Jobdirumah: “Kenapa saya suka menulis tentang Jobdirumah?”

by sabree hussin on October 28, 2015

in Jobdirumah

Topik mengenai Jobdirumah adalah merupakan topik yang paling kerap saya bincangkan dalam blog ni. Kalau yang tak tau, mungkin akan beranggapan yang saya ni hanya menulis tentang satu jenama sahaja dalam blog ni… which is jenama Jobdirumah.com

 

Apa yang istimewa sangat dengan Jodirumah ni sampaikan saya kerap sangat menulis pasal jobdirumah?”

jobdirumah

Saya harap saya boleh kata…

 

“Saya dibayar untuk menulis tentang Jobdirumah!”

 

Namun hakikatnya bukan begitu. Saya tidak mendapat sebarang bayaran untuk menulis tentang Panduan Jobdirumah ini. Hampir kesemua artikel yang saya siarkan mengenai jobdirumah dalam blog ni adalah secara SUKARELA.

 

Walaupun TANPA BAYARAN dan saya menulis secara SUKARELA… Pada suatu hari, satu perkara yang agak ajaib berlaku… dan perkara ini terus berlaku berulang-ulang kali hampir setiap bulan!

 

Anda nak tahu apa dia perkara ajaib yang saya maksudkan tu?

 

Tiba-tiba akaun bank saya mula menerima satu pemindahan wang dari syarikat Kliks Solution yang mengeluarkan Panduan Jobdirumah. Jumlahnya tidak tentu. Adakalanya saya dapat sedikit sahaja, dan ada waktunya saya dapat banyak.

 

Dari pemerhatian yang saya buat, jumlahnya ada kaitan dengan berapa kerap atau berapa rajin saya sanggup menulis tentang jobdirumah dalam blog ni mahupun dalam blog-blog lain yang saya kendalikan! Wow…

 

Pernah tak saya tak menerima sebarang bayaran dari Jobdirumah?

Sudah tentu PERNAH. Jobdirumah bukannya syarikat yang menjalankan pelaburan yang mana sebagai peserta kita akan dijanjikan suatu pulangan setiap bulan. Sebaliknya, sekiranya anda ingin buat duit dengan jobdirumah, anda perlu memberikan sepenuh tenaga dan komitmen yang tak berbelah bahagi untuk bekerja dengan mereka.

 

Kerjalah mengikut apa yang anda minat.

 

buat_duit_dengan_menulisDalam situasi saya, saya lebih suka menulis. Saya suka menulis di FB, di blog, emel dan sebagainya. Mana-mana tempat yang saya boleh menulis dan boleh menarik perhatian, saya akan gunakan medium tersebut.

 

Dengan menulis sahaja pun kita boleh buat duit.

 

Bukan saya seorang yang kata macam tu. Malahan penulis ebook, Rahsia Mudah RM1,000 Sebulan dengan Menulis, iaitu saudara Aqif Azizan juga sependapat dengan saya.

 

Atau mungkin saya patut katakan yang saya juga sependapat dengan beliau. Dengan menulis, kita boleh buat duit. Ah… mana-mana lah.

 

“… tetapi, kenapa saya suka menulis tentang Jobdirumah?”

Percaya tak kalau saya katakan, jobdirumah ni sebenarnya ada potensi untuk membantu mengatasi masalah pengangguran dan masalah tak ada pendapatan dalam kalangan masyarakat?

 

Saya masih ingat lagi satu ketika dulu, kalau tak silap saya sekitar tahun 2013 macam tu, saya memang tak ada sumber pendapatan. Masa tu bisnes yang saya bina baru nak berkembang, dan saya pula kehilangan pekerjaan. Jadi, bagaimana saya nak survive dalam keadaan yang begitu sukar?

 

Saya manfaatkan minat dan skil yang saya ada dalam bidang penulisan. Saya menulis tentang banyak perkara dan salah satunya adalah saya menulis tentang Jobdirumah! Alhamdulillah, saya masih ingat lagi pada waktu tu, setidak-tidaknya dari minat saya menulis, saya dapat hasilkan beberapa ratus ringgit untuk kegunaan saya dan untuk proses survival!

 

Apabila saya menulis tentang Jobdirumah, bermakna saya juga sedang menulis tentang topik kerjaya!

Setiap hari (mungkin tak termasuk cuti umum, hari sabtu dan ahad) pasti ada sahaja individu yang akan kehilangan kerja, kena pecat, berhenti kerja, ingin bertukar karier dan sebagainya.

 

Dalam ramai-ramai tu pula, pasti akan ada sejumlah manusia yang mempertimbangkan untuk bertukar profesion secara total dan menjadi pekerja bebas (freelancer) yang bekerja hanya dari rumah. Bagi individu seperti ini, sudah tentu mereka memerlukan satu guideline untuk menunjukkan mereka cara sebenar bagaimana nak memulakan karier sebagai seorang freelancer.

 

Karier sebagai freelancer ni bukannya sama macam kita kerja dengan syarikat. Kalau kita kerja dengan mana-mana company, mungkinlah kita akan diberikan sebulan atau dua bulan untuk on job training. Masa tu, kita akan diberikan masa untuk jalani probation.

 

Dalam tempoh masa yang diberikan ni pula, kita akan tahu sama ada pekerjaan tersebut sesuai atau tidak dengan kita. Adakah kita boleh blend in untuk bekerja dengan syarikat tersebut, dan begitu juga dipihak syarikat, adakah mereka akan beri kita kontrak untuk kita jadi permanent staff kat syarikat tersebut.

 

Semua perkara yang saya sebutkan ini, iaitu on job training, probation period, permanent staff tak wujud dalam dunia seorang freelancer.

 

Kita adalah seorang pekerja bebas. Bermakna suka hati kitalah

1. Nak kerja dengan siapa

2. Nak buat kerja apa

3. Nak buat berapa kerja dalam satu masa

4. Nak buat bisnes sambil bekerja

5. Nak buat kerja sambil berbisnes

6. Nak kerja atau tidak

7. Nak ambil sesuatu peluang pekerjaan atau tidak

 

Nampak tak? Bunyinya seperti kita ni bekerja tanpa ada satu set peraturan yang ketat, kan? Tak ada supervisor, tak ada manager, tak ada bos, dan tak ada HR untuk cakap kat kita apa benda yang kita boleh, patut ataupun kena buat. Semuanya terpulang pada kita sendiri. Itulah dia cara kerja sebagai seorang freelancer.

 

Walaupun begitu, saya harap anda jangan salah faham. Kebanyakkan freelancer yang saya kenali, mereka mempunyai code of conduct dan work ethic mereka sendiri. Mereka mempunyai peraturan kerja yang mereka reka sendiri dan memiliki rutin kerja yang anda mungkin tak tau sebenarnya lebih ketat berbanding kerja dengan orang lain. Selalunya individu macam ni lah yang akan jadi top performer dan berjaya buat duit lebih banyak berbanding lain-lain pekerja bebas.

 

Kalau boleh, saya juga ingin mengajak anda untuk melangkah masuk dalam dunia kami. Dunia seorang pekerja bebas. Saya mahu anda rasai juga apa yang kami sedang rasai dan lalui.

 

Of course ada yang manis dan ada juga yang pahit, atau mungkin saya patut katakan, diperingkat awal, semuanya adalah pengalaman pahit ha ha

 

Saya percaya, one day setiap daripada kita akan meninggalkan pekerjaan yang kita sedang buat sekarang. Setiap orang pasti akan melalui satu tempoh masa untuk bersara, pencen, berhenti kerja, kehilangan kerja ataupun dipecat.

 

Dari perspektif saya, apa yang saya lihat, kerja sebagai seorang freelancer seperti ini, adalah satu pekerjaan yang kita boleh buat seumur hidup kita sampai bila-bila.

 

Dalam situasi saya, saya nak ambil contoh jadi seorang freelancer yang kerjanya menghasilkan artikel dan menulis. Ini adalah pekerjaan yang boleh kita lakukan selama-lamanya selagi kita masih hidup. Begitu juga saya. In Shaa Allah, saya tak akan berhenti menulis, sebabnya? Saya minat menulis. Saya makin minat menulis apabila saya dapati ada yang sanggup BAYAR untuk hasil penulisan saya!

 

Jadi, apa kata anda? Adakan anda dah mula minat nak jadi seorang freelancer? Apa kata anda mulakan dengan belajar dari Panduan Jobdirumah ni.

 

Saya juga bermula dengan mempelajari tentang bekerja dari rumah menerusi panduan jobdirumah tersebut.

 

 

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: