Kerjaya Insurance Agent, Sesuaikah Untuk Anda?

Memang tak dinafikan.. kerjaya sebagai seorang perunding kewangan ni kalau kena dengan cara dan pembawakkannya memang boleh menghasilkan pendapatan yang memuaskan dan lumayan. Isu berkaitan kewangan, pengurusan kewangan, instrument pelaburan, pengurusan harta dan sebagainya sememangnya mudah untuk menarik perhatian umum.

Bukan nak kata ianya popular sangat, tapi itulah hakikat. Rata-rata orang kita masih lagi teraba-raba dalam isu kewangan especially dalam bab pengurusan kewangan. Mana tak nya.. semakin hari semakin kompleks instrument kewangan yang diperkenalkan dipasaran.

Kalau tak pernah ada basic berkaitan kewangan, atau jarang membaca buku berkaitan dengan kewangan, mau botak kepala cuba memahamkan apa itu derivatives, option, bond, sukuk, mortgage, subprime mortgage dan lain-lain lagi.

Kenapalah ada benda-benda ni semua. Nama yang pelik-pelik dan agak susah pulak tu untuk difahamkan.

Lepas tu dalam konteks wealth protection pulak keluar dua istilah iaitu insurance dan takaful. Kata ulama.. insurance itu haram, manakala takaful itu halal. Walhal kegunaan dan praktis tak jauh beza. Terpulang pada anda selesa nak pilih yang mana asalkan anda tahu bahawa mencari yang halal itu adalah fardhu bagi setiap muslim.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. At-Tahrim ayat 6


Selari dengan tajuk yang saya cuba bawak dalam entry kali ni. Sesuaikah anda menceburi kerjaya sebagai seorang agent insurance/takaful? Bolehkah anda berjaya sekiranya cuba untuk berjinak-jinak dalam industri ni.. Mari kita bincangkan ya.

Income @ Pendapatan

Walaupun ada banyak reasons mengapa seseorang itu bekerja atau memiliki kerjaya, namun perkara paling utama adalah untuk menghasilkan pendapatan. Tak ada manusia yang sanggup untuk buat sesuatu kerja tanpa gaji. Nak buat charity pun bukan selalu boleh buat.

Kerjaya sebagai perunding insurans atau ejen insurans ni memang tak ada pendapatan yang tetap. Peringkat awal memang mencabar terutama untuk ejen-ejen baru yang tak berpengalaman.

Skil tak cukup mantap lagilah katakan. Macam mana nak buat appointment dengan prospect, nak buat sales presentation, objection handling, dan jugak sales closing. Secara step by step atau secara keseluruhan pasti akan timbul masalah serba sedikit.

Pendapatan di bulan pertama boleh jadi ‘zero’ sekiranya gagal sama sekali untuk mendapatkan pelanggan yang mahu membeli pakej insurance/takaful melalui anda. Ini adalah kerana pendapatan sebagai ejen insurans adalah melalui komisyen.

Mari kita lihat peratusan komisyen tersebut.

  • Tahun pertama dibayar 35% daripada amount caruman
  • Kedua 25%
  • Ketiga 20%
  • Keempat 15%
  • Kelima 10%
  • Keenam 10%

Seperti yang dapat kita sama-sama perhatikan, amount komisyen tersebut semakin menyusut dari tahun ke tahun dan bertahan sehingga tahun keenam sahaja. Kenapa agaknya?

Di tahun-tahun awal-awal penyertaan dalam insurans, duit caruman milik pencarum akan lebih banyak dibelanjakan  untuk urusan kos-kos operasi syarikat. Kos operasi termasuk pembayaran komisyen, dokumentasi dan legal action.

Sebagai ilustrasi, daripada RM100 yang dibayar oleh pencarum, RM35 akan dibayar kepada ejen dalam bentuk komisyen. RM15 akan disalurkan kepada agensi manager sebagai over riding, RM25 akan mengalir ke tabung syarikat sebagai kos operasi manakala baki RM10 akan dimasukkan kedalam tabung perlindungan untuk melindungi pemegang polisi.

Bagaimanapun ilustrasi diatas hanyalah contoh sahaja dan syarikat penyedia insurans berbeza mengamalkan cara yang berbeza.

Kalau anda jenis yang sukakan cabaran dan tak gentar bila asyik tak dapat nak buat sales, tak takut kalau pendapatan anda boleh jadi tak stabil.. maka pilihan sentiasa terletak ditangan anda.

Jadi agent insurance yang independence memang sangat-sangat berbeza dengan agent insurance in house. Maksud in house agent insurance ni merujuk kepada agent insurance yang bekerja directly under syarikat penyedia insurance.

Mereka bukan sahaja menerima basic bulanan dan ada pendapatan tetap, malah mereka juga turut mendapat komisyen hasil daripada jualan yang mereka berjaya hasilkan.

Prospect

Prospect pulak? Tak perlu nak risau langsung. Segala-galanya company yang akan sediakan. Apa yang mereka perlu buat hanya call prospect satu persatu. Nak telefon pun bukan kena keluar duit poket sendiri. Semua company yang akan tanggung.


In house insurance agent ni jugak selalunya dipanggil sebagai telemarketer. Off course mereka mempunyai kelebihan tersendiri. Ada pendapatan tetap, bermakna even tak ada sales langsung pun masih ada gaji. Senarai atau list prospect yang sangat besar, dan hanya perlu berurusan melalui telefon sahaja. Sekiranya berjaya menghasilkan jualan, tetap akan memperoleh komisyen.

Berbalik kepada anda yang nak menjadi independence insurance agent ni, anda perlu tahu what is your strong point dan mana satu yang bakal membuat diri anda unik berbanding pesaing anda.

Tentunya anda bakal ada kelebihan yang lebih istimewa sebab berpeluang untuk membina rapport bila berurusan face to face dengan prospect nanti.

Bercakap mengenai pesaing, let’s see point seterusnya yang saya ingin highlight iaitu pesaing atau competitor.

Competitor

Sekarang ni, bukan syarikat insurance je yang menyediakan perkhidmatan insurans, malah pihak bank turut menyediakan perkhidmatan insurance melalui bancasurrance .

So ini jugak bermakna sebenarnya pesaingan untuk menjual produk insurance adalah sangat sengit. Too many people selling same thing and aftering same prospect.

Rasa takut ke? Eh apa pulak nak takut. Rezeki kan masing-masing. Biarlah berapa banyak sekalipun orang yang bersaing dalam apa bidang yang anda ceburi. Allah kan sentiasa bersama kita walaupun mungkin kita ni kadang-kadang sengaja tak bersama dengan Allah.

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). Al-Baqarah ayat 212

Kali terakhir saya semak list syarikat insurance adalah seperti berikut

Insurance

  1. American International Assurance Bhd
  2. Etiqa Insurance Berhad
  3. Hong Leong Assurance Berhad
  4. ING Insurance Berhad
  5. Malaysian Assurance Alliance Berhad
  6. MCIS Zurich Insurance Berhad
  7. Prudential Assurance Malaysia Berhad
  8. Allianz Life Insurance Malaysia Berhad
  9. AmLife Insurance Berhad
  10. AXA Affin Life Insurance Berhad
  11. CIMB Aviva Assurance Berhad
  12. Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad
  13. Manulife Insurance Berhad
  14. Mayban Life Assurance Berhad
  15. TM Asia Life Malaysia Berhad
  16. Uni.Asia Life Assurance Berhad

Takaful

  1. CIMB Aviva Takaful Berhad
  2. Etiqa Takaful Berhad
  3. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
  4. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad
  5. MAA Takaful Berhad
  6. Prudential BSN Takaful Berhad
  7. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
  8. Takaful Ikhlas Sdn Bhd

Dalam bidang ni, tak boleh tidak kena ambik tahu jugak siapa sebenarnya yang bakal menjadi pesaing anda. Dan perlu diingat jugak, sesama agent dalam syarikat yang sama turut adalah pesaing anda. Know your competitor then figure out how to ace them. It’s your job, duty and responsibility.

Customer

Untuk maintain customer yang sedia ada pun bukan perkara yang mudah. Biasa dengar kan customer is always right?

Pandai jual, kenalah pandai jugak untuk bagi service after sales. Nak kena selalu ingatkan pelanggan kita supaya bayar caruman on time. Ikut jadual pembayaran. Jangan sampai lapsed.

Lagipun, pendapatan anda pun bergantung pada mereka ni jugak. Kalau mereka tak bayar.. ehem faham-faham je lah kawan.

Bagaimana dengan diri anda?

Apa pun segalanya akan terpulang pada diri anda. Saya percaya.. dalam hidup ini kita jarang memilih untuk membuat keputusan semata-mata nak menjerut leher sendiri di kemudian hari. Setiap keputusan yang bakal kita buat selalunya kita dah fikir masak-masak walaupun sekejap.

Kalau pernah sekali terlintas di fikiran yang anda boleh berjaya.. why stop? Prove it. Do it until you make it.

Yang penting anda tahu setakat mana kemampuan diri anda, dan tahu bila masanya nak tarik handbrake bila ada masalah kemudian. Tapi dengan menarik handbrake.. ia akan membuatkan anda berada dalam keadaan drift mode dan bukan dalam keadaan stop and give up mode.

What ever.. Kalau faham bagus.. kalau tak faham buat-buat faham je lah ye.

Baca juga : Cara-cara menjual dan mempromosikan produk insurans/takaful

 
********************************************************************

********************************************************************

33 Responses to Kerjaya Insurance Agent, Sesuaikah Untuk Anda?

  1. Ana Admi April 4, 2011 at 10:06 pm #

    hi en.sabri..terima kasih kerana berkongsi info ini..nice.. saya akan cuba praktikan..:) ape yg anda ckp mmg ada betul nye..n im totaly agree..;)bukan senang untuk menjadi perunding yg berjaya, me still fresh n banyak yang perlu dipelajari, especially presentation..
    Ana Admi recently posted..Bukan Pinta Mereka

    • sabree hussin April 9, 2011 at 11:25 pm #

      Ana admi perunding insurance/takaful ke? Great. Mencabar bidang ni, bukan senang nak buat. Orang-orang yang kental je yang berani menceburi bidang ni

      • Ana Admi November 8, 2011 at 5:00 am #

        yep..sekarang ni nak hampir setahun sy involved..so far alhamdulilah..ape yang penting rajin,usaha dan tidak putus asa adalah rezkinya..:)
        Ana Admi recently posted..MR. JOHOR 2011

  2. ayubzain April 14, 2011 at 7:31 pm #

    yess..this bisnes mmg sgt mencabar diri sbb ia membabitkan semangat n perasaan kte sebagai perunding. ape2 pun bg sy, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. dont stop learning n practice make perfect. tq for ur sharing mr sabree

  3. izzah April 20, 2011 at 1:23 am #

    tq very much for the info…saya pn masih baru n baru 2x jumpa prospect…even nampak mudah melihat kejayaan senior senior…tapi bukan senang sebenrnya…ini jalan yang saya pilih n saya akan teruskan…just kalau boleh buatla entry pasal nak dpatkan genuine peospect, axcellent presentation,handling objection and etc berkaitan agent insuran ni…tqvm

    • sabree hussin April 20, 2011 at 9:50 am #

      salam izzah.. terima kasih kerana sudi untuk singgah di blog sabreehussin dot com ni. Insya allah di lain masa, selepas saya cukup bahan dan kajian, saya akan buat satu entry seperti yang izzah nak ya.. sekarang masih mengumpul bahan, interview ejen lain, dan juga lain-lain entry berkaitan insurance ni ya.

      kalau izzah ada pengalaman nak di kongsikan pun saya amat alu-alukan.

  4. ayub zain July 24, 2011 at 8:54 am #

    apa hukum klau kte jual produk non syariah kepada pelanggan walaupn pelanggan setuju ia bukan non syariah? Bagaimana dgn komisen kte?

    • sabree hussin July 24, 2011 at 7:36 pm #

      salam ayub zain,

      terima kasih kerana bertanya, izinkan saya berkongsi sepotong hadis rasulullah seperti yang diriwayatkan oleh bukhari ..

      Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.’” (HR. Bukhori)

      … berbalik pada persoalan jual produk non syariah.. boleh jelaskan lebih terperinci produk non syariah yang bagaimana?

      Kalau yang dimaksudkan adalah produk yang ada unsur-unsur riba dan gharar, maka automatik komisen yang diterima juga haram.. boleh rujuk laman web ustaz zaharuddin untuk pembacaan lanjut.

      Yang menentukan halal atau haram bukanlah si pembeli atau orang perseorangan, tetapi hukum tersebut telah lama terpateri dalam kitab suci alquran..

  5. ziraabubakar October 14, 2011 at 9:50 pm #

    just nak share…saya pun agen insurance tp as part-timer. saya dah involved dgn industry ni dh 5 thn. alhamdullilah berkat kesabaran & semangat supaya x cepat putus asa stp bulan plg sikit pun income saya RM3k ke atas. bg agen full time and dh lama involved dlm insurans jumlah tu sangat sikit. tp bg saya sbg part-time dgn masa yg sangat limited dan ditambah dgn beban kerja saya sbg acctn di salah sebuah sykt GLC kat M’sia saya dah sangat2 bersyukur. Sebabnya saya antara agen part-time yg berjaya dlm agensi saya. Even agen full time pun kdg2 production sama je mcm saya.

    • mohamadsabree October 15, 2011 at 12:16 pm #

      salam zira, terima kasih perkongsian tersebut.. tahniah bukan calang-calang agent boleh dapat income macam zira.. agent lain patut belajar dari zira untuk dapatkan skill2 untuk close the deal

      • ziraabubakar October 15, 2011 at 9:40 pm #

        Salam en sabree, just berkongsi pengalaman takda skill apa pun. Kalau hr2 jumpa prospect at least sorang lama2 tajam la skill kita. Mcm saya walau part-time saya x curi masa saya bekerja. Saya akan jumpa prospect waktu lunch hour which prospect adalah dikalangan officemate. tak payah pergi jauh2 yg ada depan mata pun tak habis.
        Untuk agen baru thn pertama adalah thn paling sukar kalau anda still maintain thn kedua insyaallah anda akan lama dlm industri ni.
        Kdg2 terfikir jugak nak resign tp en suami x izinkan. Memandangkan benefit yg saya dapat dr sykt saya bekerja mmg banyak. Jadi teruskan saja jadi agen part-time.

    • iza February 27, 2012 at 9:40 pm #

      sy tertarik dengan komen awak…sebagai part-timer awak berjaya buktikan kemampuan awak.ade tip2 yg boleh dikongsi x?sekurang2nya walaupun sy bukan agen p sy berminat untuk membuat kerja2 part time cuma xpasti mampu melakukannya atau tidak.

  6. uzir December 15, 2011 at 9:42 pm #

    Asssalamualaikum En Sabree….maksudnya, org islam tak boleh kje kt syarikat insurance tp boleh kje kt syarikat takaful? let say kalau sy umur 19 tahun and still studying at economic courses..patut ke tidak sy kje part time kt syarikat insurans? regards.. :)

    • sabree hussin December 19, 2011 at 12:08 am #

      wasalam uzir, insya allah saya akan jawab dalam blog post. Saya akan emelkan link url bagi respon saya mengenai pertanyaan uzir tu ya

  7. Linda December 30, 2011 at 4:30 pm #

    Hai..sy sebenarnye berminat nak wat sales spt insurans la,loan la……skarang ni saye bekerja sbg seorang programmer di sebuah syarikat swasta yg gajinye rm1200 je basic…mmg tak cukup nk survive..adakah berbaloi sekiranye sy berhenti kerja dan truskan dlm bidang sales ni..?

    • sabree hussin December 30, 2011 at 5:07 pm #

      Salam Linda.. terima kasih sebab singgah ke laman blog saya.

      Pada pendapat saya, bidang sales ni memang sangat bagus. Sebabnya lagi banyak sales yang kita buat, maka lagi banyaklah pendapatan yang kita boleh hasilkan. Tak macam bila kita kerja makan gaji ni.. buat kerja banyak atau sikit tetap sama je. Macam dalam kes Linda, basic tetap seperti Linda dapat.

      By the way, please bear in mind, pendapatan bagi jurujual insurans adalah based on komisyen, dan komisyen tu akan menyusut saban tahun. Tak jauh beza jugak dengan loan, pengalaman saya dalam loan hanya dalam loan koperasi. Jadi tak banyak yang boleh saya komen. Macam loan koperasi, lagi tinggi loan yang orang sudi nak ambik lagi besar kita boleh dapat income. But still, kalau tak ramai orang yang nak buat loan atau nak beli polisi insurans you will be in trouble.

      As long as Linda ada back up plan, just do it. Mungkin ia bagus untuk Linda, dan mungkin sebaliknya. Rasanya tuan empunya diri yang lebih arif. :-)

  8. safargmc January 2, 2012 at 3:27 pm #

    Takaful simpanan bulanan.
    insurans kita kena beli.jadi duit tu
    tak dapat balik,kalau tak bayar ikut
    syarat yang ditetapkan.

    • sabree hussin January 2, 2012 at 7:23 pm #

      macam mana tu? cube explain lebih sikit

  9. zaini January 30, 2012 at 11:32 pm #

    salam en sabri, saya baru nak berjinak2 dlm industri insurans ni. dalam mencari2 bahan rujukan dan ilmu mengenai insurans, saya terjumpa website saudara. pengisian yg ringkas tp padat, yang mana ada point2 yg saya terlepas pandang.

    sy nak share skit pngalaman saya kenapa orang ramai menolak insurans ni. ramai yg merungut yg agent insurans ni annoying sebab paksa masuk, caruman bulanan yg sgt mahal, diri dah ade medical card dari company, rasa beban dan bermacam lagi. mungkin sebab mentaliti dah di set kan bahawa kita xperlukan sebrang perlindungan diri.

    bukan bermaksud yang dgn insurans/takaful boleh menjamin kesihatan, tp sekurang2nya ada perlindungan utk kita dari segi simpanan dan kos pembiayaan sekiranya ditimpa sakit nnt.

    bg saya sebagai seorg agent, kite hendak lah membuka minda seseorang prospect itu betapa penting nya insurans dan betulkan mind set mereka (kdg2 kita ni didedahkan dgn tanggapan yg negatif mengenai insurans), dari kita mengejar sale dan memaksa mereka untuk membuat caruman, dimana mereka kdg2 xpaham apa yang mereka bayar setiap bulan. bila prospect dah ada kesedaran dan faham kenapa mereka perlu mengambil insurans, percentage soal pembayaran lewat atau tidak bayar menjadi kurang.

    saya juga berminat dgn cara ziraabubakar, yg mana prospect dikalangan org yang berhampiran dgn kita, insyallah sy akan cuba praktik kan

  10. zilah February 1, 2012 at 10:21 pm #

    Yes, sy juga seorg unit manager di MCIS ZURICH. Pendapatan memang lumayan dan selalu kena rajin menjalankan tanggung jawap. Ws

  11. zilah February 1, 2012 at 10:24 pm #

    memang pendapatan dlm insuran lumayan dan kini sy pun dah jadi Unit Manager di MCIS ZURICH. Terima kasih

  12. acaprazak February 2, 2012 at 7:22 pm #

    Salam..saya baru berjinak2 dalam dunia insurans ini dan baru lepas interview untuk menjadi perunding kewangan..cuma kalau boleh saya nak tahu lebih mendalam tentang isu halal dan haram tentang insurans ni sebab saya takut terjebak dengan riba/gharar yang di mana kebanyakan conventional insurance mengamalkan sistem serupa itu. Adakah syarikat insurans conventional sememangnya mengamalkan sistem tersebut??
    acaprazak recently posted..Program Menarik Untuk Adik-adik Yang Bercuti Sekolah

    • sabree hussin February 5, 2012 at 2:28 pm #

      waalaikumusalam acaprazak, insya Allah nanti saya akan menjawab persoalan saudara tu ya. harap beri sedikit masa :-)

  13. daimpressive February 23, 2012 at 10:12 pm #

    Jalan2 sambil baca blog dan ingin buat perkongsian.

    daimpressive recently posted..Awareness: Adakah anda sudah memiliki Pelan Perlindungan ini?

  14. Ali ridha March 12, 2012 at 10:11 am #

    habis tu en sabreehussin kerja
    dalam bidang takaful mana?
    Ali ridha recently posted..2012 lebih mencabar

    • sabree hussin March 12, 2012 at 6:15 pm #

      Sebelum ni pernah jadi agent etiqa takaful

      • Ali ridha March 13, 2012 at 11:41 am #

        Habis tu sekarang ni jadi agent
        mana pula.aku ingat juga jadi
        perunding takaful.belah
        perak ke kuala lumpur.

        • sabree hussin March 13, 2012 at 12:42 pm #

          sekarang dah tak buat lagi dah. :-) kalau Ali minat nak jadi agent bagus jugak, actually ada baik dan buruk. Try la

  15. yusof. April 8, 2012 at 12:40 am #

    salam. saya baru lagi dalam bidang insurans ni dan seorang agent. ayah saya adalah seorang general manager dan dah ader company sendiri.. saya cuma nak tanya apakah syarat2 bagi seorang anak yang akan mengambil alih perniagaan ayahnya? kan dalam takaful ada konsep ambil alih jawatan tu.. harap dapat bg respon asap ye.. teringin sangat nak tau.. :)

Trackbacks/Pingbacks

  1. Kerjaya Customer Service Executive, Apa Menariknya? | sabreehussin dot com - April 5, 2011

    [...] ini saya pernah tulis berkenaan kerjaya sebagai insurance agent. Boleh klik sekiranya berminat untuk baca [...]

  2. Multiple Stream Of Income Untuk Golongan Bekerjaya | sabreehussin dot com - April 10, 2011

    [...] satu masa dulu ramai orang yang sibuk nak jadi agent insurance part time. Cuma persoalannya, adakah kerjaya ini sesuai untuk anda walaupun cuma nak buat secara part [...]

  3. Abang.. Mari Bang Dengar Pasal Takaful Sekejap | sabreehussin dot com - December 9, 2011

    [...] Rasa-rasa sesuai tak anda jadi agent insurans? [...]

  4. Cara Mempromosikan Produk Insurans/Takaful | sabreehussin dot com - March 12, 2012

    [...] Kebaikkan Membeli Polisi Insurance 2. Kerjaya Insurance Agent, Sesuaikah Untuk Anda? 3. Abang… Mari Bang Dengar Pasal Takaful Sekejap 4. Apa Hukum Bagi Orang Islam Bekerja Dalam [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge