambar. Gambar yang diambil dari sumber perlu juga memperoleh keizinan pemilik asal.

5. Sambung mengenai kandungan blog, apa yang ditulis dalam blognya? Adakah blog yang artikel-artikelnya menjurus kearah mengaibkan orang, memfitnah, gosip, dan mencetuskan ketegangan antara dua pihak?

Jika ya, bermakna penulis blog itu tadi menyara hidup dengan menzalimi pihak ketiga. Sumber pendapatannya dicemari oleh perkara-perkara seumpamanya. Jadi pendapatan yang terhasil dari blog telah dicemari dengan dosa.

Begitu jugak halnya apabila dalam satu atau dua artikel yang disebarkan, kita secara terang-terangan telah menyiarkan gambar-gambar peribadi yang mendedahkan aurat, ia juga memberi kesan dan pengaruh keatas pendapatan yang terhasil.

Ada satu hadis yang mengisahkan mengenai perihal halal dan haram, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud,

“Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara-perkara syubhat,Kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga diri dari perkara syubhat tersebut, maka dia telah menjaga agamanya dan kehormatannya,dan barangsiapa yang jatuh dalam perkara syubhat, maka dia jatuh kepada hal yang haram.Seperti seorang pengambala yang mengembala disekitar daerah larangan, lambat laun akan masuk kedalamnya. Ketahuilah, setiap raja memiliki daerah larangan, sedangkan daerah larangan Allah adalah apa-apa yang diharamkan-Nya. Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, dia adalah hati ” (Riwayat Bukhari & Muslim, dari Nu’man bin Basyir)

Saya percaya, sebagai manusia biasa kita memang tak akan terlepas dari melakukan kesilapan, dan terlanjur melakukan dosa.

Tapi bagusnya Islam itu ialah bila dalam ajarannya, dianjurkan untuk umatnya saling berpesan-pesan dan ingat-mengingati bila ada antara ahlinya yang dah tersasar melakukan kesilapan.

… mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. surah al-asr ayat 3

Jadi kesimpulannya, hukum blogging adalah harus dan pendapatan yang terhasil daripada aktiviti blogging tersebut adalah halal asalkan kita menjauhi dan menutup segala pintu kemaksiatan yang sentiasa mencari ruang dalam blog kita.

Kita hidup ini ada peraturan, kita berblogging pun ada peraturan dia juga.

Semoga pembaca sekalian beroleh manfaat.

Wallahua’lam

ps: Terasa gerun pulak bila mengenangkan setiap apa yang kita usahakan atas muka Bumi ini akan disoal oleh Allah s.w.t di akhirat nanti, walaupun apa yang kita buat itu hanyalah sebesar zarah sekalipun.

Segala salah dan silap dalam saya berhujah, mohon pelawat sekalian perbetulkan untuk kebaikkan bersama.

 

 

********************************************************************

********************************************************************

37 Responses to Pendapatan Hasil Daripada Sumber Menulis Blog. Halal Ke?

  1. Azman February 7, 2012 at 12:27 am #

    Pernah baca dalam blog Ustaz Zaharuddin pasal ni..cuma agak sedih masih ada yg letak gambar artis yg seksi,lepas tu dok kutuk2 pulak artis tu.
    Azman recently posted..Maksud Nama Anda

    • sabree hussin February 7, 2012 at 12:32 am #

      siapa yang nak tolong betulkan balik ni..

    • sabree hussin February 9, 2012 at 10:22 pm #

      yang mengutuk tu pun tak adalah lagi baik dari yang dikutuk :-)

  2. cikmawar February 7, 2012 at 10:35 am #

    t.kasih untuk info berguna ni…
    cikmawar recently posted..a green birthday.

    • sabree hussin February 9, 2012 at 10:19 pm #

      sama-sama cik mawar, terima kasih luangkan masa singgah ke sini

  3. shraqs February 7, 2012 at 12:45 pm #

    Secara sedar @ tidak kebanyakan PPC Advertising sekarang memang dah tetapkan syarat2 ni semua,… diorang pun tak nak pengguna tertipu dengan iklan mereka, sebab sbg blogger kita disyaratkan memaklumkan tentang status blog samada mendapat keuntungan daripada mana2 pihak ketiga di Disclaimer @ TOS @ di raungan iklan secara terang-terangan.
    shraqs recently posted..PageRank (PR) Pertama Untuk MobilityWorlds

    • sabree hussin February 9, 2012 at 10:19 pm #

      pernah dengar jugak pasal kena wujudkan page disclaimer, terutama sekali adsense kan

  4. Khidhir February 7, 2012 at 1:06 pm #

    perkongsian yang baik untuk kita renungkan bersama
    Khidhir recently posted..5 Antivirus Terbaik

    • sabree hussin February 9, 2012 at 10:18 pm #

      terima kasih encik Khidir

  5. Wan Gerrard February 7, 2012 at 1:49 pm #

    hmm harap dijauhkan dari menerima sumber wang yang haram :)
    Wan Gerrard recently posted..Gambar Liverpool 0-0 Tottenham Hotspur

    • sabree hussin February 9, 2012 at 10:18 pm #

      boleh.. kita usahakan la

  6. Siti Fatimah Ahmad February 7, 2012 at 3:50 pm #

    Alhamdulillah, blog saya tidak mempunyai khidmat sedemikian kerana blog saya hanya sekadar tempat menulis sahaja. lagipun, saya memang tidak berminat untuk mencari wang melalui blog.

    Tulisan yang bernas dan mencerahkan.

    Salam ceria.
    Siti Fatimah Ahmad recently posted..CT86. FORMULA “JERI’S”

    • sabree hussin February 9, 2012 at 10:15 pm #

      salam ceria Puan Siti :-)

      Ye la, baru saya perasan, blog puan siti tak ada sebarang iklan

  7. spudin February 7, 2012 at 3:54 pm #

    harap-harap dijauhkan dari pndpatan haram … follow sini
    spudin recently posted..NUFFNANG : APA KEBAIKAN ?

    • sabree hussin February 9, 2012 at 10:14 pm #

      jauhkan la daripada makan duit haram. tak sedap

  8. Old Trafford February 7, 2012 at 5:44 pm #

    Artikel yg bernas, patut disebarkan ke seluruh alam blog ni..hehe
    semoga terhindar dari melakukan benda yg haram tu.
    Old Trafford recently posted..Gizi Makanan Untuk Atlet Ahli Sukan

    • sabree hussin February 9, 2012 at 10:12 pm #

      kalau sudi, bolehlah tolong share kan hhhe

  9. zhazmi February 7, 2012 at 6:09 pm #

    perkongsian yang sangat bagus, dulu pernah terbaca kat zaharuddin.net.
    utk nuffnang, kita juga boleh klik jika memang berminat dengan produk yang disiarkan dalam iklan tersebut..
    zhazmi recently posted..Review Miecyber’s Blog

    • sabree hussin February 9, 2012 at 10:12 pm #

      Nuffnang memang boleh klik sendri, tapi tak boleh buat selalu. Nak lagi selamat lebih baik jangan buat langsung

  10. titan February 7, 2012 at 8:53 pm #

    so far, bagi aku. Ikut niat masing-masing. Kalau kita bertegas macam-macam, nak guna internet ni pun leh jatuh macam-macam hukum. Islam ni mudah. Cuma kita jangan ambil mudah.
    titan recently posted..Kekalahan kedua yang tak kacak..

    • suri February 8, 2012 at 12:45 pm #

      sebelum buat kena fikirkan bro huhu..jangn tangkap muat heeee

  11. Faiz February 7, 2012 at 9:50 pm #

    Bahaya kalau tak berhati-hati..terima kasih sebab mengingati saya dan blogger2 lain juga..=)..mcm manalah web blog yang citer pasal artis tu..yg dh untung ribu2..

    • sabree hussin February 9, 2012 at 10:09 pm #

      Untuk web blog yang dah untung ribu-ribu tu, nanti dekat akhirat pandai-pandai la dia jawab depan Allah

  12. APAN February 7, 2012 at 10:37 pm #

    kalau x kena cara tu la yg boleh jadi haram tu.tq bro :)
    APAN recently posted..Mana Budak Perempuan Itu?

  13. tehr February 7, 2012 at 11:44 pm #

    moga2 kita dijauhkan dari perkara2 yang ditegah
    tehr recently posted..Pantun SEO Off Page

  14. suri February 8, 2012 at 12:40 pm #

    setiap apa yg d tulis suma milik dia..alahai klu sush nak kongsi ilmu payah gak tu hee..apa pun yg baik driNYA yang buruk dri kita serba kekurangan..

    • sabree hussin February 8, 2012 at 1:42 pm #

      Betul tu, semua Ilmu yang wujud atas muka bumi ini adalah milik Allah macam yang suri kata tu. Akan tetapi, setiap hasil kerja tangan tu adalah kepunyaan dan hak milik individu yang menghasilkannya, kalau nak copy paste perlulah dapatkan kebenaran sekurang-kurangnya.. kalau tak buat, jadilah kita ini ambil barang dan hak orang lain tanpa izin.

      Itu sebenarnya maksud yang disampaikan.

      Andaikata nak sebarkan ilmu, buat apa nak mintak izin. Ilmu itu milik Allah, kita tak ada hak nak claim copyright atau apa-apa protection. Sekali Allah tarik balik semua nikmat ilmu tu baru tau, habis semua hilang

  15. suri February 8, 2012 at 12:44 pm #

    dulu masa ada blog org sllu mtk klik2 huhu lama2 buang kotka jerit terus.. skrg baru reda..eii..

    • sabree hussin February 9, 2012 at 10:06 pm #

      macam mintak simpati pulak orang yang buat macam tu ye

  16. sebaikbaikcahaya February 8, 2012 at 3:38 pm #

    Salam,
    perkongsian yang sangat menarik. Oleh kerana sebab inilah ada blogger yang bertindak untuk tidak lagi menggunakan Google Adsense kerana ia terlalu sukar di kawal iklan yang keluar darinya. Perlu update block link hampir setiap hari. Semoga kita semua peroleh rezeki yang halal, InsyaAllah.

    • sabree hussin February 9, 2012 at 10:05 pm #

      waalaikumussalam, saya tak lama guna adsense, sebab sekejap je dah kena banned. Jadi tak tau pun terpaksa filter iklan selalu

  17. mykrk February 19, 2012 at 2:59 am #

    Assalamualaikum. Saya baru sebulan setengah menggunakan Google Adsense. Sudah 66 url saya sekat kerana menyiarkan iklan forex, dating dan kecantikan (terlebih cantiknya). Penat juga. Ada hari yang seolah-olah diserang dengan iklan forex. Mungkin kerana blog berbahasa Melayu dan iklan Melayu belum banyak.

    Dulu semasa menggunakan iklan innity, lebih kurang begitu juga. Kalau jarang menjenguk blog, keluarlah iklan yang saya kurang suka (tapi mungkin ada yang tidak berapa kisah). Contohnya iklan tentang filem di panggung wayang, insuran konvensional, bank yang bukan patuh syariah. Tapi pendapatannya memang lumayan. Bayangkan kalau 1 klik = RM8.00. Kita akan diberitahu melalui email berkenaan kempen terbaru beserta nilai klik. Peserta juga diberi pilihan sama ada mahu menerima atau menolak sesuatu iklan. Baik innity ni…….

    Nuffnang pula, dulu saya perhatikan ada iklan yang tidak menutup aurat. Nampaknya sekarang mereka lebih peka dengan sensitiviti dan isu yang berbangkit.

    Jadi? Berfatwalah dengan hati. Hati merasa tenang dengan pahala dan resah dengan dosa.

    Berkenaan iklan Google Adsense di blog saya itu, saya masih mahu bereksperimen……….. Cuma satu sahaja yang mungkin berbeza dengan iklan lain. Namanya pun ad sense. Oleh kerana blog saya banyak tutorial tentang pelajaran Bahasa Arab, banyak juga iklan yang bermanfaat untuk pengunjung saya.

    Saya teringin juga hendak klik, tapi sabar sajalah. Salin url dan google sendiri. Tapi sedih juga, iklan tentang agama bukan Islam juga keluar………..

    Akhir zaman……….. mujahadah mencari yang halalan toyyiba………..

    Maaf, komen berjela-jela.

    https://www.facebook.com/mykrk/posts/365889200088576
    mykrk recently posted..علامات الساعة Hadith Akhir Zaman: 11. Rasuah Berleluasa | ArabMykrk.com [Digg]

  18. Pejuang Kesenian Extreme February 20, 2012 at 9:55 am #

    saya juga ada perhatikan ada sesetengah blogger yang peka dengan iklan2 untuk produk yang haram seperti arak.Mereka sanggup memaklumkan kepada syarikat pengiklan . Kalau tiada tindakbalas,mereka akan membuang iklan terbabit.
    Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Yuna – Terukir Di Bintang

  19. Hazri April 3, 2012 at 8:00 am #

    salam…sy nak tanya sikit, nuffnang halal ke? sbbnya iklan2 nuffnang selalunya memparkan gambar wanita yg tidak menutup aurat…tgk je kat bawah artikel ni ada gambar wanita yg tdk menutup aurat drp nuffnang…

  20. Ain April 17, 2012 at 2:20 am #

    salam . saye mintak copy yea ?

    • sabree hussin April 18, 2012 at 10:25 am #

      boleh silakan :-)

  21. cik tom May 2, 2012 at 8:34 pm #

    thanks info menarik..bmbg jgk jika terguna duit dr sumber yg haram..kn sentiasa update supaya xtersilap..mencari yg halal tue wajib..jgn jgn terlalu mengejar keuntungan dunia semata2 smpi semua sekali sapu..
    cik tom recently posted..Emas Perhiasan Sebagai Simpanan Masa Depan Bukan Pelaburan Emas

Leave a Reply

CommentLuv badge