Kelebihan datang awal ke masjid pada hari Jumaat

by sabree hussin on September 30, 2016

in Sketsa Hidup

Saya nak kongsikan sebuah hadis yang saya baca dari Kitab Ringkasan Riyadhus Solihin yang disusun oleh Imam Nawawi berkenaan dengan hari Jumaat.

 

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang mandi pada hari jumaat sebagaimana mandi junub, lalu berangkat ke masjid lebih awal (sehingga mendapat saf yang pertama), maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor unta.

Jika dia berangkat pada waktu berikutnya (lalu mendapatkan saf yang kedua), maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor lembu.

Jika dia berangkat pada waktu berikutnya (lalu mendapatkan saf yang ketiga), maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kambing.

Jika dia berangkat pada waktu berikutnya (lalu mendapatkan saf yang keempat), maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor ayam.

Jika dia berangkat pada waktu berikutnya (lalu mendapatkan saf yang kelima), maka seolah-olah dia telah berkorban sebutir telur.

Jika imam telah datang, para malaikat pun masuk untuk mendengarkan bacaan khutbah.” (Riwayat Al-Bukhari no. 841 dan Muslim no. 850)

buku_riyadhus_solihin

Semasa saya masih bersekolah di sekolah rendah dulu, setiap kali sebelum memulakan bacaan khutbah, khatib akan membacakan hadis ini terlebih dahulu kepada para jemaah yang hadir.

 

Boleh dikatakan setiap minggu hadis ini akan dibacakan. Walaupun pada waktu tu, saya tak dapat nak hafal keseluruhan isi hadis, namun saya dapat tangkap maksud hadis tersebut iaitu untuk menggalakkan para jemaah untuk datang awal ke masjid pada hari jumaat. Tapi sekarang ni saya rasa macam jarang pula dengar khatib baca hadis ni.

 

Bila dah datang awal tu, terus duduk di saf yang paling hadapan. Bayangkanlah, jika kita dapat saf yang pertama, kita akan dapat pahala seolah-olah kita telah mengorbankan seekor unta.

 

Jadi menerusi hadis ini juga, kita dapat mengetahui bahawa setiap saf itu mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Sepatutnya kita berebut-rebut dan berusaha sehabis baik untuk datang awal bagi merebut saf yang paling hadapan. Bukannya sebaliknya, iaitu bertolak-tolak untuk menyuruh orang lain yang bergerak dan menganjakkan diri supaya bergerak ke depan. Dia sendiri tak nak bergerak sebabnya lebih selesa duduk tepi tiang, tepi dinding, atau bawah kipas.

 

Realitinya, kalau di hari jumaat, kita boleh saksikan macam-macam perangai dan gelagat para jemaah. Ada yang datang awal, tapi lepak kat bawah pokok. Ketika khatib sedang membacakan khutbah, dia masih sedang asyik dan leka bersembang sesama kawan-kawan. Hanya apabila mereka dengar bacaan iqamat dilaungkan, baru kelam kabut nak masuk ke dalam masjid.

 

Ada pula segelintir jemaah, yang datang sangat lewat ke masjid. Ketika imam dah mengangkat takbiratul ihram, dia baru sampai ke masjid. Masa tu baru kelam kabut nak ambil wudhu dan nak cari saf. Maka akan kedengaranlah bunyi orang berlari-lari untuk mendapatkan saf.

 

Mungkin dia datang dari jauh. Mungkin dia ada urusan yang sangat penting hingga menyebabkan dia terpaksa datang lewat. Wallahua’lam.

 

Apa pun, sekarang ni selepas anda membaca hadis ini, anda patut dah tahu bahawa ada banyak kelebihan yang akan anda perolehi jika datang awal ke masjid lalu mendapatkan saf pertama. Semoga selepas ini, kita sama-sama usahakan yang terbaik untuk dapatkan saf yang paling hadapan sekali.

 

In Shaa Allah.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 9 comments… read them below or add one }

apdm September 30, 2016 at 10:01 pm

Terima kasih admin atas penjelasan dan penerangan di atas

Reply

mrhanafi October 2, 2016 at 1:00 am

kalau semua dapat datang awal..tentu la best untuk golongan kaki masjid

Reply

ahmadyani October 2, 2016 at 4:19 am

Ada yang datang awal. Itu bagus, tapi bab nak duduk saf awal (depan) itu yang tak ramai buat. Banyaknya duduk belakang sebab nak menyandar.

Reply

McYanni October 2, 2016 at 4:21 am

Ramai yang keluar awal dari ofis pada hari Jumaat dan memang boleh pergi awal ke masjid. Tapi habis masa di kedai…makan dulu. Akhirnya lewat juga ke masjid. Sedangkan lepas solat boleh makan.

Reply

sabree hussin October 5, 2016 at 4:12 pm

Jom kita sama-sama lihat makna ayat dari surah Al-Jumu’ah ayat 9 – 10. Maksudnya

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”

Surah Al-Jumuah ayat 9 – 10

.

Kalau kita lihat pada ayat ni, sebenarnya apabila azan dilaungkan, kita dah tak boleh berjual beli. Kita tinggalkan semua tu dan bersegera untuk ke masjid.

Reply

ayba October 2, 2016 at 4:28 am

Seminggu hanya sekali solat Jumaat. Patut rebut peluang datang awal ke masjid kerana rata-ratanya keluar awal dari pejabat. Kalau masjid dekat, tak perlulah pergi yang jauh hanya kerana alasan selesa. Kalau pergi yang jauh, tentulah lewat berbanding yang dekat.

Reply

Junaidy Jaimi October 3, 2016 at 7:49 pm

Selalunya klau datang masjid lambat, alamat solat dekat luar masjid..dan kadang kurang selesa keadaanya..

Reply

Raihanah October 4, 2016 at 3:12 pm

subhanallah, tapi orang kita ramai yang datang lambat

Reply

Uncle Zuan October 13, 2016 at 9:02 pm

thanks atas peringatan.

saya sendiri selalu isi perut dahulu kemudian baru ke masjid

selalu tunggu azan berkumandang baru nak ke masjid.

harap teguran ini lekat dalam ingatan, dan terus dipraktikkan

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: