Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi melawat blog personal saya, sabreehussin dot com.
Kali ini saya nak share sedikit pengalaman tentang diberi letter of redundancy dari majikan. Pada waktu tu saya masih lagi bekerja di sebuah syarikat outsource yang terlibat dalam sektor Business Process Outsourcing. Biasanya orang akan panggil ia sebagai BPO Industries.
BPO ni kerja dia ialah menerima tugas-tugas yang syarikat lain tak ada kepakaran nak buat.
Contoh paling mudah adalah customer service. Bahagian customer service atau customer support adalah bahagian yang saya kira agak kritikal bagi mana-mana syarikat. Sebabnya, untuk melatih pekerja yang mahir untuk menduduki jawatan tersebut bukan mudah. Banyak latihan yang perlu diberi, melainkan pekerja tersebut memang ada natural talent dan minat bergaul dengan pelbagai jenis manusia.
Oleh sebab kos latihan yang tinggi, dan ditambah juga faktor-faktor lain seperti kos menyediakan prasarana untuk support fungsi department ini, sesetengah syarikat memilih untuk mendapatkan perkhidmatan outsource company.
Contoh yang saya tahu ialah call centre Air Asia. Pada waktu artikel ini ditulis, ia masih lagi dikendalikan oleh outsource company. Ramai yang sangka bila mereka mendail talian Air Asia mereka bercakap dengan staff Air Asia, sebenarnya bukan.
Mereka adalah sekumpulan pasukan yang diberi limited authority oleh Air Asia dikenali sebagai client untuk bertindak bagi pihak syarikat (client).
****
Biasalah. Ragam alam pekerjaan. Mesti ada cabaran dan ada masalah dia sendiri.
Salah satunya adalah apabila syarikat dah mula kurang berminat untuk teruskan sesuatu projek. Mungkin atas sebab kerugian atau pulangan yang tak berbaloi.
Kalau berlaku hal-hal macam ni, orang pertama yang akan terkena tempiasnya dah tentulah para pekerja. Para pekerja lah yang akan jadi mangsa, diberi notis untuk berhenti kerja atas sebab-sebab syarikat tidak berupaya menggaji pekerja yang ada.
Siapa yang kurang perform out you go.
Siapa yang ada banyak masalah disiplin, out you go.
Siapa yang kurang pandai bergaul dengan decision maker, out you go.
Siapa yang stay terpaksa buat kerja double atau tripple sebab terpaksa galas beban yang selama ni dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan sekerja yang lain.
Kalau berhenti kerja susah nak cari kerja. Bila stay dekat tempat kerja, kerja tu pulak jadi makin susah sebab dah makin bertambah.
Apa agaknya option yang anda ada?
Kalau saya, saya lebih rela berhenti kerja dan cari kerja lain. Lupakan gaji semasa, lupakan kedudukan, lupakan kawan-kawan sekerja, sebabnya bila company dah mula issue Letter of Redundancy, it means that the company is in trouble or dying.
Jadi, where is the fun working with problematic company?
Kedua, saya rasa kita sekarang ni bertuah sebabnya kita boleh bekerja hanya dari rumah.
Dengan adanya perkhidmatan internet dan computer, kita boleh bekerja hanya dari rumah malahan kita dibayar dalam matawang USD.
Bagi option kedua ini, kita sebenarnya menjadi freelancer.
Sampai bila nak jadi freelancer? Terpulang. Anda sendiri tentukan. Boleh jadi freelancer untuk sementara, dan kalau anda rasa income yang anda dapat tu berganda-ganda lebih baik daripada kerja fulltime.
Carry on.
Mungkin konsep bekerja dari rumah ini agak asing bagi anda, jangan risau. Jika anda menyertai program Latihan Bekerja Dari Rumah yang disediakan oleh Kliks Solution dengan yuran serendah RM50 sahaja, anda dah boleh jadi expert tentang selok-belok bekerja dari rumah dalam tempoh 24 jam sahaja.
Fikir-fikirkan dan buat keputusan yang terbaik untuk diri anda sendiri ya.
Mungkin inilah dia formula yang anda cari-cari selama ini. Formula ini dinamakan Formula Pantas Seru Rezeki. In Shaa Allah siapa yang amalkan, rezekinya akan sentiasa lancar dan banyak. Amiin.





kalau majikan beri Notis berhenti kerja yach kerja ja blog siapa tau bisa dapat wang yang banyak kata daren blogging make to money…
opin recently posted..5 Pembagian Kelompok Hacker berbahaya
Daren tu sudah terkenal dan hebat. Dari blog sahaja sudah boleh hidup senang
Jarang orang memikirkan tentang benda ni. Biasanya dah terjebak baru nak mengelabah. Masa tu, keputusan kita sangat dipengaruhi oleh emosi. Apa pun tak jadi. Kalau dah siap dengan persediaan, insha allah tiada masalah.
Hairul recently posted..Teknik Pemasaran SMS, Masih Berkesankah?