Durian Perangin Waterfall Langkawi – Apa yang menarik disini?

by sabree hussin on March 11, 2017

in Travelog

Sekitar bulan September 2016, saya ada ke Pulau Langkawi. Masa tu memang plan nak balik kampung di Kedah.

 

Rupa-rupanya waktu pergi tu, jatuh pada musim cuti sekolah. Masa buat booking tiket flight, tak perasan tarikh tu rupanya sekolah tengah cuti.

 

Waktu tu dikira sebagai peak season. Bila peak season ni, harga jadi mahal sikit. Paling ketara harga untuk sewa kereta di Pulau Langkawi.

Kalau waktu normal season, sewa Vios tahun 2012 baru RM70 sehari. Tapi waktu peak season macam ni, caj untuk sewa kereta melonjak jadi RM120 sehari. Mahal kan?

 

Terpaksalah sewa kereta yang murah sikit. Saya prefer Viva, sebabnya ia jimat minyak dan kalau pusing-pusing satu pulau Langkawi pun tak terasa sangat minyak tu berkurang.

 

Dalam bulan September 2016 tu, saya rasa keadaan cuaca macam tak berapa cantik nak mandi laut. Kejap panas, kejap hujan. Bila time panas, dia punya panas memang sangat membahang. Saya tak tau, waktu tu tengah berlaku perubahan angin monsun apa.

 

Sesiapa yang merancang nak pergi bercuti dikawasan pulau, saya syorkan anda rujuk laman web Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia. Boleh tengok ramalan kaji cuaca di sesuatu kawasan yang kita nak pergi tu.

 

Kalau kebetulan waktu nak pergi tu cuaca tak berapa cantik, kan rugi. Sepanjang masa terpaksa dihabiskan untuk aktiviti indoor je.

 

Selama ni saya banyak habiskan masa di tepi pantai kalau bercuti di Pulau Langkawi. Namun kali ini, saya rasa dengan keadaan cuaca yang agak panas, saya kena cari tempat lain yang lebih redup. Lagipun saya masih belum habis explore pulau ni.

 

Dari pembacaan yang saya buat, dan rujukan peta Langkawi yang boleh diambil secara percuma semasa di airport, ada satu kawasan rekreasi yang agak menarik yang boleh kita kunjungi.

 

Tempat yang saya maksudkan ialah Hutan Lipur Durian Perangin.

kawasan-rekreasi-hutan-lipur-durian-perangin

Saya pernah terbaca satu artikel, atau mungkin saya tonton rancangan temubual di TV. Ada seorang tetamu jemputan ni, dia kongsikan salah satu hobi dia ialah ambil gambar kawasan dan bentuk mukabumi.

 

Logiknya? Satu hari nanti, tempat tu pasti akan alami perubahan. Mungkin ada kawasan yang sebelum ni hutan tebal, selepas beberapa puluh tahun, dah bertukar jadi shopping mall. Atau kawasan yang sebelum ini hanya ada gunung dan batuan, selepas beberapa tahun bertukar jadi pusat judi dan kasino terbesar di Malaysia.

 

Ha3 itu contoh.

 

Jadi saya rasa, saya nak kongsikan beberapa gambar-gambar yang saya ambik masa di Durian Perangin tempoh hari. Mana tahu, satu hari nanti kalau saya datang lagi ke tempat ni (jika diizinkan Allah dan umur panjang) mungkin saya sendiri boleh nampak banyak yang berubah.

 

Kalau ada yang belum pernah sampai ke tempat ni, mungkin lepas ni boleh datang ke sini dan rasai sendiri pengalaman bermain air di Hutan Lipur Durian Perangin ini.

 

Buat masa ni, layan je la dulu gambar-gambar yang saya kongsikan ni dulu.

tempat-shopping-durian-perangin-waterfall

Tak jauh dari tempat parking kereta, ada dibina beberapa kedai-kedai yang menjual cenderamata. Ada topi, cermin mata, pelampung, aksesori dan macam-macam lagi. Pelampung tu mungkin budak-budak suka la, sebab boleh pakai masa nak mandi air terjun kat atas nanti.

hutan-tebal-durian-perangin

Saya suka tengok pemandangan hijau macam ni. Kadang terfikir jugak, adakah pemandangan yang sama akan kekal di Langkawi atau satu masa nanti pokok-pokok ni semua akan ditebang atas nama pembangunan?

pintu-masuk-durian-perangin

Pintu gerbang untuk masuk ke kawasan rekreasi Durian Perangin Waterfall.

 

Kena panjat tangga sikit untuk ke tempat yang lebih tinggi. Biasalah tu kan. Kalau pergi ke kawasan ada air terjun, memang kena mendaki tangga sikit.

hutan-rekreasi-durian-perangin

Masa saya pergi ni, seingat saya hujan baru lepas berhenti. Jadi tempat ni tak berapa ramai pengunjung. Lagi satu, hari saya pergi ni adalah hari biasa. Hari yang kebanyakkan orang masih lagi bekerja.

 

Kalau mereka yang kerja macam saya, bolehlah pergi jalan-jalan waktu orang tengah kerja.

jambatan-gantung-langkawi

Untuk naik ke tingkat yang lebih tinggi, ada dua laluan yang disediakan. Laluan pertama, guna jambatan gantung macam yang kat atas ni. Laluan kedua, ialah laluan bertangga. Pilihlah mana-mana satu yang anda rasa selesa.

Masa nak naik saya guna laluan jambatan gantung. Bila turun saya guna tangga pulak. Saja nak rasa dua-dua laluan. Kalau hari cuti, dan ketika cuaca baik, mungkin ramai yang akan mandi manda kat sini.

 

Airnya pun cetek je. Kalau nak bagi budak-budak main kat sini pun ok. Cuma kena pastikan ada penjaga la ya. Ada satu kawasan yang air dia agak tenang dan tak banyak batu.

Kita naik ke atas lagi.

 

Saya nampak ada anak tangga yang menuju entah kemana. Misteri sungguh. Alang-alang dah sampai ke tempat ni, baik naik sampai atas. Kalau boleh nak tau jugak, kat puncak paling tinggi ada apa? Kalau nak naik kena ada stamina jugak.

Saya pun dah lama tak hiking, jadi bila nampak peluang ala-ala hiking ni, memang saya jadi excited. Tapi semput jugak la ha3.

 

Sila berhati-hati. Tangga dia agak licin, berlumut, dan tak sekata. Ada tempat pemegang kat tepi, tapi kena tengok-tengok jugak, sebab kalau bernasib baik, boleh terpegang ulat bulu!

 

Bila dah naik sampai tangga yang paling atas, rupa-rupanya tak ada apa-apa pun kat situ. Cuma yang menariknya dari tingkat yang paling tinggi tu, boleh tengok pemandangan air terjun yang … MAJESTIC.

Bila berada kat tempat-tempat macam ni, melayan bunyi air dan bunyi-bunyi unggas disekitarnya, terasa hilang sekejap masalah. Nak release tension, boleh berkunjung ke tempat-tempat macam ni.

 

Sambil tu bolehlah merenung kebesaran Tuhan dan keindahan alam ciptaanNya.

kawasan-air-terjun-durian-perangin

Tempat ni memang sesuai kalau nak mandi. Kebetulan masa saya tangkap gambar ni, tak ada yang mandi kat sini. Diorang saja nak bagi laluan saya buat kerja kot.

 

Ok dah.

 

Nak turun.

Sebenarnya kat Durian Perangin Waterfall ni juga ada disediakan banyak pondok-pondok untuk kegunaan pengunjung. Kalau yang nak buat barbeque pun boleh. Ada disediakan tempat untuk memanggang.

 

Cuma kena cepat lah kalau nak datang sini.

 

First come first serve basis.

 

Siapa lambat tak dapat pondok.

Saya nampak kat tempat ni ada disediakan tandas awam. Tapi saya tak masuk dalam tu. Jadi saya tak dapat nak komen sama ada tandas dia bersih atau tak, selesa ataupun tak selesa.

 

Jadi, kalau anda nak datang ke tempat ni, dan merancang nak mandi air terjun, saya rasa better anda cek dulu tandas dia ya.

 

Lagi satu, saya tak nampak ada surau disediakan kat sini. Jadi kena cari tempat lain untuk solat. Saya berpendapat ini bukan satu masalah besar kalau anda niat musafir ke tempat ni.

 

Boleh buat solat jamak sahaja.

 

Ok nak balik dah. In Shaa Allah dalam posting yang lain, saya akan kongsikan pasal tempat air terjun yang lain pulak yang terdapat di Pulau Langkawi. Kesemua gambar-gambar dalam posting ni, saya tangkap menggunakan kamera Samsung NX3300.

 

Boleh tahan jugak kan gambar dia? Kalau minat nak guna kamera yang sama yang saya gunakan, bolehlah semak harga terkini kamera ni disini.

 

Baca juga

1. Homestay Langkawi berdekatan dengan Airport Langkawi yang SELESA dan JIMAT

2. Homestay di Langkawi Padang Matsirat โ€“ Homestay PILIHAN apabila bercuti di Langkawi

3. Villa berdekatan dengan Pantai Chenang Langkawi

 

 

Be Sociable, Share!

{ 13 comments… read them below or add one }

lokman amirul March 12, 2017 at 3:51 pm

nanti klu pergi langkawi rasanya xlepas pi tempat nie.

Reply

sabree hussin March 13, 2017 at 11:50 am

Tempat ni syok jugak. Kalau tak boleh lama kat sini, dapat singgah sekejap pun dah kira ok

Reply

rahimah majid March 12, 2017 at 4:48 pm

Dah lama jugak tak ke Langkawi. Saya tak suka drive lama-lama. Cari tiket Airasia murah je lah lepas ni. Coklat murah kat Langkawi kan ?

Reply

sabree hussin March 13, 2017 at 11:51 am

Coklat masih murah lagi kalau nak banding dengan harga di luar Langkawi. Kalau nak pergi Langkawi, better naik flight je. Cari tiket murah

Reply

dedauncomel.com March 12, 2017 at 7:26 pm

Hari tu saya ada singgah kat langkawi memang best, makanan pun sedap2

tapi tak sempat pula singgah kat sini.

Mungkin lain kali boleh cuba try test kan..

Reply

sabree hussin March 13, 2017 at 1:00 pm

Betul-betul. Makanan kat Langkawi memang banyak yang best dan sedap. Lain kali kalau ada peluang datang ke Langkawi lagi, bolehlah singgah ke Durian Perangin Waterfall ni. Mungkin time tu lagi cantik pemandangan kat sekitar sini.

Reply

Dexx March 13, 2017 at 12:48 pm

Hampir setiap tahun mesti wajib pergi ke Langkawi. Tapi plot nya lebih kurang sama, melawat tempat-tempat komersil. Temtpa yang tuan pergi ni lain dari yang lain. Boleh dicuba suatu hari nanti.

Reply

rujukan March 14, 2017 at 11:40 pm

sebenarnya baru nak tanya pasal kualiti gambar, rupa rupanya pakai kamera ni rupanya

Reply

RAIHANAH AHMAD March 15, 2017 at 8:51 am

pertama kali dengar nama ni, kat langkawi mmg banyak waterfall

Reply

si bongkok March 16, 2017 at 8:20 pm

Biasa pegi langkawi pegi2 area pulau jek…ada waterfall rupanya yer…bleh laa next time pegi tempat nie plak… ๐Ÿ™‚

Reply

sabree hussin March 17, 2017 at 2:43 am

Sebenarnya ada banyak lagi waterfall yang best dan menarik kat Langkawi ni. Hari tu masa saya pergi tak dapat nak singgah semua, sebab cuaca yang tak berapa cantik.

Reply

Hero Borneo March 16, 2017 at 11:28 pm

wah..tempat ini memang menarik dan mengkagum

Reply

sabree hussin March 17, 2017 at 2:41 am

Nanti Hero Borneo datang ke Langkawi, bolehlah singgah ke sini.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: