Jadilah Pengguna Bijak – Apa ciri-ciri pengguna bijak?

by sabree hussin on November 23, 2016

in Pemasaran Internet

“JADILAH PENGGUNA BIJAK…”

 

Saya tak dapat kira, entah dah berapa kali saya dengar ayat ni. “Jadilah pengguna bijak…” Sampai satu tahap, saya rasakan seolah-olah semua marketer akan menggunakan ayat “jadilah pengguna bijak” ni untuk menghasut orang ramai supaya beli produk yang mereka promosikan.

 

Pernah juga saya terfikir nak gunakan ayat tersebut. Tapi tak sampai hati pulak. Seolah-olah bila guna ayat tu, saya seperti sedang kata kepada orang lain yang buat keputusan untuk tidak beli produk yang saya promosikan adalah “tidak bijak”.

 

Habis tu dah korang yang kata pengguna bijak adalah pengguna yang memilih jenama sekian… sekian… Bagaimana pula dengan orang lain yang tidak mahu gunakan produk tersebut? Adakah mereka ini tidak bijak? Susahkan nak jawab soalan tersebut.

 

Jadi, saya pun buat keputusan untuk buat brainstorming. Matlamat saya adalah untuk melakukan senaraian, apa dia ciri-ciri dan karekter seorang pengguna yang layak untuk kita katakan sebagai pengguna yang bijak.

 

Mengejutkan, kerana jawapannya langsung tak ada kaitan dengan mana-mana jenama pilihan mereka atau mana-mana produk yang dipromosikan oleh mana-mana marketer. Jadi, khusus untuk pembaca blog ini, saya persembahkan kepada anda, 11 ciri-ciri pengguna bijak.

jadi-pengguna-bijak

Ciri-ciri pengguna yang bijak

 

(1) Mereka membuat perbandingan harga sebelum membuat sebarang pembelian 

Sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli sesuatu produk, perkara pertama yang akan mereka lakukan ialah membuat perbandingan harga. Mereka akan cari mana-mana penjual yang mampu untuk memberikan harga terendah untuk produk atau barangan yang mereka mahukan.

 

Pada hari ini, sangat mudah untuk buat perbandingan harga. Saya sendiri akan menggunakan laman-laman web seperti Lazada Malaysia, Zalora, 11 street, lelong dan sebagainya untuk buat perbandingan harga.

 

Tak perlu tergesa-gesa untuk buat tempahan, terutama sekali apabila anda melihat iklan produk tertentu di laman media sosial. Sebelum beli, buat dulu perbandingan harga. Jika harga yang ditawarkan itu berbaloi barulah beli.

 

Of course, kalau anda beli sebab nak bantu penjual, maka tak perlulah buat perbandingan harga. Terima sahaja what ever price yang penjual tu dah tetapkan.

 

(2) Mereka membuat pembelian ketika promosi besar-besaran dijalankan

Pada waktu catatan ini ditulis, emel saya dipenuhi dengan preview tawaran promosi besar-besaran yang akan dijalankan sempena dengan acara Black Friday. Selepas Black Friday, bakal disusuli pula dengan Cyber Monday.

lazada-online-revolution-2016

Kebiasaannya, sempena dengan Black Friday ataupun Cyber Monday ni, memang akan ada banyak potongan harga ditawarkan. Pengguna yang bijak akan memanfaatkan waktu-waktu ini untuk buat pembelian. Selepas ini, harga yang sama mungkin dah tak akan ditawarkan lagi.

 

Kena tunggu Black Friday dan juga Cyber Monday untuk tahun akan datang. Itupun jika ada lagi.

 

Selain ketika Black Friday dan juga Cyber Monday, waktu lain adalah sempena dengan musim perayaan. Pada waktu ini, banyak juga shopping mall akan tawarkan promosi dan diskaun besar-besaran.

 

(3) Mereka beli dengan harga diskaun ataupun gunakan kupon diskaun

Sebelum buat pembayaran, cuba cari dulu di internet, manalah tahu kalau-kalau anda boleh jumpa kupon diskaun.

 

Bagi menggalakkan orang ramai untuk berbelanja secara online, sesetengah penjual akan menawarkan kod kupon diskaun. Contohnya adalah seperti Lazada Malaysia.

kupon-diskaun-lazada-1nov-17dec

Pihak Lazada Malaysia ada menawarkan Voucher Diskaun Lazada istimewa yang boleh digunakan sempena Online Revolution 2016 ini. Dengan menggunakan kupon diskaun ni, pengguna boleh dapatkan potongan harga tambahan sebanyak 20% ataupun maksimum RM25 bagi pembelian yang dilakukan.

 

Masukkan sahaja kod diskaun 20LAPOR25 ketika membuat pembayaran.

 

(4) Untuk menjimatkan kos, mereka beli secara online

Cuba fikirkan sejenak. Apa agaknya kos yang mampu dijimatkan apabila beli secara online? Antaranya yang terlintas di fikiran saya ialah, kos pengangkutan, petrol, tol, parking, masa, dan kos untuk makan di luar.

 

Kadang-kadang bila kita berada di shopping mall, tarikan untuk kita berbelanja dan beli benda-benda yang tak perlu sangat besar. Sebaliknya kalau beli secara online, kita hanya beli apa yang kita nak sahaja.

 

Begitu juga dengan faktor masa. Bila kita beli di shopping mall, kita terpaksa bergerak dari satu rak ke satu rak untuk pilih barang-barang yang kita nak beli. Berbeza pulak dengan beli secara online. Sangat mudah untuk pilih barang.

 

Kebanyakkan laman web ecommerce mempunyai fungsi carian. Anda hanya perlu taip sahaja apa nama barang yang anda nak beli tu, dan dalam masa beberapa saat anda dah boleh jumpa barang yang anda nak beli.

kedai-runcit-online

Tahukah anda, sekarang ni barangan dari Tesco pun kita boleh beli secara online?

 

(5) Pengguna yang bijak akan sentiasa memeriksa label sebelum membuat pembayaran

Pengguna yang bijak akan sentiasa periksa label. Dari label tu, macam-macam maklumat yang boleh diketahui, antaranya maklumat nutrisi, logo halal, kelulusan KKM, bila tarikh expired, bahan-bahan yang digunakan dan banyak lagi.

 

Mereka ingin tahu secara terperinci berkenaan dengan produk yang mereka bakal beli. Tak salah kan untuk ambil masa bagi memahami perincian tentang produk atau barangan yang bakal dibeli.

 

Lebih-lebih lagi jika produk adalah produk makanan. Sedikit sebanyak kita perlu tahu maklumat berkenaan dengan nutrisi. Jangan pula bila dengar je jurujual tu kata makanan ni bagus sebab ia “makanan sunah” anda terus tak sabar nak beli.

 

(6) Pembeli bijak akan mengutamakan kualiti berbanding jenama semata-mata

Ini bermaksud, jika harga sesuatu produk itu tak masuk akal, hanya kerana ianya berjenama, maka dia tak akan beli produk tu. Dia tak akan biarkan dirinya menjadi mangsa jenama.

 

Saya cakap secara umum sahaja. Kebanyakkan barangan yang ada dipasaran dijual dengan harga yang agak tinggi, kerana faktor jenama. Jenama produk yang sudah terkenal seolah-olah memberikan mereka lesen untuk mengenakan harga yang lebih tinggi berbanding produk yang dikeluarkan oleh syarikat pesaing.

 

Sedangkan apa yang kita perlukan bukan sekadar jenama atau logo yang mudah dikenali, sebaliknya kita mahukan produk yang berkualiti.

 

(7) Sesuatu barangan tersebut dibeli sebab ianya diperlukan bukan sebab ia murah ataupun sebab ada duit

Tak ada istilah show off dalam hidupnya. Sesuatu produk atau perkhidmatan itu dibeli kerana ianya diperlukan. Ini juga bermakna pengguna tersebut FAHAM dengan jelas, mengapa dia buat keputusan untuk membeli.

 

Sebarang tawaran-tawaran diskaun tak masuk akal yang hanya sah dalam tempoh 24 jam sahaja tidak mampu untuk menarik minat mereka untuk membeli. Pengguna yang bijak dapat membezakan antara keperluan dengan saja-saja nak beli tanpa sebab.

 

Just because barang tersebut murah tak bermaksud anda akan guna barang tu bila dah beli. Soalan saya, pernah tak anda beli sesuatu barang tu sebab barang tu murah? Apa jadi lepas anda dah beli? Adakah anda guna produk tersebut, atau anda simpan je produk tu dalam almari?

 

(8) Pembeli yang bijak akan kumpul mata ganjaran bagi ditukarkan dengan kupon diskaun atau hadiah percuma

Walaupun pembelian yang mereka lakukan tidak mendapat potongan harga, mahupun mendapat sebarang rebat ataupun hadiah percuma, namun dengan adanya fungsi kumpul mata ganjaran, ini juga satu tindakan yang bijak.

 

Kebiasaannya mata ganjaran ini apabila dikumpulkan dan bila ia cukup banyak, boleh ditukarkan dengan hadiah percuma (jimat dah sebab tak perlu beli sendiri) ataupun akan dapat ditukarkan dengan voucher diskaun.

 

Biasa yang saya perhatikan yang boleh kumpul mata ganjaran ialah seperti Tesco, Petrol pump, Air Asia, dan banyak lagi.

 

(9) Pembeli yang bijak juga akan dibayar apabila mengesyorkan produk yang digunakan

Ini juga bermakna pengguna tersebut tidak akan bercerita tentang sesuatu produk yang digunakan tak tentu pasal. Orang tak tanya pun apa produk yang dia gunakan, tapi dia sibuk nak advertise produk tersebut macamlah dia dapat share.

 

Benda ni biasa jadi untuk produk jenis movie. Bila ada je movie yang baru, sibuk nak bercerita kat semua orang betapa bestnya movie tersebut. Padahal buat penat je dia cerita, bukannya dapat apa pun.

 

Sudah tentu, jika produk tersebut memang benar-benar ada manfaat dan baik untuk masyarakat, tak salah untuk bercerita tentang produk tersebut.

 

(10) Mereka mampu untuk buat duit sampingan melalui barang yang mereka sendiri gunakan

Benda ni mungkin tidak terpakai kepada semua orang. Jika ia kurang relevan dengan situasi anda, boleh abaikan sahaja.

 

Biasanya barangan yang termasuk dalam kategori ini, adalah barangan yang diedarkan menggunakan konsep Network Marketing. Disamping menjadi pengguna produk secara berkala, anda juga boleh mempromosikan produk tersebut kepada orang ramai dan jika ada yang berminat untuk jadi pengguna juga seperti anda, anda akan diberi komisen.

 

Contohnya macam produk simkad Tone Excel, simkad ONEXOX dan sebagainya. Anda boleh jadi pengguna sahaja tanpa perlu bercerita tentang kelebihan produk yang anda gunakan. Itu juga tak ada masalah. Namun kalau nak buat duit, apa salahnya bercerita. Bukan kena bayar pun. Hanya perlukan sedikit usaha untuk perkenalkan produk dan cerita apa kelebihannya.

 

(11) Mereka memastikan bahawa setiap transaksi yang dilakukan ada nilainya 

Jika barangan yang dibeli tu harganya RM39.90 mereka akan pastikan bahawa nilai barangan tersebut adalah setara dengan harga yang perlu dibayar.

 

Pengguna yang bijak tahu dan sedar akan haknya.

 

Saya nak bagi contoh situasi. Salah satu restoran Fast Food yang saya suka pergi ialah KFC. Walaupun benda ni jarang berlaku, tapi sesekali ia akan berlaku. Mungkin sebab restoran fast food seperti ini selalu bertukar ganti staffnya, jadi nak dapatkan staf yang benar-benar mahir tu memang agak sukar.

 

Saya percaya, sebagai pelanggan, kita berhak mendapat layanan dan servis seperti mana yang kita mahukan. Lagipun kita bayar apa yang kita nak, bukannya kita minta secara percuma. Ini juga bermaksud, bila kita order set dinner plate, dan kita mahukan dua thigh dan satu drumpstick, itulah yang kita dapat. Manakala pihak restoran kena sediakan apa yang kita nak beli, tanpa perlu bersoal jawab.

 

Lagipun kita bukan datang nak mintak simpati, kita datang sebab nak beli. Jadi, apabila apa yang diminta oleh pelanggan tak sama dengan apa yang diberi oleh penjual, maka dari segi nilai, transaksi tersebut jadi tak ada nilai.

 

Tak guna buat jual beli seperti itu jika satu pihak tidak gembira sedangkan pihak yang satu lagi mempunyai kemampuan untuk memberikan apa yang dimahukan oleh pelanggan.

 

Ok… cukuplah tu kot 11 ciri-ciri pengguna yang bijak.

 

Ada tak ciri-ciri ni semua pada diri anda ya?

 

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

Emar November 24, 2016 at 4:54 pm

Satu maklamat yg penting ialah jangan terlalu percaya kepada pengiklanan. Kbykan iklan mempunyai maklumat yg tidak betul sgt dan boleh menipu pengguna. Jadi, sebagai pengguna yg bijak kenalah berhati2.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: