Alam Pekerjaan. Tips Dan Persediaan Menuju Kearahnya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Selamat datang ke blog sabreehussin dot com. Kalau ini merupakan kali pertama anda sampai ke blog ni, terima kasih dan selamat datang saya ucapkan. Lain kali jangan segan-segan untuk datang lagi ke sini ya.

Sekiranya ini merupakan kali pertama anda sampai ke sini, biar saya teka… mungkin anda menjumpai blog ini disebabkan anda mencari maklumat mengenai alam pekerjaan. Betul ke?

Jadi untuk tak menghampakan anda, saya akan kongsikan serba sedikit pengalaman, tips, pendapat dan buah fikiran mengenai alam pekerjaan dan beberapa perkara yang anda perlu ambik tahu.

Nak start dari mana ya… hmm let’s see… Apa yang anda nak tahu mengenai alam pekerjaan sebenarnya ya?

Sebelum ni, saya pernah jugak terbitkan satu entri berjudul Apa Istimewanya Alam Pekerjaan? Jadi catatan kali ini bolehlah kalau nak dikatakan sebagai sequel kepada entri tersebut. Satu je yang saya mintak…

Just take your time, and read with an open mind.

Mungkin kita tak sependapat, tapi setidak-tidaknya, anda jugak yang untung sebab anda dapat baca satu lagi pendapat yang mungkin anda tak terfikir pun sebelum ni. Boleh beri kerjasama ya? Ok… kalau dah ready, let’s begin.

Persiapan Mental

Apabila kita melangkah ke alam pekerjaan, ini merupakan salah satu langkah awal untuk kita jadi seorang yang lebih berdikari. Belajar macam mana nak hidup sendiri, macam mana nak urus kewangan sendiri, dan belajar macam mana nak urus diri sendiri.

Kalau pada peringkat permulaan, semuanya memang terasa agak kekok. Sebab segala-galanya dah mula berubah. Kalau masa zaman-zaman study dulu, cabarannya mungkin tak seperti bila kita berada dalam alam pekerjaan.

Dulu masa kita masih lagi belajar, kita mungkin pernah hadapi suasana stres. Kalau dulu, kita stres pun sebab belajar, tapi bila dah berada dalam alam pekerjaan, apa yang menjadikan kita stres mungkin lain halnya. Hal-hal kerja gitu.

Dekat sinilah perlunya untuk kita ubah sedikit mindset kita. Kita fine tune dekat mana-mana yang perlu. Masa belajar dulu, kita ada option untuk score sama ada nak dapatkan keputusan A, B, C, D, E atau F.. tapi bila tiba di alam pekerjaan, kita hanya boleh hasilkan keputusan sama ada berhasil atau gagal. Itu sahaja.

Document

Sebagai majikan, mereka memerlukan pekerja yang benar-benar sesuai dengan pekerjaan yang ditawarkan.

Orang kata, kalau nak secure, nak ada gaji besar, kena ada degree, diploma dan sijil-sijil kelayakkan. Itu standard. Tetapi sepanjang pengalaman saya yang tak seberapa ni… dah 2 3 kali jugak saya dengar majikan saya mengeluh mengenai kualiti pekerja.

Ada banyak sijil belum tentu lagi menunjukkan seseorang pekerja itu bagus bila buat kerja.

Majikan sebenarnya lebih pentingkan pekerja yang berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan baik, berbanding mengupah pekerja yang memiliki sijil-sijil yang banyak, tapi buat apa pun tak tau. Jawab exam je pandai. Bukan pekerja macam ni yang dimahukan oleh majikan.

Kepentingan ekonomi dapat diraih melalui tindakan dan praktikal, bukan sekadar melalui teori dan buah fikiran.

Sebaik-baiknya, biarlah kemahiran kita berkali ganda lebih baik berbanding apa yang tertulis di atas kertas… daripada dekat atas kertas je nampak hebat, tetapi bila melibatkan praktikal, hasilnya langsung tak bagus.

Seorang pekerja yang ideal, dia memiliki kemahiran dan kelayakkan yang bersesuaian dengan bidang tugas yang dipilih. Secara tak langsung, ini jadi satu kelebihan buat dirinya untuk deliver 100% hasil kerja yang baik.

Fizikal

Faktor fizikal… Daripada 10 orang yang saya jumpa dan saya ajukan soalan mengenai alam pekerjaan, 7 daripadanya setuju dan berpendapat kerja susah untuk dicari dewasa ini. Hmm… mungkin betul jugak…

Tapi mengikut pemerhatian saya, kerja bukan susah nak cari, tetapi kerja yang boleh beri pendapatan yang besar… ha.. yang itu lah sebenarnya yang susah nak dicari.

Mari kita tengok situasi dan realiti semasa, kebanyakkan job yang bagus dan high paying berada di bandar-bandar besar, seperti di wilayah persekutuan Kuala Lumpur misalnya.

Kalau anda merupakan anak jati KL, itu tak ada masalah. Akan tetapi, sekiranya anda merupakan anak kelahiran negeri di bawah bayu… yang ini baru jadi satu isu.

Saya katakan ia akan jadi satu isu sebabnya, untuk bekerja anda terpaksa keluar dari rumah. Tinggalkan kampung halaman, tinggalkan keluarga demi mencari rezeki di kota.

Untuk beli rumah, itu bukan satu idea yang bagus untuk mereka yang baru nak mula bekerja. Realitinya, orang yang dah berpuluh-puluh tahun bekerja pun masih ramai lagi yang tak mampu nak beli rumah sendiri.

Untuk bekerja ditempat orang, perkara utama yang perlu anda sediakan adalah tempat tinggal untuk anda berteduh dan berlindung dari hujan panas.

Satu masa nanti anda akan rasa, anda kerja penat-penat, saving tak boleh nak buat, dan duit gaji setiap bulan habis macam tu je. Duit gaji kita terpaksa gunakan untuk bayar sewa rumah, bayar bil, bayar hutang belajar, hantar duit dekat emak, dan sudahnya apa yang tinggal tak sampai RM100 pun.

Andai kata income anda besar, sekitar RM4,000 – RM5,000 itu lain halnya.

Keadaan ini biasa sangat berlaku, terutama sekali bagi mereka yang kurang cerdik menguruskan kewangan… sudahnya kerja yang kita ada hanya cukup untuk survival. Kerja bukan untuk jadi kaya, akan tetapi kerja untuk meneruskan kehidupan.

Macam tu je la kehidupannya saban hari.

****

Baiklah, 3 perkara diatas iaitu persediaan mental, fizikal dan document adalah perkara asas yang perlu anda tahu. Itu semua point yang biasa-biasa sahaja. Saya percaya, anda pun fikirkan benda yang sama.

Tips Memilih Kerjaya

Saya bukan seorang yang tahu semua benda mengenai alam pekerjaan. Kalau anda rajin membaca, rajin layari internet, anda akan dapati ada banyak lagi tips-tips memilih kerjaya yang anda boleh ikut dan jadikan panduan.

Sekali lagi saya ingatkan, saya tak ada tips yang bombastik yang dapat saya kongsikan dengan pembaca dan pelawat blog sabreehussin dot com sekalian, akan tetapi ada satu perkara yang mungkin bagus untuk anda tahu.

Saya nak cerita kepada anda semua mengenai konsep nilai (value). Setiap perihal yang terjadi keatas diri kita, kita akan sentiasa menilai sama ada ianya baik atau buruk. Setiap kali kita membuat sesuatu penilaian, kita menggunakan satu kayu ukur tertentu sebelum kita membuat sebarang keputusan.

Macam ni… cuba anda jawab persoalan dibawah

Apa perkara paling utama dan paling penting bagi diri anda sebelum memilih untuk menceburkan diri dalam mana-mana bidang pekerjaan?

Setiap orang akan ada jawapan mereka sendiri, dan jawapan setiap orang juga mungkin tak sama antara satu sama lain.

Mungkin jawapan-jawapan berikut akan dapat kita dengari.

Sebab kita memilih untuk bekerja dalam sesuatu bidang
1. Gaji yang tinggi
2. Cabaran
3. Bidang kerja sesuai dengan minat
4. Berpeluang mendekatkan diri dengan Tuhan
5. Benefit
6. Lokasi
7. Persekitaran
8. Job sekuriti

Itu merupakan sebahagian daripada nilai yang kita gunakan dalam membuat keputusan untuk bekerja dalam mana-mana satu syarikat… dan ia juga menjadi salah satu sebab kenapa kita memilih untuk tak nak bekerja dalam satu-satu syarikat.

Sebagai contoh, mungkin nilai yang menyebabkan kita sayangkan dan sukakan kerja yang kita ada sekarang ini adalah disebabkan gaji yang tinggi. Kalau kerja dekat tempat lain, jangan harap nak dapat gaji yang tinggi. Dalam contoh mudah ini, kita termotivasi dengan gaji yang besar dan kita merasakan kerjaya kita bagus disebabkan gaji yang tinggi.

Tanyalah sesiapa sahaja yang komited dengan pekerjaan yang dilakukan sekarang, mesti ada sesuatu nilai yang sangat-sangat dipandang tinggi sampaikan dia rela tumpukan seluruh tenaga dan fokus demi kerjanya.

Strategi untuk jadi pekerja yang bagus

Pilihlah satu bidang kerja atau pekerjaan yang sama dengan nilai-nilai yang ada dalam diri kita, atau setidak-tidaknya yang paling hampir dengan nilai yang kita pegang dan percaya selama ini.

Paling penting, elakkan memilih untuk bekerja dalam bidang yang totally bertentangan dengan nilai yang kita pegang selama ini. Buat penat dan hanya akan bazirkan banyak tenaga. Anda pun tak akan beri komitmen 100% bila berada dalam situasi tersebut.

Katakanlah, dalam memilih bidang pekerjaan, perkara paling utama yang anda titik beratkan adalah faktor agama. Anda ingin menjadi seorang muslim professional yang sejati dan bekerja demi mengharapkan keredhaan ilahi.

Tiba-tiba anda diminta untuk bekerja dalam sektor kewangan konvensional yang berurus niaga dengan transaksi melibatkan riba. Ini sama sekali bertentangan dengan nilai anda.

Ya.. mungkin anda akan still buat kerja tu, tetapi deep down inside your heart, anda akan sentiasa diselubungi rasa bersalah sebab terlibat menyokong kerja-kerja yang menyuburkan amalan riba. Untuk jangka masa panjang, anda mungkin akan dilanda kemurungan dan terpaksa bekerja dengan rasa bersalah.

It’s not good you know

Walau apa pun cabaran yang bakal menanti, kita hadapi dengan berani. Sebabnya cabaran-cabaran inilah yang bakal menjadikan kita seorang manusia yang kuat dan kental.

Thing that can’t kill you will makes you stronger

Wallahua’lam


 

********************************************************************
Baca juga

  1. Panduan Buat Duit Sebagai Pengedar SIM KAD Tune Talk
  2. Strategi Jana RM1,000 – RM3,200 Secara Konsisten di Internet
  3. Rahsia FOREX TRADER Jana Wang 5 Angka Seminggu Secara Senyap-senyap

********************************************************************


,

12 Responses to Alam Pekerjaan. Tips Dan Persediaan Menuju Kearahnya

  1. tehr March 26, 2012 at 5:11 am #

    Mesti buang segala perasaan terpaksa bekerja walau pun kita dah memang terpaksa
    tehr recently posted..Mengapa Jadi Keliru

  2. Azman March 26, 2012 at 9:50 am #

    Dulu masa saya mula2 kerja tak fikir apa dah..nak duit jer,lama kelamaan saya cari kerja yg kena dgn hati,saya jenis tak suka kerja2 berat,so saya masuk hotel,bermula dari bawah,lepas tu pelan2 naik,sampai sekarang dah steady lah,mampu ada rumah,kereta dsb.Tapi masih juga kerja p.time untuk cari duit lebih.
    Azman recently posted..Lelaki Kacak : Lelaki Kacak Manja

  3. akubiomed March 27, 2012 at 1:25 am #

    Nasihat jadi diri sendiri dan jujur ketika ditanya oleh penemuduga. Apabila masuk dialam pekerjaan perlu bersedia untuk belajar dengan pantas kerana harapan majikan adalah sangat tinggi kalau gagal matang awal mungkin tidak berpeluang untuk diberi insentif oleh majikan atau peluang kenaikkan pangkat.
    akubiomed recently posted..Lelaki kacak akan mengalah dahulu sebelum berjaya

  4. segalabenda March 27, 2012 at 10:04 pm #

    masa ditemuduga mesti ada keyakinan pada diri. biasanya penemuduga ni terdiri dari pakar-pakar dalam sesuatu bidang. hatta ketika kita menjawap soalan yang diajukan pun depa akan tengok gerak geri badan kita seperti jari malah gerakan mata kita pun depa perhatikan.
    segalabenda recently posted..Remaja lari dari rumah, kenapa?

  5. catzer March 28, 2012 at 1:11 am #

    skang mmg susah nak cari keje yg gaji nya sesuai dengan kos hidup skang..kalau di kawasan bandar kos hidup dah berapa gaji masih ciput..no wonder ramai graduate cepat dilabel bangkrup sbb byk swipe credit card..hahahaha
    catzer recently posted..Kami Bakal Bertiga – Check Up 18 Minggu dan 22 Minggu

  6. taufiq arifin March 28, 2012 at 12:46 pm #

    hahaha.. kadang2 minat dan suasan sekeliling juga membpengaruhi prestasi seseorang pekerja tu..
    taufiq arifin recently posted..#33 – STATUS RELATIONSHIP DI FACEBOOK – WORDLESS WEDNESDAY

  7. akhil March 29, 2012 at 12:53 am #

    salam bro sabree..skang ini xboleh sangat nak memilih kerja..even kerja part time pun susah.
    apa2 pun kerja itu sebagai satu ibadah..insyaallah dgn niat yg btul bkn saje dpt income tp dpt pahala+ dpt ketenangan..anyway jgn tggu kerja cari kita tp kita yg cari kerja klau xjumpa create kerjaya sendiri..i.e: jadi blogger..hehehe^_^
    akhil recently posted..Pencari Kerja Part Time Yang Tegar

  8. nurmisnan March 29, 2012 at 4:03 pm #

    Satu perkara tidak akan kekal lama di tempat kerja.. MENIPU tentang
    kerja dan resume..
    nurmisnan recently posted..Mana satu nak pilih nih..

  9. hafidz April 1, 2012 at 1:17 pm #

    antara tips yang terbaik :D
    boleh dijadikan panduan pada mereka yang pertama kali ingin mencari pengalaman bekerja :D
    hafidz recently posted..Video: Monoloque – Cinta

  10. akhil April 7, 2012 at 1:25 am #

    lama xsinggah blog ini..apa2 pun sebagai seorang pelajar agak menggusarkn utk menempuh alam pekerjaan nnti.!!harap all is well dan dipermudahkan Allah.
    akhil recently posted..Berguru dengan Pengalaman Di Sekolah Kehidupan

  11. adam narzuan April 15, 2012 at 6:57 pm #

    kerja adalah amanah dan ibadah.. hehehe
    adam narzuan recently posted..Sayangku..Bahagiakah Kita??

  12. budakserius April 15, 2012 at 9:36 pm #

    Best2 tip2 ni bro.Tq
    budakserius recently posted..Pekerjaan Yang Paling Menakutkan?

Leave a Reply

CommentLuv badge