10 Kesilapan Yang Pernah Saya Lakukan Dalam Bisnes Tone Excel

by sabree hussin on September 4, 2014

in Tune Talk Tone Excel

Anda nak tahu apa kesan daripada kesilapan yang pernah saya buat ni?

Ya.

Saya GAGAL dalam bisnes Tone Excel ni. Saya pernah buat bisnes ni sebelum ini. Kemudian saya buat silap. Kesilapan yang membuatkan saya GAGAL dalam bisnes ni.

Anehnya… saya juga pernah fikir yang saya tak akan kembali buat bisnes ni lagi. Saya bertekad yang lepas daripada kegagalan sebelum ini, saya hanya nak fokus dengan bisnes produk digital, affiliate, dropship, blogging dan sebagainya.

Rupa-rupanya saya silap. Kita merancang, Allah juga merancang. Namun perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan buat kita hambaNya. Here I am.

Walaupun pernah gagal sebelum ini, saya masih lagi tak serik-serik dan kali ini, I’M BACK dengan semangat dan tekad yang baru untuk dapatkan hasil yang lebih baik berbanding percubaan yang lalu.

kenapa_gagal_bisnes_tone_excel

Bila saya semak-semak balik, rupa-rupanya bukan saya seorang yang pernah gagal dalam bisnes ni. Ada ramai lagi rupanya kawan-kawan Tone Excel yang pernah buat bisnes ni, tapi lepas tu tersadai ditengah jalan.

Bezanya ialah, kali ini saya cuba sekali lagi.

*

Hari ini, setiap kali saya login ke akaun ewallet Tone Excel saya, saya TERPAKSA lihat akaun tone excel saya sebelum ini.

cara_berjaya_dalam_bisnes_tone_excel

Melihat akaun saya sebelum ni, terasa seolah-olah mendapat reminder!

Bro… Ko pernah GAGAL dalam bisnes ni. Tapi hari ni ko cuba lagi buat bisnes yang ko pernah gagal sebelum ni. Kalau percubaan ko kali ini, semata-mata nak ulang kegagalan ko yang lalu, lebih baik ko berhenti sekarang!

Hari ini, saya mungkin tak tahu macam mana nak berjaya dalam bisnes ni. Tapi yang pasti, saya kini tahu, macam mana nak elakkan diri daripada gagal dalam bisnes Tone Excel ni sekali lagi.

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah gagal dalam bisnes ni. Jadi, moving forward, saya hanya perlu pastikan yang saya tak ulang semula kesilapan-kesilapan yang lepas.

Dengan ini, saya pasti dapat meningkatkan kebarangkalian untuk saya berjaya dalam bisnes ni. Tak begitu?

Jika anda adalah network saya, saya harap anda tak ulang kesilapan yang saya pernah buat ni. Cukup saya seorang yang pernah gagal dalam bisnes ni, anda tak perlu ulang.

… dan jika anda bukannya daripada network saya, saya harap artikel ini dapat beri anda serba sedikit manfaat buat anda mempromosikan perniagaan Tone Excel ini.

**

Kesilapan pertama: Tak kenal siapa Upline & Siapa Downline

“This business is build on relationship”

Ini yang saya pelajari daripada sebuah buku berjudul If They Say NO, just say NEXT!

Seperti lain-lain bisnes, lagi kuat perhubungan ataupun relationship antara pemilik perniagaan dan juga pelanggan, maka dengan izin tuhan akan makin kukuh dan mantaplah sesuatu perniagaan tersebut.

Ibaratnya begini, jika anda adalah network saya, bermakna anda adalah pelanggan saya. Sebagai pelanggan, dah tentu saya akan beri yang terbaik untuk bantu anda dalam perkembangan bisnes ini.

Sebenarnya, kejayaan anda bukanlah bergantung sangat pada siapa upline anda. Namun, adakalanya kita juga memerlukan sokongan, pendapat, dan juga inginkan suntikkan semangat dari upline kita sendiri.

Kalau dulu, memang saya tak kenal siapa upline saya. Saya daftar bisnes ni pun melalui satu website yang saya jumpa secara tak sengaja secara online.

Nak contact upline sebab nak sembang-sembang? Memang tak buat lah. Saya pun tak tau nak tanya dan nak cakap apa dengan dia.

Tapi sekarang ni, situasi dia berbeza. Saya kenal siapa upline saya. Setiap minggu saya akan “kacau” dia untuk buat tempahan sim kad.

Manakala untuk downline saya pula,

1. Saya add mereka dalam group whatsapp

2. Saya add mereka masuk dalam group FB

3. Saya ajak mereka untuk opt in dalam mailing list saya

4. Saya ajak mereka untuk add saya sebagai rakan di FB

5. Saya jemput mereka untuk follow blog saya

Supaya dengan usaha yang sedikit ini,

1. Mereka dapat kenal siapa saya

2. Mereka boleh tahu apa kepakaran saya

3. Mereka jelas, apa yang saya boleh bantu

 

Kesilapan kedua: Terlalu bergantung pada software dan robot

Dulu saya ada laman web khas untuk dapatkan prospek.

Laman web tersebut pula dipasang dengan sistem autopilot. Dari segi flow, ia berfungsi seperti berikut

1. Saya akan promosikan link khas saya di internet

2. Prospek akan lihat tawaran dan akan berikan nama dan alamat emel

3. Sistem akan lakukan kerja-kerja follow up

4. Pada masa yang sama, saya juga boleh hubungi prospek untuk buat follow up (jika perlu)

5. Prospek yang berminat akan buat bayaran kepada admin (bukan saya)

6. Admin akan uruskan tempahan, dan pada masa yang sama, ADMIN AKAN ACTIVATE SIM KAD PELANGGAN

7. Admin akan pos simkad dan prospek tersebut hanya perlu ulang apa yang saya buat

Walaubagaimanapun, sistem ini, walaupun nampak mudah, rupa-rupanya ada KELEMAHAN yang saya sendiri tak nampak pada waktu tu!

Memanglah kita nampak kerja dia macam senang, hanya perlu promote link, seolah-olah macam kita tengah promosikan program affiliate, tapi kesan jangka panjang… ia hanya membantutkan perkembangan network saya sahaja.

Ini antara kelemahan yang saya nampak

1. Downline yang tak pandai marketing secara online atau tak pandai komputer akan rasa SUSAH nak dapat pelanggan.

2. Pihak admin yang akan simpan senarai nama prospek dan hanya sistem admin sahaja yang boleh hantar emel secara pukal kepada prospek kita.

Ketika anda baru bermula, anda mungkin hanya ada 10 orang prospek yang berdaftar dalam sistem. Tak jadi masalah. Anda boleh hantar emel pada mereka atau sms satu per satu. Masalah mula timbul apabila prospek anda meningkat jadi 50 atau 100 orang!

Anda tak boleh hantar emel secara pukal, kerana ia akan dikira sebagai SPAM. Tak mungkin juga nak sms kepada 50 orang ini, sebabnya ianya sangat tidak cost effective.

3. Downline anda tak tau kat mana nak dapatkan sim kad.

4. Downline anda tak tahu macam mana nak activate sim kad sebabnya semua admin yang akan lakukan.

5. Bila dah makin berkembang network, admin mula jadi sangat sibuk dan tak ada masa untuk uruskan hal-hal lain.

Masalah berlaku apabila downline terlalu bergantung pada admin. Kalau admin bercuti seminggu, maka seminggu tu jugalah tak boleh buat activation untuk sim kad baru. Melepaslah prospek dan mungkin akan jatuh ke tangan upline lain.

Sebab tu kali ini, saya amat galakkan ada dapatkan buku panduan yang ditulis oleh Mazelan Abas ni. Bila dah dapat buku ni, BACALAH…

Baca dari mula sampai habis.

Baca sampai faham. 

buku_panduan_bisnes_tone_excel

Ataupun, kalau anda masih belum join bisnes ni, anda boleh download panduan yang saya tulis ini di sini.

Kesilapan ketiga: Tidak kumpul list prospek dalam sistem autoresponder

Salah satu sebab kenapa orang tak membeli ialah lupa. Bila dia lupa, kita kena ingatkan.

Cara paling mudah nak buat follow up adalah menerusi emel. Dengan bantuan sistem autoresponder dah tentu.

Jika anda sedang mencari sistem autoresponder yang TERBAIK, saya cadangkan anda guna Aweber.

Ataupun, jika anda ingin mencari autoresponder PERCUMA yang bagus, anda boleh juga gunakan Sistem Autoresponder Emelmatik.

Untuk network saya, saya juga bekalkan dengan sistem autoresponder khas yang dikenali dengan nama Parabots PRO.

Percayalah cakap saya, sistem autoresponder ini pasti akan memudahkan kerja-kerja pemasaran anda.

Kesilapan keempat: Tak ada matlamat nak berjaya yang jelas

Kalau dulu, saya buat bisnes sebab suka-suka.

Sebab nampak macam best. Sebab nampak macam berpotensi dan mudah untuk buat duit.

Terlalu banyak sebab. Saya sendiri tak ada sebab yang betul-betul kuat dan mendesak untuk saya buat bisnes ni betul-betul.

Sekarang dah tentu situasinya BERBEZA! Bila kita jelas dengan apa matlamat kita, tak ada satu pun halangan yang kita hadapi buatkan kita rasa lemah.

Kesilapan kelima: Tidak menjadikan Tone Excel sebagai line utama

Ini kesilapan yang serius.

Jangan jadikan Tone Excel sebagai line kedua, ketiga, keempat atau ke berapa-berapa sekalipun. Jadikan Tone Excel sebagai talian UTAMA!

Buat Port In.

Kekalkan nombor lama, dan guna hanya satu line sahaja. Ingat! Tujuan kita buat bisnes ni sebab kita nak buat duit, bukan sebab nak keluar duit. Bila anda pakai lebih daripada satu handphone, dah jadi satu hal nak kena topup dua nombor.

Untuk jangka masa panjang, ini akan jadi beban. Ini sebabnya

Topup minimum RM20 baru layak dapat komisyen topup dari rangkaian

Topup RM30 akan dapat FREE topup RM10 dan cash back 3%

Topup RM50 akan dapat FREE topup RM20 dan FREE PA Insurans bernilai RM100,000

Topup minimum RM59.90 komisyen topup dari rangkaian anda akan meningkat jadi 10%, 3% dan 13%

Namun, jika anda tidak menjadikan Tone Excel sebagai talian utama, dan pada waktu tu anda masih belum ada walau seorang pun downline, besar kemungkinan anda tak akan nampak sebab kenapa anda perlu topup, sebabnya anda masih tak ada seorang pun downline.

Jika ini berterusan, kesudahannya, anda mungkin akan terkeluar daripada program ni. Lebih-lebih lagi untuk ahli yang tak aktif membuat tajaan dan pemasaran.

Kesilapan keenam: Tak yakin boleh berjaya

Pertama, anda kena yakin, rezeki datangnya dari Allah.

Bukan dari syarikat Tone Excel, bukan dari produk, dan bukan dari rangkaian.

Seterusnya, anda kena YAKIN DENGAN DIRI ANDA SENDIRI. Yakin yang anda boleh buat bisnes ni dan anda yakin boleh berjaya.

Ramai yang hubungi saya, katanya dia tak jadi nak buat bisnes ni sebab family dia tak nak join, sebab kawan-kawan ofis tak nak join. Saya cuma senyum je.

Tak apalah. Tak nak sudah. Dalam bisnes ni, “usah di rayu pada yang tak sudi.”

Mungkin ramai yang tak tahu. Saya bekerja sendiri. Saya tak ada rakan sekerja… dan pada awal-awal dulu, tak ada seorang pun daripada ahli keluarga saya yang minat nak pakai line Tone Excel ni.

Adakah saya patut stop buat bisnes ni disebabkan orang lain tak nak join saya?

Kalau macam tu, nampak sangat orang tu dah ikat siap-siap kejayaan dia dalam bisnes ni pada orang-orang yang dia kenal sahaja.

Orang sekeliling boleh nampak, kalau kita sendiri tak berapa yakin, mereka tak akan dengan mudah nak sertai kita.

Kesilapan ketujuh: Komitmen dan komited

Saya akui, dulu saya bodoh.

Saya terlalu ikutkan perasaan, dan tak lengkapkan diri dengan ilmu yang sepatutnya.

Benda ni yang saya ubah.

Kegagalan yang lepas betul-betul membuka mata saya, yang sebenarnya ada banyak lagi yang saya tak tahu. Hari ini, bila saya dengar atau terbaca kat FB, ada yang mengaku

“Aku dah buat macam-macam cara, tapi seorang pun masih tak ada yang nak join aku…”

Itu semua B.S.

Kalau anda dah cuba macam-macam cara, dah pasti akan ada satu atau dua yang berhasil. Ini kalau masih belum ada hasil, nampak sangat masih ada banyak lagi cara yang anda tak buat dalam bisnes ni.

Ini antara senarai buku yang saya beli dan yang saya dalam proses untuk hadamkan. Buku-buku ini semua bagus dan mungkin anda juga patut beli. Ini juga untuk kebaikkan anda dan bisnes anda sendiri nanti.

Buku dalam topik network marketing.

buku_panduan_bisnes_tone_excel

Buku dalam topik sales

buku_panduan_bisnes_tone_excel (1)

Buku dalam topik marketing

buku_panduan_bisnes_tone_excel (2)

Buku dalam topik business building.

buku_panduan_bisnes_tone_excel (3)

Buku dalam topik personal development & self help

buku_panduan_bisnes_tone_excel (4)

Buku dalam topik mind setting dan teknik berfikir

buku_panduan_bisnes_tone_excel (5)

Itu cuma sebahagian daripada buku-buku yang saya kira bagus untuk anda baca. Sebenarnya saya ada banyak lagi buku-buku lain yang bagus yang saya tak masukkan dalam gambar.

Termasuk juga ebook dan sebagainya.

Nak berjaya dalam bisnes ni?

Anda perlu invest terhadap diri anda sendiri dulu.

First you LEARN, then you will EARN.

Kesilapan kelapan: Tak ada sistem pemasaran yang betul-betul berkesan

Saya dulu macam ni lah.

Buat promosi membabi buta. Tak ada ilmu lah katakan.

Buat promosi kat blog tak ada siapa yang ambil peduli.

Buat promosi kat FB… haram tak ada siapa yang like, komen dan mesej langsung.

Alhamdulillah, now I’m older and wiser.

Kesilapan kesembilan: Tidak mempelbagaikan kaedah dan medium pemasaran

Saya bukan sahaja tak mempelbagaikan kaedah pemasaran, malahan terlalu fokus pada satu-satu kaedah yang sebenarnya kurang berkesan.

Apa boleh buat, itu sahaja yang saya tahu.

Sekarang ni, saya dah mula upgrade.

Selain guna media sosial, seperti FB, saya juga manfaatkan sepenuhnya fungsi blog dan juga pemasaran emel.

Jika anda berada dalam network saya, kaedah pemasaran ini juga yang akan saya turunkan kepada anda. (itupun kalau anda nak belajar dari saya)

Kalau anda tak nak belajar, saya pun tak boleh paksa.

Ingat. Murid yang datang berguru, bukan guru yang terhegeh-hegeh nak datang mengajar. Disiplin ilmu juga anda perlu tahu.

Kesilapan kesepuluh: Tidak anggap bisnes ini sebagai bisnes yang SERIUS

Almaklumlah, untungnya pun cuma sen-sen.

Hari ini, saya lihat dengan mata saya sendiri… rupa-rupanya, dari bisnes sen-sen inilah… dah ada ahli Tone Excel yang berjaya hasilkan komisyen sehingga RM800 ribu dalam masa sebulan.

Dari bisnes sen-sen inilah dah ramai yang berjaya dapat pasif income dan tak perlu terlalu risau dengan duit lagi.

Memang silap, saya tak buat betul-betul bisnes ni dulu.

Anda ada sebarang pertanyaan atau komen? Boleh tinggalkan dibahagian komen dibawah ya.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 47 comments… read them below or add one }

rahmat September 5, 2014 at 10:17 am

memang anda betul,saya dah subciber byk web rakaniaga toneexcel,tapi follow up tak ada atau copy paste aje.tak ada emosi.salah satu teknik menarik pelanggan,emosi.mungkin saya join bawah anda tapi beri saya masa sikit lagi.Lagi satu anda beri subcriber ilmu.teruskan

Reply

sabree hussin September 5, 2014 at 3:10 pm

Terima kasih tuan Rahmat 🙂

Faktor emosi ni yang saya lihat sekarang dah makin ramai orang abaikan. Mentang-mentang guna internet, tak perlu jumpa, berkomunikasi pun dah jadi macam robot pulak 🙂

Reply

Anak Askar Pencen September 5, 2014 at 12:51 pm

Tak silap saya, Tone Excel ni pakai line Celcom kan?

Reply

sabree hussin September 5, 2014 at 3:09 pm

Memang tak salah lagi, memang guna line Celcom dan service provide dia ialah Tune Talk

Reply

Hafiszan Kamarudin September 5, 2014 at 2:31 pm

Menarik saya membacanya, ilmu yang amat berguna.

Reply

broFami September 5, 2014 at 2:54 pm

wah banyaknya buku dia..

Reply

mai has September 8, 2014 at 2:10 pm

nak ceburi apa2 perniagaan pun perlu ada ilmu.so nk masuk tone excel bagus utk belajar melalui artikel ini…:-)

Reply

sabree hussin September 8, 2014 at 10:55 pm

Terima kasih cik puan Mai Has, ini sebahagian daripada apa yang saya dapat kongsikan 🙂

Reply

encikarman September 9, 2014 at 8:34 am

nampak kesiriusan bro dalam hal nih…

Reply

sabree hussin September 9, 2014 at 9:14 am

Memang serius ni ecikarman 🙂

Reply

Ismawie September 12, 2014 at 12:47 am

Terima kasih tuan atas perkongsian ini.Alhamdulillah,ada orang seperti tuan sudi berkongsikan pengalaman seperti ini.Saya pula baru beberapa hari menjalankan perniagaan ToneExcel ini.Walaupun jalannya masih kabur kabur,tapi alhamdulillah,syukur kepada Allah sebab isteri,mak & adik sudah mula menggunakan sim kad ToneExcel ini.Itu adalah tanda sokongan mereka pada saya.Bila saya melihat sedikit komisyen dari toneexcel,saya tak pernah putus menyebut Alhamdulillah , sekalipun didalam hati.Katakan kita menyimpan 10 sen sehari di dalam tabung syiling dan kita lakukannya selama 3 atau 4 tahun,hasilnya nanti pasti membuatkan kita tersenyum puas.

Reply

sabree hussin September 12, 2014 at 1:36 am

Salam tuan Ismawie, semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat memberi kebaikkan dan manfaat kepada tuan. Saya harap tuan terus kuat dan cekal dalam bisnes ni! In Shaa Allah kita sama-sama berjuang 🙂

Reply

russo brother November 10, 2016 at 2:01 am

apa macam ismawie sudah 2016, tone Excel da berapa ribu

Reply

hazim khairuddin September 17, 2014 at 8:49 am

Terbaik tuan..

Reply

norhisham October 2, 2014 at 10:07 pm

Terima kasih than at as perkongsian ilmu Dan pengalaman. Says baru sahaja join tone excel ni.

Reply

Shidi October 17, 2014 at 6:21 pm

Saya juga pernah gagal dlm bisnes Tone Excel.. Tapi dengan belajar dgn sifu2 IM saya berjaya dapatkan hasilnya walaupun tidak sehebat Tuan Mazelan Abas

Reply

marverickh November 11, 2014 at 10:51 pm

Terima kasih diatas perkongsian ilmu, disini saya ingin meminta sedikit penjelasan dari tuan dimana ramai juga yang mengatakan plan tune sangat mahal 0.28 sen seminit rata-rata penggunaan membuat panggillan singkat amat terasa kadar panggilan dipotong begitu cepat (panggilan 1.05 saat telah dipotong 0.56sen @ 0.21 saat dipotong pada kadar 0.28 sen) pengguna amat terasa kehilangan kredit setiap kali membuat panggilan singkat kerana talian ini adalah talian utama pada handphone mereka.

Reply

sabree hussin November 12, 2014 at 1:55 am

Sama-sama. Apa kata tuan Marverickh minta sahaja penjelasan dari mereka yang kata pelan Tune sangat mahal tu. Saya tak ada masalah dengan rate ini, dan setiap bulan, Tone Excel beri saya komisyen yang berkali ganda lagi banyak berbanding apa yang saya bayar untuk guna perkhidmatan mereka.

Pada saya, pelan yang ditawarkan ada bersesuain, just nice, dan almost perfect dengan penggunaan saya. Saya tak jumpa lagi Telco lain yang mampu bagi apa yang Tone Excel mampu beri pada saya.

I have nothing to complain. Tak suka pakai Tone Excel, ada banyak lagi Telco lain yang “mereka yang kata plan tune sangat mahal” tu boleh pilih. Tak perlu nak cari kelemahan mana-mana Telco kalau sendiri yang tak tau pilih nak guna Telco yang mana satu.

Siapa yang nak buat bisnes, saya bantu. Siapa yang tak minat, saya pun tak minat nak ambik tahu pasal “mereka” tu. Bunyi macam kasar, but sincerely I have no business with them.

Reply

SamHun bin Jusoh November 12, 2014 at 9:39 pm

Tuan, maaf saya bukan dari downline tuan. Tp sekadar nak tanya…jika sesorang itu tk pandai komputer, nkt embak dlm fb tkpandai, buat blog tk pandai…yg pandai hanya off line saje,tble talk,fliers..nk belajar komputer dh tk larat dah…adakah cara ini memadai jika di buat cara bersungguh2? Sebenarnya ini lah saje kekuatan yg ada pd saya dan downline saya.Selama hampr tigabulan saya buat tone excel saya dptkumpul 61 org downline saje dari level 1 ke level3.Dan skarang hampir jem. Tolong beri pandangan….semoga Allah beri ganjaranpd tuan.

Reply

sabree hussin November 13, 2014 at 12:05 am

Tuan, dalam masa tiga bulan dah dapat 61 rangkaian itu pada saya dah kira pantas tu 😀

Kalau tuan rasa jammed, rehat dulu. Dan lihat sama ada rangkaian tuan bergerak sendiri atau tidak. Jika rangkaian tuan tidak bergerak sendiri, bermakna tuan dah jalankan bisnes ni dengan kaedah yang salah.

Gunakan dan manfaatkan kekuatan tuan dengan sebaiknya. Perbaiki lagi dan sentiasa improve, Ia lagi baik berbanding tuan perlu bersusah payah nak belajar perkara baru

Reply

nur nazuhah hanin December 9, 2014 at 10:28 pm

Tahniah tuan..
Sy suka nukilan ni.. Sy pun msh baru dlm Tone Excel, dan msh byk nak belajar.. Apa yg dikongsi sgt bermanfaat bg sy..

Reply

sabree hussin December 10, 2014 at 11:46 am

Tahniah, teruskan belajar. The road to success is always under construction 😀 jangan mudah putus asa dan jangan cepat puas hati

Reply

idah December 29, 2014 at 10:50 pm

I did no 5. Dan mmg tkeluar dr program. That is the greatest mistakes ever in this programme

Reply

sabree hussin December 29, 2014 at 11:22 pm

It is never too late to start over idah 😀

Boleh tengok-tengok offer yang saya buat untuk rangkaian saya kat web ini –> http://www.sabreehussin.com/toneexcel

Reply

Noor January 30, 2015 at 1:13 am

Hi En. Sabree. Firstly congrats on your never ending effort and determination..n wish u all the best!. I agree esp on the EQ..emotions aspect. Tq very much for sharing. I have been reading up on this biz… not sure if I can say this here.
I find the hq site rather disappointing…as well as their Faqs. The affiliate web office poorly set up…the UI..the geneology screen, etc. They should make it more professional. We get more info from individual sites. En.Rizal Salim has done a great job wt his app for TExcel. I

I have a question though..I believe one is allowed 10 accounts. Must all the accounts be regtrd under 1 upline? If so why is that?. Would appreciate your feedback/opinion. I shall look up you web above. Tq. Salaams.

Reply

sabree hussin January 30, 2015 at 10:07 am

Hai Noor, terima kasih untuk komen yang anda tinggalkan.

Ini adalah serba sedikit pendapat untuk pertanyaan Noor,

In my opinion, HQ site just nice. I have no problem dengan mereka punya site, sebab apa yang penting bagi saya, bukanlah kualiti atau lay out website, tetapi sama ada sistem mereka benar-benar boleh bantu individu seperti saya untuk jana pendapatan.

And it is proven. So saya tak ada masalah tentang tu. Selama ini saya study web mereka, pada saya ia SIMPLE, MUDAH, dan BETTER Than lain-lain web yang menawarkan sistem yang seumpama dengannya.

Berkenaan soalan setiap orang boleh ada 10 akaun ia memang betul.

Tak semestinya mesti register under upline yang sama. Boleh register under lain-lain upline.

Walaubagaimanapun, later on anda mungkin akan menghadapi isu seperti dituduh curi downline dan sebagainya.

Personally saya sendiri ada lebih daripada seorang direct upline. Ikut la strategi masing-masing. As long tak ada sebarang komplen dan bantahan should be no problem.

Boleh juga dapatkan second opinion dari management Tone Excel sendiri

Reply

Noor January 30, 2015 at 1:52 pm

Tq so much brother for your swift reply. Yes..everyone has their own opinion based on their needs. Your reply and advice is well noted. Will check with TE mgt. Mungkin juga saya bolih beri sedikit pendapat di sana.

As for my 2nd concern, I am pleased and relieved to know it’s allowed to have more than 1 upline. My reason is basic- some have different approaches, techniques, guides, etc (helpful to downlines) between the computer literate and not so.

Kepada yg tak berapa selesa, atau mahir dgn teknologi akan ada pilihan dgn kaedah tertentu yg diberikan. T.kasih sekali lagi En. Sabree..dan selamat maju jaya.. semoga semua rakan2 juga mendapat kejayaan..Insya’ALLAH.

Reply

sabree hussin January 30, 2015 at 2:32 pm

You are welcome Noor,

Dalam program referral wow Tone Excel ini kita ada beberapa kaedah untuk membuat susunan akaun. Some people ada yang panggil ia dengan teknik cucuk sate.

Jadi, kalau semua orang wajib daftar dengan upline yang sama je, tak menjadilah strategi tu nanti 🙂

Reply

Hasbesah Hassan February 16, 2015 at 11:39 am

Salam.saya ingin bertanya. Saya telah menyertai tone excel lebih kurang 3 bulan. Saya musykil mengenai komision saya. Tidak msuk ke dalm akaun disebabkan salah no akaun. Tetapi saya sudah betulkan. Adakah komision tersebut akan dimasukan semula kedalam akaun saya?

Reply

sabree hussin February 16, 2015 at 12:11 pm

Salam Puan Habesah Hassan,

Pertamanya saya ingin minta maaf. Sebabnya? Saya tak ada jawapan untuk pertanyaan puan. Pertanyaan mengenai komisyen sebaik-baiknya diajukan terus kepada pihak HQ. Merelah yang menguruskan soal pembayaran komisyen.

Jika soalan mengenai cara pemasaran, In Shaa Allah saya boleh tolong jawab

Reply

Hairil Rahim February 18, 2016 at 7:52 pm

Terima kasih atas perkongsian ini, banyak betulkan kelebihan bisnes Tone Excel ni rugi siapa tak buat sedangkan mereka masih pakai hp sampai sekarang. Sampai bila nak membayar 😀

Reply

Nik Ismail Nik Ibrahim July 19, 2016 at 2:00 pm

Assalamualaikum Tuan,
saya ahli baru..dalam duk godek2 website..terbaca artikael tuan.
Ada 2 item yang menarik perhatian saya..KESILAPAN KELAPAN. & KESILAPAN KESEMBILAN….seperti dibawah:

Boleh tak tuan bagi tips macamana nak perbaiki kesilapan2 itu.. saya yang kurang mahir dalam networking ni.. Tuan bole hubungi saya melalui email saya..
Sekian, Terima kasih tuan.

Kesilapan kelapan: Tak ada sistem pemasaran yang betul-betul berkesan

Saya dulu macam ni lah.

Buat promosi membabi buta. Tak ada ilmu lah katakan.

Buat promosi kat blog tak ada siapa yang ambil peduli.

Buat promosi kat FB… haram tak ada siapa yang like, komen dan mesej langsung.

Alhamdulillah, now I’m older and wiser.

Kesilapan kesembilan: Tidak mempelbagaikan kaedah dan medium pemasaran

Saya bukan sahaja tak mempelbagaikan kaedah pemasaran, malahan terlalu fokus pada satu-satu kaedah yang sebenarnya kurang berkesan.

Apa boleh buat, itu sahaja yang saya tahu.

Sekarang ni, saya dah mula upgrade.

Selain guna media sosial, seperti FB, saya juga manfaatkan sepenuhnya fungsi blog dan juga pemasaran emel.

Jika anda berada dalam network saya, kaedah pemasaran ini juga yang akan saya turunkan kepada anda. (itupun kalau anda nak belajar dari saya)

Kalau anda tak nak belajar, saya pun tak boleh paksa.

Ingat. Murid yang datang berguru, bukan guru yang terhegeh-hegeh nak datang mengajar. Disiplin ilmu juga anda perlu tahu.

Reply

sabree hussin July 19, 2016 at 3:21 pm

Wasalam, tipsnya mudah sahaja tuan. Bila dah tahu bahagian mana yang tak berapa mahir, belajarlah bahagian yang tak berapa mahir tu. Boleh belajar dari buku (sama ada beli, pinjam di perpustakaan), belajar dari ebook, belajar dari blog, belajar dari video (youtube pun banyak sumber rujukan yang bagus) atau sertai mana-mana kelas dari individu yang mengajar subjek-subjek berkaitan.

Reply

SALAHUDDIN August 12, 2016 at 12:00 pm

ASSALAMUALAIKUM TUAN SABREE….
TERIMAKASIH KERANA MENULIS ARTIKEL INI KERANA SAYA MENDAPAT INSPIRASI BARU UNTUK MEMULAKAN SEMULA BISNES TONEEXCEL SAYA.
SAYA JUGA MELAKUKAN SEBAHAGIAN BESAR KESILAPAN-KESILAPAN YANG TUAN TULIS DALAM ARTIKEL INI.
SAYA AKAN CUBA BAIKI KESILAPAN-KESILAPAN TERSEBUT.
TERIMAKSIH SEKALI LAGI.
SEMESTINYA BISNES TONEEXCEL MEMANG SATU BISNES YANG TERBAIK DI DUNIA.

Reply

sabree hussin August 14, 2016 at 5:40 pm

Wasalam, semoga berjaya tuan

Reply

mohd afri tangilol September 19, 2016 at 1:16 pm

salam tuan,artikel blog yang sangat memberikan inspirasi.Saya orang baru dalam bisnes online.Baru nak buat bisnes dari blog,sebab kekuatan saya dalam bidang penulisan artikel.Poin yang terakhir tu saya sangat setuju,kita kena sentiasa anggap bisnes adalah perkara serius,dan tak boleh buat main-main.Sebabya,kalau kita anggap main-main,setiap apa yang kita buat tidak pada tahap terbaik.

Reply

sabree hussin September 21, 2016 at 12:31 pm

Wasalam tuan Mohd Afri, selamat berjaya dan semoga berjaya dapat apa yang tuan harapkan dan impikan 😀

Reply

Paan September 26, 2016 at 6:05 pm

Terbaikk tuan..Alhamdulillah..insyaAllah sy akan gunakan pengalamn tuan ini sebagai panduan sy utk berjaya dlm ToneExcel ni..
Semoga ilmu tuan share ni memberi keberkatan kpd tuan..amin..

Reply

Arie January 11, 2017 at 2:34 am

Assalam tuan Sabree.
Tuan masih aktif dalam bisnes Toneexcel ker ?

Reply

sabree hussin January 11, 2017 at 12:59 pm

Wasalam, ya masih lagi.

Reply

Yusri January 26, 2017 at 8:39 pm

Syabas tuan. Ramai yang mempunyai kisah seperti tuan termasuk saya. Teruskan istiqamah, insyaAllah kejayaan menanti kita.

Reply

sabree hussin January 27, 2017 at 5:10 pm

In Shaa Allah, selagi blog ni masih ada, selagi tu marketing untuk Tone Excel ini tetap berjalan 😀

Reply

ummie latiff July 31, 2017 at 12:22 pm

Salam tuan . Apa lagi cara yang tuan lakukan untuk menajayakan bisnes ini ye ?

Reply

sabree hussin July 31, 2017 at 9:04 pm

Wasalam, boleh baca posting saya sebelum2 ni berkaitan dengan TE. Pada asasnya, saya hanya buat marketing secara online sahaja.

Reply

Mohd masfud September 6, 2017 at 4:39 pm

Salam tuan, sy pun baru join biz ni dlm 3bulan..
Terima kasih sbb kongsi pengalaman yg boleh membantu memberi semangat pade sy..
Sy mulakan dgn cara promosi online tetapi blum ade hasil..mungkin masih banyak kekurangan teknik yg berkesan..sy terfikir mungkin akan cuba tumpu dlm promosi scara offline lepas ni..kadang2 sy rasa sy xmampu buat biz ni,tapi disebabkan sy yakin dan tahu yg biz ni 100% terbaik sy masih cuba bertahan dan cari cara bagaimana untuk sy jumpa jalan untuk berjaya sampailah sy terbaca blog tuan ni..
Sy nak minta pendapat tuan, mana lebih bagus dan berkesan untuk berjaya dlm biz ni dgn kaedah fokus promosi secara online ataupun offline..?boleh tuan beri pendapat Terima kasih.

Reply

sabree hussin September 12, 2017 at 2:16 pm

Wasalam, terima kasih kerana memberikan komen pada posting ini. Artikel ini, saya tulis khas untuk jawab pertanyaan tuan. Sila klik >> https://www.sabreehussin.com/bisnes-simkad-tone-excel-pemasaran-online-atau-offline-lebih-baik/

Reply

Azeri January 10, 2018 at 1:16 am

Terima kasih. Menarik perkongsian Tuan Sabree.

Inspired me. Belajar dari kesilapan yang jarang orang nak buat. Kebanyakannya lari dari kesilapan.

Semoga terus konsisten menulis dan berkongsi.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: