Adakah anda sedang berkira-kira untuk sertai perniagaan berkonsepkan network marketing dan memilih untuk sertai syarikat Tone Excel Sdn Bhd? Sabar dulu. Saya syorkan anda untuk tidak buat keputusan terburu-buru. Saya nak share beberapa perkara terlebih dahulu sebelum anda buat sebarang tindakan.
Apa yang anda bakal baca dalam ni, mungkin akan membantu anda untuk raih kejayaan dengan lebih gemilang lagi di masa akan datang berbanding anda terus nak berlagak seperti rambo dan main terjah je. Tapi kalau anda ni jenis yang degil, tak boleh terima pendapat orang lain, its up to you. Tugas saya dah kira SELESAI. Jangan pulak nanti ada yang bersuara,
“kalaulah awal-awal dulu aku buat macam ni macam itu, begitu dan begini… mesti income aku dalam bisnes ni dah lumayan…”
Apa yang saya bakal kongsikan ni, BUKAN REKAAN. Ianya based on true story. Jika anda masih belum join bisnes ni, anggaplah ini sebagai satu rezeki untuk anda, dan ya dari pemerhatian dan pembacaan saya, anda tak akan jumpa info-info seperti ini dikongsikan dimana-mana. Kalau anda ke HQ sekalipun, anda tak ada dapat tahu semua ni. Melainkan, anda pernah ada pengalaman GAGAL dalam bisnes Tone Excel ni.
Tak ada selindung-selindung. Semua saya akan kongsikan. Anda dah bersedia nak tahu? Jom teruskan baca…
Susah ke SENANG nak dapatkan downline?
Memandang bisnes Tone Excel ni berkonsepkan network marketing, maka ia tak lari daripada konsep downline dan juga upline. Persoalan yang penting yang anda perlu tahu ialah ini dia, lepas anda dah join nanti, senang tak nak dapatkan downline?
At least anda kena lihat BIG picture. Janganlah lepas dah join, barulah terhegeh-hegeh nak cari downline. Patutnya anda dah siap sedia sebelum join lagi.
Mudah sahaja nak dapat downline!
Ya, anda tak salah baca. Sebenarnya mudah sahaja nak dapat downline dalam bisnes ni. Itupun jika anda faham dan tau bagaimana caranya. Walaubagaimanapun, tahap kesukaran untuk anda dapat downline akan meningkat apabila anda telah capai jumlah downline tertentu.
Downline yang pertama hingga ke sepuluh
Mudah sangat nak dapat. Setengah orang, ada yang guna lebih daripada satu nombor. Boleh jadi dua nombor, atau ada juga yang guna sampai tiga nombor.
Satu nombor anda port in kepada Tone Excel, dan lagi dua nombor pun anda jadikan downline kepada nombor yang pertama tadi. Nah… kat sini je, anda dah ada dua orang downline, walaupun kedua-dua downline ni adalah diri anda sendiri.
Bakinya? Hanya perlu dapatkan lagi 8 orang.
Anda masukkanlah isteri, anak-anak, ibu, ayah, adik beradik… dan saya percaya, jika anda bersungguh-sungguh menceritakan tentang betapa dahsyatnya Tone Excel, mereka akan join anda dalam masa kurang daripada dua bulan.
Jadi SELESAI.
Downline yang pertama hingga ke sepuluh tiada masalah.
Downline ke sebelas hingga ke dua puluh
Dalam bisnes ni, kita fokus untuk dapatkan seramai mungkin downline di Level 1. Tak perlu nak terlalu fikir tentang level 2 dan juga level 3. Ini bukan kerja anda. Level 2 dan level 3 akan datang secara automatik dengan syarat anda betul-betul dah sampaikan ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada level 1 anda. Proses duplikasi wajib berlaku.
Mana nak dapatkan downline yang ke sebelas hingga ke dua puluh ni?
Kalau anda kata jiran-jiran, ermm… mungkin kurang relevan dan tak berapa praktikal kot. Sebabnya rata-rata yang saya lihat, kat mana-mana tempat pun, sekarang ni tak ramai yang betul-betul kenal rapat dengan jiran. Setakat kenal gitu-gitu dan bertegur sapa macam tu je.
Maka, untuk downline yang kesebelas hinggalah yang ke dua puluh ni, anda perlu lihat siapa yang berada dalam circle of influence anda. Lazimnya mereka ni adalah member anda keluar minum, mungkin staf anda, rakan sekerja dan sebagainya.
Downline ke dua puluh hingga ke lima puluh
Masa ni, cabaran lebih sukar. Macam mana nak dapatkan downline level 1 hingga 50 orang? Dari mana nak dapat ni?
Masalah: Kehabisan prospek
Lambat laun, anda akan berdepan jugak dengan masalah ni. Lebih-lebih lagi jika anda hanya mengharapkan prospek yang berada di kawasan sekitar anda sahaja. Kawasan anda tinggal, kawasan tempat kerja, kenalan masa sekolah, masa di kolej, universiti dan sebagainya.
Akan sampai juga satu masa nanti, anda perlu juga terokai fresh market yang terdiri daripada golongan strangers atau orang asing yang anda tak kenali. Dalam situasi ini, anda perlukan serba sedikit pengetahuan bagaimana nak buat pemasaran menggunakan medium internet. Ketika ini, anda tak boleh lagi bergantung harap pada prospek yang berada dalam lingkungan radius 1 – 2 km dari anda semata-mata.
Fikir luas sebelum anda join
Ada beberapa perkara yang saya nak bawa anda untuk fikirkan. Ingat, bisnes ni bisnes anda, orang lain boleh kata apa sahaja yang mereka mahu, tetapi at the end of the day, keputusan semua terletak di tangan anda.
Adakah anda tahu, pada zaman sekarang ni, handphone adalah suatu keperluan?
Ya. Sudah tentu anda dah sedia maklum.
Adakah anda tahu, untuk sesebuah handphone tu beroperasi, ia memerlukan simkad?
Of course la benda ni pun anda tahu.
Adakah anda tahu, anda perlu topup setiap bulan bagi memastikan phone tersebut boleh beroperasi dengan baik setiap bulan?
Ah… sudah tentu ini pun anda tahu.
Jadi apa yang boleh dikatakan sebagai maklumat TERBARU yang anda mungkin masih belum tahu? Ok… ini dia
1. Rata-rata yang join Tone Excel dan ingin gunakan simkad Tone Excel adalah tertarik untuk buat duit, bukan sekadar nak jadi pengguna handphone biasa? Jika mereka hanya jadi pengguna biasa, mereka akan lebih minat dengan kadar panggilan yang rendah, caj langganan data yang lebih murah dan sebagainya.
2. Tahukah anda, kadar port out atau sim expired dalam kalangan pengguna sim TE ini juga agak tinggi sebenarnya? Lebih-lebih lagi dalam kalangan ahli baru yang tak berjaya untuk dapat downline.
Ini contoh yang berlaku pada salah satu akaun saya
Kebanyakkan sudah berstatus pending expiry. Pending expiry ini sebenarnya lebih kurang je dengan expired cuma sistem mungkin tak update lagi.
3. Sedarkah anda, diluar sana terdapat banyak syarikat Telco yang dari masa ke masa akan melancarkan kempen dan pakej yang murah yang adakalanya lebih murah dari penggunaan sim Tone Excel?
4. Adakah anda tahu, sekarang ni, bukan sim TE sahaja yang boleh buat duit, malahan ada beberapa jenama lagi yang boleh buat benda yang sama? Jadi sudah tentu la anda perlu bersaing untuk merebut prospek yang ingin jadi pengguna.
Anda dah fikir untuk wujudkan sebuah sistem untuk support day to day operation?
Seseorang pernah nasihatkan saya,
Jika pada bulan tertentu, kita target nak dapatkan 10 sales, pastikan kita ada standby dengan 10 simkad dalam tangan. Simkad ini akan jadi satu motivasi dan dorongan untuk paksa diri kita supaya buat marketing dengan lebih agresif!
Soalan saya, berapa harga sekeping simkad? Harga sekeping sim TE ialah RM90. Termasuk dengan GST 6%, menjadikan ia RM95.40. Kalau kita darabkan dengan 10 keping, ia dah jadi RM954. Anda sanggup nak simpan 10 keping sim TE bersama anda sebagai pendorong untuk anda buat bisnes ni tak?
Oh ya, anda bukan sekadar kena standby dengan sim, malah pada masa yang sama, anda juga kena siap sedia dengan tools seperti buku panduan, dan sebagainya. Ini juga perlu modal ya.
Kadang-kadang dan mungkin kebiasaannya, kita memang tak akan dapat achieve target. Kita target 10 sales, bila dah cukup sebulan, cuma dapat 4 sales sahaja. Ok la, daripada tak ada langsung. Biasanya, orang yang langsung tak ada sales ni sebab dia langsung tak ada target.
Target sales = Langsung tak pernah set target
Outcome = Tak ada sales langsung.
Sebelum anda terus terjun dalam perniagaan ini, anda perlu ada satu sistem untuk menjayakan perniagaan ini. Bila saya kata sistem, saya maksudkan perkara-perkara ini
1. Apakah teknik yang anda bakal gunakan untuk buat promosi? Adakah online ataupun offline? Sistem pemasaran yang anda bakal gunakan.
2. Adakah anda bakal perkenalkan perniagaan ini kepada prospek dengan cara bersemuka face to face? Sistem penerangan perjalanan bisnes.
3. Adakah anda akan edar fliers?
4. Adakah anda akan buka booth?
5. Adakah anda yang akan uruskan penghantaran dan pos laju? Sistem logistik.
6. Adakah anda yang akan support keseluruhan rangkaian anda? Sistem khidmat pelanggan dan after sales support.
7. Adakah anda akan beri training kepada ahli baru untuk buat marketing? Sistem latihan.
8. Bagaimana jika anda perlu bercuti panjang? Adakah anda ada cara untuk pastikan bisnes anda tetap berjalan walaupun anda tak buat marketing? Sistem pemasaran secara autopilot.
9. Adakah anda akan buat meeting?
10. Adakah anda akan beri servis hingga ke level 2, 3, 4 dan seterusnya?
Personaliti anda: Anda suka online marketing atau offline marketing?
Adakah anda jenis yang suka habiskan 1 jam ke dua jam dengan seorang prospek yang belum tentu akan join? Ataupun anda rasa lebih baik gunakan 1 – 2 jam itu tadi untuk berkomunikasi dengan prospek secara online sahaja. Yang mana pada masa yang sama, anda boleh berhubung dengan 2 – 5 orang prospek serentak. (jika anda guna pemasaran emel, anda boleh hantar emel ke 1,000 orang prospek dalam satu masa)
… katakanlah anda masih belum ada sistem, dan anda tak pernah terfikir untuk wujudkan sistem pemasaran anda sendiri
TAHNIAH saya ucapkan sebab anda tak ada sistem. Saya meramalkan, anda akan gagal dalam bisnes ni dan tak akan sempat pun nak merasa income sekurang-kurangnya 3 angka dengan bisnes ni. Mungkin, paling lama anda akan bertahan pun sekitar 3 bulan sahaja. Selepas tu anda akan mula tak topup dan mula menyalahkan upline, TE, Najib, ekonomi dan sebagainya kerana anda gagal untuk dapat duit dari program ini.
Penyelesaian bagi masalah tak ada sistem ialah?
Adakalanya, bermula semula dari bawah adalah lebih mudah berbanding untuk memperbaiki kesilapan yang lepas
Setidak-tidaknya, itu yang saya fikirkan. Adalah lebih baik bermula semula, dengan langkah dan strategi yang baru, FRESH START. Kali ini dengan menggunakan strategi dan pendekatan baru. Apa cara tersebut?
Kali ini saya gunakan satu method yang lebih mudah, iaitu sistem autodownline. Jika anda masih tak tau, setiap orang boleh ada 10 akaun. Jadi, setakat bukak akaun baru, apa ada hal?
Tahukah anda, berapakah yurannya atau modalnya untuk sertai Tone Excel dan untuk dapatkan sistem autodownline ni?
Jawapannya ialah: “LEBIH KURANG SAMA”
Jika anda sertai Tone Excel menerusi link saya, anda juga akan dapat guna sistem autodownline ini. Inilah dia sistem yang akan bantu memudahkan kerja-kerja pemasaran kita di Tone Excel.
Anda tak pandai nak buat promosi?
Benda simple je tu. Saya boleh ajarkan tekniknya. Ataupun, apa kata saya hadiahkan anda ebook ini untuk panduan dan rujukan anda.
Ini adalah ebook yang saya tulis yang dalamnya mengandungi teknik dan strategi untuk buat duit dengan program affiliates.
Yang bestnya ialah, teknik-teknik pemasaran affiliates boleh digunakan untuk mempromosikan link autodownline anda. Harga ebook ini, RM40.
Saya nak hadiahkan ia secara PERCUMA sahaja jika anda sertai menerusi link saya. Nak tak?
Baiklah, rasanya cukup panjang info yang saya bekalkan ni. Sekarang ni, terpulanglah pada anda. Sama ada join tanpa sistem autodownline, ataupun join dengan sistem autodownline. Dua-dua memerlukan anda keluar modal dalam amount yang lebih kurang sama banyak.
Jika anda masih tak faham apa itu sistem autodownline, boleh baca post saya sebelum ini bertajuk
Team AutoDownline: Strategi bina rangkaian pengedar Tone Excel dengan pantas pada tahun 2015
pusat borong says
Info yg berguna.. bru je nk join tineecxel
myrujukan says
aku dah stop ngan TE, pastu start ngan BM, ni skrg BM plak buat hal, so tggu tgk mcm mana. Harap harap bm terus jalan la sebab aku dah ada downline 30 orang, nak usaha lebih tp nak kena tgk green light dulu, fokus satu satu dulu, TE pun ada kelebihan banyak
sabree hussin says
TE aku still on ha ha tak pernah stop pun. La ni aku bukak akaun baru, sebab ada sistem autodownline. Anggap macam buat affiliate je 😀
Maintenance RM20 setiap bulan masa belum ada downline tak ada la terlalu membebankan. Sales untuk satu produk affiliate dah boleh cover untuk bulan tu.
Hafizul says
Hehe.. menarik ni habuan yang bro sediakan.. Hehe.. Semoga berjaya selalu ya bro.. Dulu pernah join TE ni.. Tapi asyik malas aje.. Bila nak berjaya..haha
sabree hussin says
Promosi dengan cara paling simple je sekarang ni. Blog je haha
nikkhazam says
yg berminat nak join mmg wajib baca entry ni
Uncle Zuan says
all the best kepada semua. korang memang ohsem sebab tak harap pada 1 income sahaja 🙂