UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Kadar panggilan, SMS dan Data apabila menggunakan simkad Tone Excel

April 16, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

“Berapa kadar panggilan, SMS dan data apabila menggunakan simkad Tone Excel?”

 

Pengguna simkad Tone Excel juga dapat menggunakan simkad mereka seperti biasa, sama seperti lain-lain simkad yang ada kat luar sana. Anda boleh berSMS, membuat panggilan, melanggan data, whatsapp, wechat, FB, twitter, Instagram dan sebagainya.

 

Masih ada lagi ke yang fikir sim ini hanya boleh buat call dan SMS sahaja ya?

kos-penggunaan-simkad-toneexcel

Info ini saya ambil dari laman web rasmi Tone Excel Sdn Bhd dan ianya adalah benar ketika catatan ini saya buat pada tarikh hari ini, 16 April 2016. Jika anda baca post ini pada tarikh yang berbeza dari tarikh post ini ditulis, dan ianya berbeza dengan maklumat yang dikeluarkan di laman web rasmi Tone Excel, maka sila ikut informasi di laman web rasmi dan abaikan info yang terkandung dalam blog ini.

 

Seperti yang anda boleh lihat, kadar panggilan yang dikenakan keatas pengguna simkad Tone Excel kepada lain-lain rangkaian ialah 28 sen per minit.

 

“All call are rated at 60 second block”

Maksudnya? Anda akan dikenakan caj mengikut blok panggilan iaitu 60 saat. Ini bermakna, apabila anda buat panggilan, syarikat telco akan terus mengenakan anda caj sebanyak 28 sen sebaik sahaja panggilan anda bersambung kepada penerima panggilan.

 

Jika anda berbual selama 59 saat, anda dikenakan caj sebanyak 28 sen. Jika anda hanya sempat berbual selama 30 saat, anda dikenakan caj sebanyak 28 sen. Jika anda hanya sempat berkata “assalamualaikum” dan panggilan terputus, yang mana durasi panggilan tak sampai 5 saat, anda juga akan dikenakan 28 sen.

 

Jika anda berbual selama 70 saat, (60 saat + 10 saat) anda akan dikenakan caj panggilan sebanyak 56 sen dan perbualan anda dikira sebagai 2 minit.

 

Kadar panggilan ini adalah flat rate dan ia terpakai untuk semua rangkaian Telco di Malaysia. Tak kiralah walau anda buat panggilan ke nombor Maxis, Celcom, U Mobile, Digi dan sebagainya.

 

Kadar SMS ialah 10 sen per SMS. Sama juga seperti panggilan telefon. Setiap SMS yang dihantar, anda akan dicaj sebanyak 10 sen tak kiralah anda hantar SMS ke telco mana.

 

Manakalah data pula di caj sebanyak 10 sen per 1 MB ataupun RM1.88/50MB. Ini adalah sekiranya anda tidak melanggan sebarang pakej data dan menggunakan servis Pay Per Use. Terpulang kepada penggunaan anda. Ada orang lebih suka guna Pay Per Use.

 

Sebab apa? Sebab dia sendiri jarang guna data. Ataupun kalau guna data sekalipun, dia lebih suka guna wifi percuma. Almaklumlah, kat rumah ada wifi, kat tempat kerja ada wifi, dan kat kedai makan pun ada wifi. Jadi penggunaan data hanya terhad di tempat-tempat yang tak dapat data sahaja.

 

Kadar Caj VS Kadar Penggunaan

Perbincangan yang paling hangat tentang caj-caj yang dikenakan ini selalunya berlegar pada topik kadar panggilan, SMS dan data yang dikatakan sebagai MAHAL oleh golongan tertentu.

 

Baiklah. Sebagai pengguna simkad ini sejak dari tahun 2013 saya ingin mengajak anda semua untuk melihat kembali perbezaan antara dua perkara ini, iaitu kadar caj dan juga kadar penggunaan.

 

Kadar caj ialah kadar yang ditetapkan oleh syarikat sekiranya kita menggunakan servis mereka. Manakala kadar penggunaan adalah bergantung kepada apa yang kita gunakan sahaja.

 

Dalam situasi saya, saya memang agak jarang membuat sebarang panggilan. Biasanya saya yang menerima panggilan, dan bukannya buat panggilan keluar. Begitu juga halnya dengan SMS, saya juga agak jarang menghantar sebarang SMS.

 

Jadi, bagaimana cara saya berkomunikasi?

 

Sama ada menggunakan Google Hangout, Whatsapp, Wechat, FB Messenger. Semua ini menggunakan data.

 

“Adakah saya melanggan pakej data ataupun saya menggunakan servis Pay Per Use?”

 

Sebenarnya, dari masa ke masa, pihak Tone Excel akan memperkenalkan promosi-promosi yang menarik kepada pengguna sedia ada dan bakal pengguna. Untuk makluman anda, promosi yang sedang berlangsung pada catatan ini ditulis ialah promosi FREE DATA apabila anda melakukan tambah nilai.

 

Boleh lihat jadual dibawah:

toneexcel-free-data

 

Sebagai contoh, jika anda melakukan tambah nilai sebanyak RM30 misalnya, anda akan menerima data percuma sebanyak 1.5GB

 

Anda masih ada lagi kredit sebanyak RM30 dan pada masa yang sama, anda tak perlu langgan data pun, dah boleh dapat data percuma sebanyak 1.5GB.

 

Jadi, dengan promosi terbaru ini, bukankah ini lebih memberi penjimatan kepada anda? 

 

Kalau melihat pada trend semasa, dari masa ke masa, pihak syarikat sentiasa memperkenalkan kadar-kadar yang baru yang lebih mesra pengguna. Boleh jadi ini disebabkan sambutan yang menggalakkan dari kalangan pengguna. Apabila ramai yang menggunakan talian ini, maka pihak syarikat dapat meraih lebih banyak keuntungan. Dari situ, pihak syarikat boleh tawarkan pelan-pelan yang lebih mesra pengguna.

 

Baiklah, anda tahu bukan dengan menjadi pengguna simkad ini, anda juga sebenarnya boleh jana pendapatan sampingan?

 

Khusus buat anda yang ingin jana pendapatan tambahan, saya syorkan anda untuk menggunakan simkad ini dan sertai rangkaian saya, iaitu rangkaian Team AutoDownline dan mula jana pendapatan tambahan secara pasif dan automatik.

 

Minat untuk sertai saya? Boleh buat pendaftaran secara PERCUMA sahaja disini. Dengan menyertai Team Auto Downline ini, kerja-kerja pemasaran dan promosi pastinya akan jadi lebih mudah.

 

Anda nak baca lain-lain artikel tentang Tone Excel? Klik sini.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Kadar Panggilan dan SMS Tune Talk Tone Excel
  2. Teknik Dapatkan Kadar Panggilan dan SMS MURAH Dengan Tone Excel
  3. Pengenalan kepada simkad Tone Excel
  4. Promosi topup yang pernah dan akan dinikmati oleh pengguna simkad Tone Excel

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: belajar tentang tone excel, blog rujukan bisnes tone excel, blog tone excel, kadar panggilan tone excel, panduan bisnes tone excel, panduan promosi tone excel, tone excel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in