Semua Orang Boleh Menjadi Seorang Penjual

Dalam usaha untuk memastikan satu-satu perniagaan itu dapat bertahan lama dalam industri, antara aspek terpenting yang perlu dipastikan wujud adalah kemahiran menjual. Kemahiran menghasilkan jualan.. kerana dengan kemahiran menjual inilah barulah pendapatan dapat dihasilkan.

Saya percaya, ramai orang bercita-cita nak berhenti kerja, nak memulakan perniagaan sendiri, nak sambung belajar dalam jurusan pengurusan perniagaan, nak ambik ijazah atau master dalam fakulti pengurusan perniagaan. Rata-rata yang fikir untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan setuju bahawa jalan kekayaan hanya boleh diterokai sekiranya kita memilih untuk melalui jalan yang dibuka untuk ahli perniagaan.

Kalau kita ada perniagaan atau syarikat kita sendiri, hal ini mungkin akan menampakkan kita berada pada satu tahap yang berbeza berbanding orang lain.

Apa taknya, orang lain masih lagi makan gaji, berkhidmat untuk orang lain, tetapi kita lain. Kita menggunakan seluruh khudrat yang ada untuk kita membangunkan perniagaan kita sendiri.

Aktiviti yang paling tak glamer tapi penting untuk memastikan survival bisnes adalah membuat jualan.

Syarikat yang tak ada bisnes, yang tak ada pelanggan, yang tak mampu menghasilkan jualan, adalah lagi baik tak wujud daripada ada tetapi menanggung kerugian. Dia rugi masa dia, dan dia jugak rugi usaha dia.

Ya lah.. mungkin usaha dia tak betul, orang tak buat apa yang dia buat sebab orang dah tahu apa yang di buat tu salah, tak betul. Tapi dia pergi buat jugak. Nak buat apa? Memang tak ada hasillah.

Satu perniagaan yang tidak berjaya membuat sebarang jualan yang konsisten merupakan indikator yang menunjukkan perniagaan tersebut tidak diperlukan oleh pelanggan.

Jadi tugas berat seorang peniaga ataupun penjual ni, adalah untuk menukarkan rasa, emosi dan jugak pemikiran seorang bakal prospek daripada berfikiran negatif, Aku tak mahu, kepada Aku Mesti Mahu.. !

Semua ini perlukan kemahiran, dan kemahiran terbaik adalah kemahiran yang datangnya dari usaha sendiri dan juga pengalaman.

There is always a first time in everything.

Topik belajar menjual ini bakal menjadi sebahagian daripada projek berterusan untuk blog sabreehussin dot com. Apabila dah siap beberapa siri yang penting, hasilnya akan saya rangkumkan dalam ruangan Artikel Bersiri.

Memandangkan pada waktu ini satu kemahiran yang saya tengah belajar ialah kemahiran menjual, jadi saya nak ajak anda semua untuk turut serta.

Macam mana nak turut serta? Okay.. yang ini lain kali je baru saya cerita ya.

Assalamualaikum.

 

 

 

********************************************************************
Baca juga

  1. Panduan Buat Duit Sebagai Pengedar SIM KAD Tune Talk
  2. Strategi Jana RM1,000 – RM3,200 Secara Konsisten di Internet
  3. Rahsia FOREX TRADER Jana Wang 5 Angka Seminggu Secara Senyap-senyap

********************************************************************


15 Responses to Semua Orang Boleh Menjadi Seorang Penjual

  1. kimmie January 11, 2012 at 8:51 pm #

    9 dari 10 punca rezeki datang daripada perniagaan, jd mmg semua org boleh jadi peniaga, cuba bagaimana, apa yg perlu dilakukan utk menjadi peniaga berjaya.
    kimmie recently posted..Wordless Wednesday 12 – Terasa di Hong Kong

    • sabree hussin January 14, 2012 at 9:25 pm #

      agak-agak apa dia?

      • kimmie January 15, 2012 at 5:27 pm #

        1) Usaha yg berterusan
        2) Bijak susun strategi
        3) Jujur dan ikhlas
        4) Tawakal

        Rasa-rasanya itu lah kot :)
        kimmie recently posted..Pelajar dan perpustakaan – baru betul

        • sabree hussin January 15, 2012 at 11:18 pm #

          superb. Boleh diperincikan lagi ni, kimmie dah bagi saya idea untuk buat artikel baru dalam blog ni :-)

  2. Juan January 13, 2012 at 3:39 am #

    aku pon dlm proses nk berniaga
    Juan recently posted..How To Update Samsung Galaxy Tab Wifi P1010 to Gingerbread

    • sabree hussin January 14, 2012 at 9:24 pm #

      uih Juan nak berniaga apa tu?

  3. titan January 14, 2012 at 3:06 pm #

    hehe..yap. boleh. nak tak nak aje.
    titan recently posted..Terima dan hormat seadanya.

    • sabree hussin January 14, 2012 at 9:23 pm #

      mesti nak punya

  4. Ronaldmohoni January 14, 2012 at 5:08 pm #

    Teruskan usaha anda. :)
    Ronaldmohoni recently posted..Sabah Tewas 0-2 Kepada Felda United

    • sabree hussin January 14, 2012 at 9:23 pm #

      baiklah

  5. Amry January 16, 2012 at 6:17 pm #

    aku pun teringin berniaga bro..tapi dunia perniagaan ni memerlukan satu keberanian yang sangat tinggi, lebih-lebih lagi jika perniagaan tu adalah punca rezeki dia yang utama, berbanding mereka yang melakukan perniagaan secara separuh masa…..

    tanpa perancangan yang teliti, tanpa kesungguhan, silap-silap perniagaan tu boleh gulung tikar…

    perniagaan…tak apa bermula dari kecil2…dari yang kecil2 tu lah yang akan memberikan perniagaan yang besar..orang kata pengalaman guru terbaik….
    Amry recently posted..Pelajar USM Ugut Bunuh Perdana Menteri

    • sabree hussin January 16, 2012 at 7:19 pm #

      Wah great ada pesaing hhe .. nak buat separuh masa ke nak buat full time.. tu yang dalam dilema sekarang ni.. nak buat full time sayang pulak dengan income dari gaji, nak buat part time tak sempurna pulak hasil dia..

      • Amry January 16, 2012 at 8:36 pm #

        nak buat full time bukan sayang income kerja bro..tapi takut tak menjadi..menggelupur…tapi kalau part time pulak susah nak handle sebab tak banyak masa melainkan ada rakan partner yang leh gilir2 jaga biz tu….poning woo

        maksud aku bukan internet biz la…kaau internet biz tak yah partner pun boleh jalannn… hehe
        Amry recently posted..Pelajar USM Ugut Bunuh Perdana Menteri

        • sabree hussin January 16, 2012 at 9:11 pm #

          Aku pun risau benda sama jugak.. sebab bisnes baru nak mula.. risiko tak menjadi tu memang nyata boleh berlaku.. kang menggelupur betul hha..

          Aku pun ada dalam perancangan nak bukak kedai runcit, masalah macam yang bro kata tu la. siapa yang nak tolong jaga, nak gilir-gilir.. buat sendiri pun letih, nak upah orang tak mampu lagi..

          By the way, kalau internet biz aku prefer setup dan tinggal je, biar income jalan sendiri :-)
          sabree hussin recently posted..Tips Berkahwin Dalam Usia Muda Kedua : Kahwinilah Pasangan Kerana Agamanya

Leave a Reply

CommentLuv badge