Nak Berniaga Di Facebook Tak?

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Selama ni saya cuma perhatikan je orang lain berniaga di facebook. Kadang-kadang tu tertanya-tanya jugak … eh laku ke jualan diorang ni.

Almaklumlah, kita bukannya boleh check berapa banyak transaksi yang peniaga-peniaga di facebook ni dah hasilkan.

Personally saya lihat menjual di facebook ini ada style dia sendiri. Memang saya respect sangat-sangat dengan mereka-mereka yang menjual di facebook dan pada masa yang sama mereka guna kaedah marketing yang clean.

Kaedah clean yang saya maksudkan kat sini ialah yang biasa orang kata sebagai soft selling. Bukan jenis yang SPAM sana sini. Suka-suka nak main tag tag orang.

Siapa yang mahir dengan teknik soft selling ni In Shaa Allah, jual apa pun akan laku.

Siapa yang masih belum mahir, jangan banyak sangat alasan, pergi belajar cepat macam mana nak buat soft selling di facebook.

Siapa yang dah ada pengetahuan tentang teknik dan skill-skill soft selling kat facebook, kenalah segera amalkan dan praktikkan. Ilmu kalau cuma setakat kita simpan dalam dada dan kepala, lama kelamaan dia akan hilang keberkesanannya.

Nak bagi skil tu lagi cantik dan kesan lebih mengancam… ha.. kenalah praktikkan.

Risikonya?

You all akan dapat buat jualan yang sangat banyak dan masa korang akan diambil untuk kira duit je nanti :-)

I am sure, risiko yang macam ni mesti ramai orang suka.

****

Pengalaman saya jual barang kat facebook… Nak share sikit.

Produk pertama yang saya berjaya jual ialah jam tangan macam kat dalam gambar ni.

candy cute wrist watch

Seutas jam tangan.

Untuk produk ini saya ambil untung tak sampai RM2. Alhamdulilah, pembeli pertama yang saya dapat adalah kawan sekolah saya sendiri dan dia beli terus 5 set.

Betullah kata pakar-pakar marketing, manusia ini lebih mudah membeli dengan orang yang mereka kenal dan orang yang mereka percaya.

Kalau anda semua perasan, kita ambil contoh penggiat-penggiat bisnes konsep MLM, mereka ni semua bukan target strangers, tetapi mereka akan target kawan-kawan terdekat, adik beradik, saudara mara. Sebabnya relationship memang dah ada.

Kepercayaan… dan sebagainya.

Kita akan lebih mudah berurus niaga apabila pihak yang satu lagi mempercayai kita.

Yang penting buangkan sifat tamak dan sifat-sifat negatif yang lain. Jangan ada niat nak menipu dan sebagainya.

Kita nak buat bisnes untuk satu jangka masa yang panjang. Bukan hari ni buat bisnes besok dah tak nak berniaga lagi.

Baiklah, dikesempatan ini juga saya nak jemput para pelawat dan pembaca blog ini untuk sama-sama berniaga di facebook.

Jika anda tak ada produk untuk diniagakan, jangan risau. Sebabnya?

Anda dijemput untuk sertai rakan niaga HargaBajet.com . Di sini terdapat macam-macam produk yang anda boleh jual semula dan boleh jana komisen 3 – 5 angka sebulan.

Saya doakan semoga usaha anda diberi balasan yang setimpal oleh Yang Maha Esa.

Sekian, semoga perkongsian ini beri manfaat buat anda.

,

5 Responses to Nak Berniaga Di Facebook Tak?

  1. Pondok Papan March 15, 2013 at 2:32 am #

    Terima kasih..saya mesti join network harga bajet.com.ni..saya memang nak berjaya dala dunia perniagaan mcm ni..insyaAllah usaha tangga kejayaan.. Memang betul, kadang2 terdetik juga dihati..ehh mereka ni semua berniaga dalam FB ada orang beli ke?sebabnya saya pernah tertipu sekali..lepas tu saya booomm terus page tu..hehe
    Pondok Papan recently posted..Belajar Cara Menjahit Baju Melayu

  2. Juan March 17, 2013 at 7:32 pm #

    adik saya sendiri memang berjual di fb dan setiap bulan memang ratus la untung
    Juan recently posted..SEO Ultimate vs SEOPressor

  3. Hairul March 18, 2013 at 5:50 pm #

    Saya cukup tak suka dengan peniaga di fb yang tak beretika. Naik rimas jadinya. Setiap hari ada je orang yg masukkan saya dalam group jualan ntah apa-apa ntah tanpa kebenaran saya.
    Hairul recently posted..Teknik Pemasaran SMS, Masih Berkesankah?

    • sabree hussin March 18, 2013 at 8:34 pm #

      Samalah dengan saya, kadang-kadang dalam masa sehari tu saya dah dimasukkan dalam 2 3 group.

      Kadang-kadang tu group barang baby pun ada! Erk tak ada anak lagi, tak kan dia expect saya akan beli barangan baby untuk anak orang lain pulak

  4. akubiomed March 19, 2013 at 10:47 am #

    Memang ada mengunaka FB sebagai medium pemasaran. Nampaknya ia dapat memberi kesan.

Leave a Reply

CommentLuv badge