Assalamualaikum w.b.t.
Entry ini sepatutnya saya catatkan sebelum entry saya yang lepas bertajuk Bagaimana Menjadi Lebih Kaya Selepas Berhenti Kerja. Tapi atas sebab-sebab tertentu, saya simpan dulu entry ni dalam bentuk draf dan siarkan entry yang lagi satu tu dulu.
Pertama sekali, biar saya ingatkan awal-awal… apa yang bakal kalian baca mungkin tak sama dengan nilai-nilai dan kepercayaan yang kalian miliki selama ni berhubung dengan prinsip kerja makan gaji.
Akan tetapi kalau kalian sudi untuk baca dengan minda yang terbuka, mungkin entry ini sedikit sebanyak akan mengubah cara anda berfikir selama ini.
Secara umumnya, manusia bekerja atas tiga sebab
1. Untuk Keselamatan
2. Untuk Keselesaan
3. Untuk Kekayaan
Tiga konsep diatas tu saya pinjam daripada buku tulisan Robert T. Kiyosaki berjudul Rich Dad’s Guide To Investing, what the rich invest in that the poor and middle class do not!
Untuk Keselamatan
Maksud dia dekat sini seseorang tu bekerja sebab untuk pastikan dia akan merasa selamat. Kalau dia jatuh sakit, dia rasa selamat sebab dia ada duit untuk bayar.
Dia rasa selamat asalkan ada rumah untuk dia berteduh. Dia rasa selamat asalkan duit yang dia miliki cukup untuk pastikan dirinya sekeluarga ada sesuatu yang boleh dimakan.
Pendek kata, asalkan keperluan asas untuk dia hidup dapat dipenuhi, dia dah rasa cukup selamat dan tak mahukan sesuatu yang lebih daripada itu.
Untuk Keselesaan
Kalau yang ini tahap dia lebih tinggi berbanding kerja untuk keselamatan.
Ambik contoh mudah, untuk dia pergi ke suatu tempat dia perlukan sebuah kereta. Instead of memandu kereta Produa Kancil, dia memilih untuk memandu kereta Honda Civic. Dalam hal ini, dia ada pilihan untuk pilih kereta Kancil, tetapi sebab dia nak selesa, dia pandu kereta yang lebih besar.
Begitu jugak halnya dengan rumah kediamannya, daripada dia tinggal dirumah flat atau apartment, dia memilih untuk tinggal di rumah banglo dua tingkat. Semua ini untuk keselesaan.
Seterusnya, kita lihat pulak sebab ketiga, iaitu untuk…
Kekayaan
Bekerja untuk meraih kekayaan.
Untuk ini saya tinggalkan untuk anda bayangkan sendiri bagaimana yang dikatakan sebagai kaya.
Sebabnya takrifan kaya bagi saya dan anda mungkin berbeza. Apa yang saya katakan sebagai kaya, mungkin bagi anda adalah biasa biasa sahaja.
Berhenti kerja untuk jadi kaya
Konsep ini mungkin kurang sesuai untuk mereka telah berkahwin dan memiliki tanggungan. Afterall, keputusan untuk berhenti kerja bukan suatu keputusan yang mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Ada banyak risikonya… dah tentu orang yang tak suka ambil risiko tak sesuai untuk ambil tindakan seumpama ini. Sebabnya, berhenti kerja untuk jadi kaya hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang ada modal dan tak kisah mengambil risiko sekiranya plan yang bakal dijalankan tak berhasil.
Memanglah… mana ada dapat duit kalau tak bekerja langsung. Tapi apa yang saya maksudkan, berhenti kerja daripada kerja makan gaji. Bukan tak payah kerja terus selama-lamanya.
Sebenarnya agak susah untuk kita jadi kaya kalau kita hanya bergantung harap pada kerja yang kita sedang buat sekarang. Melainkan kalau gaji yang dibayar kepada kita tu tinggi, maka tu lain cerita. Tetapi selalunya, bayaran yang kita akan terima pun adalah mengikut harga pasaran.
Ada beberapa perkara yang saya kurang gemar dengan alam pekerjaan, dan ada masanya saya melihat ia sebagai salah satu bentuk gangguan untuk kita menjadi kaya.
1. Kita kerja kena ikut masa. Kebanyakkan masa kita yang berkualiti yang kita ada kita berikan kepada syarikat. Bila dah habis waktu kerja, kita dah penat dan banyak perancangan yang kita ada sama ada kita simpan, atau kita tangguhkan ke hari lain.
2. Kita asyik buat benda yang sama hari-hari sampaikan kita dah terbiasa dan jadi malas untuk buat kerja-kerja tambahan.
3. Kita mudah terperangkap dalam zon selesa. Malas dah nak fikir benda lain, asalkan dapat gaji, satu keluarga cukup makan, itu semua dah rasa cukup memadai.
4. Kita akan dikhususkan hanya kepada satu bidang pekerjaan. Specialization. Skill lain tak berpeluang nak belajar kalau tak ada daya usaha sendiri.
Pada saya, untuk jadi kaya kita perlukan dua sumber yang sangat berharga yang ada pada diri kita, iaitu tenaga dan masa.
Kita perlukan tenaga yang banyak untuk jalankan setiap perancangan yang kita ada. Tak cukup kalau cuma ada perancangan, tapi tak ada tenaga untuk jalankan apa yang dirancangkan. Sudahnya, tak ada tindakan.
Berapa ramai orang yang kerja makan gaji ada macam-macam rancangan nak dibuat tapi sampai sekarang tak terbuat, sebab bila habis kerja je tenaga dah tak ada nak buat apa yang dirancang. Orang yang tak ada tenaga susah nak fokus dengan apa yang dirancangkan.
Kemudian sumber kedua, iaitu masa.
Saya percaya setiap orang ada memiliki quality time masing-masing. Ada orang lebih produktif pada waktu awal pagi. Ada orang waktu yang paling produktif adalah waktu petang, dan ada juga yang lewat tengah-tengah malam. Saya dalam kategori lewat tengah-tengah malam
Akan tetapi, apabila 9-12 jam dari masa yang kita ada, kita dah persembahkan kepada syarikat tempat kita bekerja, kesudahannya tak ada lagi quality time yang tinggal untuk kita.
Untuk jadi kaya, kita perlukan masa… bukan duit semata-mata.
Kita perlukan masa untuk reka satu pelan yang bersesuaian dengan jiwa kita, kemudian kita jugak perlukan masa yang sesuai untuk jalankan apa yang dirancang. Kalau setiap hari keluar rumah awal pagi, bila balik dah jauh malam… nak rancang apa lagi? Kena tunggu cutilah baru boleh buat, itupun kalau kita tak tidur sepanjang hari bila cuti.
By the way, apa kita nak buat lepas dah berhenti kerja nanti? Apa kerja yang boleh buat kita jadi kaya?

Bisnes
Peluang kekayaan terbuka luas melalui aktiviti perniagaan.
However, without careful planning, the chances to fail is also wide open.
Kalau buat bisnes kesudahannya adalah sama ada untung atau rugi. Itu je.
Network Marketing
Buat network marketing, atau MLM.
Bukan MLM yang kerjanya asyik nak kena cari orang tu. Tapi MLM yang kena jual barang. Sebabnya, dari MLM ia melatih kita macam mana nak ada bisnes kita sendiri. Macam mana nak kendalikan stok, dan kalau kita ada merekrut agen, kita juga bertanggungjawab dalam performance agen bawah kita.
Ia melatih kita bagaimana nak menjalankan operasi perniagaan kita sendiri tanpa ada pengawasan orang atasan.
MLM yang bagus dia akan melatih kita menjadi seorang peniaga yang bagus.
Klik sini untuk jadi pengedar Homemade Chocolate Murah & Jimat.
Bekerja Sendiri
Kalau anda adalah seorang professional, inilah masanya untuk anda bekerja sendiri.
Mulakan syarikat konsultasi anda sendiri. Buka klinik anda sendiri. Bina syarikat atau firma guaman anda sendiri. Cari pasukan yang boleh bekerja bersama anda dan dirikan empayar perniagaan anda sendiri.
Pasti ada jalan… yang penting kita bersedia untuk fikir dan ambil tindakan.
Sebabnya, asalkan kita yakin… memang tak mustahil untuk berhenti kerja sebab nak jadi kaya.
Wallahua’lam
********************************************************************
Baca juga
- Panduan Buat Duit Sebagai Pengedar SIM KAD Tune Talk
- Strategi Jana RM1,000 – RM3,200 Secara Konsisten di Internet
- Rahsia FOREX TRADER Jana Wang 5 Angka Seminggu Secara Senyap-senyap
********************************************************************




saya rasa belum mampu lagi nak keluar dari zon selesa ni.
kimmie recently posted..Wordless Wednesday 20 – Cukup tak ni
Masanya pasti akan tiba,
malangnya kalau x tiba-tiba..hik hik
x lupa dot com recently posted..Kantoi Korek Dalam Selimut Terakam (6 Gambar)
ha… kalau macam tu kena pakai plan B, kena usaha bagi tiba jugak
aku suka bekerja. kalau tak kerja..rasa resah aje..
titan recently posted..Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012
workaholic r ni titan eh
Sesuai sangat bagi orang muda yang belum banyak tanggungan
Tenaga masih kuat, masa lapang masih banyak
tehr recently posted..Memasang Impian
Betul.. dan kena sanggup ambik risiko. Takut2 apa yang di rancang tak menjadi pulak
betul. ramai orang suka berada dalam zon selesa sampaikan terlupa peluang lain yang ada
Amirez recently posted..Wordless Wednesday #14
nak kena keluar dari zon selesa tu satu hal yang susah
biz skrg susah nak jalan….
org sekarang menabung….beli barang yg perlu…
p/s: join rakan blog ya…ini jemputan mesra
tu la.. lagi2 nak dekat pilihanraya macam sekarang ni.. orang berhati-hati nak berbelanja. terima kasih atas jemputan tu, saya hargai
Selepas kahwin terus berhenti kerja.. dah duduk rumah rasa boring giler
sbb dah biasa buat keja dalam dan luar.. terlalu aktif hinggakan susah nak
dapat time tdo yg selesa..
sbb itu semasa muda atur strategi utk hari akan dtg..
nurmisnan recently posted..10 kebaikan minum susu
berhenti kerja untuk jadi kaya… dalam konteks untuk jayakan perancangan dalam plan ni, memang nak kena ada strategi yang dah siap tersusun rapi.. kalau tak nanti cepat bosan.. lagi2 kalau jenis yang tak tau nak buat apa dan dah terbiasa bekerja
Saya masih belum mahu meletakkan surat letak jawatan kerana kerjaya saya adalahmemberi perkhidmatan kepakaran biomedikal di hospital. Banyak perkara yang saya perlu langsaikan sejak Akta 737 Peranti Perubatan 2012 telah digazetkan. Tugas saya baru sahaja bermula selepas akta ini diluluskan.
akubiomed recently posted..Proton Power of 1 di Stadium Bukit Jalil
kalau macam ni, dah tentu orang yang ada kemahiran macam bro ni sangat limited dekat Malaysia ni kan. Kalau betul macam yang saya teka, bro mesti adalah salah seorang specialist yang besar nilai sumbangannya
Bro, sy blum pandai nak buat website url tu sendiri, bole tlg ajarkan saya camne nak buat blog ataupun website tu?
Boleh tak ada masalah. Anything I can help?
persediaan mental & financial mmg kn bagus sbl buat decision nak berenti kerja. At least kn ada 6mth financial buffer.. tujuan mesti jelas sbb itu yang akan menentukan sama ada kita hepi ke tak lps berenti keje.. barulah ada peace of mind..
yatiemn recently posted..Kerja part time sambil makan gaji
Ha’a setuju. Kalau berhenti tanpa ada hala tuju, mau hilang arah jugak semasa tak bekerja