Bismillahir Rohmaanir Rohim.
Assalamualaikum w.b.t dan terima kasih kerana masih lagi sudi berkunjung ke blog sabreehussin dot com.
Catatan pada kali ini saya tujukan khusus kepada Puan Siti Fatimah Ahmad sebagai jawapan kepada persoalan yang dikemukakan dalam catatan saya yang lalu bertajuk Formula Riba : Selamatkan Diri Anda Dari Riba & Pengaruhnya.
Pertamanya, terima kasih saya ucapkan sebab mengetengahkan persoalan yang saya kira amat menarik. Jadi sebelum tu, biar saya highlight terlebih dahulu persoalan yang dikemukakan sebelum ini adalah seperti berikut,
Pada masa kini hampir semua dari kita tidak terlepas dari terjebak dengan aktiviti yang dicemari oleh riba seperti membuka akaun simpanan di bank konvensional, dan membuat pinjaman di bank yang sama.
Persoalannya ialah, sekiranya peratusan faedah yang dikenakan itu atas persetujuan bersama, difahami dan pembeli merasakan ia bukan satu penindasan ke atas dirinya, apakah ia masih juga dianggap sebagai riba?
Salah satu faktor yang menjadikan riba itu kotor dan diharamkan secara jelas melalui penelitian sumber al-Quran dan hadis adalah sifatnya yang mempromosikan kezaliman dan ianya bersifat menindas. Namun demikian, bagaimana pulak kalau faedah (interest) yang ditetapkan merupakan sesuatu yang disepakati? Manakala pihak yang memberi pinjaman itu pula tidak langsung berniat untuk menindas.
Sebagai contoh bunga (interest/faedah) yang dikenakan pun hanyalah 1% sahaja. Sebabnya, permberi pinjam itu tadi sangat-sangat memahami kedudukan kewangan kita yang tak berapa kukuh dan dia (pemberi pinjaman) pun hanya mengenakan bunga yang sangat minimum.
Dari satu sudut pandang, nampak macam tiada unsur-unsur kezaliman dan nampak macam si pemberi pinjam itu nak menolong kita dengan ikhlas pun ada kan?
****
Saya masih ingat lagi masa zaman-zaman saya sekolah rendah dulu. Waktu tu barang makanan yang dijual di kantin sekolah pun tidaklah semahal mana. Waktu itu emak beri saya duit saku sebanyak 70 sen setiap hari.
Daripada 70 sen tu saya boleh beli nasi lemak satu pinggan (50 sen) dan keropok lekor empat batang (20 sen). Air saya bawa sendiri dari rumah, jadi tak perlu beli air pun. Memang kenyang lah.
Tapi ada jugak kawan-kawan yang memang datang dari keluarga yang susah. Yang mak bapaknya langsung tak bagi duit belanja. Diorang ni cuma bawak bekal untuk datang ke sekolah. Kadang-kadang langsung tak bawak apa-apa.
Budak sekolah rendah pada waktu saya dulu pun dah pandai amalkan riba!
Tapi off course kami tak tau itu ialah riba dan dengan confidentnya kami buat macam tu. (semoga Allah ampunkan dosa-dosa kami disebabkan oleh kejahilan kami)
Apa yang kami amalkan adalah seperti berikut. Perhatikan perbualan dibawah ya
Faiz : Sabri, aku tak ada duitlah. Aku nak pinjam 20 sen, besok aku pulangkan balik aku bagi ko 50sen
Sabri: Okay. Nah 20 sen, besok bagi balik 50 sen (dengan gembiranya dapat untung 30sen)
****
Dalam sistem ekonomi Islam, kita dibenarkan untuk bayar lebih apabila kita berhutang. Sebagai contoh, kita pinjam RM1,000 kemudian kita pulangkan semula RM1,200. Ada pertambahan dan lebihan sebanyak RM200. Ianya tidak haram dan tidak riba. Kita namakan ia sebagai Qardhul Hassan (Hutang yang baik). Insya Allah akan saya kupas mengenai Qardhul Hassan di lain masa.
Riba Dalam Hutang
Terdapat dua jenis riba yang boleh berlaku berpunca daripada hutang. Ada dua jenis riba yang dikenali sebagai riba al-Qardh dan riba Jahiliyah. Berikut ada penerangan dan maksud kedua-dua jenis riba yang di maksudkan.
1. Riba al-Qardh
Merujuk kepada kadar atau sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan atas pemberian jumlah pinjaman pokok . Syarat ini dibuat di awal (predetermine) kontrak pinjaman (loan contract), dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam.
Sebagai contoh interest yang telah ditetapkan sejak awal-awal lagi sebelum pinjaman dibuat. Pinjaman RM100,000 dengan interest rate 10%.
Jadi apabila membuat bayaran balik jumlah yang dibayar adalah sebanyak RM110,000 (RM100,000 + RM10,000).
Jumlah faedah yang dicampur dengan jumlah pokok pinjaman akan dibahagi mengikut bulan. Dan dari situlah kita akan tahu berapakah bayaran balik yang perlu dilunaskan setiap bulan.
2. Riba Jahiliyah
Iaitu kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih daripada jumlah pinjaman pokok yang dikenakan akibat si peminjam gagal membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan pada tempoh yang dipersetujui. Akibatnya pemberi pinjam akan mengenakan kadar denda ke atas si peminjam kerana minta tangguh pembayaran hutang atau gagal membayar hutang dalam waktu yang ditetapkan.
Interest ini sifatnya adalah compounding (berganda). Sekiranya pada bulan ini kita tak dapat bayar, maka pada bulan akan datang interest itu akan bertambah dan terus bertambah.

Fakta Mengenai Riba
1. Dalil pengharaman Riba adalah jelas dan terang
… Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. al-Baqarah ayat 275
Bermakna, tanpa mengira kuantiti, banyak atau sikit, riba itu adalah haram sama sekali.
Pertambahan dalam bentuk faedah sebanyak 10 sen ialah haram, RM10 ialah haram, RM100 juga haram dan RM10,000 juga tetap haram.
Ringkasnya, asalkan ada unsur riba, tidak kira banyak atau sikit, menindas atau melindungi, ianya tetap haram dan perlu dielakkan sama sekali.
2. Pengharaman Riba adalah qatie (muktamad) dan sepakat jumhur ulama. Melalui ijtihad ulama, mereka juga telah menetapkan bahawa apa-apa yang mengandungi unsur riba adalah haram.
3. Riba adalah dosa besar dan membawa ke neraka.
4. Kebanyakkan produk-produk kewangan dari bank-bank konvensional adalah berasaskan riba. Namun demikian, ada juga bank konvensional yang menawarkan produk-produk kewangan Islam. Apa yang perlu kita perhatikan adalah dari segi kontrak dan aqad produk yang kita langgan.
Kesimpulannya, adalah lebih baik kita mengambil jalan yang selamat dengan meninggalkan segala macam perkara yang bersangkutan dengan riba.
Andai kata kita dah terjebak dan tak boleh nak dielakkan (macam pinjaman PTPTN tu), sama-sama kita berdoa dan bertaubat semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.
Semoga catatan yang tak seberapa ini menjawab pertanyaan Puan Siti Fatimah ya.
Wallahua’lam
rujukan :
1. Principles of Fiqh Muamalat, Islamic Business Transaction (Faculty of Business Management, UiTM)
2. Wang, Anda dan Islam (Dr. Zaharuddin)
3. RIBA Kesan & Mudaratnya menurut Al-Quran & Sunnah
4. Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba (Hisham Ahmad)
********************************************************************

********************************************************************


bagus perkongsian ini
Juan recently posted..Mee Bandung
terima kasih juan sebab baca
oh..baru cik jelas..hmm,takut jugak kdang2 x sedar ribatu brlaku..trime kaseh tuk entry ni ^_^
cik teddy recently posted..I Talk About Smile
sama-sama cik teddy
hehe..bab riba ni..kena kaji sedalamnya..dia punya cabang terlalu luas..Cuma ramai orang kita ambil remeh soal riba ni..
titan recently posted..Kenapa lelaki kacak suka Morning Musume?
Produk yang ada riba dah jadi makin kreatif sekarang, kadang-kadang dia punya pusing tu sampai susah nak kesan kat mana ada riba
Ada yang melaburkan saham tidak pasti sumber pelaburan dan jaminan pulangan keuntungan kerana mahu keuntungan dengan cepat.
itu la yang biasa berlaku..bila pelabur cuma nampak pulangan yang lumayan
Perkongsian yg baik, bro
Terima kasih
Harap jangan nampak untung je
tehr recently posted..Kelayakan Olimpik 2012 | Perlawanan Keempat Malaysia vs Bahrain
lepas ni insya allah kita tengok ada keberkatan ke tak ada
Assalaamu’alaikum wr.wb..
Alhamduillah, saya rasa gembira dapat membaca jawaban panjang lebar kepada soalan ringkas yang dikemukakan. Tahniah buat Sabre yang tentunya bersusah payah membuat kajian dan bacaan untuk menjawabnya. Semoga Allah memberkati usaha tersebut.
Jika demikian halnya, semoga Allah mengampunkan kita semua kerana ternyata kehidupan kita penuh disaluti produk2 riba yang tidak memungkinkan bagi banyak orang dapat menghindarinya kecuali pembelian itu dilakukan dengan tunai.
Kini saya sudah dapat membeli semua barangan yang saya perlukan secara tunai dan ini sangat membahagiakan. semua itu rezeki Allah kecuali hutang rumah yang masih belum selesai. Hanya kepada Allah keampunan dipanjatkan mudahan diri ini sentiasa dilimpahi rahmat walau mungkin ada calitan dosa yang masih melekat.
Salam mesra selalu dari Sarikei, Sarawak.
Siti Fatimah Ahmad recently posted..CT86. FORMULA “JERI’S”
waalaikumussalam wbt Puan Siti,
Saya pun kena ucapkan terima kasih jugak pada Puan Siti, sebab dari pertanyaan Puan Siti inilah saya dapat idea untuk menulis sesuatu dekat blog ni
oo00oo… baru tau. thanks sebab share entri ini untuk renungan semua… =)
muss recently posted..Dia bukan punca saya putus tunang-Nur Eilunie Natasya Nazri
sama-sama en muss
salam.. saya ada soalan..
saya selalu memberi pinjam wang kpd kwn2 yg selalu terdesak nak guna wang.. stiap kali pnjam , saya ada kenakan syarat.. contohnya pinjam rm10.00 mesti bayar balik Rm12.00.. apakah hukumnya ..
bolehkah saya menggunakan wang lebihan tersebut..
Wasalam Khairul,
Pertambahan RM2 itu adalah riba. Hukumnya haram.
Wang lebihan tersebut haram dibelanjakan untuk kegunaan peribadi, akan tetapi masih boleh disumbangkan untuk maslahat umum seperti buat jambatan, buat tandas, jalan raya dan sebagainya.
Sekiranya RM2 extra itu diberi bukan sebab ianya ditetapkan dari awal-awal, maka ia boleh dianggap sebagai hadiah dan boleh digunakan.
Dalam kes khairul ni, berdasarkan apa yang diberitahu ianya clear cut adalah riba. Harap dapat ditinggalkan dan jangan amalkan lagi.
lebihan wang tu, buat bayar hutang pon x boleh ye tuan..
mcmne pula kalau masa bg pinjam rm10 kpd kawan, sy brtanya kalau aku bg kau pinjam rm10, berapa kau nak bayar balik pd aku.. jd kawan saya pon jwb, aku pulangkan balik duit kau rm12..
tkasih tuan..