Dia Bukan Lelaki Biasa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

by sabree hussin on September 5, 2016

in Buku & Bahan Bacaan

Saya tergerak hati untuk baca buku berjudul Dia Bukan Lelaki Biasa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditulis oleh Syarafuddin Sulaiman. Saya rasa sepanjang hidup saya, saya hanya mengetahui perihal tentang Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini hanya melalui media arus perdana sahaja.

 

Sudah tentu, apa yang kita lihat di kaca tv, apa yang kita dengar di radio mahupun apa yang kita baca di surat khabar, bukannya 100% betul.

 

Kita sedia maklum, bahawa media arus perdana ini dikawal oleh mereka yang menguasai tampuk pemerintahan. Justeru, tak kanlah mereka yang memegang kuasa ini, akan menulis atau menceritakan yang baik-baik perihal tentang Tuan Guru selaku seteru politik mereka.

 

Sudah tentu jawapannya tidak. Malahan seingat saya, kebanyakkan berita-berita mahupun cerita-cerita yang saya dengari dari sumber media arus perdana ini semuanya biasa-biasa sahaja. Sesekali tuan guru digambarkan sebagai seorang yang anti pembangunan, anti perpaduan, dan tidak mempunyai ketokohan selaku seorang pemimpin.

 

Sudah tentu semua ini silap sama sekali.

buku-autobiografi-nik-abdul-aziz

Saya bertuah kerana diberi kesempatan untuk baca buku ini.

 

Sebenarnya, selepas saya baca buku ini, saya berpandangan sebenarnya kita perlukan lebih ramai pemimpin yang seperti Tuan Guru.

 

Setidak-tidaknya kita tahu bahawa tuan guru adalah seorang pemimpin yang “bersih”.

 

Semasa hayatnya, dan semasa zaman pemerintahannya, setidak-tidaknya kita tak pernah dengar nama tuan guru dipalitkan dengan sebarang skandal yang tidak berkesudahan.

 

Kat bawah ni pula adalah antara isi kandungan buku ini.

 

Sebelum Beliau Kita Kenali
Pengenalan
Tok Guru dan adik beradik
Berkat seorang bapa
Raja Banjar dan Haji Nik Mat
Belajar sebelum mengajar
Mengajar adalah darah dagingnya
Antara mengajar dan berpolitik
Langkah awal politik
Mengapa PAS?
Ahli parlimen
1978
Kepimpinan Ulama
Yang pahit
Kalah sebelum menang
Membangun bersama Islam
Menteri besar bergelar Ulama
Pemimpin berjubah, berserban

 

Bahagian awal-awal buku ini mengisahkan tentang sejarah beserta dengan latar belakang tuan guru. Kita boleh kenal siapa nama ayah, nama ibu, berapa ramai adik beradik dan juga serba sedikit sejarah bagaimana tuan guru boleh terlibat dalam bidang politik.

 

Saya baru tahu yang sebenarnya tuan guru adalah seorang pengajar. Sebelum menyertai politik, tuan guru adalah seorang pengajar di sebuah sekolah agama. Setelah menyertai politik, beliau masih lagi tetap mengajar.

 

Bukan Menteri Biasa
Menteri berumah kayu
20 tahun lebih diperintah ulama
Rahmat seluruh alam
PAS For All
Cerita seorang rakyat
Ekonomi Islam
Negeri serambi Mekah
Negeri serambi Mekah 2
Hudud
Demi rakyat
Berakhirnya era tok guru
Jasa Tok Guru

 

Bahagian ini lebih menjurus kepada kehidupan tuan guru sewaktu dalam bidang politik dan semasa menjadi seorang menteri besar di Kelantan. Uniknya negeri Kelantan ini ialah, selama 20 tahun ianya diperintah dan ditadbir oleh seorang menteri besar yang bergelar ulama.

 

Walaupun tuan guru adalah seorang menteri besar, namun beliau masih lagi mengekalkan corak kehidupan yang bersederhana. Ini satu contoh yang sangat baik, yang PATUT dicontohi oleh semua pemimpin yang dipilih oleh rakyat.

 

Lelaki Itu
Sehari-harian
Kalau sudah tabiat
Inilah suri hatiku
Dia yang bertakhta di hati
Keistimewaan tok guru
Artis dan tok guru
Wanita oh wanita

 

Bahagian ni pula mengisahkan tentang kehidupan sehari-harian tuan guru. Dari mula tuan guru bangkit dari tidur hinggalah pejam mata semula.

 

Dia Pasti Dirindui
Mereka tidak kenal siapa dia
Pesan tok guru
Petikan penting
Sebelum pergi
Pulangnya Tok Guru
Semua ikut menangisi
Belum berakhir disini
Rujukan

 

Dalam bahagian ini, penulis menceritakan serba sedikit kisah mengenai tuan guru disaat-saat akhir kehidupannya.

 

Saya tertarik dengan bab “mereka tidak kenal siapa dia”. Saya masih ingat lagi, pada satu hari tu, saya pernah bergaduh dengan seorang kenalan di FB yang tak habis-habis memaki, mengutuk dan memfitnah tuan guru Nik Aziz.

 

Masa tu musim pilihanraya. Kalau tak silap saya, pilihanraya umum ke 13. Walaupun waktu tu, saya pun bukannya kenal sangat dengan tuan guru, namun saya tak berapa selesa kalau ada orang yang tanpa segan silu asyik nak memaki-maki para ulama. Macamlah diri dia yang memaki tu bagus sangat.

 

Lagi satu, yang buat saya nak marah ialah, dia ni main percaya je semua maklumat yang dia terima tanpa memeriksa kesahihan cerita terlebih dahulu.

 

Oh… pengalaman musim pilihanraya. Walaupun saya tidaklah mewakili atau menyertai mana-mana parti politik, tapi saya kurang selesa bila ada mana-mana pihak yang memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap para ulama.

 

Ok fine, kalau tak sokong seseorang tu sekalipun tak perlu sampai nak memaki hamun. Kita masih lagi perlu hormati beliau kerana ketinggian ilmunya.

 

Buku ini dijual dengan harga RM25 sahaja. Boleh dapatkan di laman web BookCafe menerusi link ini.

 

Selain itu, anda juga boleh beli di laman web Lazada.

dia-bukan-lelaki-biasa-pembelian-harga-diskaun

Boleh buat perbandingan harga dulu sebelum beli. Mana-mana yang anda rasakan lebih menjimatkan, belilah kat situ.

 

Apa pun, ini satu buku yang bagus. Tak rugi baca buku ni. Anda boleh klik sini kalau nak beli di Lazada.

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: